Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘terjemahan kitab’ Category

SEBAB PARA FUQAHA’ KHILAF DALAM HUKUM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Alhamdulillah segala puji hanyalah bagi Allah…

 

Di antara sebab perbezaan pandangan para fuqaha’ adalah seperti berikut :

  1. Pemahaman teks-teks Al-Quran dan As-Sunnah yang pelbagai, di mana sememangnya manusia akan berselisih pendapat di dalam memahami sesuatu perkara, ada ulama’ yang memahami keduanya secara tekstual (pemahaman zahir) dan ada juga ulama’ yang memahami keduanya secara kontekstual (menyelami maksud sebenar teks) dan kedua dua jenis pemahaman sebegini telah pun berlaku di zaman baginda nabi lagi, apabila baginda bersabda ketika peperangan Ahzab :

 

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bersolat Asar di Bani Quraizah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Maka apabila hari semakin senja dan matahari hampir tenggelam, para sahabat berselisih pandangan sesama mereka, ada yang kata nabi maksudkan ialah agar kita percepatkan perjalanan agar dapat bersolat Asar di Bani Quraizah, dan ada juga sahabat yang berkata : Tidak! Nabi mengatakan kita mesti bersolat Asar di Bani Quraizah, kami hanya akan bersolat Asar apabila sudah sampai di sana walaupun matahari sudah pun tenggelam! Apabila perkara ini dikhabarkan kepada baginda nabi, baginda sedikit pun tidak memarahi mana-mana pihak sahabat, bahkan nabi mengakui ijtihad setiap sahabat, maka di sinilah di antara sebab khilaf.

 

  1. Sikap manusia ada yang bersifat keras dan ada yang bersifat lembut, ini merupakan sifat semulajadi manusia, Ibnu Umar berbeza dengan Ibnu Abbas, jika Ibnu Umar berpandangan berwudhuk mesti memasukkan sedikit air ke dalam mata maka Ibnu Abbas berpandangan perkara demikian bukanlah suatu kemestian sehingga butalah mata Ibnu Umar atas perbuatan tersebut, Jika Ibnu Umar enggan memeluk anak-anaknya kerana khuatir air liur mereka akan terkena pakaianya maka Ibnu Abbas pula memeluk anak-anaknya dan mengatakan air liur mereka ialah wangian bunga yang dicium, maka di sini juga menjelaskan di antara sebab perselisihan pendapat.

 

  1. Bahasa, bahasa boleh menjadi sebab perbezaan pandangan, contoh :

 

“Perempuan-perempuan yang ditalaq hendaklah menunggu sehingga tiga kali quru’ “ (Al-Baqarah : 228)

 

Perkataan quru’ boleh membawa maksud yang banyak, ada yang kata ia bermaksud haidh, dan ada yang berkata suci, maka di sinilah perbezaan berlaku.

 

Begitu juga pada ayat : “…atau kalian menyentuh perempuan” (Al-Maidah : 6) ada yang berpandangan makna sentuh itu makna yang hakiki dan ada pula yang kata maknanya secara perumpamaan, Ibnu Umar mengatakan maknanya ialah menyentuh dengan tangan dan Ibnu Abbas pula mengatakan maknanya ialah perumpamaan kepada jima’ (persetubuhan) dan bukanya sentuhan tangan.

 

  1. Penerimaan sebahagian ulama’ terhadap riwayat sebahagian perawi dan penolakkan mereka terhadap sebahagian yang lain.

 

  1. Dalil-dalil yang digunakan oleh para ulama’ di dalam membina hukum, ada yang memakai Amalu Ahli Madinah, ada yang kuat memakai Qiyas dan Istihsan dalam membina hukum, ada juga yang memakai hadith Mursal dan ada yang menolak, dan begitulah seterusnya.

 

Bagi yang boleh membaca bahan-bahan di dalam bahasa arab, disarankan membaca buku-buku tentang khilaf seperti : “Al-Insaf Fi Asbabil Ikhtilaf” oleh Ad-Dahlawi, “Asbabu Ikhtilafil Ulama’” oleh Syeikh Ali Al-Khafif, “As-Sohwatul Islamiah Bainal Ikhtilafil Masyru’ Wat Tafarruqil Mazmum” oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

 

Di antara rahmat Allah terhadap ummah ini ialah Allah memberikan keluasan terhadap pandangan feqh itu sendiri dengan menerima kepelbagaian pemahaman manusia, ada hukum yang sesuai pada sesuatu keadaan tetapi tidak sesuai pada keadaan yang lain, bahkan ada juga pandangan sesetengah sahabat yang dikeluarkan ditarik balik disebabkan baru mengetahui sesuatu yang bukan pengetahuanya atau merasakan tidak sesuai digunakan pada sesuatu keadaan.

 

Maka perbezaan pandangan terhadap perkara bersifat ranting adalah diharuskan dan adalah agak mustahil manusia sependapat di dalam perkara sebegini.

 

Persoalanya sekarang, apakah hukum mengikut mazhab-mazhab sebegini?

 

Ada yang kata ia berhukum wajib mengikuti mazhab-mazhab feqh yang ada iaitu pandangan Ibrahim Al-Laqqani di dalam kitabnya Jauharatut Tauhid…

 

Bermazhab Syafiey kata : Wajib ikut Imam Syafiey! Bermazhab Maliki kata : Wajib ikut Imam Malik Bin Anas, Bermazhab Hanafi kata : Wajib ikut Imam Abu Hanifah dan bermazhab Hanbali kata : Wajib ikut Imam Ahmad Bin Hanbal!

 

Bahkan ada yang berkata : Wajib ikut kata-kata imam ikutanya dan haram mengikuti kata-kata selainya!! Imam Ibnu Taimiyah berkata : orang yang berkata sebegini mesti bertaubat jika tidak dia dibunuh! Cuba kalian lihat kata-kata Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah tentang menolak pandangan wajib taqlid sebegini di dalam I’lamul Muwaqqi’iin, yang mana beliau menyenaraikan sebanyak 50 sebab kesalahan berbuat sedemikian!

 

Oleh itu bagi sesiapa yang belum boleh menilai nas-nas hukum berbekalkan ilmu-ilmu alat untuk menggunakanya sebagai hukum yang dipegangi maka dia diharuskan mengikuti mana-mana imam yang disukainya yang mana imam tersebut sudah sampai taraf mujtahid, manakala yang sudah mampu hasil pengajianya terhadap ilmu-ilmu alat secara konsisten maka dia diharuskan berijtihad juga.

 

Apakah baginda nabi ada melakukan perkara-perkara yang menjadi perselisihan para ulama’ feqh?

 

Ya, kerana terdapat di dalam banyak hadith-hadith baginda yang diriwayatkan menyatakan beberapa sahabat melihat sendiri perbuatan baginda terhadap sesuatu ibadat tetapi terdapat juga sebahagian sahabat melihat perbuatan tersebut tidak sama seperti yang dilihatnya atau dia tidak pernah melihat baginda melakukanya tetapi ada sahabat pernah melihatnya. Contohnya seperti azan, ada yang mengatakan lafaz Allahu Akbar itu perlu dilaungkan sebanyak dua kali sahaja dan ada yang mengatakan empat kali, kedua-duanya ada riwayat, maka Imam Malik mengatakan dua kali manakala yang lain mengatakan empat kali. Begitu juga Tarji’ di dalam azan iaitu menyebut lafaz-lafaz azan dengan suara yang perlahan sebelum melaungkanya, kerana ada riwayat tentang hal demikian, maka ada ulama’ yang mengambilnya dan ada yang tidak.

 

Begitu juga dengan membaca basmalah secara kuat ketika membaca Al-Fatihah, ada riwayat yang kata nabi pernah membacanya dengan kuat dan ada juga riwayat mengatakan nabi tidak pernah melakukanya! Maka kemungkinan baginda membacanya secara kuat pada sesetengah waktu adalah untuk mengajarkan para ma’mum tentang bacaanya, Imam Ibnu Taimiyah mengatakan : Harus hukumnya meninggalkan perkara yang afdhal di dalam perkara ibadat dengan bertujuan untuk menyatukan hati-hati manusia sepertimana baginda nabi tidak membina kaabah di bahagian maqam Ibrahim alahissalam kerana khuatir manusia akan lari daripada islam sewaktu kaum Quraish masih baru-baru lagi memeluk islam, sepertimana yang telah dinyatakan Imam Ahmad, begitu juga pada bacaan basmalah tadi dan solat witir yang dilakukan secara bersambung dengan satu salam, yang mana semua perbuatan tadi adalah perubahan daripada melakukan afdhal (yang paling baik dilakukan) kepada harus dilakukan dengan maksud menjaga penyatuan ummah dan mengajar sunnah.

 

Bagaimanakah boleh berlaku sesuatu hukum itu menjadi wajib pada sesetengah imam tetapi boleh menjadi makruh pula pada imam yang lain pada perkara-perkara ibadat contohnya?

Perkara sebegini adalah agak jarang berlaku contohnya seperti : Membaca Al-Fatihah di belakang imam adalah wajib bagi makmum pada Mazhab Syafiey pada setiap jenis solat samada secara jelas (Subuh, Maghrib dan Isyak) atau secara perlahan (Zohor dan Asar) manakala Mazhab Hanafi memandang bacaan tersebut sebagai Makruh.

 

Tetapi ada juga pandangan yang bersifat pertengahan, iaitu bacaan dibolehkan pada solat yang dibaca perlahan kerana makmum tidak mendengar bacaan imam dan apabila solat bacaan jelas maka makmum patut diam kerana bacaan tersebut didengari makmum berdasarkan hadith sahih riwayat Muslim :

وإذا قرأ فأنصتوا

 

Bermaksud : Jika dibacakan (Al-Quran) hendaklah kalian diam

 

 

Apakah boleh mengikuti mazhab feqh yang lain selain empat mazhab yang masyhur? Apakah boleh terus menggunakan dalil Al-Quran dan As-Sunnah tanpa bermazhab?

 

Ya, boleh mengikuti mazhab feqh yang lain selain mazhab empat yang masyhur..dan boleh juga memakai terus dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah tetapi jika dia mampu berbuat demikian yang mana sekiranya dia sudah mampu berijtihad dan mengkaji serta membuat perbandingan, mampu mengeluarkan hukum daripada nas-nas yang ada serta mampu menilai pandangan yang paling kuat dan lebih dekat kepada isi Al-Quran dan As-Sunnah, dia boleh merujuk kepada para ulama’ feqh yang suka mencari hukum dengan membuat suai-banding dan perbandingan seperti Imam Ibnu Daqiq Al-‘Aid, Imam Ibnu Taimiyah, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam As-Son’aani, Imam As-Syaukani dan selain mereka, bahkan dia berhak memilih pandangan mana-mana ulama’ yang lebih dekat dengan jiwanya.

 

Tentang kata-kata yang mengatakan bahawa pintu ijtihad telah tertutup adalah merupakan kata-kata yang ditolak kerana tidak didasari oleh sebarang dalil daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak para ulama’, berkatanya para ulama’ mazhab Hanbali :

 

“Adalah sesuatu yang tidak mungkin suatu zaman itu mengalami ketiadaan mufti yang mampu berijtihad berdasarkan dalil-dalil, adalah tidak mustahil Allah boleh mengurniakan kemampuan untuk berijtihad kepada mana-mana hambaNya”

 

Bahkan pada zaman ini adalah lebih senang lagi berbekalkan kemajuan teknologi seperti komputer dan sebagainya (Rujuk : Al-Ijtihad Fis Syariatil Islamiah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)

 

Manakala bagi sesiapa yang masih belum menguasai ilmu bahasa arab dengan baik, ilmu Al-Quran dan ilmu As-Sunnah, perkara-perkara berkaitan Ijmak dan Khilaf, qaedah-qaedah qiyas, feqh dan Taarudh Wat Tarjih dan pelbagai lagi ilmu-ilmu asas ijtihad, maka adalah wajib dia bertanyakan orang yang lebih tahu.

 

Bagaimana pula seseorang itu mencampur adukkan pelbagai mazhab? Bolehkah?

 

Inilah yang dinamakan sebagai Talfiq..Talfiq ini ada ulama’ yang mengharuskanya dan ada yang melarang, hukumnya adalah jika seseorang melakukan talfiq dengan tujuan untuk mencari-cari hukum yang paling mudah bagi dirinya atau yang paling dekat dengan hawa nafsunya tanpa didasari sebarang dalil maka perbuatan sebegini adalah tidak dibolehkan, disebabkan itu berkatanya para ulama’ salaf : Sesiapa yang mencari-cari yang senang untuk dirinya maka dia adalah fasiq!

 

Contohnya dia berpegang dengan pandangan salah satu mazhab disebabkan dia nampak pandangan tersebut menyenangkan dirinya, seperti memakai pandangan Mazhab Hanafi yang memberikan Syuf’ah kepada jiran berdekatan jikalau jiran tersebut ingin menyewa untuk dirinya sendiri, jikalau pandangan mazhab itu tidak relevan untuk dirinya dia akan mengambil pandangan mazhab lain yang lebih memberi untung untuk dirinya. Maka ini lah dia contoh mempermainkan agama untuk kepentingan diri sendiri, oleh itu seorang islam yang beriman hendaklah dia sentiasa cuba untuk berada di dalam kebenaran samada kebenaran tersebut menuruti nafsunya atau tidak, sepertimana Allah nyatakan di dalam Al-Quran :

 

“Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: “Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat”; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman

 

Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

 

Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya)” (An-Nur : 47-49)

 

Orang sebegini Allah sifatkan mereka dengan :

 

“Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).” (An-Nur : 50)

 

Tetapi jika seorang islam itu mengikuti pandangan mazhab lain berdasarkan apa yang dia nampak lebih mendekati kepada kebenaran dari sudut Al-Quran dan As-Sunnah, dan apa yang lebih dekat dengan hati nuraninya maka adalah tidak mengapa jika dia memakai pandangan Mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal wudhuk jika menyentuh tangan perempuan ajnabiah dan memakai pandangan Mazhab Syafiey yang mengatakan tidak batal solat seseorang yang mengalir darah di badanya dan memakai pandangan Mazhab Maliki yang mengatakan air muthlaq sekali-kali tidak akan menjadi najis selagimana tidak berlaku perubahan yang mana pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan dalil-dalil yang ada. Maka anda sendiri berhak menentukanya berdasarkan ilmu yang ada tanpa sebarang kecenderungan hawa nafsu.

 

Wallahu a’lam.

 

Daud Bin Dalib At-Tetouani

10:18 PM Pejabat Taman Maju

20 November 2012

 

* Kebanyakkan isi artikel diambil dan diolah sendiri daripada link :

 

http://qaradawi.net/fatawaahkam/30/6318-2012-11-13-07-57-50.html

Advertisement

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian alam…

“Bacalah Al-Quran…fahamilah ia”

Apakah Al-Quran berbicara tentang Negara Islam,penubuhanya dan pemerintahnya??

Allah berfirman di dalam kalamNya :

Dan Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” (Al-Baqarah : 30)

Imamuna Al-Jalil Al-Qurthubi rahimahullahu taala telah menyatakan di dalam tafsirnya berkenaan ayat ini :

“Ayat ini merupakan suatu dasar di dalam melantik Imam (Ketua Negara) dan Khalifah yang mesti didengari katanya lagi ditaati perintahnya supaya ummat bersatu padu dan dapat melaksanakan hukum-hakam yang berkaitan dengan khalifah,dan tiadanya khilaf terhadap kewajipan tersebut samada di antara ummat atau di antara para ulamak kecuali  suatu riwayat daripada Al-Asamm (seorang pemimpin Muktazilah)” (Rujuk : Al-Jaami’ Li Ahkamil Quran jilid 1  mukasurat : 250 terbitan Darul Hadith,Qaherah ditahqiq oleh Dr.Muhammad Ibrahim Al-Hafnawi dan ditakhrij hadithnya oleh Mahmud Haamid ‘Utsman)

Al-Quran sememangnya tidak berbicara tentang penubuhan Negara Islam secara terus-terang,tetapi di sana terdapatnya para ulamak yang mengeluarkan hukum penubuhan Negara Islam berdasarkan tafsir,pemahaman dan ijtihad mereka sendiri…dan ijtihad itu tidak boleh diperendah-rendahkan oleh seorang ‘alim kepada ‘alim yang lain tetapi perlu dibincangkan dengan penuh suasana harmoni,beradab dan bertolak ansur…

Apakah dapat dilaksanakan segala kewajipan yang berdiri di atas dalil-dalil yang qoth’ie secara menyeluruh dan holistik tanpa Khalifah dapat memegang tampuk pemerintahan??

Sesungguhnya penubuhan Negara Islam bukanlah suatu isthilah yang pelik,kerana Al-Quran memang ada berbicara tentangnya :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkanya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan pemerintah di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisak : 58 dan 59)

Ayat – ayat ini disampaikan kepada para pemerintah agar menjaga amanah (pemerintahan negara) dan berhukum dengan penuh keadilan,jikalau amanah besar ini disia-siakan maka di sana adanya “jaminan” berupa kecelaruan ummat dan kehancuran negara bakal berlaku :

فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة . فقيل : كيف إضاعتها ؟ قال : إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة

Maksud : Jika disia-siakan amanah itu maka nantikanlah saat kiamat itu tiba.Maka baginda ditanya : bagaimanakah ianya disia-siakan?? Jika diserahkan suatu amanah kepada yang bukan ahlinya maka nantikanlah kiamat itu tiba. ( Hadith riwayat Imam Bukhari dalam Kitabul ‘Ilmu hadith bernombor 59 di dalam Fathul Baari jilid 1 m/s 141 daripada Abu Hurairah)

Ayat ini juga disampaikan kepada rakyat-rakyat yang beriman agar mentaati pemerintah  mereka dengan syarat hendaklah ketaatan tersebut hadhir selepas ketaatan kepada Allah dan rasulNya,dan andai mereka berselisih tentang sesuatu maka sewajibnya perselisihan tersebut dirujuk di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Jikalau kita melihat kepada sunnah pula,baginda telah berkata :

من مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية

Maksud : Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak berbai’ah maka matinya mati jahiliyyah!! (Hadith riwayat Imam Muslim daripada Ibnu ‘Umar bernombor 1851 dalam Kitabul Imarah)

Dan tanpa syak lagi haramlah kepada seorang muslim itu membai’ah kepada pemerintah yang tidak mengikut hukum islam,dan bai’ah yang dapat menyelamatkanya daripada perkara demikian ialah membai’ah kepada pemerintah yang berhukum dengan hukum Allah,jika tidak,maka semua umat islam berdosa ketika itu sehinggalah tertegaknya pemerintahan islam,dan tidaklah umat islam itu terlepas daripada dosa ini kecuali dengan membuat dua perkara :

(1) Al-Inkar : menyatakan ketidaksetujuan seperti membuat demo bantahan terhadap sikap pemerintah yang tidak mengikut lunas syarak, walaupun membencinya dengan hati !! (tidak sesuai dengan hati sahaja dikala kekuasaan di tanganya dan dia mampu menentang)

(2) As-Sa’yu : bergerak kerja dengan bersungguh-sungguh untuk menegakkan suasana pemerintahan islam yang syumul,dan gerak kerja ini tidak sesuai dilakukan secara individual,semestinya dia berganding bahu bergerak bersama-sama dengan para mu’min yang lain yang bertuhankan Allah yang esa.

Betapa banyak hadith-hadith sahih yang membicarakan tentang Khilafah,Imarah,Kehakiman,sifat-sifat pemerintah dan lain-lain lagi tentang hal ehwal kenegaraan dan pentadbiran negara,sesungguhnya kita dapat lihat bahawa hal ehwal ini ada tercatat di dalam kitab-kitab Aqidah dan Usuluddin begitu juga kitab-kitab feqh…

Bahkan terdapat suatu kitab khas yang membicarakan tentang hal ehwal kenegaraan dan pentadbiran negara iaitu Ahkamus Sulthaniyah oleh Imam Mawardi,begitu juga seperti Abu Ya’la,Kitab Al-Ghiyatsi oleh Imam Al-Juwaini (Al-Haramain) As-Siyasatus Syar’iyyah oleh Imamuna Ibnu Taimiyah,Tahrirul Ahkam oleh Ibnu Jama’ah ,Kitabul Kharaj oleh Abu Yusuf (Al-Ashabul Hanafiah),begitu juga Yahya Ibnu Adam,Kitabul Amwal oleh Abu ‘Ubaid dan begitu juga Ibnu Zanjawiyah,tidak dilupakan juga Ath-Thuruqul Hukmiyah Fis Siyasatis Syar’iyyah oleh Imamuna Ibnu Qayyim Al-Jauziyah,At-Tabsirah oleh Ibnul Jauzi dan juga Mu’inul Hukkam Fima Yataraddadu Bainal Khasmaini Minal Ahkam oleh ‘Alauddin At-Tarablusi Al-Hanafi…

“Melihat dari kacamata sejarah”

Dari kacamata sejarah…

Keberangkatan baginda nabi ke Madinah iaitu Negara Islam daripada Negara Kuffar adalah untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang berdaulat dan ketika itu berjihad mempertahankan negara tersebut adalah fardhu ke atas setiap orang islam,dan masih belum sempurna imanya jika seseorang itu belum berhijrah ke Negara Islam :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah (Al-Anfaal : 72)

Bahkan ketika saat kewafatan baginda nabi sallallahu alaihi wassalam perkara pertama yang disibukkan oleh para sahabat ridwanullahi alaihim ajma’in ialah memilih ketua!! dan mendepankan perkara tersebut sebelum menguruskan jenazah baginda yang mana akhirnya mereka membai’ah Abu Bakar radiallahu anhu,berdasarkan sejarah ini beserta nas-nas tadi maka para ulama’ menjadikan perlantikkan Khalifah yang menjadi tanda Negara Islam adalah menjadi suatu kewajipan.

 

Betapa pentingnya!!

Agama Islam itu sangat meliputi setiap perkara di dalam kehidupan kita,adalah tidak masuk aqal dari sekecil-kecil perkara pun ada nisbahnya di dalam islam tetapi perkara sebesar pemerintahan islam dan Khalifah diabaikan oleh islam!! lebih parah lagi apabila kita membiarkan sahaja para pemerintah yang beragama islam ini mentadbir urus negara mengikut hawa nafsu mereka dan meninggalkan terus Al-Quran juga As-Sunnah dan hanya pakai keduanya apabila perlu!! betapa kasihan kumpulan yang ingin memperjuangkan pemerintahan mengikut agama Allah diremehkan usaha mereka bahkan ditekan dari semua sudut,samada daripada golongan pemerintah atau agamawan!!!

Imamuna Al-Jalil Ibnu Qayyim rahimahullahu taala ketikamana di zamanya (pada kurun ke-8 Hijrah) pernah mengadu tentang pembekuan pemikiran para fuqaha’ di zamanya,yang mana mereka pernah mendesak para pemerintah ketika itu agar dirangka undang-undang perlembagaan negara yang tidak berkait dengan hukum syarak!! lalu Ibnu Qayyim telah menempelak para fuqaha’ itu terhadap perlakuan pelik mereka,dan perlakuan ini mungkin boleh dianggap sebagai demo bantahan yang pertama terhadap Undang-Undang Sivil ciptaan manusia…

Berkatanya Imamuna Ibnu Taimiyah rahimahullahu taala di dalam kitabnya As-Siyasatus Syar’iyyah :

“Sewajibnya diketahui bahawasanya pentadbiran urusan rakyat jelata merupakan di antara kewajipan yang terbesar di dalam agama,bahkan tidak akan tertegak urusan agama itu juga urusan dunia melainkan dengan pemerintahan islam…”

Dan menyambung : “Kerana Allah mewajibkan menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran,dan pastilah tidak boleh dilakukan perkara sedemikian melainkan hanya dengan kekuasaan dan pemerintahan!! dan begitulah juga perkara-perkara lain di dalam agama yang telah diwajibkan seperti jihad dan menegakkan keadilan,melaksanakan hudud,membantu orang yang dizalimi dan lain-lain jikalau tiada kekuasaan dan pemerintahan!!” (Rujuk : As-Siyasatus Syar’iyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah jilid 28 m/s : 390 dan 391 bittasarruf)

Berkata pula Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang :

“Menegakkan negara islam menjadi sunnah amaliah yang dilakukan oleh rasulullah sallallahu alaihi wassalam apabila beliau berhijrah ke Madinah dan menolak tawaran memimpin negara dengan cara jahiliyyah ketika berada di Mekah,Ini menunjukkan menegakkan negara itu adalah suatu perkara agama yang besar dan negara yang ditetapkan itu mestilah Negara Islam” (Rujuk : Bagaimana Islam memerintah Negara m/s : 7 terbitan PTS Islamika Sdn.Bhd)

Sesungguhnya Negara Islam itu ialah berupa negara Aqidah dan Fikriyah,iaitu negara yang berdiri di atas Aqidah dan manhaj dan bukanya hanya semata-mata untuk memberikan keamanan kepada negara daripada serangan musuh dari dalam dan luar negara,tetapi tugas Negara Islam itu adalah lebih dalam dan lebih besar dari perkara itu sahaja!! Ia perlu mengajar rakyat jelata tentang pemahaman islam yang tulen dan sejati,supaya rakyat dapat mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya dan bukanya membuta tuli sesiapa sahaja boleh memerintah negara asalkan ada kelulusan tinggi dan berpengaruh maka silakan…tanpa diambil kira pemaham agama serta pengamalan agamanya..

Berkatanya Ibnu Khaldun ketika menceritakan tentang Khilafah :

“Iaitu meletakkan segala perkara di atas pandangan syarak untuk kebaikkan akhirat dan kehidupan dunia mereka yang dirujuk kepada pemerintah,dan kehidupan dunia itu,semuanya mestilah dirujuk kepada orang yang arif  di dalam syarak untuk dihukumkan demi kebahagiaan akhirat,hakikatnya khilafah itu mestilah dipegang oleh orang yang arif Ilmu Syariat untuk menjaga agama dan mentadbir dunia denganya” (Rujuk : Muqaddimah Ibnu Khaldun jilid 2 m/s : 518 terbitan : Lajnah Al-Bayanul ‘Arabi yang ditahqiq oleh Dr.Ali Abdul Wahid Wafi)

“Siapa kata islam tidak boleh memerintah?? tapi kena dapatkan daulah dulu..”

Hikmah di dalam dakwah…

Ya,jalan dakwah itu luas dan cara dakwah itu pelbagai,tetapi apa yang kita inginkan ialah suatu strategi dakwah yang berkesan dan berhikmah agar insan yang didakwah kembali kepada Allah walaupun pada hakikatnya hidayah itu milik Allah,kita tidak disoal tentang apakah berjaya atau tidak insan itu kembali kepada Allah,tetapi kita bakal disoal apakah usaha terbaik yang telah kita lakukan untuk agama hanif ini…

Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang ingin terlibat di dalam medan dakwah biar sampai menitiskan peluh dan darah…

Ingin berdakwah di dalam golongan Salafi,silakan..ingin berdakwah di dalam golongan Tabligh silakan..ingin berdakwah di dalam golongan Sufi pun silakan..terpulang kepada selera masing-masing…Tapi !!Allah telah berfirman supaya menyeru ke jalan dakwah itu dengan hikmah :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik (An-Nahl : 125)

Apakah itu hikmah?? berkatanya Imamuna Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullahu taala :

فعل ماينبغي كما ينبغي في الوقت الذي ينبغي

Maksud : Melakukan apa yang sepatutnya sepertimana yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya..

Apakah yang sepatutnya dilakukan apabila hukum-hukum Allah terlalu ramai yang masih buta mengenainya kerana para pemerintah tidak cuba menegakkanya secara menyeluruh bahkan memberikan contoh yang tidak baik apabila meluluskan perkara yang haram dan dimurkai Allah??

Apakah yang terbaik dilakukan apabila begitu ramai remaja perempuan keluar daripada rumah dengan berpakaian separuh telanjang dan berpeleseran lelaki dan perempuan dengan bebas dan lebih mengeruhkan keadaan apabila pemerintah yang mempunyai kuasa telah meluluskan segala macam konsert hiburan dan rancangan hiburan melampau agar muda-mudi lebih menambahkan keseronokkan dan lupa kepada tanggungjawab agama??

Apakah dengan hanya membuat seminar-seminar tertutup dan pembentangan kertas-kertas kerja yang hanya kedengaran perbincangan mengenai sunnah dan bid’aah dan mengatakan As-Sam’u wat Tho’ah terhadap apa pun jua keburukkan yang dilakukan pemerintah merupakan yang sepatutnya dilakukan untuk membendung gejala ini ??

Apakah dengan hanya membacakan kitab-kitab tertentu untuk membaiki ahli-ahli mereka sahaja tetapi tidak tergerak untuk bergerak dengan berhikmah membetulkan insan-insan di luar sana dan membiarkan para pemerintah meratah hak-hak rakyat merupakan yang sepatutnya dilakukan??

Kuasa!! kuasa dan kuasa pemerintahan merupakan yang sepatutnya di adakan untuk membendung terus gejala-gejala ini daripada terus membarah!! Ingin membuat “Kempen Menutup Aurat” secara menyeluruh?? silakan! kuasa di tangan anda..ingin menapis rancangan-rancangan hiburan melampau di televisyen?? silakan kerana kuasa di tangan anda..ingin mengawal konsert dengan mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan?? silakan,kerana kuasa milik anda!!

Kuasa pemerintahan islam memerlukan undi majoriti..untuk mendapatkan undi kita perlu ada sebuah parti politik…untuk menubuhkan parti politik kita memerlukan jemaah…untuk menubuhkan jemaah kita perlukan dakwah dan tarbiyyah masyarakat awam agar faham kepentingan ini…ingin membuat supaya mereka faham memerlukan gerak kerja dakwah dan politik…ingin melakukan gerak kerja dakwah perlukan sokongan dan sumbangan semua pihak…

Aku rindukan pemerintahan islam…

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA…

Rujukkan : kebanyakkan isi diambil dan diolah daripada kitab : Min Fiqhid Daulah Fil Islam karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi terbitan Darus Syuruq cetakkan kelima tahun 2007..

DAUD BIN DALIB

Guru Agama Pendidikan Khas dan Prasekolah juga tahun 3.

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah…

kucing 1

“Segak dan bergaya lambang kucing sejati..”

BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH SERTA HAKIKATNYA…

Hendaklah kalian berjaga-jaga dari tertipu oleh diri sendiri terhadap Al-Asbab ini,dan perkara ini merupakan perkara yang sangat penting…

Sesungguhnya seseorang itu sangat mengetahui bahawa kelalaian dan kealpaan dari mengingati Allah serta perlakuan maksiat itu merupakan sebab-sebab yang boleh memudharatkanya pada kehidupanya di akhirat dan juga di dunia dan perkara ini sangat pasti,cuma terkadang dia telah tertipu oleh dirinya sendiri terhadap sandaranya yang salah kepada keampunan Allah serta pengampunaNya terhadap semua jenis dosa,samada ia besar atau kecil,terkadang dia juga tertipu oleh penangguhanya pada bertaubat dan tertipu dengan berasa cukup hanya  istighfarnya dengan lisan kepada Allah,begitu juga dia terkadang tertipu dengan amalan-amalan sunat yang menjanjikan segunung pahala kepada pelakunya,dan juga terkadang dia boleh tertipu dengan ilmunya sendiri dan salah anggapanya terhadap qadar Allah taala…

Dan betapa banyaknya manusia yang menyangka bahawa apabila dia melakukan sesuatu maksiat kemudian dia mengucap : “Aku meminta ampun kepada Allah” maka akan terhapuslah segala dosa tersebut lalu dia pun berasa tenang kerana dapat memadamkan dosanya hanya dengan ucapan sedemikian,sesungguhnya pernah seorang yang a’lim dalam bidang feqh berkata kepadaku : Aku telah melakukan sesuatu yang mungkar kemudian aku akan mengucapkan : Subhanallah Wa Bihamdihi sebanyak seratus kali!! maka akan terampunlah segala kemungkaran tersebut semuanya,kerana telah sahih dari baginda nabi bersabda bahawa :

من قال في يوم : سبحان الله وبحمده مائة مرة حطت عنه خطاياه ولو كانت مثل زبد البحر

Bermaksud : Sesiapa yang berdoa setiap hari dengan ini : Subhanallah Wa Bihamdihi sebanyak seratus kali,maka akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Telah berkatanya seorang Ahli Mekah kepadaku : Jikalau salah seorang dari kalangan kami melakukan suatu dosa,maka dia hanya perlu mandi,bertawaf di Baitullah selama seminggu maka akan terhapuslah dosanya itu..

Dan ada juga yang telah berkata kepadaku : Sesungguhnya telah sahih dari baginda nabi bahawa :

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu” (riwayat Imam Bukhari di dalam bab Tauhid bernombor 7507)

Lalu dia pun berkata : Dan aku tidak berasa ragu langsung bahawa aku mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosaku dan menghapuskanya…

buruk

“Wahai kawan-kawan janganlah menipu ya..”

Contoh-contoh manusia yang menipu dan tertipu….

Dan inilah merupakan antara contoh-contoh manusia yang hanya bersandar pada nas-nas yang mengandungi pengharapan terhadap keampunan dan rahmat Allah dan telah tersalah anggap mengenainya,yang mana sandaran mereka tersebut hanyalah  suatu sandaran buta terhadap nas-nas tersebut,jikalau kalian menegur mereka terhadap sesuatu kesalahan atau kemungkaran,maka mereka akan membacakan kepada kalian apa-apa yang dihafal mereka tentang keluasan rahmat Allah,pengampunaNya terhadap segala dosa serta segala nas-nas yang mengandungi harapan-harapan tersebut,dan orang-orang jahil semacam ini merupakan golongan yang pelik dan ajaib sekali!!

Ada juga yang berkata : Membersihkan diri kalian dari dosa-dosa adalah suatu perbuatan yang jahil dengan keluasan rahmat pengampunan Allah!!

Bahkan ada juga yang berkata : Meninggalkan dosa-dosa adalah suatu keberanian meremehkan keampunan Allah dan memperkecilkanya!!

Dan di antara orang-orang yang tertipu itu ada pula yang hanya bersandar dengan hujah Al-Jabr,iaitu mengatakan bahawa setiap perbuatan manusia itu adalah suatu bentuk keterpaksaan dari Allah,dan manusia tidak ada upaya serta pilihan untuk membuat sesuatu apa pun,kerana semua perbuatanya seakan-akan hanya dikawal oleh Allah sahaja,maka seseorang itu mencuri adalah kerana ianya kehendak Allah dan bukan kehendak dirinya sendiri!!

Dan ada pula yang menipu dengan sandaran pengharapan yang salah,yang mana makna iman bagi mereka tidak lebih hanyalah suatu bentuk pembenaran di dalam hati,dan segala bentuk amalan anggota tubuh bukan merupakan makna iman,dan bagi mereka,iman orang yang paling fasiq adalah seperti iman Jibril dan Mikail…

Dan begitulah juga diantara mereka ada yang menipu dengan kecintaan mereka yang melebih-lebih terhadap syeikh-syeikh dan orang-orang soleh,sehinggakan kerap mengunjungi kuburan mereka dan merintih mengharap di sisi kuburan tersebut,dan meminta syafaat denganya,bertawassul pula pada Allah dengan mayat-mayat tersebut…

Ada juga yang menipu dengan mengatakan bahawa Allah tidak menginginkan azab seksaNya dikenakan pada hambaNya,dan mengatakan bahawa azabNya tidak menambahkan apa-apa langsung kepada kerajaaNya,dan rahmatNya pula tidak berkurangan langsung jika diberikan,dan mengatakan : “Aku mengharapkan rahmatNya,dan Dia pula Yang Maha Kaya dari segala yang kaya,sepertimana seorang yang miskin yang terdesak dan mengharapkan segelas air dari seseorang yang mempunyai sungai yang mengalir pastilah dia tidak akan menghampakan orang yang meminta tersebut…

Ada juga yang menipu dengan pemahamanya yang salah terhadap nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah,dan hanya bergantung pula pada pemahamanya yang salah itu,contohnya pada firman Allah :

“Dan sungguh kelak tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu,sehingga engkau menjadi puas” (Ad-Dhuha : 5)

Lalu mereka berkata : Dan sesungguhnya nabi Muhammad itu tidak akan redha umat baginda berada di neraka,dan ini merupakan jahil yang paling buruk bahkan ianya suatu pembohongan terhadap baginda,sesungguhnya baginda hanya akan redha pada apa yang diredhai oleh tuhanya,bukankah Allah Taala redha untuk mengazab orang yang zalim,fasiq,khianat dan orang-orang yang tidak bertaubat kepadaNya? Maka baginda nabi merupakan orang yang paling jauh untuk mengatakan bahawa baginda tidak redha pada apa yang diredhai oleh tuhanya yang maha suci!!

Begitu juga adanya golongan yang banyak bergantung dengan ayat ini :

“Sesungguhnya Allah akan mengampuni segala dosa” (Az-Zumar : 53)

Dan inilah juga antara contoh jahil yang paling buruk sekali,dengan berkata : Sesungguhnya syirik juga termasuk di dalam ayat ini,bahkan ianya merupakan kepala segala dosa dan asas kepada segala dosa,dan tiadanya khilaf di kalangan para ulamak bahawa ayat ini disebut kepada orang-orang yang ingin bertaubat,dan sesungguhnya Allah yang Maha Pengampun itu akan mengampunkan dosa setiap orang yang bertaubat walau macammana jenis pun dosanya itu,jikalau ayat ini tidak disebutkan kepada orang-orang yang bertaubat maka tiadalah gunanya segala nas-nas yang menceritakan ancaman-ancaman serta khabar buruk dari Allah kepada pelaku maksiat dan dosa…sesungguhnya pemahaman sedemikian disebabkan kecetekkan ilmunya dan pemahamanya yang salah,sesungguhnya Allah telah membuat pernyataan umum dan pernyataan yang mutlaq di dalam ayat ini,dan sememangnya diketahui bahawa ayat ini dimaksudkan kepada orang-orang yang ingin bertaubat…

Tetapi….Allah telah menyatakan ayat yang khusus pula di dalam surah An-Nisa’ :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa yang mensyirikkaNya,dan akan mengampuni dosa selain itu yang mana ianya kepada sesiapa yang Dia kehendakki” (An-Nisa’ : 48)

Maka di sini,Allah telah mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan mengampunkan dosa syirik,dan Dia juga telah mengkhabarkan bahawa Dia akan mengampunkan dosa selain syirik,jikalau ayat ini adalah hak orang yang bertaubat,sudah tentu Allah tidak akan pisahkan antara syirik dan selainya…

Dan begitulah juga ada yang menipu dengan ayat :

“Wahai manusia! Apakah yang telah menipu kamu (sehingga membuat derhaka) kepada tuhanmu yang maha pengasih??!! (Al-Infithar : 6)

Dan mereka telah berkata : SifatMu yang maha pengasihlah yang telah menipu kami !! (Maha Suci Allah) …

Bukankah ini merupakan contoh kejahilan yang buruk??!! Sesungguhnya ketahuilah bahawa yang menipu mereka tidak lain ialah tuhan mereka yang penipu!! iaitu Syaithan Laknatullah Alaihi dan nafsu amarah mereka yang bersarang di dalam diri mereka itu!! kejahilan mereka dan hawa nafsu mereka!!

Sesungguhnya Allah telah meletakkan namaNya yang agung iaitu Al-Karim di dalam ayat tersebut,iaitu Raja yang maha agung yang perlu ditaati yang mana tidak seharusnya Dia memperdaya dan menipu!! dan si penipu ini telah meletakkan tipuan tersebut kepada tempat yang tidak sepatutnya…

Ada pula yang menipu tentang hal neraka dengan ayat ini :

“Yang hanya akan di lemparkan ke (neraka) itu ialah orang yang paling celaka,yang mendustakan kebenaran dan berpaling (dari iman)” (Al-Lail : 15 dan 16)

dan juga membacakan ayat ini :

“Yang telah disediakan (neraka) untuk orang-orang kafir” (Al-Baqarah : 24)

Tetapi orang yang menipu ini sesungguhnya dia tidak sedar bahawa :

“Maka,kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala” (Al-Lail : 14)

iaitu bermaksud api neraka yang dikhususkan kepada api daripada tingkat neraka yang paling bawah,jikalau ianya semua jenis api dari semua jenis neraka pastilah Allah tidak akan berkata : “Dimasukkan ke neraka…” tetapi Allah telah berkata : “Dilemparkan ke neraka…”

Dan tidaklah semestinya bermaksud tidak dilemparkan itu bermakna tidak akan dimasukkan ke neraka,kerana dilemparkan ke dalam neraka itu adalah lebih khusus daripada hanya masuk ke dalam neraka,dan menafikan sesuatu yang lebih khusus tidak akan menafikan sesuatu yang umum!!

Manakala Allah berkata tentang neraka : “Yang telah disediakan (neraka) untuk orang-orang kafir” (Al-Baqarah : 24)

Janganlah lupa bahawa Allah juga telah berkata tentang syurga :

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (Al-Imran : 133)

Sesungguhnya tidaklah dinafikan bahawa neraka yang telah disediakan untuk orang kafir itu juga akan dimasuki oleh para fasiq dan orang zalim,begitulah juga syurga yang telah disediakan oleh Allah kepada orang-orang yang bertaqwa itu akan dimasuki juga oleh orang-orang yang mempunyai seringan-ringan iman di dalam hatinya walaupun tidak pernah berbuat baik langsung…

Ada juga yang tertipu dengan hanya bergantung kepada puasa Hari Asyura’ atau puasa Hari Arafah,sehingga terdengar ada yang berkata : “Puasa Hari Asyura’ akan menghapuskan semua dosa-dosa di dalam setahun,dan dia hanya perlu berpuasa Hari Arafah sahaja  sebagai tambahan kepada pahala”….sedangkan dia tidak sedar bahawa puasa bulan Ramadhan dan solat-solat wajib adalah lebih besar dan lebih mulia pahalanya daripada puasa Asyura’ dan puasa Arafah,yang mana puasa wajib dan solat wajib tersebut akan menghapuskan dosa di antara keduanya jika dia meninggalkan dosa-dosa besar,maka dari Ramadhan ke Ramadhan seterusnya dan Solat Jumaat ke Solat Jumaat seterusnya tidaklah berapa kuat untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kecuali dengan menggabungkan sekali dengan menjauhi perbuatan dosa-dosa besar bersamanya,maka jadi lebih kuat kedua-duanya untuk menghapuskan dosa-dosa kecil….

Bagaimana mungkin akan dihapuskan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh seorang hamba dengan hanya berpuasa sunat dan dia pula tidak bertaubat dari dosa-dosa tersebut ??!!

Sesungguhnya ia mustahil!! Tetapi tidaklah dinafikan bahawa puasa Arafah dan Asyura’ dapat menghapuskan dosa-dosa dalam setahun jika ianya dilihat secara umum,tetapi perlulah diingati bahawa setiap ayat-ayat yang mengandungi ganjaran pahala mempunyai syarat serta pantang larangnya,yang mana tidak bertaubat daripada dosa-dosa besar merupakan penghalang daripada dosa-dosa dalam setahun itu dapat dihapuskan,jika dia bertaubat dari dosa-dosa besar tersebut,sudah pasti dengan izin Allah puasa sunat serta taubat tersebut dapat mencapai makna umum penghapusan dosa-dosanya dalam setahun…

Sepertimana puasa Ramadhan dan solat-solat wajib jika  digabungkan bersama meninggalkan dosa-dosa besar ianya akan saling lengkap melengkapi untuk menghapuskan dosa-dosa kecil,Allah Taala telah berkata :

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahanmu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia” (An-Nisa’: 31)

Maka dapatlah diketahui di sini bahawa menjadikan sesuatu sebagai sebab untuk menghapuskan dosa tidaklah menghalang ia untuk membantu sebab yang lain pula untuk menghapuskan dosa,iaitu : menjadikan taubat daripada dosa-dosa besar sebagai sebab untuk menghapuskan dosa tidaklah menghalang taubat tersebut untuk membantu puasa Ramadhan dan solat wajib menghapuskan dosa…

Yang mana menjadikan penghapuskan dosa itu dengan menghimpunkan dua sebab bersama adalah lebih kuat dan lebih sempurna daripada hanya bergantung buta dengan ganjaran tersebut semata…

Bersangka baik,bagaimanakah??

Begitu juga ada yang hanya bergantung kepada hadith ini :

“Aku pada sangkaan baik hambaku kepadaku,maka bersangkalah dia kepadaKu sesuka hatinya” (riwayat Imam Ahmad,Bukhari dan Muslim)

Ianya bermaksud : Apa-apa sahaja yang menjadi sangkaanya kepadaKu,maka Aku akan menjadikan sangkaanya itu benar…

Tanpa sebarang keraguan bahawa bersangka baik itu semestinya perlu ada bersama denganya Al-Ihsan,orang yang baik akan bersangka baik dengan tuhanya dan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya atas sifat Ihsanya itu dan sesungguhnya Dia tidak akan mungkiri janjiNya dan akan diterima pula taubatnya,manakala orang yang bersangka buruk dengan tuhanya,yang tidak bertaubat dari dosa-dosa besar,yang berlaku zalim dan berbagai lagi kemungkaranya maka segala maksiat-maksiat,dosa-dosa dan noda tersebutlah yang menghalangnya untuk bersangka baik dengan tuhanya,sepertimana yang tertera pada hadith tadi…

Sepertimana seorang hamba yang jahat dan tidak mendengar arahan tuanya pastilah dia tidak akan bersangka baik dengan tuanya itu,dan sesungguhnya dosa dan maksiat tidak akan dapat bercampur dengan bersangka baik selamanya..

Berkatanya Hasan Al-Basri : “Sesungguhnya seorang mukmin yang bersangka baik dengan tuhanya pastilah akan baik juga amalanya,dan seorang pelaku dosa dan maksiat yang  bersangka buruk dengan tuhanya pastilah akan buruk juga perlakuanya….”

Bagaimana mungkin dia boleh bersangka baik dengan tuhanya sedangkan dia sendiri menjauhinya?? yang mana dia pergi mencari kemarahan tuhanya dan melakukan apa yang tidak disukaiNya,mendedahkan dirinya untuk  mendapat laknat daripada tuhanya,begitu juga dia telah mengambil ringan segala hak-hak tuhanya serta arahan-arahaNya kepada dirinya ,dia juga telah memandang ringan segala larangan-larangan tuhanya lalu melakukan larangan tersebut dan seterusnya tidak ingin bertaubat pula dari perlakuan tersebut,apakah mungkin dia bersangka baik pada tuhanya??!!

Bagaimanakah dia dapat bersangka baik dengan tuhanya dan dia menyakiti para waliNya dan mengasihi musuh-musuhNya?? dan dia engkar kepada sifat-sifat tuhanya yang maha sempurna,bersangka buruk pula pada apa yang telah Dia sifatkan pada diriNya sendiri ,dan dia bersangka pula di atas kejahilan dirinya sendiri bahawa memandang sifat-sifat tersebut dengan pandangan zahir adalah sesat dan kufur? bagaimana mungkinkah??!!

Bagaimana mungkinkah dia dapat bersangka baik dengan tuhanya dan dia bersangka bahawa Allah itu tidak berkata-kata,tidak memberikan arahan,tidak melarang,tidak meredhai dan tidak marah??!! Sesungguhnya Allah telah berkata tentang orang yang syak bahawa Allah tidak bisa mendengar perkara yang kecil-kecil iaitu perkara rahsia dengan berkata :

“Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang rugi” (Al-Fussilat :23)

Mereka telah menyangka bahawa Allah subhanahu wa taala tidak berapa mengetahui tentang apa yang mereka lakukan,dan ini merupakan suatu buruk sangka terhadap Allah,lalu jadilah mereka orang yang binasa disebabkan sangkaan tersebut,dan begitulah keadaanya orang yang engkar terhadap sifat-sifat Allah yang maha sempurna dan sifatNya yang mulia,dan telah mensifatkan Allah dengan sifat yang tidak selayaknya kepadaNya,dan jika orang ini bersangka bahawa dia boleh masuk ke syurga dengan sangkaan sedemikian ketahuilah bahawa sesungguhnya itu tidak lebih hanyalah suatu tipuan dan pembohongan semata dari nafsunya dan merupakan pujukkan dari syaithan!!

Berikan perhatianmu dengan perkara ini,iaitu perhatian dengan sepenuh perhatian,bagaimana mungkinkah seseorang itu dengan berasa yaqin bahawa dia akan dapat berjumpa dengan tuhanya kelak sedangkan Allah maha mendengar setiap kata-katanya dan maha melihat di setiap tempat dia berada dan maha mengetahui setiap yang jelas dan tersembunyi dan tidak tersorok walau satu pun pada pengetahuaNya,dan dia berdiri di hadapan tuhanya kelak dan dia dipersoalkan tentang apa yang telah dia perbuatkan di dunia sedangkan dia telah melakukan perkara-perkara yang mengundang kemarahaNya dan dia telah mensia-siakan segala arahan-arahan tuhanya kepadanya?? dan dia pula mengatakan bahawa dia telah bersangka baik kepada Allah??!! Apa bukankah ini merupakan tipuan dari nafsu dan tidak lebih hanyalah suatu harapan yang penuh pembohongan??

“Dari Abu Umamah : Aku telah masuk berjumpa Aisyah radiallahu anha bersama ‘Urwah Bin Zubair ,lalu beliau telah berkata : Jikalaulah kalian berdua melihat bahawa rasulullah sallallahu alaihi wassalam pada suatu hari sedang sakit,dan dia ada 6 dinar atau 7 dinar duit,dan baginda mengarahkan kepadaku untuk membahagikan duit tersebut kepada faqir miskin,dan aku pula sedang sibuk menguruskan sakit baginda tersebut sehinggalah baginda disembuhkan Allah,kemudian baginda bertanya : Apakah yang telah kamu perbuatkan dengan duit tersebut? Apakah kamu bahagikan 6 dinar itu? lalu dia berkata : Demi Allah,aku tidak membahagikanya,kerana ketika itu aku sedang sibuk menguruskan sakitmu,lalu baginda pun meminta duit tersebut dan meletakkanya di atas telapak baginda lalu berkata : “Apakah sangkaan nabi Allah ini jikalau dia bertemu dengan Allah kelak dan duit ini masih bersamanya??”

Dan apakah pula sangkaan insan-insan yang melakukan dosa-dosa besar dan segala macam kezaliman ini jika bertemu dengan Allah kelak dan segala kezalimanya terhadap orang lain masih lagi bersamanya???

Ada yang berkata : Kami telah bersangka baik kepadaMu,kami bersangka yang Engkau tidak akan mengazab orang-orang yang zalim dan tidak akan mengazab orang-orang yang fasiq,maka seorang hamba itu perbuatlah apa pun yang disukainya,dan lakukanlah apa pun yang telah Allah larangi,tetapi bersangka baikklah terhadap Allah bahawa api neraka tidak akan menyentuh dirinya….Subhanallah!! maha suci Allah!! betapa tertipunya hamba Allah ini!!

Nabi Allah Ibrahim pernah berkata pada kaumnya :

“Apakah kamu mahukan sembahan-sembahan selain Allah dengan jalan berbohong? Maka apakah anggapanmu terhadap Tuhan semesta alam?” (As-Soffaat : 86-87)

Iaitu : Apakah sangkaan kalian terhadap Allah yang akan Dia lakukan terhadap kalian apabila kalian bertemu dengaNya kelak dan kalian pula telah menyembah selain Dia??

ngendap

“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!”

Fokuslah serta ambillah perhatian…

Sesiapa yang mengambil perhatian dengan sebenar-benar perhatian pastilah dia akan mengetahui bahawa bersangka baik dengan Allah sebenarnya adalah berbuat baik…Sesungguhnya yang menjadikan seorang hamba itu melakukan kebaikkan adalah disebabkan sangkaanya yang baik terhadap Allah bahawa Allah akan mengurniakanya pahala terhadap amalan-amalanya bahkan menyangka bahawa segala amalan-amalanya itu akan diterima oleh Allah,jelaslah bahawa yang menjadikanya berbuat baik adalah bersangka baik,dan ketikamana dia bersangka baik dengan tuhanya pasti dia akan berbuat baik,jika dia tidak berbuat baik maka ianya adalah bersangka baik bersama mengikut hawa nafsu…

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

sembahyang

“Ya Allah ya tuhanku,berikanlah daku friskies bersama susu”

Fasal pada menyatakan diantara penghalang termaqbulnya doa… (1)

Dan diantara penghalang yang menghalang dari termaqbulnya doa seseorang itu ialah apabila dia menginginkan supaya doanya cepat termaqbul,dan merungut apabila doanya lambat termaqbul lalu dia pun berputus asa seterusnya meninggalkan terus daripada berdoa,maka keadaan orang sedemikian tidak ubah seperti seseorang yang menyemai benih atau menanam tanaman,yang mana pada mulanya dia begitu menjaganya dengan baik dan sentiasa menyiramnya dengan rajin,kemudianya apabila dia melihat benih atau tanaman tersebut lambat membuahkan hasil dia pun sudah tidak menghiraukanya lagi serta sudah tidak menyiramnya…

Di dalam sebuah hadith sahih riwayat Imam Bukhari ada menyatakan bahawa : Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu,sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah bersabda :

يستجب لأحدكم ما لم يعجل يقول دعوت فلم يستجب لي

Bermaksud : “Akan dimaqbulkan doa seseorang itu jika dia tidak tergesa-gesa (mahukan doa cepat dimaqbulkan dan merungut apabila lambat dimaqbulkan) sambil berkata : Aku sudah pun berdoa,tetapi tidak dimaqbulkan langsung” (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Manakala di dalam sebuah hadith lain pula riwayat Imam Muslim ada menyatakan tentang ini :

لا يزال يستجاب للعبد ما لم يدع بإثم أو قطيعة رحم, ما لم يستعجل, قيل يا رسول الله ما الإستعجال؟ قال : يقول قد دعوت و قد دعوت فلم أر يستجاب لي فيستحسر عند ذلك ويدع الدعاء

Bermaksud : “Doa seseorang hamba itu akan termaqbul selagimana dia tidak mendoakan sesuatu yang mendatangkan dosa atau sesuatu yang boleh menyebabkan terputusnya silaturrahim,dan selagimana dia tidak tergesa-gesa,lalu ditanyakan kepada baginda : Ya rasulallah,bagaimanakah tergesa-gesa itu? baginda berkata : Apabila dia berkata sesungguhnya aku ini sudah pun berdoa dan berdoa tetapi aku merasakan doaku itu tidak dimaqbulkan,lalu dia pun berputus asa dari berdoa seterusnya meninggalkan terus dari berdoa”

Maka berjaga-jagalah wahai saudaraku sekalian daripada sifat mudah berputus asa apabila kalian mengharap kepada Allah akan sesuatu,kerana dikhuatiri sikap sedemikian bakal membuatkan kalian meninggalkan berdoa kepada Allah dan berputus asa untuk meminta apa-apa yang dihajati seterusnya tidak menjadikan Allah sebagai tempat meminta dan bersandar segala perkara,makanya di dalam setiap doa kalian cubalah sedaya mungkin jangan merasakan :

(1)    Tergesa-gesa mahu dimaqbulkan doa tersebut

(2)    Merungut-rungut apabila merasakan doa tersebut tidak dimaqbulkan dengan berkata : Aku sudah pun berdoa banyak kali tetapi tidak dimaqbulkan!!

(3)    Terbit rasa putus asa untuk meminta kepada Allah

(4)    Meninggalkan berdoa pada Allah (Nauzubillahi min zaalik)

Tetapi hendaklah kalian merasa dengan yaqin bahawa doa kalian pasti akan dimaqbulkan,selagimana doa tersebut bukan untuk sesuatu yang bakal mendatangkan dosa dan maksiat serta bukan juga untuk memutuskan silaturrahim…

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة واعلموا أن الله لا يقبل دعاء من قلب غافل لاه

Bermaksud : “Berdoalah kalian kepada Allah dan kalian berasa yaqin akan termaqbulnya doa tersebut,ketahuilah kalian bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memaqbulkan doa seseorang yang hatinya lalai dan alpa” (hadith riwayat Imam Tirmizi dan Imam Al-hakim di dalam Mustadraknya dan At-Thobrani di dalam Ad-Doa’,Ibnu A’diy dan Ibnu Hibban dengan sanad yang dhoif)

doa

“Ya Allah,aku berdoa kepadamu dengan penuh mengharap”

Fasal pada menyatakan waktu-waktu yang mungkin memaqbulkan doa…

Dan hendaklah seseorang itu di dalam doanya disertakan bersama dengan menghadhirkan hatinya di dalam berdoa,memberikan tumpuan dengan sepenuhnya terhadap apa yang dimintanya,dan juga bertepatan pula waktunya yang memungkinkan dimaqbulkan Allah jika berdoa dikala itu,antaranya :

(1)    Di sepertiga malam

(2)    Ketika dilaungkan azan

(3)    Di antara azan dan Iqamah

(4)    Sejurus selepas solat-solat wajib

(5)    Ketika khatib jumaat naik ke atas mimbar sehinggalah solat Jumaat dikerjakan

(6)    Di waktu akhir solat Asar di hari yang sama (hari Jumaat)

Dan hendaklah apabila berdoa di waktu-waktu sedemikian dia khusyuk memintanya dengan penuh tumpuan di dalam hatinya,penuh rasa hina di hadapan Tuhanya Yang Maha Pemberi,merintih dan mengharap agar dimaqbulkan apa  yang dipinta,menghadapkan dirinya ke arah qiblat,berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk,mengangkat tanganya ketika berdoa,mulakanlah doanya dengan puji-pujian terhadap Allah terlebih dahulu,memberikan selawat serta salam kepada baginda nabi sallallahu alaihi wassalam ,dan dahuluilah doanya itu dengan bertaubat serta meminta ampun kepada Allah, dan bertawassul doanya itu dengan nama-nama Allah yang maha suci…

Dan ingatlah bahawa sesungguhnya keadaan berdoa dengan sedemikian rupa dengan izin Allah tidak akan ditolak selamanya,lebih-lebih lagi apabila kena dengan waktu-waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa seperti yang dinyatakan tadi seperti yang dikhabarkan oleh baginda nabi dan doa itu pula dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,sebagai pedoman antaranya :

“Dari Abdullah Bin Buraidah daripada ayah beliau sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah terdengar seorang lelaki berkata :

اللهم إني أسألك بأني أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد فقال : لقد سأل الله بالإسم الأعظم الذي إذا سئل به أعطى وإذا دعي به أجاب

Bermaksud : Ya Allah,sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan aku bersaksi bahawa engkaulah Allah tiada tuhan selain engkau,Yang Maha Satu,tempat meminta segala sesuatu,yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tiadalah sesuatu yang setara dengaNya,maka berkatanya baginda nabi : Sesungguhnya dia telah berdoa dengan nama Allah yang maha agung,yang mana jika meminta denganya pasti akan diberi dan jika berdoa denganya pasti akan dimaqbulkan” (riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,At-Tirmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban)

Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Sahih Ibnu Hibban : “Dari Abu Hurairah radiallahu anhu dan dari Anas Bin Malik dan Rabia’h Bin A’mir dari baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,sesungguhnya baginda telah bersabda :

ألظّوا بيا ذالجلال والإكرام

Bermaksud : Berpeganglah kalian dengan kalimah “Ya Zal Jalali Wal Ikram” (di dalam doa kalian)

“Dari Ibnu Abbas sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah membaca doa ini dikala dilanda kesusahan :

لا إله إلا الله العظيم الحليم, لا إله إلا الله رب العرش العظيم,لا إله الا الله رب السموات ورب العرش الكريم

(hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

dan berbagai lagi doa-doa dari baginda nabi yang dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,bertawassul lah dengan nama-nama suci ini di dalam doa-doa kalian,dengan izin Allah akan diperkenankan…

Dan betapa banyak kita dapati doa-doa dari berbagai orang yang dimaqbulkan doanya,yang mana mereka menyertakan di dalam doa-doa mereka itu dengan penuh tawajjuh dan menghadhirkan hati mereka di dalamnya,ataupun mereka telah membuat segala macam kebaikkan sebelum berdoa dan Allah maqbulkan doa-doa mereka itu sebagai balasan terhadap amalan kebaikkan tersebut,ataupun waktu mereka berdoa kena dengan waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa oleh Allah,lalu doanya dimaqbulkan….

Maka orang lain yang melihat pun bersangka bahawa rahsia di sebalik doanya itu dimaqbulkan adalah disebabkan lafaz-lafaz yang dilafazkanya di dalam doanya,maka orang itu pun menggunakan lafaz-lafaz yang digunakan oleh insan yang dimaqbulkan doanya itu,maka hal sedemikian tidaklah ubah seperti seseorang yang makan ubat yang sangat berkesan dan mujarab yang mana dia memakanya pada waktu yang sepatutnya dan dengan cara yang sebetulnya,maka sembuhlah penyakitnya disebabkan perlakuan tersebut,dan orang lain yang melihat hal sedemikian pun menyangka bahawa ubat tersebutlah sahaja penyebab ubat itu sangat mujarab dan berkesan,maka sedarlah kalian bahawa hal itu sangat bersalahan sama sekali!! yang mana ianya merupakan perkara yang selalu menjadi kesalahan orang ramai…

Begitulah juga,jika seseorang yang berdoa dan merintih dengan penuh terdesak di kuburan dan dimaqbulkan pula doanya,maka bersangkalah orang yang jahil bahawa rahsia di sebalik doanya dimaqbulkan adalah dengan berdoa di kuburan,sedangkan dia tidak mengetahui bahawa rahsia disebaliknya adalah disebabkan rintihanya dan pengharapanya yang ikhlas terhadap Allah,yang mana adalah terlebih baik jika dia berdoa di masjid dan dimaqbulkan pula oleh Allah yang mana keadaan sedemikian adalah lebih diredhai oleh Allah…

doa2

“Ya Allah,kabulkanlah doa dan permintaanku ini”

Fasal pada menjawab satu soalan yang sangat masyhur dipertanyakan…

Terdapatnya satu soalan yang masyhur dipertanyakan,iaitu : Jika sesuatu yang diminta itu telah pun ditaqdirkan akan di maqbulkan maka sudah pasti dan sudah semestinyalah akan termaqbul,samada seseorang itu berdoa ataupun dia tidak berdoa,manakala jika yang diminta itu telah pun ditaqdirkan tidak terjadi,maka sudah semestinyalah ianya takkan terjadi,sama sahaja halnya samada seseorang itu meminta atau tidak meminta untuk terjadi??

Lalu orang-orang yang jahil pun mempercayai perkataan sedemikian,lalu meninggalkan pada berdoa dan berkata : “Tiada faedahnya aku ini berdoa”!!  Wah,senangnya hidup ini!!

Makanya daku katakan kepada mereka : Jikalaulah kenyang selepas makan itu telah ditaqdirkan kepada kalian,maka sudah semestinyalah kalian akan kenyang selepas makan,samada kalian makan atau tidak makan sama sahaja halnya,dan jika ia tidak ditaqdirkan akan berlaku,sudah pasti tidak akan berlaku,begitulah juga jika  mendapat anak itu sudah ditaqdirkan kepada kalian,maka sudah pastilah kalian akan mendapat anak tersebut,sama sahaja halnya jikalau kalian menyetubuhi isteri-isteri kalian atau pun tidak,pasti akan dapat,manakala jikalau telah ditaqdirkan kalian tidak beroleh anak,pasti tidak akan mendapatnya,maka tidak perlulah kalian berkahwin!!!

Maka apakah orang yang berkata sedemikian ini seorang yang beraqal atau manusia?? bahkan mereka ini sebenarnya adalah seperti lembu dan kambing yang mana sememangnya ia tahu bahawa  keperluan  mencari makanan dan minuman untuk beroleh tenaga dan meneruskan hidup mereka,bukankah lembu dan kambing adalah terlebih mengetahui dan lebih memahami perkara tersebut berbanding mereka?? bahkan keadaan mereka lebih teruk dari haiwan tersebut!!

Dan ada juga orang yang “lebih pandai” daripada mereka ini dengan berkata : Bawasanya berdoa itu tidak lebih hanyalah suatu ibadat sahaja yang mana Allah kurniakan pahala kepada pelakunya,sesungguhnya berdoa itu tidak memberikan apa-apa kesan pun kepada apa yang diminta,dan pada mereka,tiadanya beza langsung samada berdoa dengan menghadhirkan hati,merintih dan mengucapkan doa dengan lisan dengan orang yang tidak berdoa untuk mengharapkan sesuatu,maka sama sahaja di antara orang yang hanya duduk berdiam diri dengan orang yang berdoa…pandainya!!

Tetapi ada juga orang yang “terlebih pandai” dari kedua kaum ini,mereka berkata bahawa : Sesungguhnya berdoa itu tidak lebih hanyalah suatu tanda,iaitu Allah jadikanya hanyalah sebagai suatu tanda bahawa sesuatu yang di pinta bakal termaqbul,dan apabila Allah telah membuatkanya berdoa,maka ianya adalah suatu tanda kepadanya bahawa hajatnya sudah pun termaqbul,yang mana ianya adalah seperti : Apabila kita melihat awan mendung di langit di waktu musim sejuk,maka ianya adalah tanda dan alamat bahawa hari akan hujan!!

Dan mereka juga berkata : Beginilah juga halnya bahawa  amalan-amalan ketaatan adalah suatu tanda mendapat pahala,dan amalan-amalan maksiat dan mungkar adalah suatu tanda mendapat dosa,bagi mereka ianya tiada kaitan langsung dengan ‘Al-Asbab’,dan sesungguhnya anggapan sedemikian adalah bersalahan dari segi aqal dan fitrah,syarak dan anggapan orang-orang bijak pandai,bahkan anggapan tersebut bakal digelakkan oleh orang-orang yang bijak…

Kataku : Sesungguhnya mereka terlupa bahawa sesuatu yang ditaqdirkan itu telah pun ditaqdirkan dengan sesuatu yang dipanggil  sebagai Al-Asbab,dan di antara Asbab tersebut adalah DOA!! Sesungguhnya sesuatu itu tidak ditaqdirkan tanpa sebab,tetapi sesuatu itu ditaqdirkan dengan sebab,dan bilamana seseorang itu melakukan sebab,maka akan berlakulah apa yang ditaqdirkan itu,dan apabila dia tidak melakukan sebab,tidak akan berlakulah apa yang ditaqdirkan tersebut,contohnya seperti : Jika ditaqdirkan kenyang itu terjadi dengan sebab dia makan,maka dia akan kenyang jika dia makan,dan ditaqdirkan mendapat anak dengan bersetubuh,begitulah juga halnya ditaqdirkan masuk syurga dengan amalan-amalan soleh,dan masuk ke neraka pula dengan amalan-amalan dosa dan maksiat…dan inilah yang telah dilupai oleh si penyoal!!

Maka wahai saudaraku sekalian,doa itu merupakan suatu sebab yang paling kuat untuk memperoleh sesuatu yang dihajati,dan jikalau sudah ditaqdirkan sesuatu yang dihajati itu dengan berdoa,maka tidak bolehlah seseorang itu mengatakan : Tiada faedahnya pada berdoa itu,seperti dia berkata : Tiada faedahnya pada makan itu!! dan ketahuilah bahawa tiada suatu sebab pun yang lebih bermanfaat selain berdoa dan doa!!

Sesungguhnya para sahabat radiallahu anhum merupakan kaum yang paling mengetahui tentang Allah dan RasulNya dan yang paling arif tentang agama mereka,contohnya Umar Bin Al-Khattab radiallahu anhu dapat mengalahkan musuhnya dan merupakan di antara tentera baginda nabi yang agung,dia pernah mengatakan kepada para sahabat :

لستم تنصرون بكثرة وانما تنصرون من السماء

Bermaksud : Bukanlah kalian sendiri yang mengalahkan musuh sebenarnya,tetapi ianya hanyalah bantuan dari langit!!

Dia juga pernah berkata : “Sesungguhnya aku tidak risaukan doa aku dimaqbulkan atau tidak,tetapi apa yang aku risaukan adalah doaku,jikalau kalian risaukan keadaan doa kalian,sesungguhnya maqbul itu pasti datang bersama!!”

Bersambung….insyallah pada keluaran akan datang….

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

****************************************************

(1) Di terjemahkan dan di olah daripada kitab : Ad-dau’ Wad Dawaa’ (Penyakit Dan Penawar) oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Allamah Syeikhul Islam Syamsud Din Abu Bakar Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu taala,semoga segala amalan kebaikkan beliau diterima Allah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang diredhai..Amin

Read Full Post »

“Err..bang..assalamualaikum,tumpang lalu boleh tak??”

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekelian alam..

Tak tahu….

Perasaan ini sekali lagi melanda aku,iaitu tidak tahu ingin menulis tentang apa,dan seperti biasa,akan daku gantikan pula dengan sesuatu terjemahan dari kitab yang terpilih sebagai menggantikan perkara yang ingin ditulis nanti,tambahan,masa juga tak mengizinkan daku untuk terus aktif menulis tentang sesuatu didalam lapangan ini…

Tak keterlaluan daku rasakan jika terjemahan ini pula yang menggantikan perkara lain yang ingin ditulis nanti..hurmmm..meoww!!

Bab pada menyatakan tentang cara-cara memberi salam..(1)

Ketahuilah bahawa adalah lebih baik ke atas seseorang yang memberikan salam dengan mengatakan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Makanya hendaklah juga dia menggunakan dhamir jamak (kata nama untuk ramai) iaitu ‘kum’ (kamu semua) walaupun orang yang memberikan salam tersebut berseorangan,dan hendaklah pula orang yang diberikan salam itu menjawabnya dengan berkata : Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh !!

وعليكم السلام ورحمة الله وبركته

Iaitu hendaklah dia mendatangkan huruf ‘waw al-a’thfi’ (waw yang membawa maksud dan) pada jawapan salamnya itu iaitu : Wa alaikum..(dan kepada kamu juga)

“Indahnya hidup ini jikalau agama yang menjadi sandaran setiap perkara”

Dan orang yang mengatakan bahawa adalah afdhal (lebih baik) kepada orang yang memulakan memberikan salam itu berkata : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh adalah Al-Imam Al-Qadhi Abu Al-Hasan Al-Mawardi didalam kitab beliau iaitu ‘Al-Haawiy’ dan juga Imam Abu Said Al-Mutawalli yang mana beliau merupakan imam di dalam golongan kami (bermazhab As-Syafiey) didalam kitab beliau ‘Solatul Jumuah’…

Dan dalilnya adalah dari apa yang telah diriwayatkan didalam Musnad Ad-Daarimi dan sunan Abi Daud dan At-Tirmizi,daripada Imran Bin Al-Hashin radiallahu anhu telah berkata :

‘Telah datangnya seorang lelaki kepada nabi sallallahu alaihi wassalam lalu berkata : Assalamualaikum,lalu dijawab salam lelaki tersebut seraya duduk,maka berkata pula nabi sallallahu alaihi wassalam : sepuluh (pahala) kemudian datang pula seorang yang lain lalu berkata : Assalamualaikum warahmatullah,dijawab salamnya kemudian duduk dan berkata pula nabi sallallahu alaihi wassalam : dua puluh (pahala) kemudian datang lagi yang lain lalu berkata : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,dijawab salam lelaki tersebut lalu duduk,dan berkata nabi pula : tiga puluh’ (pahala)

(berkatanya Imam At-Tirmizi : hadith ini berdarjat hasan,manakala hadith dari riwayat Muaz Bin Anas adalah dhoif)

Berkatanya Imam dari golongan kami (iaitu Ashabus Syafiey) : Jika berkatanya orang yang memulakan salam dengan : Assalamu alaikum,maka ianya dipanggil memberi salam,dan jika berkata pula dengan : Assalamu alaika ataupun Salamun alaika juga dipanggil memberi salam,manakala jawab bagi salam tersebut yang paling kurangnya dia menyebut : Wa alaikas salam atau Alaikum salam,jika si pemberi salam membuang huruf ‘waw’ dengan berkata : Alaikumus salam,mendapat pahala dan dikira juga sebagai menjawab salam kepada yang memberikan salam,dan inilah mazhab sahih yang masyhur yang telah dikatakan oleh Imam golongan kami iaitu Imam Syafiey rahimahullahu taala didalam kitab beliau yang besar iaitu ‘Al-Um’ dan begitulah juga diperkatakan begini oleh para jumhur imam dari golongan kami,tetapi Abu Said Al-Mutawalli yang bermazhab Syafiey pula mengatakan jawapan salam sedemikian tidak akan mendapat pahala oleh orang yang menjawabnya juga tidak dipanggil sebagai jawapan kepada salam yang diberikan,dan pendapat ini dhoif (lemah) juga (ter)salah,kerana ianya bersalahan dengan Al-Kitab juga As-Sunnah dan apa yang telah diperkatakan oleh Imam golongan kami ini (Imam Syafiey rahimahullahu taala)

P/s : Ermm,biasalah,para imam bercanggah pendapatnya walaupun mereka didalam mazhab yang sama,wallahu a’lam bissawabihi…

Manakala didalam kalamullah Allah azza wajalla telah berkata dengan :

قالوا سلاما قال سلام

Bermaksud : …mereka mengucapkan ‘salam’ (selamat) dia (nabi Ibrahim) menjawab : ‘salam’ (selamat keatas kamu) (surah Hud : 69)

Makanya perkataan ini adalah dikira sebagai Syara’an liman qablana (2),maka sesungguhnya telah datang pula syariat kita dengan memperakuinya iaitu dari hadith Abi Hurairah radiallahu anhu :….kami telah diberitahu tentang jawapan salam para malaikat kepada nabi Adam alaihissalam,dan sesunggunya nabi sallallahu alaihi wassalam telah mengkhabarkan kepada kami dengan berkata : « Sesunguhnya Allah taala telah berkata : ianya (Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh) itu merupakan salam penghormatan kamu dan juga salam penghormatan zuriat kamu » (hadith riwayat Imam Bukhari 3326 dan Imam Muslim 2841) dan ummat ini (ummat nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam) termasuk juga dengan zuriat nabi Adam alaihis salam…

Haii…senyum itu satu sedeqah..ermmm”

Dan telah sepakatnya golongan kami (ashabus Syafiey) jika dikatakan begini pada jawapan salam : Alaikum,maka ianya tidaklah dipanggil menjawab salam,jika dikatakan : Wa alaikum,apakah ianya dipanggil jawapan kepada salam ?? makanya didalam mazhab kami (As-Syafiey,demi Imam Nawawi bermazhab As-Syafiey) terdapatnya dua pendapat,jika berkatanya orang memulakan salam : Salamun alaikum atau berkata : Assalamu alaikum,maka si penjawab hendaklah menjawab dengan dua cara iaitu : Salamun Alaikum dan boleh juga dijawab dengan : Assalamu alaikum,seperti mana juga yang telah diperkatakan oleh Allah taala didalam surah Al-Hud ayat 69 tadi,dan berkatanya Imam Abu Hasan Al-Wahidi yang mana beliau dari golongan mazhab kami : kamu mempunyai pilihan samada ingin ta’rif (dengan meletakkan huruf alif dan lam iaitu Assalamu alaikum) ataupun ingin tankir (dengan membuangkan alif dan lam iaitu Salamun alaikum) dan daku (Imam Nawawi) berkata : tetapi adalah lebih baik dengan disertakan alif dan lam (dengan mengatakan Assalamu alaikum)…

Dan sekurang-kurangnya dalam memberikan salam itu yang mana menjadi sunat baginya itu hendaklah dia meninggikan sedikit suaranya sekadar didengari kepada orang yang ingin diberi salam kepadanya,jika salamnya tidak didengari sesungguhnya ia dikira tidak memberikan salam,dan tidaklah wajib untuk dijawab,maka dikira telah sempurnanya kefardhuan menjawab kembali salam itu adalah paling kurangnya dia meninggikan sedikit suaranya sehingga dapat didengari orang yang memberikan salam,jika jawapan salamnya tidak didengari,maka tidaklah sempurna kefardhuan jawapan salamnya seperti yang dikatakan begini oleh Imam Said Mutawalli As-Syafiey dan yang lainya..

Daku berkata (Imam Nawawi) : Dan adalah sunat hukumnya dia meninggikan sedikit suaranya setinggi yang boleh didengari orang diberikan salam padanya secara sehingga betul-betul yakin bahawa salamnya itu didengari,jika dia berasa syak bahawa adakah salamnya itu dapat didengari maka hendaklah dia mengulangi kembali salamnya itu,adapun jika diberikan salam kepada orang yang berjaga (tidak tidur) manakala disisi orang yang berjaga tersebut terdapat orang yang sedang tidur adalah menjadi sunnat pula padanya memperlahankan suaranya sekadar dapat didengari oleh orang yang berjaga dan tidak pula mengejutkan orang yang sedang tidur itu..

Berkatanya Imam Abu Muhammad Al-Qadhi Husin dan juga Imam Abu Al-Hasan Al-Wahidi dan selain mereka berdua dari mazhab golongan kami (As-Syafieyyah) : dan adalah disyaratkan menjawab kembali salam itu dengan cepat,jika dilambatkan kemudian menjawabnya pula maka ianya tidaklah dikira sebagai menjawab salam,dan adalah dikira berdosa jika meninggalkan menjawab salam itu..

“Ngee…lawa tak senyumanku ini??”

Bab pada menyatakan makruh hukumnya memberikan isyarat dengan tangan sebagai cara memberikan salam tanpa melafazkanya.

Diriwayatkan kepada kami didalam kitab Imam At-Tirmizi daripada Amru Bin Syuaib daripada ayah beliau daripada nabi sallallahu alaihi wassalam,beliau telah berkata : ‘Bukanlah dari kalangan kami bagi sesiapa yang menyerupai golongan selain kami,janganlah kamu menyerupai dengan golongan yahudi itu begitu juga dengan golongan nasrani itu,sesunguhnya para yahudi memberikan salam dengan memberikan isyarat jejari tangan dan para nasrani pula memberikan salam dengan isyarat mengangkat telapak tangan mereka’ (berkatanya Imam At-Tirmizi bahawa sanad hadith ini dhoif tetapi telah dihasankan pula hadith ini oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani rahimahullahu taala)

Daku berkata : Manakala hadith yang diriwayatkan kepada kami didalam kitab Imam At-Tirmizi itu daripada Asma’ Binti Yazid : Sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah melintasi sebuah masjid disuatu hari,dan sekumpulan wanita sedang duduk-duduk,dan beliau memberikan isyarat dengan tangan beliau sebagai isyarat memberikan salam,berkatanya Imam At-Tirmizi : hadith ini hasan,dan ianya memberitahu bahawa nabi sallallahu alaihi wassalam memberikan lafaz salam juga beserta isyarat tangan beliau,berdasarkan dari hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud : dan beliau berkata didalam riwayat beliau bahawa nabi memberikan salam kepada kami (dengan lafaz)..

”Hiduplah perjuangan islam selamanya!!”

Apa yang kita pelajari hari ini :

(1) Adalah lebih baik memberikan salam dengan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan dijawab pula dengan : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,jika mengatakan : Assalamualaikum,Assalamu alaika ataupun Salamun alaika juga boleh,dan dijawab dengan : Wa alaikas salam ataupun Alaikum salam,tanpa mengucapkan salam seperti : Akum,Askum,A’kum,Cam mek kom,dan lain-lain lagi jenis-jenis ringkasan salam yang begitu menular dizaman sekarang ini,ianya tidak dikira sebagai memberikan salam dan adalah tidak wajib pula untuk dijawab salam sedemikian,kerana bersalahan terus dengan sunnah nabi yang telah diperdalilkan oleh para ulama’!!

p/s : selalu sangat dah daku terkena,kali ini biar daku jawab dalam blog aku sahaja,ambil perhatianlah semua ya…dunia sekarang semuanya mahu ringkas,sampai jalan dalam agama pun mahu diringkas-ringkaskan!!

(2) Tidak dikira menjawab salam jikalau berkata : Alaikum sahaja.

(3) Adalah sunat pula bagi pemberi salam meninggikan sedikit suaranya ketika memberikan salam sehingga dapat pula didengari oleh orang supaya dapat pula dia menjawabnya kembali,jika dia tidak mendengarinya ulangi kembali ucapan salam,dan jika ada orang sedang tidur,perlahankan pula ucapan salam itu pada orang yang sedang berjaga supaya tidak mengejutkan orang yang sedang tidur itu.

(4) Hendaklah terus menjawab kembali salam yang diberikan,jika melambatkanya kemudianya baru menjawabnya adalah tidak dikira menjawab salam,dan adalah berdosa pula jika meninggalkan menjawab kembali salam itu.

**********************************************************************************************

Rujukkan dan penerangan :

(1) Al-Azkar Al-Muntakhab Min Kalami Sayyidil Abrar oleh Imam Abi Zakariya Yahya Bin Syiraf An-Nawawi (w: 676h) yang ditahqiq oleh Abdur Rauf Sa’di,diantara golongan ulamak Al-Azhar As-Syarif,Mesir,terbitan Maktabah As-Sofa’ cetakkan tahun 2006.

(2) Syar’an liman qablana ialah : Hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah kepada para ummat yang terdahulu melalui lisan para nabi mereka seperti Nabi Ibrahim alaihis salam,Nabi Musa alaihis salam,Nabi Daud alaihis salam,Nabi Isa alaihis salam,dan hukum hakam tersebut dikira termasuk sebahagian daripada syariat kita jika ianya ada disebut didalam Al-Quran juga As-Sunnah,yang mana ianya terbahagi kepada tiga bahagian :

(2.1) Hukum hakam yang telah dinasakh (dihapus) daripada syariat kita,maka ianya tidaklah dikira termasuk didalam syariat kita secara ittifaq ulamak (persetujuan ulamak),contoh : pengharaman ghanimah (harta rampasan perang),sesungguhnya ianya telah dihalalkan didalam syariat kita,seperti kata nabi sallallahu alaihi wassalam : “Telah dihalalkan kepadaku ghanimah yang mana tidaklah dihalakan kepada sesiapa pun sebelumku”

(2.2) Hukum hakam yang telah diperakukan didalam syariat kita,dan bahagian ini dikira termasuk didalam syariat kita,contohnya puasa

(2.3) Hukum hakam (ummat terdahulu) yang telah disebut oleh Allah taala kepada kita didalam Al-Quran atau  yang telah disebut oleh nabi sallallahu alaihi wassalam tanpa apa-apa pengingkaran atau iqrar (pengakuan) padanya,contohnya qisas pada syariat kaum yahudi,dan terdapatnya khilaf ulamak pada bahagian ini,wallahu a’lam (Al-Wajiz Fi Usul Fiqh oleh Dr.Wahbah Az-Zuhayli,terbitan Darul Fikr)

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Alhamdulilah,segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam..

kittyskitty.jpg

“Jikalau tiada kerja,tidurlah!!”

Tiada kerja..

Sebenarnya daku nak tulis tentang sesuatu di dalam blog ini,tetapi tiada beroleh apa-apa idea,demi perahan idea semuanya adalah kurniaan dari Allah belaka ..

Tetapi tidak keterlaluan bagiku jika aku naqalkan sedikit tentang selawat kepada baginda nabi,sekadar mengisi kekosongan blog ini dari sepi dari sebarang manfaat yang berguna,dengan izin Allah yang maha Esa kita semua bakal memperolehi manfaatnya..

p/s : Selalunya daku jika ingin menulis sesuatu,ambil masa berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan demi perlu berfikir dahulu serta perlu banyak membaca buku,jika tidak,kosong dari sebarang manfaat juga faedah!!

lips.jpg

Jom gerak-gerakkan mulut dengan berselawat!! (1)

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk nabi,Wahai orang yang beriman! berselawatlah kamu dengan nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya” (surah Al-Ahzab :56)

عن عبد الله بن عمرو بن العااص رضى الله عنه أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا

Bermaksud : Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-As radiallahu anhu sesungguhnya beliau telah mendengar rasulullah sallallahu alaihi wassalam berkata : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,maka allah akan berselawat pula keatasnya sepuluh kali selawat!! (hadith riwayat Imam muslim bernombor 384)

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: من صلى علي واحدة صلى الله به عليه عشرا

Bermaksud : Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah bersabda : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali,allah akan berselawat keatasnya pula sebanyak sepuluh kali!! (hadith riwayat Imam Muslim bernombor 408)

عن اوس بن أوس رضي الله عنه قال : إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة فأكثر علي من الصلاة فيه فإن صلاتكم معروضة علي فقالوا : يا رسول الله وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت؟؟ قال بليت قال: إن الله حرّم على الأرض أجساد الأنبياء

Bermaksud : Daripada Aus Bin Aus radiallahu anhu telah berkata : Sesungguhnya hari yang paling mulia bagi kamu ialah hari Jumaat,maka perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari itu,kerana sesungguhnya selawat kamu sampai kepadaku,lalu mereka pun berkata : Wahai rasulullah,bagaimana pula selawat kami sampai kepadamu sedangkan kamu sudah reput?? baginda menjawab : ya,memang benar,(tetapi) sesungguhnya Allah telah mengharamkan bumi (daripada memakan) keatas jasad para nabi (hadith riwayat Imam Abu Daud di dalam sunan beliau yang bernombor 1047,sunan Nasaiey 1347 dan sunan Ibnu Majah 1085,sanad hadith ini berdarjat sahih)

عن أبي هريرة رضي لله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تجعلوا قبري عيدا وصلوا علي فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم

Bermaksud : Daripada Abi Hurairah radiallahu anhu telah berkata : Telah berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Janganlah kamu menjadikan kuburanku sebagai tempat pesta,tetapi berselawatlah keatasku,kerana sesunguhnya selawat kamu sampai kepadaku walau dimana pun kamu berada (hadith riwayat Imam Abi Daud (2042) dan Musnad Imam Ahmad (8586)

عن أنس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من ذكرت عنده فيصلي علي فإنه من صلى علي مرة صلى الله عز و جل عليه عشرا

Bermaksud : Daripada Anas radiallahu anhu telah berkata: telah berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Barangsiapa yang ketika disebut sahaja namaku,maka hendaklah dia berselawat kembali kepadaku,sesungguhnya barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,maka Allah akan berselawat pula keatas dia sepuluh kali!! (hadith riwayat Ibnu As-Sunniy (382) dengan sanad yang baik)

عن علي رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم البخيل من ذكرت عنده فلم يصل علي

Bermaksud : Daripada Ali radiallahu anhu telah berkata: Telah berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Bakhillah (kedekutlah) barangsiapa yang jika disebut sahaja namaku tetapi dia tidak pula berselawat keatasku kembali (hadith riwayat Imam At-Tirmizi (3546) Musnad Imam Ahmad (1738) dan telah berkatanya Imam At-Timizi :hadith ini hasan sahih,dan juga telah disahihkan pula oleh As-Syeikh Nasarudin Al-Banni rahimahulllahu taala di dalam kitab beliau Sahihul Jaami’ )

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم رغم أنف رجل ذكرت عنده فلم يصل علي

Bermaksud : Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu telah bekata bahawa : telah berkatanya rasulullah sallallahu alahi wassalam : Terpalitlah debu (2) kepada seorang lelaki jika ketikamana disebutkan sahaja namaku tetapi dia tidak berselawat keatasku (hadith riwayat Imam At-Tirmizi didalam sunan beliau (3545) Musnad Imam Ahmad (7402) dan telah berkatanya Imam At-Tirmizi : hadith ini berdarjat hasan)

babybuddies.jpg

“Kita kawan kan?? tak baik bergaduh-gaduh”

Bab pada menyatakan disunatkan dengan memuliakan َAllah Taala dan berselawat ke atas baginda nabi dipermulaan doa..

“Daripada Fudhalah Bin Ubaid radiallahu anhu telah bekata : Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah mendengar seorang lelaki yang berdoa didalam solatnya tetapi beliau tidak memuliakan Allah Taala,juga tidak berselawat keatas nabi sallallahu alaihi wassalam terlebih dahulu,maka berkatalah rasulullah sallallahu alaihi wassalam : (perbuatan) ini tergopoh-gopoh,lalu baginda memanggilnya,lalu berkata kepadanya dan juga kepada yang lainya : Jika bersolatnya salah seorang daripada kamu maka hendaklah dia memulainya dengan muliakan Allah Taala serta memujiNya,kemudianya hendaklah dia berselawat keatas nabi kemudian berdoalah apa pun yang diingininya (hadith riwayat Imam Abi Daud,Imam Tirmizi,Imam An-Nasaiey dan bekatanya Imam At-Tirmizi : hadith ini hasan sahih)”

Berkatanya Imam Nawawi : Telah sepakatnya para ulamak ummat bahawa disunatkan memulakan berdoa dengan bertahmid kepada Allah Taala (dengan mengatakan “Alhamdulilah”) dan memujiNya,kemudianya berselawat keatas baginda nabi,begitulah juga mengakhiri doa dengan kedua-dua lafaz ini,kerana atsar-atsar tentangnya banyak dan terkenal…

Tambah-tambah,bisakah??

Juga telah bersepakatnya para ulamak ummat diharuskan juga dengan meletakkan bersama nama insan-insan lain selain para nabi yang mulia didalam berselawat keatas baginda,contoh : “Allahumma solli ‘ala Muhammad,wa ali Muhammad,wa ashabihi,wa azwajihi,wa zurriatihi wa atbaai’hi” :

اللهم صل على محمد و على ال محمد وأصحابه وأزواجه وذريته وأتباعه

Bermaksud : Ya Allah ya tuhanku,berikanlah selawat kepada Muhammad dan juga kepada kaum keluarga baginda juga sahabat handai baginda juga isteri-isteri baginda dan zuriat-zuriat baginda serta para pengikut baginda.. yang mana terdapatnya hadith-hadith yang sahih tentang perkara ini sepertimana juga kita disuruh membaca doa ini ketika bertasyahhud…

Terdapat sebahagian golongan dari mazhab As-Syafieyyah dan juga mazhab Al-Maliki oleh Ibnu Abi Zaid Al-Qayrawani Al-Maliki (masyhur dengan panggilan ‘Malik Junior’) dengan mengatakan ianya sunat menambah ke atas selawat : “Warham Muhammadan wa Aali Muhammad”….sesungguhnya ianya adalah bida’ah dan tiada asalnya pada perkara ini..telah berkatanya Al-Imam Abu Bakar Al-A’rabi Al-Maliki di kitab beliau ‘Syarh At-Tirmizi’ (iaitu A’ridhatul Ahwaziy) dengan mengingkari perkara sedemikian dan mengatakan bahawa Ibnu Abi Zaid Al-Maliki tersilap dan mengatakan bahawa orang yang melakukanya adalah jahil…

Jika berselawat ke atas nabi hendaklah disertakan sekali dengan selawat dan salam ke atas baginda,dan jangan cuba-cuba untuk mengurangkan kedua-dua lafaz tersebut (ibarat islam dan politik,tidak boleh dipisahkan!!) maka jangan hanya berkata : “Sallallahu alaihi” sahaja,begitu juga “Alaihis salam” sahaja,tetapi gabungkan kedua-duanya sekali ye…

Juga jangan lebih-lebih pula dalam memuji dan membesarkan baginda,kerana terdapatnya hadith yang melarang dari melakukan perkara sedemikian rupa :

لا تطروني كما أطرت النصارى عيسى ابن مريم إنما انا عبد فقولوا عبد الله ورسوله

Bermaksud : Janganlah kamu menyanjungi aku sepertimana golongan An-Nasara menyanjungi nabi Isa Bin Maryam,sesungguhnya aku adalah hamba, maka katakanlah hamba Allah dan rasulNya (hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Bukankah Allah telah menyeru baginda didalam kalamNya yang agung dengan lafaz hamba juga?

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepada hambaNya dan dia tidak menjadikanya bengkok” (surah Al-Kahfi : 1)

Mari berselawat ke atas baginda,tapi..selawatlah setiap hari jikalau boleh,tanpa mengkhususkan hari-hari tertentu juga bulan-bulan tertentu,setiap hari adalah hari sambutan kepada baginda nabi!!….lebih-lebih lagi kepada para pejuang islam sekelianya,semoga selawat yang senantiasa menjadi basahan bibir kita dapat menjadi penolong kepada perjuangan kita insyallah..

“ALLAHUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LA AALIHI WA SOHBIHI WA BARRIK WASALLAM”

confusekitty.jpg

“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!”

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

***********************************************************

Rujukkan dan penerangan :

(1) Al-Azkar Al-Muntakhab Min Kalaami Sayyidil Abrar oleh Imam Abi Zakariya Yahya Bin Syarif An-Nawawi (w: 631h-676h) yang ditahqiq oleh Abdur Rauf Sa’di,beliau merupakan diantara jemaah ulamak al-Azhar As-Syarif terbitan Maktabah As-Sofa’ mukasurat 176-180,cetakkan pertama tahun 2006.

(2) Yang dimaksudkan dengan “terpalit debu” ialah : suatu perkataan yang diucapkan ke atas perkara yang dibenci perbuatanya juga perkataan ini mengandungi makna celaan keatas pelaku perbuatan yang disebutkan perkataan ini padanya..”Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi”

Read Full Post »


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani…

Hikam_1

Semasa aku sempat berguru dengan As-Syeikh Abu Abdul Halim Al-Fadhil Ustaz Dzulkifli bin Ismail Al-Hadhrami ghafarullahu lahu (sekarang ini beliau menjawat jawatan Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Melaka) di teratak ilmu beliau yang beliau namakan sebagai Majlis Ta’lim Baitul Qurra’ Littafaqquh fiddin di Kampung Paya Rumput Sungai Udang Melaka,aku telah diperkenalkan dengan sebuah buku yang amat berharga,tetapi bukanlah ianya diperkenalkan oleh beliau,tetapi oleh anak seperguruanku yang lebih mesra ku panggil sebagai Abang Hamzah (Allah merahmati beliau)

Buku berharga itu ialah “Al-Hikam” hasil karangan As-Syeikh Ibnu A’thoillah As-Sakandari yang telah diterjemah kedalam bahasa ibunda kita,yang sememangnya buku ini benar-benar membantu para Mutasawwif (orang yang menceburkan diri dalam bidang tasauf) bertatih jalan dalam kembara mereka mencari keredhaan allah yang hakiki..

Oleh itu,dalam beberapa posting ku selepas ini dengan izin Allah akan daku letakkan beberapa keratan nasihat-nasihat yang berguna dan sungguh menyentak hati dari kitab beliau ini,sebagai suatu selingan yang dapat mengisi kekosongan perahan idea untuk menulis..serta sedikit syarah kepada nasihat tersebut

Dan aku hanya memilih mana-mana keratan yang ‘pedas-pedas’ dan ‘power-power’ sampai terkena atas batang hidung kita sendiri..

(143) انت الى حلمه إذا أطعته أحوج منك الى حلمه إذا عصيته

Maksud: Engkau lebih memerlukan maaf dan kesabaran Allah ketika engkau berbuat taat,melebihi daripada keperluanmu ketika engkau berbuat maksiat.

Kemulian seorang hamba hanya ketika bersandar diri kepada Allah,dan jatuhnya seorang hamba itu bila ia telah melihat dan berbangga dengan dirinya sendiri,sedangkan manusia ketika berbuat taat merasa dirinya sudah baik lalu berbangga dengan amal perbuatanya itu,kemudian dia mulalah menghina orang lain (atas sebab merasakan dirinya sudah membuat taat dan orang lain tidak) padahal amal perbuatanya itu jika diperhatikan dalam hal keikhlasannya tidak mungkin akan diterima,bahkan amal itu semua hanya amal perbuatan yang palsu dan tidak berharga disisi Allah.

Abu Yazid Al-Bustami berkata : Taubat kerana berbuat maksiat itu cukup hanya satu kali,sedang taubat setelah berbuat taat itu harus seribu kali,sebab taat yang diliputi oleh ujub dan sombong itu bakal merubah kepada maksiat yang besar,dan orang tidak akan menyedarinya,sebagaimana jatuhnya iblis dari singgahsana kehormatanya…..

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahim,dengan nama Allah yang Maha Bijaksana yang memiliki ilmu yang maha luas hatta tidaklah termampu qudrat manusia untuk menerokainya,Maha Suci Allah Tuhan yang memiliki segala cabang ilmu.
Assalamualaikum,kali ini dengan izin Allah jua ingin daku kongsi bersama tentang sedikit panduan mengenai mengenal kitab-kitab Takhrijaat Ahadith(kitab pengeluaran hadith-hadith) yang telah dikarang oleh Dr.Yusuf Al-Qardhawi
didalam kitab beliau yang bertajuk: “Bagaimana kita berinteraksi dengan Sunnah Nabawiyyah” yang telah beliau letakkan dibawah tajuk:” Peranan As-Sunnah dalam bidang Ad-Dakwah” yang mana kitab karangan beliau ini sebagai rujukan bersama telah dicetak oleh Syarikat Dar Asy-Syuruq, Qaherah, Mesir,iaitu cetakkan ketiga pada tahun 2005,kulit kitab beliau ini berwarna hijau dan maklumat ini telah daku rujuk pada mukasurat 77,Fasal Dua yang bertajuk:”Peranan As-Sunnah dalam bidang Ad-Dakwah,semoga dengan maklumat yang telah Allah izinkan daku memaparkanya ini dapatlah dengan izin Allah jua para pembaca dan para pelajar agama khususnya dapat mengambil manfaat bersama…Insyallah

“Berkata Imam Al-Hanid rahimullah: Kesemua jalan itu adalah tertutup(untuk seseorang itu berkata-kata)melainkan barangsiapa yang berkata-kata dengan Atsar(As-sunnah) rasulullah s.a.w.”

“Berkata Imam Abu Hafs:Barangsiapa yang tidak menimbangkan segala perilaku dan hal ehwal dirinya pada setiap masa dengan Al-Quran dan As-Sunnah,dan juga tidak mengambil berat akan kemuliaanya,maka tidaklah dia dikira sebagai golongan Diwan Ar-Rijal”

*”Berkata Imam Ahmad bin Abi Hawawi:Barangsiapa yang membuat sesuatu amalan tanpa mengikuti sunnah,maka batallah amalanya”
*
Telah dilampirkan kata-kata ini oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy dalam kitab Madarijus Saalikiin jilid 2 m/s 464,465,serta lihat kitabku(pengarang):Permulaan pengajian Sunnah Nabawiyyah dibawah tajuk:As-Sunnah masdar littaujiih As-Suluk m/s:63-66

Dan yang pertama sekali bagi seorang pendakwah itu hendaklah dia berpegang ialah dengan dua buah kitab sunnah yang sahih iaitu SAHIH BUKHARI DAN SAHIH MUSLIM iaitu kedua-duanya diterimapakai oleh sekalian ummat sebagai maqbul(yang diterimapakai)

Kemudianya,hendaklah juga dia berpegang pula dengan kitab-kitab sunnah yang lain seperti kitab sunnah: SUNAN ABI DAUD,SUNAN AT-TIRMIZI,SUNAN NASAIEY,SUNAN IBNU MAJAH,MUWATTHO’ IMAM MALIK,MUSNAD IMAM AHMAD,SUNAN AD-DAARIMIYY,SAHIH IBNU KHUZAIMAH,SAHIH IBNU HIBBAN,MUSTADRAK AL-HAAKIM,MUSNADI ABI YA’LA,AL-BAZAAR,MAAJIM ATH-THABRAANI,SYUA’BUL IMAN OLEH IMAM AL-BAIHAQI dan lain-lain yang mana telah dikeluarkan oleh para imam yang huffaz serta amat teliti dalam menyelidiki kesahihan serta hasanya sesuatu hadith itu,maka janganlah pula berpegang dengan hadith-hadith yang bersifat Wahiah(hadith-hadith yang mana salah seorang atau beberapa perawi didalam rangkaian sanadnya bersikap Kaazib,iaitu pembohong)Munkarah serta Maudhuah(hadith-hadith yang direka)yang mana telah diriwayatkan,minta maaf,oleh kebanyakkan para imam yang Mursyid serta berpegang teguh dengan agama.

Maka,diantara keagungan Allah itu,terdapatnya beberapa kitab sunnah yang asas yang telah dibuat usaha penyuntinganya,maka lahirlah kitab-kitab seperti: MUWATTHO’ IMAM MALIK,SAHIH MUSLIM serta SUNAN IBNU MAJAH yang telah pun disunting,dinomborkan hadith-hadithnya serta diberikan nombor halaman isi kandunganya yang telah dibuat oleh Khadim Sunnah Muhammad Fuad Abdul Baaqiy rahimahullah,dan begitu juga lahirnya kitab SUNAN ABI DAUD serta SUNAN AT-TIRMIZI yang telah siap disunting,diberikan nombor hadith-hadithnya serta diberikan nombor halaman isi kandunganya yang mana telah dibuat oleh Syeikh Al-Ustaz I’zzat Ubaid Ad-Da’as.

Manakala Al-Allamah As-Syeikh Abdul Fattaah Abu Ghuddah rahimahullah telah membuat usaha memberikan nombor mengikut turutan abjad serta memberikan nombor halaman isi kandunganya pada lafaz hadith kitab SUNAN AN-NASAIEY.

Lebih daripada itu pula,telah dilakukan juga usaha memberikan ‘takhrij’ (mengeluarkan periwayat sesuatu hadith)serta menerangkan darjat sesuatu hadith dan mengasingkan hadith-hadith yang sahih sahaja daripada percampuran hadith-hadith yang mempunyai cacat cela pada sanad serta perawinya,maka lahirlah kitab-kitab seperti: SAHIH IBNU MAJAH,SAHIH AT-TIRMIZ,dan SAHIH AN-NASAIEY yang telah dilakukan oleh As-Syeikh Al-Muhaddith Nasarudin Al-Banni,dan mugkin juga pada hematku beliau telah membuat perkara yang sama pada SAHIH ABI DAUD,sepertimana juga pada hematku mungkin juga telah sempurnanya beberapa juzuk SAHIH IBNU HIBBAN dengan hasil suntingan,dikeluarkan periwayatan hadithnya(takhrij)oleh Syeikh Syuaib Arnaauuth yang telah diedarkan oleh Yayasan Ar-Risaalah di Beirut,sebelum itu,telah lahirnya, sepengetahuanku, kitab SAHIH IBNU KHUZAIMAH dengan hasil suntingan oleh Doktor Muhammad Musthafa Al-A’zhamiy dengan dikeluarkan periwayatan hadithnya oleh Syeikh Nasarudin Al-Banni.

Telah lahirnya sebelum itu kitab MUSNAD IMAM AHMAD sebanyak 15 juzuk set kitab dengan hasil suntingan serta dikeluarkan periwayat hadith-hadithnya oleh Al-Allamah Syeikh Ahmad Muhammad Syaakir,iaitu menghampiri sebanyak 3 jilid set kitab,yang mana sebelum itu Syeikh Ahmad Abdur Rahman Al-Banna telah menyusun MUSNAD IMAM AHMAD itu berdasarkan tajuk-tajuknya,disyarahkan serta dikeluarkan periwayat hadithnya sebanyak 23 juzuk set kitab yang dinamakan AL-FATHUR RABBAANI manakala syarahnya dinamakan BULUGHUL AMAANI,seperti mana Syeikh Syaakir cuba untuk mengeluarkan periwayat hadith-hadith pada kitab tafsir Al-Hafiz Abu Fida’ Bin Ismail Al-Katsir(Ibnu Katsir) yang telah dipilih,dikelaskan serta dikeluarkan periwayat hadithnya lalu dinamakan sebagai UMDAH AT-TAFSIR dan telah diedarkan sebanyak 5 juzuk set kitab,tetapi tidaklah dapat beliau sempat menyiapkanya.

Begitu juga saudara kandung beliau iaitu Al-Adiib Al-Lughawi Al-‘Alim Al-Muhaqqiq Mahmud Muhammad Syaakir telah mengeluarkan periwayatan hadith sebanyak 10 juzuk set kitab pada kitab TAFSIR IMAM THABARI(w:310H) disunting serta dikeluarkan hadith-hadithnya serta Atsarnya,kemudianya meninggalnya abang kepada Syeikh Mahmud iaitu Syeikh Ahmad,lalu Syeikh Mahmud pun menyambung kembali usaha abang beliau itu sehingga menjadi 2 juzuk set kitab,tetapi tidak juga dapat menyiapkanya.

Dan begitu lahirnya kitab AL-MUSANNAF yang dikarang oleh As-Syeikh Abdur Razaak As-San’aani(w:211H) sebanyak 11 juzuk set kitab dengan hasil suntingan seorang Muhaddith India iaitu Syeikh Habiib Ar-Rahman Al-A’zhamiy,sepertimana juga lahirnya kitab MUSANNAF IBNU ABI SYAIBAH(w:225H) di negara salafiyyah iaitu India sebanyak 15 juzuk set kitab dengan hasil suntingan Syeikh Mukhtar An-Nadwi.

Begitu juga telah disuntingnya beberapa kitab pengumpulan yang penting seperti: MISHKAATUL MASABIIH yang dikarang oleh Khatib At-Tibriizi(w:737H) yang telah disunting oleh Syeikh Nasaruddin Al-Banni serta dikeluarkan periwayatan hadithnya secara terperinci,seperti juga sebuah kitab ‘pengasingan'(mengasingkan daripada hadith yang sahih daripada yang lainya) yang bernama SAHIHUL JAAMI’ AS-SAGHIR WA ZIYAADATUHU yang telah dikarang oleh Imam Suyuthi yang mana telah diasingkan daripada kitab karangan Syeikh Nasaruddin Al-Banni iaitu DHOIFAH(ضعيفة) lalu telah diedarkan setiap kitab yang mengandungi hadith sahih serta kitab yang mengandungi hadith dhoif sebanyak 2 juzuk set kitab,contohnya juga seperti kitab JAMI’UL USUL yang telah dikarang oleh Imam Ibnu Atsir(w:606H) yang telah disunting serta dikeluarkan periwayatan hadithnya oleh Syeikh Abdul Qadir Arnaauuth.

Sebelum itu lahirnya kitab MAJMU’ AZ-ZAWAID yang telah dikarang oleh Al-Hafiz Nuruddin Al-Haitsami(w:807H) yang mana tiada penyuntingnya,beliau telah mengasingkan hadith-hadithnya dengan menghukum sesuatu hadith itu dengan mensahihkanya atau mendhaifkanya dengan menggabungkan pada apa yang telah siap sedia pada Kitab Hadith Enam:MUSNAD IMAM AHMAD,MUSNAD Al-BAZAR,MUSNAD ABI YA’LA dan MUA’JIM THABRANI ATS-TSALATSAH,dan bayangkanlah betapa kepinginya diriku(pengarang)ini ingin membuat usaha suntingan serta mengeluarkan periwayat hadith-hadithnya serta menyenaraikan nombor halaman isi kandunganya pada kitab yang penting ini.

Diantara kitab penting yang telah dicetak berulang kali,tetapi sayangnya tiada penyunting serta tiada usaha mengeluarkan periwayatan hadithnya ialah MUSTADRAK AL-HAKIM(w:405H) yang mana telah diringkaskan oleh Imam Az-Zahbi(748H)

Sepertimana juga sebuah kitab yang penting yang mana telah disunting serta di keluarkan periwayatan hadith-hadithnya iaitu ZAADUL MAAD yang telah dikarang oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy(w:751H)yang telah di sunting oleh Syeikh Syuaib Arnaauuth serta telah diedarkan oleh Ar-Risaalah sebanyak 5 juzuk set kitab,serta satu juzuk pula nombor halaman isi kandunganya.

Dan juga kitab RIYAADHUS SOLEHIN yang telah dikarang oleh Imam Nawawi(w:676H) iaitu sebuah kitab yang barakah serta mulia dan bermanfaat yang telah disunting serta dikeluarkan periwayat hadithnya oleh Syeikh Nasaruddin Al-Banni serta Syeikh Syuaib Arnaauuth.

Lebih penting daripada itu lagi,lahirnya kitab AL-IHSAN FI TAQRIB SAHIH IBNU HIBBAN dengan hasil suntingan Syeikh Syuaib Arnaauuth sebanyak 16 juzuk set kitab bersama 2 juzuk set kitab pula untuk nombor halaman isi kandunganya,yang diedarkan oleh Ar-Risaalah.

Lebih daripada itu lagi,sebuah Ensiklopedia Hadith pada kitab MUSNAD IMAM AHMAD yang telah dibuat sebanyak lebih daripada 40 juzuk set kitab dengan hasil suntingan oleh Syeikh Syuaib Arnaauuth bersama-sama dengan 5 orang kawan-kawanya yang terdiri daripada para alim yang mulia yang mana mungkin pada hematku sudah pun siap yang telah diedarkan oleh Ar-Risaalah dengan hasil kerjasama dari Kerajaan Arab Saudi.

Terdapatnya sebuah kitab pengeluaran periwayatan hadith yang semestinya dijadikan sebagai bahan rujukan serta dapat diambil manfaatnya bersama seperti kitab pengeluaran periwayatan hadith hasil karangan Al-Hafiz Zainuddin Al-Iraqi(w:806H) pada hadith-hadith kitab IHYA ULUMUDDIN karangan Imam Ghazali(w:505H) yang dinamakan sebagai: AL-MUGHNI AN HAMLIL ASFAAR FI TAKHRIIJ MA FIL IHYA’ MINAL AKHBAR yang telah dicetak bersama Hasyiah(penerangan yang diletakkan dibahagian bawah kitab atau nama lainya nota kaki) yang mana para pembaca tidak perlu lagi merujuk pada mana-mana sumber lagi untuk mengetahui darjat hadith-hadith yang telah diletakkan oleh Imam Ghazali didalam kitab tersebut,seperti yang diketahui bahawa terdapat beberapa banyaknya hadith-hadith yang bermartabat tersangatlah dhoifnya,tidak diketahui asal usul hadithnya serta sehingga ada yang dihukumkan sebagai hadith yang palsu!!seperti mana juga kitab pengeluaran periwayatan hadith oleh Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani pada hadith-hadith kitab TAFSIR AL-KASSYAF sebuah kitab yang bermanfaat yang mana hadith-hadith di dalamnya telah dijadikan bahan rujukkan para mufassirun serta menaqalkan hadith-hadith tersebut sesama mereka.

Dan diantara kitab yang penting yang terkenal di kalangan para pendakwah ialah kitab AT-TARGHIB WAT TARHIIB yang telah dikarang oleh Al-Hafiz Imam Al-Munziri(w:656H) rahimahullah,yang mana hadith-hadith didalam kitab itu kebanyakkanya dhoif,ada diantaranya pula tersangat dhoif sehingga ada yang mencapai tahap palsu!sehinggakan pada pandangan Imam Ibnu Munzir sendiri menganggapnya sebegitu,dan kebanyakkan para pendakwah tidak membaca Muqaddimah Al-Munziri untuk mengetahui segala istilah-istilahnya itu,inilah yang telah membuatkan ku untuk mempertahankan kitab ini dengan mengeluarkan periwayatan hadith-hadithnya,yang merangkumi dengan menyenaraikan hadith yang sahih dan hasan yang terdapat di dalamnya,menerangkan segala perkara yang masih menjadi kesamaran di dalamnya,menerangkan segala maksud-maksudnya,menjawab segala persoalan yang belum terjawab,menerangkan syubhat(keraguan)serta membetulkan kembali kefahaman terhadapnya,yang ku namakan: MUNTAQA MINAT TARGHIB WAT TARHIIB.

Terdapatnya pula kitab-kitab syarah bagi kitab yang terkenal iaitu: FATHUL BAARI FI SYARHIL BUKHARI yang telah dikarang oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani yang mana dikatakan oleh Imam As-Syaukaani: Tiadanya hijrah selepas Fath(pembukaan kota Mekah)

Manakala terdapatnya juga kitab syarah baginya(SAHIH BUKHARI) yang lebih dahulu serta terkemudian daripada ini tetapi tiada penyuntingnya yang semestinya diambil manfaat bersama seperti syarah yang dibuat oleh Imam Al-Karmaani(w:676H) Imam A’ini(w:855H) dan Imam Al-Qasthalani(w:923H)

Manakala bagi syarah kitab SAHIH MUSLIM pula,contohnya seperti syarah yang dikarang oleh Imam An-Nawawi,Imam Qadhi Iyadh dan Imam Ubbi serta Imam Sanusi.

Dan terdapat juga syarah yang di buat oleh seorang ulama’ India iaitu Maulana Syabiir Ahmad Al-Utsmaani yang dinamakan sebagai: FATHUL MULHIM BI SYARHI SAHIH MUSLIM sebanyak 4 juzuk set kitab tetapi beliau tidaklah sempat menyiapkanya,tetapi telah disambung pula usaha beliau itu oleh Al-Allamah Al-Qadhi Al-Fadhil As-Syeikh Muhammad Taqi Al-Utsmaani sebanyak 6 juzuk set kitab.

Terdapat pula syarah bagi kitab AL-MUWATTHO’ seperti syarah yang di buat oleh Abi Walid Al-Baaji(w:474H) serta syarah yang dibuat oleh Imam As-Suyuthi iaitu TANWIIR AL-HAWALIK.

Manakala syarah bagi kitab SUNAN ABI DAUD pula yang paling utamanya ialah oleh Imam Al-Khatabi(w:388H) iaitu MAALIMUS SUNAN yang telah di takliq oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy yang dinamakan TAHZIB SUNAN ABI DAUD.

Syarah hadith yang telah dibuat oleh seorang Ulama’ India pula bagi kitab AUNUL MA’BUD yang dikarang oleh Imam Ad-Diyanuwi dan BAZLAL MAJHUD FI HALLI ABI DAUD yang dikarang oleh Imam Saharanfuuri(w:1346H) yang ditakliq oleh Syeikhul Hadith Imam Al-Kandahlawi yang dipersembahkan oleh Sayyid Abi Hussin An-Nadwi dan kitab MANHALUL AZAB AL-MAURUD yang dikarang oleh Syeikh Mahmud Khithab As-Subki pengasas bagi Persatuan Syariah yang telah disyarah oleh beliau sebanyak 10 juzuk set kitab tetapi tidak sempat disiapkan oleh beliau.

Dan syarah kitab Imam At-Tirmizi yang paling utama serta lama sekali iaitu: ARIDHATUL AHWAZIY yang dikarang oleh Imam Abi Bakar Ibnu Arabi(w:1139H).

Dan syarah hadith kitab Imam At-Tirmizi TUHFATUL AHWAZIY karangan Imam Mubaarakfuuri iaitu seorang Alim serta Muhaddith di India.

Tetapi sayangnya tiadalah pula syarah bagi kitab Imam An-Nasaiey, sepertimana yang disyarah kitab Abu Daud dan At-Tirmizi ini,tetapi yang ada hanyalah nota kaki yang dibuat oleh Imam Suyuthi dan Imam Sanadi(w:1139H) yang mana kedua-duanya dicetak bersama.

Ketikamana daku melawat negara India kira-kira 20 tahun yang lepas,terdapatnya di sana seorang ulama’ India yang telah memencilkan diri beliau untuk menyiapkan syarah bagi kitab Imam An-Nasaiey tetapi tidaklah daku mengetahui samada sudah siap atau belum.

Terdapat juga syarah bagi kitab MISHKAATUL MASABIH atau lebih di kenali sebagai SYARAH ALI AL-QAARI(w:1014H) yang dinamakan sebagai MIRQAATUL MAFATIH yang telah dicetak sebanyak 5 juzuk set kitab.

Dan juga terdapat syarah hadith yang dinamakan sebagai MIRA’TUL MAFATIH yang dikarang oleh Imam Ubaidullah Mubaarakfuuri iaitu seorang ulama’ dari India yang telah diedarkan oleh Jaamiatul Salafiyyah di Negara India seingat daku sebanyak 9 juzuk set kitab.

Dan diantara syarah yang dianggap bermanfaat pada para pendakwah ialah syarah yang dibuat oleh Al-Allamah Abdur Rauf Al-Munawi pada kitab JAAMIUS SAGHIR karangan Imam Suyuthi yang diedarkan dengan nama FAIDHUL QADIIR FI SYARHIL JAAMI’ AS-SAGHIR yang telah dibuat sebanyak 6 juzuk set kitab,sebuah kitab yang bermanfaat,dan Insyallah daku berhajat untuk mengeluarkan periwayatan hadithnya.

Dan kitab RIYAADHUS SOLEHIN syarahnya yang terkenal ialah DALIL AL-FAALIHAIN yang dikarang oleh Imam Ibnu ‘Alaan(w:1057H) yang dicetak sebanyak 8 juzuk set kitab.

Serta syarah bagi hadith yang dikarang oleh Doktor Subhi Soleh rahimahullah yang dinamakan sebagai MANHALUL WAARIDIIN dan satu lagi yang dikarang oleh Doktor Musthafa Al-Khun bersama kawan-kawanya yang dinamakan sebagai NAZHATUL MUTTAQIN.

Sepertimana juga kitab AL-AZKAR yang dikarang oleh Imam An-Nawawi juga syarahnya telah dibuat oleh Imam Ibnu Alaan yang dinamakan sebagai AL-FUTUHAATUR RABBANIYYAH yang telah dicetak sebanyak 7 juzuk set kitab.

Dan sebuah kitab yang kecil tetapi masyhur iaitu kitab ARBAIIN NAWAWI(hadith 40) yang sememangnya begitu banyak syarahanya,tetapi,yang paling jelas,luas serta bermanfaat syarahnya ialah oleh Imam Ibnu Rejab Al-Hambali(w:795H) yang dinamakan sebagai JAAMI’ AL-ULUM WAL HIKAM yang mana telah disempurnakan oleh beliau sehingga menjadi 50 buah hadith yang telah disunting oleh Doktor Muhammad Al-Ahmadi Abu Nur,tetapi tidak sempat disiapkanya,(telah disiapkanya selepas itu sebanyak 3 juzuk set kitab) sepertimana yang telah disunting oleh Syeikh Syuaib Arnaauuth dan mengeluarkan periwayatan hadithnya serta diteliti nota kakinya yang telah diedarkan oleh Yayasan Ar-Risaalah di Beirut sebanyak 2 juzuk set kitab.

Diantara kitab yang bermanfaat juga ialah kitab yang disyarah disebalik hadith-hadith yang mengandungi rahsia-rahsia serta hukum-hakam agama dan kemasyarakatan iaitu kitab: HUJJATULLAH AL-BAALIGHAH yang dikarang oleh Imam Dahlawi(w:1176H)

Maka,tidaklah dapat diragukan lagi bahawa kitab-kitab serta pintu-pintu keimanan dan tauhid ,ibadat,ilmu dan adab sopan,zuhud,zikir serta doa-doa,Al-Quran,berbuat baik,menghubungkan tali persaudaraan,perihal akhirat serta syurga dan neraka,sirah nabi dan riwayat siri peperangan nabi,kisah-kisah tauladan,sejarah dan lain-lainya telah menarik minat para pendakwah lebih banyak berbanding hadith-hadith yang hanya berkaitan dengan hukum-hakam agama semata.Sepertimana para pendakwah berkemampuan lebih banyak untuk mengambil faedah daripada semua bidang hadith melainkan hadith-hadith berbentuk hukum-hakam.

WALLAHU A’LAM BISSAWAB.

YA ALLAH,KURNIAKANLAH PADA KAMI KEINGINAN UNTUK MENYELONGKAR KHAZANAH ILMU YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN PADA KITAB-KITAB HASIL USAHA YANG IKHLAS PARA KEKASIH MU YANG MULIA,DEMI MENDAPATKAN KEREDHAAN MU YA ALLAH,AMIN……

Read Full Post »

Apakah makna ibadat?

Bismillahirrahmanirrahim,Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Yang Mencipta segala apa yang terdapat dilangit dan dibumi,yang maha menerima taubat setiap hambanya,yang juga maha menerima ibadat setiap hambanya,Dialah yang maha memutuskan segala perkara,segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Apakah sebenarnya makna ibadat itu?Telah daku naqalkan juga dari Kitab Haqiqat At-Tauhid karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi sebagai sambungan dari tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah,diharaplah dapat diambil pengajaran bersama,insyaallah.

MAKNA IBADAT,APAKAH IA?

Kalimah ibadat itu,mengandungi dua makna yang saling bergabung keduanya diantara satu sama lain,tetapi kini,telah menjadi hanya satu sahaja makna yang menjadi pegangan,kedua-duanya itu ialah makna dari segi Khudhu’ dan makna dari segi Al-Hubb(kecintaan),maka,dapatlah kita merealisasikan makna ibadat itu dengan semestinya kita menggabungkan Khudhu’ yang Kamil(Patuh atau tunduk dengan sempurna) bersama dengan Al-Hubb yang Kamil(kecintaan yang sempurna)itulah dia sebenarnya makna ibadat,jika hanya sedikit Khudu’ bersama sedikit Al-Hubb,tidaklah dapat merealisasikan makna ibadat yang sebenarnya,bahkan semestinya menggabungkan Khudhu’ yang bersifat Kulli(keseluruhan)bersama Al-Hubb yang bersifat Kulli.

GAMBARAN MAKNA IBADAT DAN JENIS-JENISNYA.

Makna ibadat itu tidaklah hanya terbatas sebagai suatu gambaran yang bersifat tunggal sahaja,seperti yang disangkakan oleh kebanyakkan manusia pada hari ini,bahkan,ianya terdiri daripada jenis-jenis dan gambaran yang berbilang-bilang.

(1)Doa:iaitu menghadapkan diri kepada Allah Taala dengan meminta supaya diberi sesuatu manfaat atau meminta supaya ditolak dari sebarang kemudharatan,atau meminta supaya ditolakkan bala’ atau meminta pertolongan mengalahkan musuh dan lain-lain.Maka,menghadapkan diri kepada Allah ini dengan meminta sesuatu kepadaNya mestilah terbit daripada hati ikhlas Lillahi Taala,mestilah kerana Allah Taala,yang mana ianya merupakan tunjang serta Ruh ibadat seperti dalam hadith riwayat Imam Tirmizi:

“Doa itu ialah ibadat”(RIWAYAT IMAM TIRMIZI)

(2)Mendirikan syiar-syiar(lambang-lambang)keagamaan seperti Solat,Puasa,Sedeqah,Haji,Nazar,Sembelihan dan yang seumpama denganya,maka tidaklah boleh kesemua syiar ini dilakukan dengan niat selain Allah Taala(tidak boleh melakukan solat,puasa,sedeqah,haji,nazar sembelihan dan yang lainya bukan kerana Allah Taala)

(3)Patuh dan Taat pada apa yang telah disyariatkan Allah daripada hukum-hukum syarak,menghalalkan apa yang telah dihalalkan dan mengharamkan pada apa yang telah diharamkan,dan membataskan pada apa yang telah dibataskan,serta menyeragamkan perkara-perkara dalam kehidupan seharian dengan betul,maka tidaklah harus bagi sesiapa yang mengaku beriman kepada Allah mengambil hukum serta undang-undang yang dicipta oleh manusia,dengan mematuhi serta menghukum pada segenap segi kehidupan dengan undang-undang tersebut iaitu selain undang-undang ciptaan Allah,maka inilah kesalahan dalam beribadat.

KEPENTINGAN TAUHID ULUHIYYAH.

Bahagian tauhid inilah yang paling terpenting dan yang paling terbesar sekali,inilah yang dibawa oleh para rasul yang mulia dengan segenap usaha mereka menyampaikan risalah tauhid ini.Telah Allah utuskan para rasulnya,dan menurunkan Kitabnya,dan manusia pula telah melihat ayat-ayatnya pada setiap segi dan juga pada diri mereka sendiri,maka dengan sebab itulah tersirnalah kebenaran,bangkitlah perkara yang benar,dan tersebarlah segala macam bentuk perundangan,dan terzahirlah juga perkara dalam menentukan tempat kembalinya kita samada disyurga atau pun neraka,atau diantara bahagia atau celaka,ada yang tempat kembali mereka disyurga,dan ada juga tempat kembalinya mereka ke neraka(Nauzubillah min zaalik)

Read Full Post »

Bismillahirrahmanirrahiim,daku mulakan kalam perjuangan suci dengan mengenalkan erti Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah serta kepentinganya,yang telah daku naqalkan dari Kitab Haqiqat At-Tauhid karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawiy,semoga dengan pengenalan ini insyaallah dapatlah kita sama-sama mempermantapkan lagi tautan tauhid kita kepada Allah yang maha esa jua..

TAUHID RUBUBIYYAH

Maknanya ialah beriktiqad bahawa hanyasanya ALLAH,TUHAN(RABB) KERAJAAN LANGIT DAN KERAJAAN BUMI,dan juga ALLAH IALAH AL-KHAALIQ(PENCIPTA)SEGALA APA JUA YANG TERDAPAT PADA KEDUANYA,Dia jugalah pemilik segala apa yang terdapat diatas alam ini,tiadalah sekutu bagiNya pada kerajaan milikNya,tidaklah ada penghukum keatasNya pada apa yang telah diputuskanya,Dialah hanyasanya tuhan yang maha esa lagi tunggal pemilik sekalian alam,Dialah pemberi rezeki pada setiap yang bernyawa,Dialah juga pentadbir setiap perkara,Dialah hanyasanya yang bisa menundukkan pada setiap yang meninggi,Dialah pemberi pada setiap yang terlarang,Dialah juga yang bisa memberi kemudharatan pada setiap yang memberi manfaat,Dialah juga yang bisa memuliakan pada setiap yang terhina,dan setiap yang selain daripadaNya tidaklah memiliki pada dirinya kemanfaatan walau kemudharatan melainkan dengan izin dan kehendakNyalah jua.

Inilah antara bahagian tauhid yang tidaklah boleh dingkari oleh sesiapa pun,tetapi telah dingkari oleh golongan Al-Madiyyun dan Al-Mulhidun yang mana mereka telah mengingkari akan kewujudan Allah ini,begitu juga dengan orang-orang pada zaman dahulu kala yang juga mengingkari kewujudan Allah ini serta sama sahaja dengan orang-orang pada zaman sekarang ini yang kita kenali dengan nama Komunisme.Sebagai contoh golongan Al-Madiyyun(golongan yang mengimani pada wujudnya dua tuhan)yang beriktiqad bahawa sesungguhnya alam yang terbentang ini dipunyai oleh dua jenis tuhan,iaitu Tuhan Cahaya dan Tuhan Kegelapan,manakala golongan Musyrikin seperti bangsa Arab Jahiliyyah pula yang mana kebanyakkan mereka tidaklah mengingkari pada bahagian tauhid ini,bahkan mereka mengetahuinya bahawa wujudnya Allah ini,seperti yang telah dirakamkan didalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat:61

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka:Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan yang menundukkan matahari dan bulan?Tentu sekali mereka akan menjawab:Allah,maka betapakah mereka dipalingkan dari jalan yang benar”(Al-Ankabut:61)

“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka:Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air pada bumi sesudah matinya?Tentu mereka akan menjawab:Allah,katakanlah,segala puji bagi Allah ,tetapi kebanyakkan mereka tidaklah memahaminya”(Al-Ankabut:63)

dan pada surah Al-Mukminun ayat 84 sehingga 89:

“Katakanlah:Keupayaan siapakah bumi ini?dan semua yang ada padanya,jika kamu mengetahui, Mereka akan menjawab:Keupayaan Allah,maka apakah kamu tidak ingat? Katakanlah:Siapakah yang empunya langit yang tujuh dan yang empunya ‘Arsy yang maha besar itu?Mereka akan menjawab:Kepunyaan Allah,maka apakah kamu tidak bertaqwa? Katakanlah,siapakah yang di tangaNya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi,tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azabnya,jika kamu mengetahui! Mereka akan menjawab:Kepunyaan Allah,katakanlah,maka dari jalan manakah kamu ditipu?”( surah Al-Mukminun ayat 84 sehingga 89)

Maka inilah dia jawapan kaum Musyrikin itu,menunjukkan bahawa sesungguhnya mereka mengakui pada Tauhid Rububiyyah Allah ini,disebabkan keadaan(Kaunu) dan pentadbiran Allah pada setiap perkara,sesungguhnya,keimanan mereka ini hanya terletak pada Rububiyyah Allah taala sahaja,dengan keadaan mengetahui hendaklah menyembah Allah yang esa dan janganlah menyekutukaNya dengan menyembah selain Allah,tetapi mereka telah mengingkari pada satu lagi bahagian tauhid yang lain,iaitu Tauhid Al-Ilahiyah ataupun Tauhid Al-Uluhiyyah.

TAUHID ULUHIYYAH.

Makna tauhid Al-Uluhiyyah pula ialah MENGesaKAN ALLAH TAALA PADA SETIAP IBADAT DAN KHUDU'(TUNDUK)DAN TAAT SECARA MUTLAK KEPADA ALLAH,DAN TIDAKLAH MENYEMBAH SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA,DAN JUGA TIDAKLAH MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU APA PUN JUA YANG WUJUD DIBUMI DAN DILANGIT,dan tidaklah dapat direalisasikan tauhid itu secara hakiki jika tidak menggabungkan Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah bersama,tidaklah mencukupi jika hanya beriktiqad dengan salah satu tauhid sahaja,maka kaum arab Musyrikin juga mengakui pada tauhid ini,tetapi dalam masa yang sama mereka tidaklah memeluk agama islam kerana mereka telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak mempunyai apa-apa keupayaan walau kekuasaan,lalu mereka mengimani pada makhluk lain sebagai tuhan,dengan sangkaan bahawa mereka dapat mendekatkan diri mereka pada Allah Yang Maha Tinggi,ataupun dapat memberikan manfaat kepada mereka disisi Allah Taala.

Penganut agama Nasrani pula(Kristian)mereka mengingkari bahawa sesungguhnya Allah itu tuhan sekalian langit dan bumi,mereka telah menyekutukan Allah dengan Al-Masih Nabi Isa alaihis salam,mereka telah menjadikan dia sebagai tuhan selain Allah,dan di dalam Al-Quran pula telah menganggap mereka ini semua sebagai Kafir,diharamkan pada mereka syurga Allah dan masuklah mereka semua ke Neraka selama-lamanya.Dan sesungguhnya,sejak zaman berzaman lagi,manusia telah sesat pada bahagian tauhid ini,mereka telah menyembah selain Allah dengan tuhan yang pelbagai jenis,contohnya,tuhan Kaum Nabi Nuh alaihissalam: Waddan,Suwa’,Yaghuts,Ya’uq dan Nasra,tuhan Kaum Nabi Ibrahim: Berhala,dan tuhan kaum Mesir Purba pula,Al-‘Ajl,manakala tuhan bagi penganut Hindu iaitu lembu,dan tuhan Kaum Sabak iaitu matahari,dan tuham Kaum As-Sobieun iaitu bintang-bintang,dan tuhan Kaum Majusi iaitu api,dan tuhan Kaum Arab Jahiliyyah iaitu berhala dan batu,dan tuhan penganut Kristian pula iaitu Al-Masih Isa alaihissalam serta ibunya Maryam,dan mereka juga menyembah paderi iaitu selain daripada Allah Taala,kesemuanya mereka ini ialah Musyrikun,kerana mereka tidaklah mengEsakan Allah Taala dalam beribadat,iaitu yang semestinya tidaklah boleh kita menyembah selaiNya.Apakah pula maknanya ibadat itu??iaitu yang menjadi hak Allah Taala yang maha esa??

Bersambung……

Read Full Post »