
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,selawat serta salam kepada nabi besar junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam serta sahabat handai dan kaum keluarga baginda yang diredhai Allah sekelianya..
Berkatanya Allah yang maha berkata-kata di dalam kalamNya yang agung :
“Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke (medan perang),Mengapa sebahagian dari setiap golongan diantara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya” (surah At-Taubah : 122)
BETAPA BERUNTUNGNYA SI PENUNTUT ILMU YANG TERBANG….
“Tatkala si ayah dan ibu berkata : terbanglah,terbanglah wahai anakku,keluarlah dikau dari kepompong duniamu selama ini,lihatlah dunia orang lain,agar luas celik matamu,lingkup mindamu,alam terokamu kepada dunia luar sana….kami menanti disini dengan segunung harapan yang memuncak,agar kepuasan kami dan kebanggaan kami selama membesarkanmu tersirna indah dihati kami….walaupun dengan hati yang berat,juraian airmata yang mengalir melepaskan si anak,dilepaskan juga si anak pergi mengejar citanya demi mencari keredhaan tuhanya..”
YA,betapa beruntungnya pelajar yang belajar diluar negara,berbeza dengan pelajar yang hanya belajar di dalam negara sahaja,nikmatilah taqdiran manis dari Allah ini dengan sebaiknya :
(1) Jauh berjalan luas pengalaman :Mereka mempunyai berbagai pengalaman manis di negara orang,dapat melihat keindahan bumi ciptaan Allah yang berbagai rupa dan jenis..
(2) Melihat budaya dan adat resam bangsa lain :Boleh melihat adat resam perkahwinan mereka,makanan,pakaian,serta tatacara kehidupan mereka,pegangan-pegangan mereka yang semestinya amat asing dari kehidupanya selama ini..
(3) Dapat mempelajari banyak perkara baru :Jika selama ini hanya mengetahui perkara-perkara yang kebanyakkanya berlegar di sekeliling dunianya sahaja,selepas merantau,baru tersedar,batapa banyak lagi perkara yang dirinya tidak tahu,sebagai contohnya : pengembaraan Imam Syafie rahimahullahu taala dari satu negara ke satu negara sehingga lahirnya dari Qaul Qadim (pendapat beliau yang lama ketika beliau di kota Baghdad) kepada Qaul Jadid (pendapat beliau yang baru iaitu ketika beliau di Mesir)..
(4) Merasai alam cuaca yang berbeza :Paling kurang dapat merasai cuaca 4 musim (sejuk,bunga,luruh dan panas),yang mana sebelum ini hanya dapat rasai panas terik sahaja,nak bergaya dengan jaket pun serba salah dan fikir banyak kali,takut dianggap gila!! tapi..hujan batu dinegeri orang,hujan emas dinegeri sendiri,lebih baik dinegeri sendiri..
(5) Mengetahui dan mempelajari bahasa asing : Lebih-lebih lagi kepada pelajar yang belajar di tanah arab,betapa beruntungnya mereka mengetahui bahkan memperdalami bahasa agama suci kita ini iaitu bahasa arab..
dan berbagai lagi keuntungan yang diberikan Allah kepada mereka,andai insan yang bijak,dia akan menjadikan keuntungan yang didapati diselilingnya itu sebagai batu loncatan untuk memajukan dirinya sendiri,berbeza dengan insan yang leka dan hanyut dengan keuntungan tersebut yang dengan ‘slumber’ mensia-siakanya..
DIRIMU YANG CUKUP ISTIMEWA…TERPILIH
Antara keistimewaan pada diri para pelajar luar negara yang dapat daku senaraikan :
(1) Lebih fokus kepada matlamat dan cita-citanya :Demi kerana dibenak fikiran dan sanubari mereka sentiasa merasa menanggung harapan yang menggunung tinggi dari insan-insan yang tersayang yang menanti kepulangan mereka,dan semestinya hasil dari perasaan tersebut,mewariskan suatu ‘kuasa’ yang menolak supaya terus bangkit rajin,tekun dan terus berusaha ke arah cita-cita,dan juga mewariskan suatu perasaan yang merasa tidak berbaloi andai merantau jauh-jauh,bahkan bertahun-tahun,tetapi kepulanganya tidak dapat memberikan apa-apa hasil yang membanggakan,lalu menjadikan dirinya lebih bertanggungjawab,tetapi tidak daku nafikan adanya niat si penuntut yang begitu tulus dan murni,iaitu hanya mengharapkan keredhaan tuhanya..
(2) Mempunyai sikap berdikari dan ‘self survive’ yang mantap :Jika sebelum ini hanya duduk di bawah ketiak emak sahaja,maka baju,seluar,seluar dalam pun dibasuh oleh emak,maka selepas merantau,semuanya akan ditanggung oleh dirinya sendiri,dari memasak,membasuh baju,membuat urusan pembayaran bil-bil dan sewa rumah,mencari rumah sewa,pergi ke pasar dan lain-lain,dan persekitaran asing disekelilingnya itu dapat menjadikan dirinya lebih yakin,dan tabah dalam menghadapi apa jua rintangan hidup,kerana hidup harus diteruskan walau susah mana pun ia..
( 3) Terdidik dengan sistem pendidikan yang berbeza : Sistem pendidikan semestinya berbeza mengikut negara-negara,ada yang sistemnya menganjurkan pelajarnya mencari sendiri sesuatu yang baru,ada pula yang banyak menganjurkan perbincangan pada setiap pendapat yang bercanggah,tetapi yang penting,setiap sistem ada kebaikkan masing-masing..dan setiap sistem yang disusun,dengan izin Allah bakal melahirkan pemikiran yang berbeza-beza..
TERSADUNG LANGKAHMU….
Walaupun pelajar-pelajar luar negara disaji dengan bermacam keistimewaan dan keuntungan,tapi tidak dinafikan akan kekurangan mereka disebabkan terleka dan hanyutnya mereka pada keistimewaan-keistimewaan mereka..
(1) Tiada nya pengawasan : semua perkara bergantung pada dirinya sendiri,mahu rajin,bermalas-malasan,bersuka-suka,bergembira,mahu berjalan sahaja,lebihkan berniaga dari pelajaran dan macam-macam perangai lagi,semuanya terletak diatas pertimbangan dirinya,antara faktornya ialah jauhnya dari keluarga,maka tiadanya suara yang meleterinya seperti ibunya berleter,maka kawan-kawanlah sahaja keluarga besar mereka,andai pandai dirinya memilih kawan,maka insan itulah umpama ibu-bapanya,andai tersilap memilih kawanya,maka sangat rugilah kembaranya selama bertahun-tahun sekali pun..
(2) Tidak pandai ‘mencuri’ peluang yang ada : Betapa banyaknya peluang mereka untuk memajukan diri terhidang di depan mata,tetapi tidak pandai untuk mengambil peluangnya,ingatlah,hanya ketika diberi peluang ini sahajalah untuk kamu belajar dan belajar,andai disia-siakan,diri kamu tidak akan dapat memutarkan kembali masa yang telah berlalu,kemudian,barulah hendak katakan : menyesalnya aku..kalaulah aku..(berapa banyak kalau)
(3) Merasakan diri sedang ‘honeymoon’ : Ada pula insan yang tidak sedarkan diri,dia merasakan bahawa dirinya sedang berbulan madu,makan angin dan tak ubah seperti pelancong lagaknya,mahu berjalan ke sana,berjalan ke sini,pelajaran diabaikan,bayangkan..berbaloikah duit hasil penat lelah orang tuamu dihabiskan untuk dirimu berjalan tidak tentu hala,bila pulang dari pengajian,berbagai perkara tidak tahu,berbagai perkara masih samar-samar..
MAKA….
Aku banyak kali mendengar insan yang mengatakan bahawa beliau tidak dapat merasakan suasana belajar wujud ditempatnya…sebenarnya diri kamu itu sendirilah yang semestinya wujudkan suasana belajar itu !!,mujur Allah mencampakkan perasaan sebegitu dalam diri kamu,agar kamu sendiri yang bergerak mewujudkanya,mengapa menunggu suasana itu wujud dengan sendirinya?? bisakah makhluk hidup dengan sendirinya??
Maka sedarlah,fokuslah pada cita-cita dan matlamat hidupmu,fikirkanlah cara-cara yang memungkinkan dirimu mencapai matlamat,wujudkan suasana belajar walau dimana pun dirimu berada,usah ditunggu orang lain,gerakkan dirimu dahulu,kemudian ajaklah orang lain,carilah pembangkit semangatmu,agar menyedarkan dirimu akan cita-citamu..tiada perkara lain yang harus diingat lagi,selain belajar dan teruskan belajar..
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!!
Menarik isi dalam entri kali ini.Sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan pengajian di luar negara juga peringatan atas kelalaian kita selama ini.Tahniah untuk penulis!
-sekadar bertanya, kenapa digelar “khadijah as sasterawaniyah” ? belum lagi tu..
digelar khadijah as-sasterawaniyah agar dapat dijadikan azimat yang berkuasa menolak diri anda fokus ke arah minat anda,apabila sudah kenalpasti minat anda,terokalah minat anda dan sayangilah minat anda!!
Satu entri yang menarik.
Teruskan menulis dan moga perolehi barakah dalam safar ilmu.
terbang dan terbang untuk bermain salji.yahooo..