Bismillahirrahmanirrahiim,daku mulakan kalam perjuangan suci dengan mengenalkan erti Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah serta kepentinganya,yang telah daku naqalkan dari Kitab Haqiqat At-Tauhid karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawiy,semoga dengan pengenalan ini insyaallah dapatlah kita sama-sama mempermantapkan lagi tautan tauhid kita kepada Allah yang maha esa jua..
TAUHID RUBUBIYYAH
Maknanya ialah beriktiqad bahawa hanyasanya ALLAH,TUHAN(RABB) KERAJAAN LANGIT DAN KERAJAAN BUMI,dan juga ALLAH IALAH AL-KHAALIQ(PENCIPTA)SEGALA APA JUA YANG TERDAPAT PADA KEDUANYA,Dia jugalah pemilik segala apa yang terdapat diatas alam ini,tiadalah sekutu bagiNya pada kerajaan milikNya,tidaklah ada penghukum keatasNya pada apa yang telah diputuskanya,Dialah hanyasanya tuhan yang maha esa lagi tunggal pemilik sekalian alam,Dialah pemberi rezeki pada setiap yang bernyawa,Dialah juga pentadbir setiap perkara,Dialah hanyasanya yang bisa menundukkan pada setiap yang meninggi,Dialah pemberi pada setiap yang terlarang,Dialah juga yang bisa memberi kemudharatan pada setiap yang memberi manfaat,Dialah juga yang bisa memuliakan pada setiap yang terhina,dan setiap yang selain daripadaNya tidaklah memiliki pada dirinya kemanfaatan walau kemudharatan melainkan dengan izin dan kehendakNyalah jua.
Inilah antara bahagian tauhid yang tidaklah boleh dingkari oleh sesiapa pun,tetapi telah dingkari oleh golongan Al-Madiyyun dan Al-Mulhidun yang mana mereka telah mengingkari akan kewujudan Allah ini,begitu juga dengan orang-orang pada zaman dahulu kala yang juga mengingkari kewujudan Allah ini serta sama sahaja dengan orang-orang pada zaman sekarang ini yang kita kenali dengan nama Komunisme.Sebagai contoh golongan Al-Madiyyun(golongan yang mengimani pada wujudnya dua tuhan)yang beriktiqad bahawa sesungguhnya alam yang terbentang ini dipunyai oleh dua jenis tuhan,iaitu Tuhan Cahaya dan Tuhan Kegelapan,manakala golongan Musyrikin seperti bangsa Arab Jahiliyyah pula yang mana kebanyakkan mereka tidaklah mengingkari pada bahagian tauhid ini,bahkan mereka mengetahuinya bahawa wujudnya Allah ini,seperti yang telah dirakamkan didalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat:61
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka:Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan yang menundukkan matahari dan bulan?Tentu sekali mereka akan menjawab:Allah,maka betapakah mereka dipalingkan dari jalan yang benar”(Al-Ankabut:61)
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka:Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air pada bumi sesudah matinya?Tentu mereka akan menjawab:Allah,katakanlah,segala puji bagi Allah ,tetapi kebanyakkan mereka tidaklah memahaminya”(Al-Ankabut:63)
dan pada surah Al-Mukminun ayat 84 sehingga 89:
“Katakanlah:Keupayaan siapakah bumi ini?dan semua yang ada padanya,jika kamu mengetahui, Mereka akan menjawab:Keupayaan Allah,maka apakah kamu tidak ingat? Katakanlah:Siapakah yang empunya langit yang tujuh dan yang empunya ‘Arsy yang maha besar itu?Mereka akan menjawab:Kepunyaan Allah,maka apakah kamu tidak bertaqwa? Katakanlah,siapakah yang di tangaNya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi,tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azabnya,jika kamu mengetahui! Mereka akan menjawab:Kepunyaan Allah,katakanlah,maka dari jalan manakah kamu ditipu?”( surah Al-Mukminun ayat 84 sehingga 89)
Maka inilah dia jawapan kaum Musyrikin itu,menunjukkan bahawa sesungguhnya mereka mengakui pada Tauhid Rububiyyah Allah ini,disebabkan keadaan(Kaunu) dan pentadbiran Allah pada setiap perkara,sesungguhnya,keimanan mereka ini hanya terletak pada Rububiyyah Allah taala sahaja,dengan keadaan mengetahui hendaklah menyembah Allah yang esa dan janganlah menyekutukaNya dengan menyembah selain Allah,tetapi mereka telah mengingkari pada satu lagi bahagian tauhid yang lain,iaitu Tauhid Al-Ilahiyah ataupun Tauhid Al-Uluhiyyah.
TAUHID ULUHIYYAH.
Makna tauhid Al-Uluhiyyah pula ialah MENGesaKAN ALLAH TAALA PADA SETIAP IBADAT DAN KHUDU'(TUNDUK)DAN TAAT SECARA MUTLAK KEPADA ALLAH,DAN TIDAKLAH MENYEMBAH SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA,DAN JUGA TIDAKLAH MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU APA PUN JUA YANG WUJUD DIBUMI DAN DILANGIT,dan tidaklah dapat direalisasikan tauhid itu secara hakiki jika tidak menggabungkan Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah bersama,tidaklah mencukupi jika hanya beriktiqad dengan salah satu tauhid sahaja,maka kaum arab Musyrikin juga mengakui pada tauhid ini,tetapi dalam masa yang sama mereka tidaklah memeluk agama islam kerana mereka telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak mempunyai apa-apa keupayaan walau kekuasaan,lalu mereka mengimani pada makhluk lain sebagai tuhan,dengan sangkaan bahawa mereka dapat mendekatkan diri mereka pada Allah Yang Maha Tinggi,ataupun dapat memberikan manfaat kepada mereka disisi Allah Taala.
Penganut agama Nasrani pula(Kristian)mereka mengingkari bahawa sesungguhnya Allah itu tuhan sekalian langit dan bumi,mereka telah menyekutukan Allah dengan Al-Masih Nabi Isa alaihis salam,mereka telah menjadikan dia sebagai tuhan selain Allah,dan di dalam Al-Quran pula telah menganggap mereka ini semua sebagai Kafir,diharamkan pada mereka syurga Allah dan masuklah mereka semua ke Neraka selama-lamanya.Dan sesungguhnya,sejak zaman berzaman lagi,manusia telah sesat pada bahagian tauhid ini,mereka telah menyembah selain Allah dengan tuhan yang pelbagai jenis,contohnya,tuhan Kaum Nabi Nuh alaihissalam: Waddan,Suwa’,Yaghuts,Ya’uq dan Nasra,tuhan Kaum Nabi Ibrahim: Berhala,dan tuhan kaum Mesir Purba pula,Al-‘Ajl,manakala tuhan bagi penganut Hindu iaitu lembu,dan tuhan Kaum Sabak iaitu matahari,dan tuham Kaum As-Sobieun iaitu bintang-bintang,dan tuhan Kaum Majusi iaitu api,dan tuhan Kaum Arab Jahiliyyah iaitu berhala dan batu,dan tuhan penganut Kristian pula iaitu Al-Masih Isa alaihissalam serta ibunya Maryam,dan mereka juga menyembah paderi iaitu selain daripada Allah Taala,kesemuanya mereka ini ialah Musyrikun,kerana mereka tidaklah mengEsakan Allah Taala dalam beribadat,iaitu yang semestinya tidaklah boleh kita menyembah selaiNya.Apakah pula maknanya ibadat itu??iaitu yang menjadi hak Allah Taala yang maha esa??
Bersambung……
lanjutannya dmana? butuh nich….
buat plajaran ama nambah pengetahuan.
syukron akhi….
mudah-mudah dengan bertambhnya artikel menambah keimanan ini
lanjutannya dmana? butuh nich…..
https://alhammasiyy.wordpress.com/2006/10/09/apakah-makna-ibadat/
di sini lanjutanya,maaf..
Salam Ziarah akhi…jemput ke blog ana untuk mengetahui apa yg diperjelaskan al-Qradhawi ttg Manhaj Pemikiran Salaf
apa kesan beriman dengan tauhid rububiyyah,uluhiyyah dan asma wassifat dari segi perbuatan,pemikiran dan perkataan?
salam kenal
asslkm…
Sblm x salam kenal y..
Yaaa,kok bersmbung sich…???
oya,pa ciri-ciri perilaku tauhid Rububiyah dan Mulkiyah, perilaku tauhid Uluhiyah, dan Perilaku tauhid Asma washifatullah dalam kehidupan…????
Makasih y sblum x…
BOLEH TANYA…ADA TAK WAT KAJIAN TAUHID BERPECAH KEPADA DUA BAHAGIA NI SEJAK BILA?ADA NABI AJAR?ATAU PARA SAHABAT? SETAHU SAYA TAK PERNAH ADA ULAMA SALAFUL SOLEH MEMBAHAGIKAN TAUHID KEPADA DUA BAHAGIAN…SIAPA YANG JADI PELOPORNYA?SIAPA YANG WAT BIDAAH NI?IBNU TAIMIYYAH YER? KENA INGAT IBNU TAIMIYYAH ADALAH PEMBAWA AJARAN MUJASSIMAH DAN ALHI FALSAFAH, DALAM KITAB BELIAU BELIAU BERIKTIQAD BAHWA ALAM NI QADIM BUKAN HADIS, CUBA FIKIR ORANG KAFIR PUN BERTAUHID JUGA KER? DAN ADA TAK ULAMA YANG MUKTABAR IKTIRAF DUA TAUHID NI…CUBA RENUNG MAKNA TAUHID PADA LUGHAH TU APA, DAN PADA ISTILAH TU APA? KENAPA JADI TAUHIDAIN, AWWALAN TAUHID BI ILAH WA TSANIYAN TAUHID BI RABB?KALAU TAUHID PUN DAH BERBILANG APA BEZANYA DENGAN PUAK KRISTIAN YANG MENGAKU TAUHID MEREKA TIGA DALAM SATU? BUKANKAH AR-RABB ITU AL-ILAH DAN AL-ILAH ITU AR-RABB?BUKANKAH KEDUANYA MERUJUK KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA?KENAPA PULA BERIMAN KEPADA ALLAH DI BAHAGI KEPADA DUA TAUHID…DUA DALAM SATU, ATAU SATU DALAM DUA?TAUHID NI TAMBAHAN RUKUN IMAN KER?….APA PUN DALAM WAT IKTIQAD NI KENA KAJI BETUL BETUL…JANGAN LUPA QURAN SENDIRI PUN TAK PERNAH BAHAGIKAN TAUHID KEPADA DUA BAHAGIA….CUBA RUJUK AYAT 30 SURAH AR-RA’DU, ORANG KAFIR IALAH AHLI DALAM MENGKUFURKAN ALLAH, MANA ADA AYAT KATA ORANG KAFIR PUN BERTAUHID… ALKAHFI AYAT 38…ILAH ITU RABB DAN RABB ITULAH ILAH….KEDUANYA BI MAKNA WAHID MERUJUK KEPADA ALLAH…PUTRALEGEH78@GMAIL.COM/ berandamadina.wordpress.com.
assalamualaikum. sy faizul dari pengkalan chepa. bole sy mengenali guru?
belajar tauhid secara berguru jangan pandu pada akal
assalamualaikum…maaf tuan haji,apa yang tak kena pada artikel saya?? saya tidak belajar tauhid guna aqal,saya belajar dengan berguru alhamdulilah,tuan haji boleh check di profile saya tempat pengajian saya,bukan saya ingin mendabik dada tempat pengajian saya,cuma ingin menafikan yang saya belajar tanpa guru,kalau boleh ingin benar saya berkongsi ilmu dengan tuan haji yang semestinya jauh berilmu dan berpengalaman daripada saya yang masih mentah ini,itu pun kalau tuan haji sudi…
baba syarif,
IBNU TAIMIYAH, IBNU QAYYIM, ULAMAK YANG MODERATE, BUKAN EKTREMIST.
TIDAK ADA YANG MEMECAHKAN TAUHID KEPADA DUA, ITU HANYA MANHAJ IAITU KONSEP UNTUK MEMAHAMI TAUHID SILA FAHAM. DAN SILA BERSIKAP WASATHIYAH, JANGAN TAKSUB.
Boleh saya tanya? Jika ada seorang pedagang, ia memakai jimat penglaris, dan berkeyaqinan bahawa jimat itu boleh medatangkan rezeki, apa namanya? Syirik dalam uluhiyyah, rububiyyah, ataukah kedua-duanya?
Bagaimana pula dengan kaum nashoro, yang mereka itu percaya bahawa dengan kuasa Jesus, para pendeta boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit?
Dan bagaimana pula dengan mereka yang percaya bahawa jin boleh memberi kekayaan?
Apakah itu semua merupakan syirik rububiyyah, uluhiyyah, ataukah kedua-duanya?
Pohon penjelasannya?
Syukron
Bagaimana pula dengan kaum nashoro, yang mereka itu percaya bahawa dengan kuasa Jesus, para pendeta boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit?
Dan bagaimana pula dengan mereka yang percaya bahawa jin boleh memberi kekayaan?
Apakah itu semua merupakan syirik rububiyyah, uluhiyyah, ataukah kedua-duanya?
Pohon penjelasannya…
Syukron
ketika seseorang percaya bahawa ada selain ALLAH yg boleh mendatangkan rizqi atau pun hujan dan sebagainya, maka ia telah berlaku syirik dlm hal rububiyyah, ia mengakui adanya arbaba selain Allah. Maka sungguh jahil dan tak pantas digelari doktor seseorang yg tak mengenal istilah arbabam min dunillah, padahal ianya ada di dalam Al-Qur’an.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh tauhid bukan ada 3 tetapi satu
iaitu tiada tuhan melainkan Allah