Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2008

Aku tak sanggup!!…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

orang-utan.jpg

“Siapa yang tak ikut kata Allah iaitu tuhanku dan tuhanmu,
maka dia macam aku lah,kalau aku ada aqal pun aku nak islam itu tertegak!!

TAK SANGGUP!!

Gusar juga hatiku ini bila melihatkan keghairahan puak-puak ‘orang utan’ itu mahu sungguh-sungguh menawan negeri Kelantan yang diperintah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz kita itu,ya,memang sungguh-sungguh,manakan tidak,sehingga mereka sanggup memberikan tambang bas percuma kepada semua anak-anak negeri Kelantan yang merantau supaya balik mengundi!! lihatlah juga lawatan-lawatan orang besar mereka ke negeri yang kita cintai itu sambil menabur janji-janji manis kepada rakyat disitu,sehingga sanggup menukar slogan ‘Tahun Melawat Kelantan’ kepada slogan ‘Tahun Merawat Kelantan’ dan slogan ‘Pade Doh’ dan bermacam lagi slogan ‘bodoh’ yang lain..ermm..tidak mengapa,rakyat Kelantan ialah rakyat yang pandai berpolitik,mereka kaya dengan maklumat,kehidupan mereka juga sudah sebati dengan pemerintahan Tuan Guru kita,beliau sudah puas mendidik rakyat Kelantan dengan nilai-nilai islam selama 18 tahun lamanya,malah dipraktikkan juga,sehingga tidak hairanlah lagi apabila menyebut negeri Kelantan sahaja,terbayangkan perkataan ‘Membangun Bersama Islam’ dan juga Serambi Mekah dek kerana penerapan nilai-nilai islam yang diterapkan di negeri Kelantan..

pas.jpg
Gambar pemandangan jambatan Kampung Pulau Melaka
di kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang mengambang
bulan purnamanya di siang hari juga dimalam hari

Aku masih ingat lagi kenangan-kenangan manis ketika daku menuntut dinegeri Cik Siti Wan Kembang itu,sungguh damai rasanya apabila merasai kemanisan tadbiran islam disana,dengan ceramah-ceramah agama yang begitu banyak melata disegenap buminya,tak ubah seperti suatu konsert pula yang bakal diadakan,betapa ramai rakyat kelantan yang berpusu-pusu mendengar ceramah-ceramah,lihatlah sahaja keadaan sambutan orang ramai ketika Tuan Guru kita menyampaikan ceramah mingguan beliau di Dewan Zulkifli setiap hari Jumaat diwaktu pagi,khemah-khemah dibangunkan disitu sebagai tempat berteduh kepada orang yang datang..aduh..rindunya….

p/s :Dengar ceramah sambil makan kacang kuda dan minum air laici bungkus enak juga kan? =)

Tak sanggup!! Kami tak mahu puak-puak kamu yang memerintah negeri kesayangan kami ini!! bisakah kamu dapat memberikan jaminan yang acara murni seperti itu bakal diadakan lagi apabila kamu memerintah nanti??!! bisakah kamu dapat didik rakyat mereka sehinggakan mereka sanggup berdiri terpacak menanti sehingga muazzin menyelesaikan tugasnya demi kerana menghormati azan dilaungkan?? bisakah kamu memberikan jaminan Kempen Menutup Aurat yang dikatakan membazirkan wang kerajaan oleh ‘Menteri Kurang Cerdik’ itu terus berjalan lagi?? bisakah kamu dapat berikan jaminan Menteri Besar yang bakal menggantikan pemerintahan Kelantan nanti memberikan ceramah mingguanya pula menggantikan Tuan Guru?? bisakah kamu mengawal Akta Kawalan Hiburan nanti dengan menyeragamkan semua bentuk hiburan yang ingin diadakan di Kelantan mengikut seratus peratus acuan islam?? bisakah kamu menaik tarafkan pendidikan islam di Kelantan sepertimana yang Tuan Guru lakukan?? bisakah?? bisakah??

tuan-guru.jpg

Kejar lima sebelum lima,signboard berbentuk peringatan..

Jikalau yakin dengan seratus peratus kamu juga boleh meneruskan usaha-usaha menegakkan kalimah Allah dinegeri itu,maka silalah dengan penuh hormatnya perintahlah negeri Kelantan!! bahkan seluruh Malaysia juga kami sanggup dengan hati yang penuh terbuka dan penuh ketaatan!! ya,bahkan aku juga sanggup isytiharkan diri aku ini pengikut setia Barisan Nasional jikalau barisan mereka menegakkan syariat Allah di dalam pemerintahan negara tercinta ini dengan adil!! seratus peratus ikut acuan islam bukan islam solekkan dan bukan islam ada had hari-harinya (Hadharilah..)
klcc.jpg

Bukanlah kami pintakan bangunan tinggi-tinggi pencakar langit..bukanlah kami pintakan air paip mencurah sendiri ketika tangan dihulurkan dimuncung paip..bukanlah kami pintakan perkara itu semua,tapi kami hanya mahukan keadilan pemerintahan negara yang seratus peratus mengikut acuan Allah dan rasulNya yang mulia itu,kami mahukan pembangunan rohani melebihi pembangunan fizikal yang tidak membawa sebarang erti untuk kehidupan di akhirat…

Belalah nasib rakyat dengan seadilnya,usahlah dikira PAS atau UMNO jikalau ingin menghulurkan bantuan,bantulah mereka atas dasar belas kemanusiaan,mereka juga manusia,yang menanti sinar harapan untuk meneruskan kehidupan mereka,kembalikanlah kegemilangan sistem pemerintahan para sahabat nabi (ridwanullahi alaihim) yang dahulu,sorotilah sejarah ummat terdahulu,agar dapat diikuti dan dijadikan pengajaran..selaklah lembaran kalam ilahi dan hayatilah luncur lidah penghulu nabi sebagai pedoman…

budak-kecil.jpg

Apakah nasib kami andai ajaran agama bukan lagi menjadi
dasar dalam kehidupan para pemerintah??

Teringat kisah dulu..

Teringat aku ketika kempen pilihanraya umum tahun 2004 dahulu,aku bersama sepupu-sepapat aku yang lain dikerahkan oleh ayahku supaya tolong menggantung bendera dan poster gambar-gambar calon PAS di rumah nenek aku yang telah siap diubah sebagai Markas PAS kawasan Kampung Air Barok di Jasin,siap dengan pintu gerbangnya yang diperbuat daripada buluh tersergam indah menyambut orang yang berkunjung,tertera perkataan : “Membangun Bersama Islam” dan “Telus,Bersih,Demokratik” di banner yang digantung di pintu gerbang tersebut..

“Haaa..Pak Long kena beri kitaorang upah tau kalau gantung poster ni…” getus sepupu aku yang masih kecil itu yang sibuk ke hulu dan ke hilir dengan stapler dan bendera PAS di tanganya..

Mereka juga turut serta dengan kemeriahan persiapan menghadapi pilihanraya itu..begitu ramai orang yang bertandang..

“Eh,kau ni macam dah biasa je aku tengok gantung poster-poster ni..kata sepupu aku yang ala-ala rock itu kepadaku..

“Ya,sebelum balik kesini dari Kelantan,aku sudah pun dikerahkan juga menggantung bendera di jambatan dekat kediaman Tok Guru” jawabku kepada dia..

Aku juga dapat melihat bagaimana kursus menghadapi pilihanraya yang diberikan oleh Pak Lang kepada semua petugas-petugas parti ketika itu,dari hal mencula undi,persempadanan kawasan undi dan hak-hak yang menjadi hak para petugas yang mesti disuarakan kepada pihak SPR,cukup teliti dan nampak menyusahkan pekerjaan itu semua,tapi didengari dengan cukup tekun…semoga Allah membalas jasa kalian dalam perjuangan,doaku didalam hati..

org-salam-tok-guru.jpg

Salam hormat wahai pejuang..

Pak Ngahku pula yang begitu mahir menguruskan peta persempadanan kawasan undi itu sibuk mengantungkanya didalam Bilik Gerakkan markas yang asalnya serambi tempat kami bermain-main ketika kecil dahulu,Pak Busuku pula sibuk menguruskan wayar-wayar lampu kuning yang dipasang disekeliling markas juga wayar-wayar video layar yang menayangkan ceramah-ceramah politik yang bakal ditayangkan dihadapan para petugas sebagai membakar semangat para petugas,Mak Cik pula sibuk menyediakan juadah kepada para petugas yang bertugas,semuanya sibuk..meriah..bersyukur ku ke hadrat ilahi kerana kaum keluargaku semuanya bekerja untuk perjuangan islam..hanya allah yang layak membalasnya..

doa.jpg

“Ya Allah,berilah kemenangan kepada pejuang agamaMu
yang ikhlas berjuang di jalanMu”

PINTA SI KERDIL….

Pintaku,fikirkanlah undi yang bakal dirimu lakukan nanti,pangkahanmu nanti bakal menjamin masa depan negara kita,mahukah kamu menggadaikan masa depan anak-anakmu yang bakal menjadi generasi penerus keturunanmu nanti?? dapatkah kamu menjamin islamnya keturunanmu di masa hadapan nanti jikalau keadaan islam sekarang yang umpama telur dihujung tanduk ini masih juga tidak berubah?? dapatkah kamu jamin anak-anak kecilmu nanti pandai membaca Al-Fatihah di usianya yang kecil jika bukan lagi perjuangan islam yang dipilih??

Diriku mengajak agar marilah berdoa agar pemerintahan islam yang tulen yang kini hanya tinggal di sebuah negeri itu sahaja terus kekal di bawah pemerintahan para ulamak untuk kesekelian kalinya,jikalau tiada lagi mereka,dimana lagikah dapat kita lihat sinar islam itu menyinar serinya?? puak ‘orang utan’ itu nak diharapkan? tunggu disogok duit berjuta supaya laksanakan islam baru hendak dibuat agaknya!!

cutestkittyhug.jpg
“Sayang anak mak ni nanti sudah besar jadi pejuang islam ya..Hiduplah perjuangan islam selamanya!!
Advertisement

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah..

Menerima kritikkan …

under-the-sun.jpg
Kritiklah,kritiklah puas-puas,nanti aku bawa diri cari ketenangan
di pantai macam abang ni buat…hehe

Bagiku,kritikkan pada jalan perjuangan yang berjalan di atas jalanya yang betul adalah teramat penting sekali,kerana apa?kerana,andai kritikkan itu sangat-sangat membina,maka,ianya adalah demi kebaikkan pada jalan perjuangan itu juga,supaya jalan yang sudah sememangnya sudah betul itu,takkan menjadi salah pula terkeluar dari landasanya..Bukanya sibuk mempertahankan bermati-matian kesalahan yang dilakukan di dalam jalan perjuangan sambil menganggapnya bukanlah suatu kesalahan!! kerana apa?kerana sudah menganggap semua yang dilakukanya adalah betul belaka,tiada kesalahan langsung..nanti dulu,fikirkan kembali kritikkan-kritikkan itu,dan tapis serta timbang pula dengan Al-Quran dan As-Sunnah, tepat timbanganya??kalau tidak,akurlah pada kalam ilahi,kalau tepat,tolaklah dengan baik pada si pengkritik..nanti dulu!! bukan dengan emosi,tapi tetap juga dengan kalam ilahi!!

HAIRAN…

shocking.jpg

Opocot! terperanjat aku dengan perangai manusia..
Hairan juga aku,ada insan menganggap bahawa orang mereka sendiri yang juga sama-sama berjuang di jalan yang sama apabila cuba mengkritik demi memberikan peringatan kepada rakan-rakan pejuang yang lain dianggap sebagai pengkhianat!!kerana apa?kerana mengkritik dan cuba mempertikai..mudah..mengapa tidak diambil kritikkan itu supaya dijadikan modal untuk memperbaiki lagi jalan perjuangan itu? mahu semangat buta sahaja,layak sahaja dipanggil ‘kurang pandai’ (adakah ini sama ertinya dengan perkataan bodoh??allah maha tahu..)

Asyik kalah sahaja…

murung.jpg
Asyik kalah je bila aku bergaduh,bilalah nak dapat
gelaran kucing yang digeruni dikampung ni…

Yang ini satu lagi,apabila berjuang tidak ikhlas pada niatnya,maka terluncur sahajalah perkataan ini dengan mudah dari bibirnya..apakah sudah pastikan dirimu dan keluargamu sudah mengikut perintah Allah dengan betul??apakah sudah pastikan setiap perilakumu dalam jalan perjuanganmu sudah menepati sunnah perjuangan Nabi dan Rasul yang agung??kalau belum,perbetulkan lagi,jangan nak jadi pejuang yang mudah putus asa pula,nanti mudah sahaja dirimu lari dari medan juangnya,minta dijauhkan Allah..

Ketika diriku balik ke tanah air tahun lepas,alhamdulilah,sempat diriku mengikuti Program Angkatan Pemuda Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka,betapa berfaedahnya program itu,dan..diriku sempat menyatakan perihal pejuang yang menyatakan lafaz putus asa ini dengan Fasilitatorku(beliau merupakan AJK Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,kalau daku tidak silap) dan aku mengatakan : maka setiap pejuang wajib membina suatu hubungan yang amat akrab diantara hamba dan Pencipta,supaya setiap perilaku dalam perjuangan adalah berdasarkan kepercayaan si pejuang terhadap kuasa Penciptanya sendiri,dan bukanlah berdasarkan usaha ikhtiarnya sendiri seratus peratus!!

Ya! memang wajib gabungkan kaedah-kaedah perjuangan yang jitu serta usaha yang bersungguh dengan kepercayaan kepada kuasa Pencipta!! jangan cuba-cuba kurangkan salah satu dari dua unsur ini ya…

Kawan adalah cermin yang terbaik??

cat-and-mirror.jpg
Wahai cermin..kawan-kawanku katakan bahawa aku ini
kuat makan ikan,betulkah wahai cermin…

Erm,kadang-kadang rasa setuju juga dengan pernyataan sebegini..bukan apa,ada seorang kawan mengatakan bahawa aku ini pendendam orangnya!!ya,dia tidak salah,dia punya hak untuk menyatakan pendapat dia tentang diriku,tapi,aku percaya,orang yang mengenalimu dengan rapat dialah yang dapat menyatakan keadaan dirimu yang sebenarnya!!tanpa sebarang selindung..tapi diriku lebih suka orang dapat berikanku sifat burukku pada pandangan mata dia,semua manusia itu ada sifat buruk mereka yang tersendiri,jadi,cubalah dapatkan perangai burukmu itu dari orang sekelilingmu yang mengenali dirimu..

p/s : Tapi,dia perlu juga memahami keadaan masalah yang aku hadapi tanpa terus sahaja mengatakan yang aku ini pendendam..bukan apa,betapa berat penyataan sedemikian untuk ditelan,aku akur..allah maha tahu keadan diriku..

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya…

pumpkin.jpg

Si Luncai yang terlupa membawa labu-labunya!!

Biarkan sahaja apa pun yang mereka mahu katakan pada kita!! biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya,biarkan…biarkan…yang penting,susunlah strategi dengan sebaik-baik mungkin,kerahlah tenagamu dengan sepenuh kekuatan,asalkan strategi juga usaha itu bertepatan dengan kalam ilahi yang maha agung,jangan kerana ghairahkan mahu kemenangan dan tak sabar mahu lihat hasilnya kamu sanggup korbankan prinsip juangmu selama ini,ingat…berdirinya kita adalah dengan bawakkan agama,maka apa pun yang kita lakukan didalamnya semestinya tepat dengan acuan agama juga..

Ingat setiap pesanan pimpinan,jangan cuba-cuba untuk tidak menghiraukan setiap suruhan agama juga,setelah itu,bermunajatlah dengan sepenuh khusyuk,mintalah seperti pengemis yang sangat terdesak meminta makanan..hiraukan kata-kata peruntuh semangat dari mereka,ingat janji Allah ini :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukkanmu” (surah Muhammad :7)

“Orang-orang Kafir dan yang menghalang-halangi manusia dari jalan Allah,Allah akan hapuskan segala amalan mereka” (surah Muhammad : 1)

 

 

kucing-comel.jpg
Hiduplah perjuangan islam selamanya!!

Read Full Post »

love.jpg

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,selawat juga salam kepada nabi junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam,sahabat handai beliau,serta kaum keluarga baginda yang berketurunan mulia…

Alhamdulilah,segala puji bagi Allah..

Kerapkali daku mendengar lagu-lagu nasyid yang mendendangkan lagu tentang Cinta Allah ini..perhatikan sahajalah di dalam isi kandungan lirik-lirik kumpulan nasyid sekarang ini,pasti akan ada menceritakan tentang ‘Cinta Agung’ ini..

Bukanlah niat mereka menyanyikan lagu-lagu tentang Cinta Allah ini sekadar hanya bersuka-suka,supaya para peminat nasyid terkinja-kinja sehingga lupa diri bila mereka adakan konsert,juga bukanlah niat mereka untuk mendapatkan anugerah-anugerah seperti AIM lah,Juara Lagu lah dan macam-macam lagi majlis syaithan yang membuatkan manusia lalai…Cuba dalami makna lirik-lirik tersebut,lupakan sekejap muka-muka penyanyi yang kacak-kacak semuanya itu,sambutlah galakkan-galakkan mereka itu agar berusaha menggapai cinta yang tertinggi ini,kerana perkataan CINTA ALLAH adalah suatu perkataan yang teramat besar maknanya yang lebih dari sekadar menitikanya di bibir tanpa sebarang penghayatan!!

cawan2.jpg

CINTA ALLAH? bagaimana mahu mendapatkanya yer??

Lihat kalam Allah yang maha agung ini :

“Katakanlah wahai Muhammad (kepada mereka),jika kamu semua mencintai Allah,ikutilah aku (sunnah kekasihNya) nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu,Allah maha pengampun lagi maha Penyayang” (surah Ali-Imraan : 31)

Berdasarkan dari kalam ilahi ini,barangsiapa yang mengatakan bahawa dia mencintai allah,maka tandanya ialah dia mengikuti sunnah kekasihNya yang agung iaitu nabi Muhammad sallallahu alahi wassalam,maka,syarat utama ingin menggapai cinta agung ini ialah dengan mengikuti sunnah beliau seluruhnya,maka ganjaranya bukan sahaja dicintai Allah,bahkan diampunkan pula dosanya oleh Allah yang maha pengampun..

Ayat suci ini telah diturunkan kepada Ahli Kitab seperti yang dikatakan oleh Muhammad Bin Jaafar Bin Az-Zubair dan juga berkatanya Al-Hasan dan juga Ibnu Juraij,Ahli Kitab mengatakan bahawa merekalah yang mencintai tuhan mereka,dan golongan muslimin pula berkata kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Wahai rasulullah! Demi Allah kamilah yang mencintai tuhan kami,maka Allah pun menurunkan ayat suci ini… (1)

Ayat suci ini juga menjadi Haakim yang adil pada sesiapa yang mendakwa konon dirinya mencintai Allah tetapi bukanlah jalan sunnah nabi yang agung disusurinya,maka terang-terang sahaja dirinya pembohong!! dakwaanya itu tidak akan benar sehinggalah dia menyusuri jalan sunnah nabi pada setiap perkataan baginda dan perbuatan baginda (2) ,bak kata baginda :

“Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang tiada padanya suruhan kami maka serta merta ianya tertolak!!” (hadith riwayat Imam Muslim bernombor 1718)

Golongan salaf pula menamakan ayat ini sebagai Ayat Ujian,kerana ayat ini menjadi kayu pengukur menguji kebenaran dakwaan orang yang mengatakan bahawa dia mencintai Allah,jika benar,maka sifat mereka ialah mengikuti sunnah nabi yang agung dan sudah semestinyalah cinta agung ini sifatnya cinta yang bersambut,bukanya seperti cinta biasa yang terkadang hanya bertepuk sebelah tangan,maka,ikutilah syarat mencari cintanya ini,maka sudah pasti kamu akan dicintai oleh Allah pula..(3)

Berkatanya Al-Azhariy : “Kecintaan seorang hamba kepada Allah dan rasulNya ialah dengan ketaatanya kepada keduanya dengan mengikuti setiap suruhan keduanya,dan kecintaan Allah pula kepada hambaNya ialah dengan mengurniakan mereka pengampunan…(4)

Berkata pula Sahl Bin Abdullah : “Tanda kecintaan kepada Allah ialah mencintai Al-Quran (isi kandunganya) dan tanda kecintaan kepada Al-Quran pula ialah mencintai nabi,dan tanda kecintaan kepada nabi pula ialah mencintai sunnahnya,manakala tanda kecintaan kepada Allah,Al-Quran,nabi serta sunnahnya ialah dengan mencintai kehidupan akhirat,dan tanda kecintaan kepada kehidupan akhirat ialah mencintai dirinya sendiri,dan tanda kecintaanya pada dirinya sendiri ialah dengan bersikap kurangnya mengambil kehidupan duniawi kecuali mengambilnya hanyalah untuk menanggung hidupnya di dunia…(5)

Daripada Abu Darda’ daripada Rasulullah sallallahu alahi wassalam tentang ayat ini,berkata : (mendapat kecintaan kepada allah itu ialah dengan) “Melakukan kebaikkan,bertaqwa,bersikap tawaddhuk dan bermuhasabah diri sendiri” (riwayat Imam Tirmizi)

Berkatanya rasulullah lagi : “Barangsiapa yang menginginkan agar dia dicintai oleh Allah,maka hendaklah dia berkata-kata benar,melunaskan amanah dan jangan menyakiti hati jiranya” …..

sujud.jpg

 

Bagaimanakah pula halnya jika Allah sudah menyambut kecintaan seorang hambanya??

Hayatilah hadith nabi ini dengan penuh kegembiraan!! :

“Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Sesungguhnya Allah Taala apabila sudah mencintai hambanya,maka Dia akan memanggil malaikat Jibril alaihissalam seraya berkata : Sesungguhnya Aku mencintai si Fulan,maka dia akan dicintai,dan si Fulan itu juga akan dicintai oleh Jibril alaihissalam,maka Jibril alaihissalam pun menyeru ke langit seraya berkata : Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan!! maka dia akan dicintai,dia juga akan dicintai oleh penghuni langit,dan dia juga akan dicintai oleh penghuni bumi,tapi…Jika Aku murka terhadap seorang hamba itu,maka akan dipanggil pula Jibril alaihissalam dan berkata : Sesungguhnya Aku memurkai kepada si Fulan,maka dia akan dimurkai,dimurkai juga oleh Jibril alaihissalam,lalu Jibril alaihissalam pun menyeru kepada penghuni langit seraya berkata : Sesungguhnya Allah memurkai si Fulan!! maka dia akan dimurkai,juga dimurkai oleh penghuni langit,dimurkai juga oleh penghuni bumi” (riwayat Imam Muslim)

“Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu berkata : Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Sesungguhnya allah Taala telah berkata : Barangsiapa yang memusuhi wali ku (6) maka Aku akan isytiharkan perang baginya,dan perkara yang dapat mendekatkan diri seorang hamba kepadaKu ialah pada apa yang Aku sukai terhadap kewajipan-kewajipan yang telah Aku wajibkan ke atas mereka,dan seorang hamba itu tidak akan dapat mendekatiKu dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya,jika Aku sudah mencintai dirinya,maka Akulah pendengaranya pada apa yang didengarinya,dan Akulah penglihatanya pada apa yang dilihatnya,dan Akulah tanganya pada apa yang dilakukanya,dan Akulah kakinya pada setiap yang dilaluinya,dan jika dia meminta kepadaKu maka pasti Aku akan memberinya,dan jika dia minta dilindungi,maka Aku pasti akan melindunginya” (riwayat Imam Bukhari bernombor 6502 dan Imam Baihaqi bernombor 219/10 pada sunan beliau)

Segala puji bagi Allah,betapa hebatnya sambutan Allah pada insan yang berusaha untuk menggarap cintaNya ini,sudah semestinya bersambut dan tidak akan bertepuk sebelah tangan,pada hadith yang pertama itu menceritakan tentang keadaan gembiranya Allah terhadap cinta seorang hamba kepadaNya,dan hadith yang kedua itu pula menyatakan satu lagi syarat mencapai cintaNya ini selain mengikut sunnah kekasihnya iaitu melakukan perkara-perkara wajib yang sudah diwajibkan Allah ke atas kita serta memperbanyakkan juga melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah dapat mencapai cinta tersebut…

Ia juga menyatakan bahawa jika sudah dapat mencapai cintaNya itu,maka apa yang didengarinya Allah lah bakal menjadi pendengarnya,iaitu Allah akan menghalang pendengaranya dari mendengar perkara-perkara yang keji dan hanya mendengar perkara yang diredhaiNya sahaja,dan tanganya pula hanya Allah yang menjadi penghayunya iaitu hanya melakukan perkara yang diredhaiNya sahaja dengan tanganya,begitulah juga dengan kakinya,dan jika hanya pada Allah yang dimintanya berlindung,maka sudah pasti Allah akan melindunginya kerana cintanya Allah pada dia…

APA KATA AS-SYEIKH IBNU ATHOILLAH PULA YA???

 

pre_islam-photo-1-2940-33.jpg

(176) “Dan siapa yang cinta pada Allah,tidak akan mengutamakan sesuatu yang lain daripadaNya” (7)

Seperti yang sudah daku maklumkan,selain mengikuti sunnah kekasihNya yang agung dan melakukan perkara-perkara wajib yang telah Allah wajibkan ke atas hambaNya,boleh juga dikatakan bahawa orang yang cintakan Allah ini tidak akan mendepani Allah dan rasulNya dari apa jua perkara pun!! dan membelakangkan pula Allah dan rasulNya dari sesuatu!!

Contoh : Kekasih : “Abaaaaang,tengahari nanti kita pergi shopping ya….jangan lupa tau…”

Sang Pencinta : “Ya..boleh,boleh…tengahari nanti kita pergi ya ayang,semalam tak puas pegang tangan ayang”

Allahu akbar Allahu akbar!! Allahu akbar Allahu akbar!! azan Zohor pun berkumandang…

Dalam hati Sang Pencinta : “Esh,mana satu aku nak pergi ni?? shopping atau solat eh?? alaaa..solat kejap lagi boleh,baik pergi dating dulu,lepas itu boleh la aku solat..hehehe”

love-allah.jpg

Cet,tak guna punya Sang Pencinta! bukanlah masalahnya pada keadaan tadi samada dia akan menunaikan solat ataupun tidak,tetapi yang manakah yang akan di dahulukanya jika Allah dan RasulNya bertembung dengan perkara yang disayanginya,cuba bayangkan,insan yang saling hangat bercinta sakan,pasti dia akan sanggup korbankan segalanya untuk insan yang dikasihinya,begitu juga insan yang sudah mendapat kelazatan saling bercinta dengan Allah,apa pun jua dia sanggup korbankan,harta,pangkat,hatta jiwanya juga…dan juga pasti tidak akan dia dahulukan cintanya itu dengan sesuatu apa pun..

Bukanlah diriku menafikan rasa cinta yang tumbuh secara fitrah sesama insan itu perlu ada,tapi andai rasa cintamu terhadap insan yang kamu cintai itu disaluti dengan menjaga syariat-syariat yang telah digariskan serta tidak melanggar perintah dan larangaNya demi yang dikasihi,dan juga tidak cuba-cuba untuk mendepankan rasa cintamu itu melebihi Allah dan rasulNya serta hadhir dan perginya cintamu itu juga demi kerana Allah dan rasulnya maka layak sahajalah cintamu itu juga cintakan Allah..

allah.jpg

KESILAPAN…

Berkata : AKU CINTAKAN ALLAH!! ….tanpa sebarang penghayatan..cuma suatu perkataan yang hebat sahaja di mulut tapi hambar sahaja sifatnya di hati,kerana dia belum mendapat kecintaan itu dengan sebenar-benar penghayatan, juga pengamalanya juga masih banyak cacat celanya,perjuangan mengharap cinta ini bukanlah seperti omongan kosong di kedai-kedai kopi juga bukanlah siulan nyanyian ketika bosan,tapi ianya suatu perkataan berupa keazaman yang sangat berterusan usahanya untuk mendapatkanya!!

“….Mereka mengucapkan sesuatu dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya” (surah Al-Fath:11)

“Wahai orang-orang yang beriman,mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? ” (surah As-Saff:2)

Andai insan yang kecewa apabila cintanya tak bersambut,bahkan bertepuk pula hanya sebelah tangan,maka janganlah dikau risau,apa kata cinta Allah pula cuba dirimu kejarkan??,sememangnya pasti bersambut,dan jangan hanya beromong-omong kosong sahaja mengatakanya tanpa berazam kearahnya demi kerana sudah kecewa…selamat bercinta!! HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

*****************************************************************************

RUJUKKAN DAN PENERANGAN :

(1) (4) (5) Al-Jaamik Li Ahkaamil Quraan oleh Abi Abdullah Muhammad Bin Ahmad Al-Al-Ansori Al-Qurthubi (wafat 671h) mukasurat : 430-432 jilid kedua terbitan Daarul Hadith Al-Qaherah cetakkan tahun 2002,yang ditakliq oleh Dr.Muhammad Bin Ibrahim Al-Hafnaawi (Ustaz usul fiqh di Kuliah As-Syariah Wal Qaanun di Qaherah) dan ditakhrij hadith-hadithnya oleh Dr.Mahmud Haamid Utsmaan (Pengajar usul fiqh di Kuliah As-Syariah Wal Qanun di Tanta,Mesir)

(2) Tafsir Al-Quraan Al-Azhim oleh Abi Fida’ Ismail Bin Katsir Al-Qursyiy Ad-Damsyiqiyy (774h) mukasurat 314 jilid yang pertama tebitan Al-maktabaah Al-Asriah Beirut,cetakkan tahun 2003.

(3) Syarh Riyaadhus Solehin Min Kalaami Sayyidil Mursaliin (Imam Nawawi,wafat 676h) oleh As-Syeikh Muhammad Bin Soleh Al-Utsaimeen,mukasurat 738-741 jilid yang pertama terbitan Daarus Salaam,cetakkan pertama tahun 2002.

(6) Wali : Insan yang tiada ketakutan padanya selain Allah dan tiada padanya kesedihan dan merupakan mukmin yang bertaqwa (surah Yunus : 62 dan 63) dan dikurniakan padanya Al-Karamah yang bukanlah bertujuan untuk membenarkan apa-apa risalah dan berbeza dengan mukjizat para nabi-nabi.

(7) Terjemahan Al-HIkam As-Syeikh Ibnu Athoillah oleh Haji Salim Bahreisy,mukasurat 200 terbitan Victoria Agencie,Kuala Lumpur.

Read Full Post »

sang-raja.jpg

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,selawat dan salam kepada nabi junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam,kaum keluarga baginda serta sahabat handai baginda yang berketurunan mulia…

Alhamdulilah,segala puji bagi Allah..

Sang raja yang berdua..

Arakian,maka tersebutlah suatu kisah,tentang dua orang raja di Negara Lasia Kirana namanya..raja yang pertama bernama Raja Nik,memerintah di negeri Kilatan namanya,iaitu hanya cebisan negeri dari Negara Lasia Kirana,suatu negeri yang aman dan damai,rakyatnya betapa hidup di dalam keharmonian dan kesejahteraan,demi kerana ajaran ilahi yang maha tinggi dijunjung tegak sebagai usul tadbiranya,banyak hasil buminya,anugerah dari Sang Pencipta yang melimpahkan rahmatNya pada pendududknya…tapi hanya negeri ini sebuah,gegak gempita alam ini manusia perkatakan,ada yang puji ada yang maki..

Adapun raja yang seorang lagi Raja Lah namanya,iaitu si pemerintah Negara Lasia Kirana seluruhnya,suatu negara yang subur buminya,bersih alamnya,dan harmoni hidup rakyatnya,tapi lain pula halnya dengan Raja Lah ini,bukan kalam ilahi yang dijunjung sepenuhnya,tapi dicampurkan pula dengan telunjuk Si Jahat Penjajah,bahkan telunjuk Si Jahat Penjajah terkadang mendepani kalam ilahi yang maha tinggi yang semestinyalah juga pencipta Si Jahat Penjajah…bukan tak guna sepenuhnya kalam ilahi,tapi diambil bila diangguk sang nafsu,dibuang lempar bila digeleng sang nafsu..bahaya benar perlakuan Raja Lah,Allah yang maha tinggi kan sudah berkata :

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar pula kepada sebahagian yang lain?Maka tiada balasan yang layak bagi orang yang berbuat demikian diantara kamu selain kenistaan di dalam kehidupan dunia,dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat,Dan Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan” (surah Al-Baqarah : 85)

tapi atas sifat Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani yang tak bisa terkalahkan itu tetap dilimpah rahmatnya pada penduduk Negara Lasia Kirana..

princess.jpg

Kisahnya Raja Nik..    

Raja Nik warak orangnya,dalam ilmu akhiratnya,betapa lama usia ranjau kembara ilmunya,baik-baik sahaja nasab keturunanya,bergalur susur dari nasab para ulamak yang beramal dengan ilmunya,mahukan agar kalam ilahi berdiri tegak di atas bumi ciptaaNya ini,agar dapat dirasai pula kemanisan hikmah suruhan dan larangaNya pada hamba-hamba sekelianya,maka hanya sanya negeri Kilatan sahajalah Raja Nik tegakkan ajaran agama suci ini,tapi yang teramat peliknya,mengapa dicemuh kata pula perlakuanya itu,bukankah benar perilakunya itu??? ohh..tidak mengapa,penghulu anbiyak sudah berkata :

“Bermulanya Islam itu dengan kepelikkan,dan akan menjadi pelik pula seperti mana ia bermula,maka berbahagialah pada orang-orang yang pelik” (riwayat Muslim) 

Betapa kepinginya Raja Nik mahukan agar ajaran islam itu dijadikan tiang asas pada Negara Lasia Kirana seluruhnya,tapi apalah sangat qudratnya,puas sudah dinasihatkan pada Raja Lah yang seorang itu,tapi dikilas tepis dengan dalih-dalih yang bermacam,disambut pula tepisan si raja oleh para memandanya yang tak ubah seperti lagaknya anjing-anjing yang terjelir lidahnya minta makanan,membuta tuli sahaja,tak langsung difikir benarnya kata Raja Nik itu..

Raja Nik penasihat kepada Parti Bulan Bintang,sesuai amat orangnya dengan sandangan jawatanya,para memanda Raja Nik pula bukan calang-calang sekelianya,mereka bekerja untuk Allah,kerja dan terus kerja agar matlamat negara islam impian tercapai,tegal sudah mereka dengan sumpah seranah,caci maki,fitnah nista dari jentera Raja Lah,jangan risau..kalam ilahi inlahi azimatnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya,maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum,Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya,dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman,tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir,yang berjihad di jalan Allah,dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela,itulah kurnia Allah yang diberikaNya kepada siapa yang Dia kehendakki,dan Allah maha luas pemberiaNya lagi maha mengetahui” (surah Al-Maidah : 54)

 

nangis.jpg

Kisahnya Raja Lah…alahaii.. 

Raja Lah juga bergalur susur dari para ulamak,bukan calang-calang juga keturunanya,bahkan dia juga mahukan islam agar tertegak di Negara Lasia Kirana,tapi…hairan juga,kenapa disolek-solek,dihias-hias rupa islam itu sehingga tidak lagi kelihatan rupa sebenar kesucian mukanya??sudahlah rupa disolek-solek,ditopengkan pula dengan dakwaan kononya islam yang bersifat maju,cubalah singkap topengan itu,penuh dengan kepura-puraan,namanya sahaja gah,di seminar-seminar,di persidangan-persidangan dan di kertas-kertas,tapi manakah ghaibnya perlaksanaanya??dilempar ke laut??

Bagaimanalah mahu menegakkan islam,sedangkan permaisuri dan puterinya tidak bertudung kepala,berdedah-dedahan selagi boleh didedahkan,rakyat dijamu dengan berbagai pesta,lihatlah sahaja di siaran televisyen,berbagai rancangan mencari bakat baru,seumpama sudah kurang sangatkah artis minta ditambah??bukankah ulamak yang berkurang?? bagaimana??tak nampakkah saling bercanggahnya kedua keadaan itu??bisakah kamu berjaga sambil tidur??bak kata As-Syeikh Arabi Al-lowh di dalam kitab beliau: Ar-Raied fi Ilmil Aqaied : “percampuran diantara dua perkara yang saling bercanggah sifatnya,maka mustahillah hukumnya”

“Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebathilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran ,sedang kamu mengetahuinya” (surah Al-baqarah : 42)

SIFIR YANG MUDAH …

Mudah sahaja,seorang raja yang mahukan islam tertegak,dan seorang raja lagi tidak berapa mahu menegakkanya secara bersungguh,terbukti sudah dengan merasai hasil tadbiranya,jadi ternampaklah disini dua haluan yang sangat jelas:

(1) Haluan yang menyokong agar Raja Nik yang mahukan agar tertegaknya hukum islam itu memerintah lantas menjadi penyokongnya bahkan berdiri di belakangnya

(2) Haluan yang menyokong agar Raja Lah yang tidaklah begitu bersungguh dan betul-betul mahu menegakkanya lantas menyokongnya sekaligus bersekongkol bersama kemungkaran yang dianjurkanya yang bercanggahan dengan kalam ilahi yang maha agung!!

“Dari Ibni Umar radiallahu anhuma berkata: Sesungguhnya rasulullahi sallallahu alaihi wassalam bersabda:

Ke atas setiap individu muslim itu mestilah dengar serta taat kepada setiap perkara yang disukai dan dibenci (oleh Allah) melainkan jika dia disuruh melakukan kemaksiatan (perkara yang melanggari perintah dan larangaNya) jika disuruh melakukan kemaksiatan,maka tiadalah lagi dengar dan taat” (riwayat Imam Muslim) 

“Tiadanya ketaatan kepada si makhluq pada perkara yang mengundang kemaksiatan kepada Sang Pencipta” (riwayat Imam Ahmad pada Musnadnya dan Imam Al-Haakim pada Mustadraaknya dan disahihkan pula oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi pada kitab Al-jaamik As-Saghirnya)

maka,pilihlah sendiri haluan kamu,mahu haluan yang nombor (1) atau haluan yang bernombor (2), dan ingatlah,pilihan anda menentukan segalanya tetapi berpaksi sepenuhnya dengan kehendak Al-Mudabbir yang maha agung!! bayangkanlah,andai tersilap pilihanmu,maka tanggunglah sendiri andai mungkar lagi yang masih ditaja,kemaksiatan lagi yang diundang!!

Diriku amat menyeru kepada pembaca yang membaca agar bersama-sama berdoa dan meminta kepada Allah tuhan yang maha agung lagi maha besar kuasaNya memberikan pertolongaNya kepada perjuangan islam bakal menjulang kemenanganya sekaligus menegakkan agama suci ini di atas tanah air yang tercinta,dan agar tidaklah pula tersadung langkahnya terlari dari landasan syariat yang suci..HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!! 

p/s : Kisah dua orang raja ini sememangnya ada kena mengena dengan insan yang masih hidup (alhamdulilah),agar dapatlah dijadikan pengajaran serta iktibar kepada insan lain yang hidup ini di dalam hidup mereka….

Read Full Post »