Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2008

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

“Mari membaca ramai-ramai jom….”

Mutholi’ Wal Muraji’…..

Baru sahaja pulang dari kelas pengajian bersama As-Syeikh Abdul Qadir ghafarallahu lahu,hari ini mendengar cerita beliau tentang zaman beliau dahulu ketika bertalaqqi,yang mana kebanyakkan orang-orang tua di Morocco ini lazimnya mereka belajar secara tradisional,iaitu secara talaqqi,berguru face to face dengan syeikh yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan syeikh tersebut,yang mana sistem pengajian ini amat berbeza dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini….

Antara unsur yang membezakan keduanya ialah sistem pengajian talaqqi ini tiadanya sistem peperiksaan seperti yang wujud pada hari ini,dan juga sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan ‘khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit’ daripada mensyarahkan tajuk pada kitab,riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah pada apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab,walau macam mana pun,kitab itu semestinya dihabiskan…

Berbeza pula dengan sisitem pengajian disekolah-sekolah serta universiti-universiti,yang mana matlamat mereka pula : ‘menghabiskan keseluruhan syllabus pelajaran yang telah ditetapkan serta yang telah disaring’ jikalau pengajar yang mengajar seperti arnab yang makan lobak 6 kilogram setiap hari,dengan izin Allah akan habislah kesemua syllabus tersebut,makanya persoalan tentang kefahaman pelajar terhadap apa yang diajar hanya Allah sahaja yang maha tahu,manakala jikalau pengajar yang mengajar seperti kura-kura yang tidak diberi makan selama 6 hari,makanya terkadang setengah mukasurat pun tidak sampai,terus dibuat peperiksaan sekadar pada apa yang dipelajari kerana mengejar masa peperiksaan…lebih malang lagi,syllabus tersebut telah pun ditapis dan disaring mengikut selera ‘orang atasan’,andai tajuk tersebut dianggap bahaya,makanya akan dilangkah-langkahkan tajuk tersebut atau dibuat seakan-akan ianya tidak wujud…( bolehkah daku katakan antaranya tajuk berkaitan : JIHAD?? ..atau…sejarah penubuhan PAS?? )

p/s : walau apa pun sistem pengajianya,yang pasti kedua-duanya ada kelebihan dan kekuranganya,sistem pengajian yang dibuat pada hari ini adalah mengikut kesesuaian pengajian semasa…

Berkatanya As-Syeikh pula,didalam sistem pengajian talaqqi adanya tiga jenis tenaga pengajar,yang mana mereka menjadi penolong dan pembantu kepada syeikh sebagai mengurangkan bebanan As-Syeikh yang mengajar,dan juga sebagai mengulangkaji semula pelajaran yang telah diajar,mereka ialah : ‘Al-Mutholi’, Al-Muraji’ dan Al-Muqrik’

Tugas seorang Al-Mutholi’ ialah sebagai menghuraikan kembali pelajaran yang telah diajar oleh syeikh kepada para pelajar yang lain sebelum memasuki pelajaran baru,dan dia pula telah dipilih sendiri oleh syeikh yang mengajar,dan lazimnya Al-Mutholi’ ialah seorang pelajar yang maju dan cerdas didalam pelajaranya,sebelum kedatangan syeikh atau ketidakhadiran syeikh,maka Al-Mutholi’ akan memahami sungguh-sungguh pada pelajaran yang telah diajar itu seterusnya menghuraikan kembali secara ringkas kepada para pelajar yang lain,dan pelajar yang lain akan mengikuti terhadap apa yang dihuraikan oleh Al-Mutholi’

Manakala tugas seorang Al-Muraji’ pula ialah sebagai tempat rujukkan para pelajar yang lain untuk memahami semula pelajaran tertentu yang susah untuk difahami,dia juga telah dipilih sendiri oleh syeikh yang mengajar tersebut..

Dan Al-Muqrik pula ialah seorang pembaca yang tetap terhadap pelajaran yang sedang diajar,dia bertugas sebagai membaca kembali isi pelajaran yang diajar dengan suara yang kuat,dan lazimnya Al-Muqrik ialah seorang yang arif didalam ilmu Nahu dan ilmu Saraf kerana dia akan membacakan isi kitab yang secara lazimnya tidak diletakkan tanda baris seperti tanda baris yang terdapat didalam Mushaf Al-Quran pada hari ini,tetapi kesalahan membaca Al-Muqrik akan terus ditegur oleh syeikh yang mengajar…

Menurut As-Syeikh juga,dizamanya belajar dahulu,para pelajar akan dibahagikan mengikut tahap kecerdasan masing-masing,jikalau terdapatnya beberapa pelajar senior yang agak kurang cerdas atau kurang cepat menangkap terhadap sesuatu pelajaran yang diajar,maka syeikh yang mengajar akan menempatkan mereka secara sementara bersama para pelajar junior sehingga pelajar senior tersebut memahami betul-betul pelajaran yang diajar,apabila sudah mahir dengan pelajaran tersebut,dia akan kembali semula bersama pelajar senior yang lain…

“Kucing pun baca buku tau,manusia lagi la kena baca buku”

Hanyut ditelan zaman…

Tetapi sistem talaqqi yang yang daku sebutkan tadi kemungkinan sudah kurang diamalkan di bumi Morocco ini setelah hilang ditelan zaman,kerana zaman sekarang sudah wujudnya sekolah-sekolah dan universiti-universiti yang lebih menyediakan keselesaan dari sudut prasarana,serta pembelajaran pula sudah dibuat didalam bilik darjah dan dewan kuliah yang jauh lebih selesa serta dapat menampung kapasiti bilangan murid yang lebih ramai…tetapi telah dikhabarkan kepadaku dari seorang rakan kuliahanku bahawa sistem begini masih lagi terdapat dan diamalkan dibahagian Gurun Sahara mebawa ke Negara Mauritania dan Senegal,dan mereka masih lagi mengamalkan sistem hafazan secara tulisan diatas lowh (papan) serta sistem talaqqi seperti yang daku ceritakan tadi….

Tidak hairanlah para syeikh mereka ini amat terkenal dari segi khazanah simpanan memori di kepala otak mereka yang ibarat hard disc yang bergiga-giga byte, mereka terlalu banyak menghafal dan selalu mengulang-ulang kembali segala apa yang dihafal sambil diperhatikan dan diperiksa hafalan mereka oleh syeikh mereka yang mengajar,yang mana sebelum berlansungnya pembelajaran,syeikh yang mengajar akan memeriksa dahulu hafalan setiap seorang murid mengikut pusingan….

Misalnya As-Syeikh Abdul Qadir (ghafarallahu lahu) sendiri yang mengatakan bahwa beliau menghafal bait-bait syair didalam Matan Alfiah Ibnu Maalik yang berjumlah seribu dua buah bait itu secara kaedah lowh juga,yang mana beliau mengatakan bahwa beliau menghafalnya sepertimana beliau menghafal surah Al-Fatihah!! iaitu diulang-ulang setiap hari serta lekatnya pada minda seperti lekatnya surah Al-Fatihah pada minda setiap muslim…

إنما مثل صاحب القرءان كمثل صاحب الإبل المعلقّة إن عاهد عليها أمسكها وإن أطلقها ذهبت وإذا قام صاحب القرءان بالليل والنهار ذكره وإذا لم يقم به نسيه

Bermaksud : “Sesungguhnya perumpamaan orang yang menghafal Al-Quran seperti si pemilik unta yang dtambat,jika dia menambatnya dengan kemas,maka untanya akan tertambat,jika dia meleraikanya (tidak diikat dengan baik) maka dia akan lari terlepas,dan jika orang yang menghafal Al-Quran itu mengulangi kembali hafazanya pada malam dan siang harinya,maka dia akan mengingatinya,jika tidak,dia akan melupakanya” (hadith riwayat Imam Bukhari)

Begitu juga pada hari ini,sistem talaqqi yang terdapat pada hari ini juga sudah tiadanya lagi nama-nama tulang belakang talaqqi serta peranan mereka seperti yang daku sebutkan tadi,sistem talaqqi seperti yang daku hadapi pada sekarang ini berbentuk tertanggungnya peranan Al-Mutholi’ dan Al-Muraji’ keatas bahu Syeikh Abdul Qadir itu sendiri,cumanya peranan Al-Muqrik itu berjalan secara bergilir-gilir diantara kami mengikut giliran,yang mana As-Syeikh mewajibkan setiap murid bertetapan pada tempat duduk yang sering didudukinya ketika pembelajaran berlansung,dan disinilah faedah Al-Muqrik itu dapat dirasai,kerana sebarang kesalahan meletakkan baris yang kami baca akan dapat dikesan setelah ditegur oleh As-Syeikh,dan sekira bercanggahnya perletakkan baris yang diucapkan oleh syeikh dengan murid yang lain,perbincangan terhadap perletakkan baris tersebut akan berlaku,yang mana semestinya faedah yang terlalu manis dapat dirasai oleh semua…

“Pergi balik rumah baca buku!! Grrrr…”

Cara orang zaman sekarang….

Tidaklah daku nafikan pula akan sistem pengajian diuniversiti itu,kelebihan sistem di universiti bagi daku terletak pada pembukaan perbincangan yang lebih bersifat global dan semasa,yang mana berlakunya saling perkaitan antara perkara yang diajar dengan keadaan semasa yang berlaku disekeliling kita,begitu juga akan berlakunya saling pertukaran maklumat yang datang dari berbagai pelajar yang mepunyai berbagai jenis pengalaman serta kemahiran yang tersendiri..

Dan yang lebih mengasyikkan lagi,assignment yang diberikan dapat melatih pelajar mencari maklumat,mengkaji dan menyuai-bandingkan segala maklumat yang diperolehi,agar pelajar tersebut betul-betul mahir terhadap sesuatu tajuk yang dikaji,begitu juga presentation yang dibuat di universiti sedikit sebanyak dapat melatih pelajar memecahkan tembok perasaan MALU berhadapan dengan orang ramai…

Apa yang pasti,kedua-dua sistem tersebut amat menguntungkan pelajar,amatlah cantik sekali andai seorang pelajar yang bijak mengambil peluang menggabungkan kedua-dua sistem tersebut dengan membahagikan masanya dengan menghadiri kuliah di universiti pada setengah masa,dan berusaha pula menghadirkan diri di talaqqi pada setengah masa….

Ya,kerapkali juga mendengar rintihan beberapa pelajar yang mengatakan betapa tidak cukupnya jikalau hanya bercukupan dengan pembelajaran yang berlansung di universiti sahaja,demi kerana kehausan mereka terhadap ilmu itu sendiri,dan mereka pula tidak mempunyai peluang untuk belajar secara talaqqi, kemungkinan tiadanya syeikh yang ingin mengajar atau terasingnya dari sebarang ulama’….

Apa yang dapat aku rasakan,jikalau keadaan sedemikian,makanya cubalah sedaya upaya belajar di universiti dengan lebih konsisten dan dengan perasaan yang tamak,wujudkan inisiatif sendiri ingin maju dan berjaya didalam bidang ilmu,ingin maju atau gagal semuanya terletak diatas keinginan sendiri…..seandainya pembelajaran diuniversiti yang tidak menghabiskan syllabus,makanya diri kamu sendiri yang cuba menghabiskan syllabus tersebut,dengan berusaha merujuk apa yang tidak difahami kepada ustaz atau kepada kawan-kawan yang lebih mahir….atau membeli seterusnya membaca kitab-kitab yang dijual dipasaran sambil bertemankan kamus disisi….

Dan cuba ditambah pula pembelajaran secara CD atau DVD yang mengandungi berbagai-bagai cabangan ilmu,yang mana bahan-bahan tersebut seumpama bertalaqqi dengan syeikh didalam CD tersebut,tetapi dengan suatu syarat besar,iaitu adanya suatu keinginan yang kuat ingin belajar demi mencapai redha Allah..dan usaha-usaha yang daku sebutkan ini terletak pada keuzuran sesetengah pihak yang kehausan ilmu tetapi tidak berpeluang belajar secara bertemu syeikh…

“Banyak sangat baca buku sampai kena pakai cermin mata…”

Apa yang boleh dinasihatkan…

TAQWA +IKHLAS+KEINGINAN+KONSISTEN MEMBUAT IBADAT WAJIB+PERBANYAKKAN IBADAT SUNAT+BANYAK MEMBACA+FAHAM+HAFAZ+ULANG KEMBALI HAFAZAN SETIAP HARI+PERBANYAKKAN BERDOA MINTA DISENANGKAN URUSAN+TAWAKKAL=MUTLAQ DENGAN IZIN ALLAH AKAN BERJAYA!!

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA…..

Advertisement

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

“Marilah berbuat baik sesama insan”

Buena Persona??

Teringat daku akan perbualan guru bahasa sepanyol ku iaitu Esther Rodriguez dengan seorang pelajarnya yang belajar bersama daku..ketika selesai sudah pengajian,beliau menyatakan bahawa beliau ingin pulang ke Sevilla,Sepanyol atas urusan keagamaan..

(perbualan didalam bahasa Sepanyol bercampur bahasa Arab pada perkataan yang Siraj tidak tahu didalam bahasa Sepanyolnya)

Siraj : Esther,kenapa kamu ingin pulang ke Sevilla?lama pula tu,sampai sebulan..

Esther : Oh,saya ada sedikit urusan di sana,tetapi pengajian akan diteruskan oleh seorang guru ganti

Siraj : Atas urusan apa? Boleh saya tahu?

Esther : Atas urusan keagamaan disana,jadi saya memang perlu balik

Siraj : Apakah agamamu Esther? kamu memang seorang yang kuat berpegang pada agamakah?

Esther : Ermm..saya beragama Kristian Katholik,saya tidaklah berpegang kuat dengan agama sangat..sebenarnya saya tidak bersembahyang seperti kamu sembahyang (sambil membuat ajukkan seperti takbiratul ihram dan ruku’) bagi saya,agama itu adalah : “Me y dios” (Diriku dan Tuhanku) dan juga yang penting dalam beragama bagi ku hanyalah : “Buena Persona” (berbuat baik sesama insan) dan bukanya sembahyang dan upacara-upacara keagamaan….

“Aku seekor kucing yang diluar fitrah..”

Fitrah dan ‘perkara diluar upacara keagamaan’….

Perbualan tersebut banyak membuat daku terfikir dan termenung sendirian..setiap agama pasti mempunyai upacara-upacara dan adat keagamaanya yang tersendiri,yang mana ianya berupa suatu suruhan supaya melakukanya dari ‘Kuasa Super Power’ melalui ‘orang tengah’ masing-masing,sebagai suatu cara memanifestasikan nilai kepercayaanya terhadap apa yang dipercayainya….bagiku,jikalau seorang penganut sesuatu agama misalnya,memisahkan antara upacara-upacara kepercayaan mereka dengan perkara yang diluar upacara-upacara tersebut,maka nilai agamanya seperti :”duit kertas bernilai rm1000 yang terkoyak setengah”,mahu beli gula-gula sepuluh sen untuk dua biji pun nanti diludah tuan kedai,tiada nilainya!!

Kerana setiap agama pasti menyuruh penganutnya supaya membuat segala perkara yang dianggap baik,yang mana dapatlah dianggap bahawa ianya baik samada melalui aqal yang sihat,normal,waras dan sejahtera ataupun melalui fitrah yang tumbuh secara semulajadi didalam diri setiap manusia,begitu juga,fitrah manusia sememangnya mahukan yang baik-baik sahaja keadaanya,segala yang buruk,jahat lagi keji sememangnya pantas digeleng setiap manusia, walau apa jenis agama pun dia…dan inilah dia “perkara yang diluar upacara keagamaan”

Dan,manusia itu semestinya beragama,jikalau ada yang mengatakan bahwa tanpa agama manusia boleh juga berbuat baik,kerana fitrah manusia itu sendiri yang memandu mereka berbuat baik,tetapi dia jangan pula lupa akan suatu lagi fitrah,iaitu fitrah yang menganggap bahawa adanya suatu ‘kuasa super duper power’,iaitu Sang Pencipta,mustahil untuk aqal mengiyakan bahwa setiap sesuatu itu terjadi dengan sendirinya,begitu juga mustahil untuk setiap unsur yang terkandung didalam alam kejadian ini bergerak dan bertindakbalas sesama mereka dengan sendirinya tanpa suatu penggerak yang mengerakkanya..oleh itu,selepas percaya dengan fitrah akan suatu kuasa super duper power itu,makanya apa yang datang dari DIA itu melalui ‘orang tengah’ yang dipilihnya adalah semuanya benar serta baik belaka,ianya mustahil untuk aqal mengatakan bahwa ianya buruk,kerana DIA dan manusia itu sangat-sangat berbeza,andai unsur super duper power itu sama unsur kejadianya seperti kejadian diri manusia itu sendiri,yang mana boleh berbohong,berbuat jahat,menganiaya dan sebagainya,maka DIA itu pastilah akan mewarisi sifat-sifat tadi,boleh berbohong dan menganiaya serta LEMAH!!

p/s : Aqal manusia itu boleh tersilap,kerana sifatnya yang amat terbatas pada menanggapi perkara-perkara yang tak termampu untuknya menanggapinya,maka,upacara-upacara kepercayaan tersebut tidak boleh direka-reka oleh manusia yang mana terbatas aqalnya,kerana setiap upacara keagamaan tersebut mengandungi kebaikkan serta rahsianya yang tersendiri yang terkadang tak terjangkau oleh aqal untuk menafsirnya,kerana ianya datang dari DIA,yang menginginkan hanya kebaikkan sahaja untuk manusia.(ingat…DIA dan manusia itu lain!!!)

Makanya,..perkara diluar upacara keagamaan yang dipanggil ‘Buena Persona’ itu tadi amat berkait rapat dengan apa yang disuruh didalam agama itu sendiri,iaitu berbuat kebaikkan,kedua-duanya menyuruh berbuat baik…secara aqalnya,kedua-duanya tidak boleh dipisahkan,kedua-duanya saling bergabung seperti belangkas,jikalau apa yang ditanggapi oleh aqal yang sejahtera terhadap sesuatu itu baik,maka agamalah yang lebih awal dan lebih layak lagi untuk mengatakan bahawa ianya juga baik,kerana agama itu seperti suatu jenama,dan jenama itu datangnya dari kuasa yang super duper itu tadi..

Ini adalah percakapan didalam konteks fitrah dan tertakluk pada semua agama yang dianuti oleh semua manusia diatas dunia ini…

“Apa yang disuruh Allah itu baik belaka..ehek(sendawa sebab mabuk syisya)”

Konteks Islam…

Perkara yang dikatakan sebagai ‘Buena Persona’ itu tadi atau ‘perkara yang diluar upacara keagamaan’ ialah suatu unsur yang telah dilupakan oleh banyak penganut islam itu sendiri,begitu juga mereka telah meninggalkan pada berfikir terhadap apa yang disuruh dan apa yang dilarang oleh Allah dan ‘orang tengah’ iaitu rasulullah sallallahu alaihi wassalam,yang mana setiap suruhan dan larangan itu semestinya adalah yang terbaik untuk hambaNya…

Ramai manusia yang beranggapan bahawa telah sempurnanya islam pada diri dia dengan bersolat,berpuasa dibulan Ramadhan dan seterusnya pergi haji berkali-kali serta semua upacara-upacara keagamaan yang lain,apakah tidak pernah kalian nampak insan-insan yang banyak solatnya di masjid,selepas itu diluar masjid terus menjadi insan lain yang menipu insan lain,berpakaian menjolok mata,memakan harta orang lain dengan jalan menipu dan bermacam-macam lagi kezaliman terhadap insan lain,seakan-akan ‘upacara-upacara keagamaan’ tersebut tidak memberi kesan lansung terhadap kehidupanya yang diluar upacara tersebut,kemanakah perginya perkara yang dipanggil ‘buena persona’ itu tadi?

حدثنا قتيبة بن سعيد وعلي بن حجر. قالا: حدثنا إسماعيل (وهو ابن جعفر) عن العلاء، عن أبيه، عن أبي هريرة؛
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال “أتدرون ما المفلس؟” قالوا: المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع. فقال “إن المفلس من أمتي، يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة، ويأتي قد شتم هذا، وقذف هذا، وأكل مال هذا، وسفك دم هذا، وضرب هذا. فيعطى هذا من حسناته وهذا من حسناته. فإن فنيت حسناته، قبل أن يقضى ما عليه، أخذ من خطاياهم فطرحت عليه. ثم طرح في النار

Bermaksud : Sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam berkata : Apakah kalian tahu apakah itu Muflis? Mereka berkata : Muflis pada kami ialah orang yang tiada padanya dirham juga harta benda,maka berkatanya pula nabi : Sesungguhnya Muflis itu ialah seseorang dari umatku,yang datang pada hari qiamat kelak dengan solatnya,puasanya serta zakatnya,dan datang juga bersama hinaanya terhadap orang sekian,tuduhanya terhadap orang sekian,memakan harta orang sekian,dan menumpahkan darah orang sekian,dan memukul orang sekian,makanya akan diberikan segala kebaikkanya itu terhadap orang sekian,dan orang sekian (orang-orang yang dizaliminya didunia dahulu) sehingga habislah kesemua kebaikkanya sebelum dia mendapatnya terhadap kebaikkan yang dilakukanya,lalu diambil pula kejahatan orang-orang yang dizaliminya itu lalu dicampakkan kepadanya,kemudian dia dicampakkan pula ke neraka (hadith riwayat Imam Muslim)

Bukankah hadith ini menerangkan aqibat orang yang melakukan kezaliman terhadap insan yang lain walaupun dia seorang islam yang bersolat,berpuasa dan pergi haji? apa bukankah dia telah meninggalkan suatu unsur yang dipanggil ‘Buena Persona‘ itu tadi,yang mana semestinya digabungjalinkan bersama didalam upacara keagamaan dan perkara yang diluar upacara keagamaan itu tadi ??

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaithan,sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu” (surah al-Baqarah : 208)

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab (taurat) dan ingkar kepada sebahagian (yang lain)? maka tidak ada balasan (yang layak) bagi orang yang berbuat demikian diantara kamu selain kenistaan didalam kehidupan dunia dan pada hari qiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat,dan Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan ” (surah Al-Baqarah : 85)

p/s : sekadar ingin menyatakan unsur ‘buena persona’ ini merupakan unsur yang telah banyak dilupakan ummat islam kini,tetapi tidak pula daku mengiyakan kata-kata Esther itu tadi,dia pula telah meninggalkan jalan memanifestasikan kepercayaanya terhadap apa yang dipercayainya…

“HIduplah perjuangan islam selamanya!!”

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!!

 

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekelian alam..

“Hai..sekarang dah tak sibuk,boleh mula menulis..insyallah”

Syeikh Ahmad Bamba di Negara Senegal..

Baru pulang dari menziarahi rumah rakan kuliahanku yang berbangsa Senegal,Muhammad Syuaib namanya,atas ajakkan yang berupa sedikit desakkan dari beliau,daku akur lalu mengikut ke rumah beliau….beliau merupakan seorang pemuda yang begitu mahir didalam ilmu Bahasa Arab serta sasteranya,yang selalu mendapat pujian dari para ustaz yang mengajar Bahasa Arab di kuliah,pernah suatu ketika,ketika ustaz sedang mengajar tentang bait-bait syair didalam Alfiah Ibnu Maalik,(1) dengan spontan,dan pada ketika itu juga, beliau telah pun menyiapkan suatu tambahan kepada syair tersebut dengan lebih terperinci didalam bentuk syair juga!!

Daku telah diperkenalkan oleh beliau tentang seorang syeikh yang telah bertanggungjawab menyebarkan agama islam melalui jalan sufi di Negara Senegal,beliau bernama Syeikh Ahmad Bamba,yang mana beliau telah mengarang betapa banyak syair-syair berbahasa arab pada pelbagai bidang ilmu,daku mengagumi syeikh mereka ini atas kemahiran beliau didalam sastera arab…disini,akan daku bawakan sedikit sejarah ringkas beliau serta beberapa nasihat beliau kepada para penuntut ilmu didalam bentuk syair yang dikarang beliau,sebagai tatapan kepada penuntut ilmu yang menyusuri jalan berduri dialam pengajianya…

“Ahmad Bamba Bin Muhammad Bin Habib Allah Mbake (ialah seorang) peletak dasar-dasar persaudaraan di Senegal (pada akhir abad ke 19) yang hanya menulis didalam bahasa arab,pengikutnya sedar bahwa penyebaran Islam hanya dapat dicapai melalui tulisan dalam bahasa ibunda yang dapat dibaca,dilagukan dan dinyanyikan oleh penduduk yang masih buta huruf,salah satu pengikut Bamba yang pertama adalah Moussa Ka (1890-1965).Dia menulis puisi agama dalam bahasa Wolof yang menceritakan bahawa banyak diantara mereka menyembah Allah dan memuji pemimpinya dengan cara bernyanyi.Ia mempelopori menterjemahkan Al-Quran kedalam bahasa Wolof” (2)

Nasihat ilmu pada para kelana…(3)

ولا تكن في كل يوم تاركا *** تعلما ثم به اعمل ناسكا

فالعلم يحي قلب من تعلّما *** ينوّر القلب كما يجلو العمى

واعلم بأنما تفاوت الورى *** بالعلم والدين يكون فاصبرا

وبهما يفضل من قد فضلا *** لا بانتسابه لمن قد اعتلى

من جهة الأنساب أم واب *** ففيهما اجتهد مع التأدب

وان تعلّمت فبالله استعن *** ثم بإخلاص بقلب مطمئن

وبملازمة درس وورع *** وقلّة النوم وقلّة الشبع

فدم على الدرس مع التكرار *** في ما قرأته بلا إدبار

وخالف النفس فإن النفسا *** أمارة بما يجر حبسا

وقلّل الرقاد فارق الكسل *** وقلّل الراحة قصّر الأمل

واعلم بأن من أبى التعلّما *** وقت صباه سيلا قي ندما

إذ كل من لم يتبادر للعلوم *** مع تفرغ لها قبل الهموم

فلا ينال غالبا مطلوبه *** منه وليس يحتوي مرغوبه

إذ مدحوا تعلّم الصغار *** بكونه كالنقش في الأحجار

وشبهوا تعلم الكبار *** بالكتب فوق الماء في الأثار

Bermaksud : Dan janganlah dikau pada setiap hari (cuba-cuba) meninggalkan pembelajaranmu….kemudianya,gandingkanlah pembelajaranmu dengan membuat amal ibadat

Makanya ilmu itu menghidupkan hati…..barangsiapa yang menuntut ilmu makanya ilmu itu menerangkan hati,sepertimana hati sibuta yang diterangi

“Susahnya nak baca,tulisan secara warsh..”

Maka ketahuilah, saling berbezanya keadaan manusia itu….. ialah dengan ilmu (padanya) begitu juga dengan agama padanya,maka bersabarlah!!! (wahai penuntut ilmu)

Dan dengan keduanyalah (ilmu dan agama) melebihi pada siapa yang diberikan kelebihan……dan bukanlah (kelebihan itu) dikira dengan keturunanya yang dimuliakan

Iaitu dengan keturunan dari sebelah ibu jua bapanya…..maka pada keduanya berusahalah kamu bersungguh-sungguh bersama adab (didalam menuntut ilmu bersama agama)

Dan jika kamu menuntut ilmu maka dengan Allah sahajalah kamu pinta pertolongaNya….kemudianya ditambahkan dengan rasa ikhlas jua dengan hati yang tenang

Dan melazimi pelajaran beserta wara’….dan kurangkan tidur juga kurangkan kekenyangan

Dan sentiasalah mengulangkaji pelajaran bersama (sentiasa) mengulang….pada apa yang kamu baca dan janganlah lalai jua leka

Dan (cubalah) bercanggah pada si nafsu,kerana sesungguhnya nafsu itu….amat menyuruh perbuat pada apa yang dilarang

Maka kurangkanlah juga banyak rehat dan jauhilah akan kemalasan…dan kurangkan lepak (kerana kesemua itu akan menyebabkan) kekurangan tumpuan

Maka ketahuilah barangsiapa yang tidak mahu belajar….pada waktu mudanya maka dia akan menyesal

Jika siapa yang tidak mempercepatkan diri untuk belajar….bersama mengosongkan fikiran dari selain belajar sebelum memberikan perhatian (terhadap pelajaran)

Maka tiadalah dia bakal mendapat apa yang diingininya….darinya(menuntut ilmu) dan bukanlah jua dia mempunyai keinginan padanya (menuntut ilmu)

Dan mereka (para a’lim) memuji pada belajar ketika masa mudanya belia…seperti keadaanya ukiran pada batu

Dan mereka menyamakan belajar ketika diri hampir tua….seperti keadaanya menulis diatas air

“Alip mim nun waw,alip tendang waw..sarkis daa..”

Apa yang didapati…

(1) Memantapkan jalan menuntut ilmu dengan menggandingkan belajar bersama amalan ibadat wajib juga sunat,juga tidak cuba-cuba ponteng belajar tanpa sebab yang amat munasabah.

*Buatlah amalan wajib dengan penuh konsisten dan amalan sunat pula buatlah dengan rasa tamak,seperti solat ditengah malam,berpuasa sunat,iktiqaf di masjid,perbanyakkan membaca Al-Quran dan lain-lain.

من صلى لله أربعين يوما في جماعة لا تفوته تكبرة الإحرام كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق

Bermaksud : “Barangsiapa yang bersolat kerana Allah selama 40 hari secara berjemaah dan tidak pula dia terlepas takbiratul ihram (bersama imam) maka akan ditulis baginya dua kelepasan : kelepasan dari api neraka dan kelepasan dari nifaq” (Hadith riwayat Imam Tirmizi bernombor 641,telah dihassankan oleh Syeikh Nasarudin Al-Banni didalam Sohihul Jami’)

إن في الجنة لغرفاً يرى ظهورها من بطونها وبطونها من ظهورها.فقام إليه أعربي فقال : لمن هي يا رسول الله ؟ قال : هي لمن أطاب الكلام, وأطعم الطعام وأدام الصيام وصلّى لله بالليل والناس نيام

Bermaksud : Sesungguhnya didalam syurga adanya sebuah bilik yang mana dapatlah dilihat bahagian luarnya dari bahagian dalamnya,dan dapatlah dilihat pula bahagian dalamnya dari bahagian luarnya,tiba-tiba bangunlah seorang lelaki arab lalu berkata : Untuk siapakah bilik itu wahai rasulullah?? baginda pun berkata : ianya adalah untuk sesiapa yang indah percakapanya,memberi makanan,selalu berpuasa dan bersolat kepada Allah diwaktu malam dan manusia lain ketika itu pula sedang tidur (hadith riwayat Tirmizi bernombor 3549,dan berkata : hadith ini gharib,telah disahihkan oleh As-Syeikh Nasarudin Albanni didalam Sohihul Jaami’ bernombor 4097)

(2) Menggandingkan jalan menuntut ilmu dengan adab-adab,pada Allah,rasulNya,guru,kitab dan ilmu yang dipelajari itu sendiri.

“Berkatanya Ibnu Mubarak : Tidak akan dapat seorang lelaki itu pada berbagai jenis cabangan ilmu jika dia tidak pula menghiasi ilmunya dengan adab” (4)

(3) Meminta apa jua pertolongan hanyalah kepada Allah dalam menyusuri jalan menuntut ilmu,bersama wujudkan rasa ikhlas didalam menuntut ilmu.

من طلب العلم ليباهي به العلماء ويماري به السفهاء أو ليصرف وجوه الناس إليه فهو في النار

Bermaksud : “Barangsiapa yang menuntut ilmu sebagai maksud untuk menyaingi para alim,dan sebagai maksud ingin berbalah-balah dengan orang yang bodoh,atau bermaksud supaya manusia memalingkan wajah mereka kepadanya (gila glamour!!) maka tempatnya dineraka!!” (Hadith riwayat Ibnu Majah,disahihkan oleh As-syeikh Nasarudin Albanni rahimahullahu taala pada kitab : Sahihul Jaami’ bernombor 6158)

“Malasnya nak kejar tikus,kejar esok boleh tak bos??”

(4) Kurangkan tidur dan makan!! banyak tidur dan terlalu kenyang antara penyebab tumpulnya ketajaman pemikiran penuntut ilmu.

“Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan” (surah Al’A’raf : 31)

“Seorang syeikh berdiri dihujung saprah lalu berkata : Hai para murid! jangan makan banyak sehingga kamu banyak minum,lalu kamu banyak tidur dan banyak rugi!!” (5)

“Sesungguhnya mereka yang selalu kekenyangan didunia,maka merekalah yang bakal lapar diakhirat kelak” (hadith riwayat Imam At-Thobrani didalam kitabnya Al-Kabir,riwayat Ibnu Abbas radiallahu anhu,berkatanya Imam Suyuthi didalam Al-Jaamik As-Saghir : hadith ini berdarjat hasan)

(5) Selalu mengulangkaji dan mengulang-ulang kembali apa yang dihafaz dengan selalu menuturkanya dibibir secara berulang-ulang pada pagi dan petang.

إنما مثل صاحب القرءان كمثل صاحب الإبل المعلقّة إن عاهد عليها أمسكها وإن أطلقها ذهبت وإذا قام صاحب القرءان بالليل والنهار ذكره وإذا لم يقم به نسيه

Bermaksud : “Sesungguhnya perumpamaan orang yang menghafal Al-Quran seperti si pemilik unta yang dtambat,jika dia menambatnya dengan kemas,maka untanya akan tertambat,jika dia meleraikanya (tidak diikat dengan baik) maka dia akan lari terlepas,dan jika orang yang menghafal Al-Quran itu mengulangi kembali hafazanya pada malam dan siang harinya,maka dia akan mengingatinya,jika tidak,dia akan melupakanya” (hadith riwayat Imam Bukhari)

Telah dikhabarkan kepada daku dahulu oleh akhi fillah Abang hamzah (hafizahullahu taala) ketika daku mengadap As-Syeikh Dzulkifli BIn Ismail rahimahullahu taala bersama beliau dahulu,beliau mengatakan bahawa As-Syeikh Ahmad As-Syanqithi telah dilihat orang selalu mengumat ngamit mulutnya pada setiap ketika,apabila beliau ditanya akan perbuatan tersebut,dia menjawab : “Aku sedang mengulang-ulang kembali hafazanku” (mak oii!!)

“Menuntut ilmu bukanya senang seperti makan ikan..actually.. makan ikan pun susah tau!!”

Bukan senang cik abang oii..

Menuntut ilmu bukanlah suatu jalan yang senang,lebih-lebih lagi menuntut ilmu yang amat bermanfaat seperti ilmu agama,kerana ianya amat berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat,bahkan dituntut supaya mempelajarinya,maka jalan menyusurinya amat berkait rapat dengan keberkatan,adab dan kesungguhan menjaga apa yang dimiliki dari manfaatnya demi mencari keredhaan Allah jua…kesempitan hidup dalam mencarinya amat memerlukan suatu kesabaran,kesabaran yang amat luarbiasa! kalau senang lenang sambil bersuka ria,bergelak ketawa,esok periksa baru menghafal,berniat ambil ilmu untuk sekeping sijil maka tiadalah berolehnya,mahupun ilmu,berkat juga manfaat..

p/s : Bukanya sedikit pelajar agama yang aku lihat banyak bersenang lenang dalam belajar…”hanya orang yang sanggup bersabar sahaja yang layak menyusuri jalan menuntut ilmu” (kata kata nasihat dari Al-Fadhil Ustaz Harme BIn Aman Razali kepada ku,amat aku pegangi,semoga Allah berkatimu)..

تغرب عن الأوطان في طلب العلا = وسافر في الأسفار خمس فوائد
تفريج هم واكتساب معيشة = وعلم آداب وصحبة ماجد
فإن قيل في الأسفار ذل وغربة = وقطع فيافٍ وارتكاب الشدائد
فموت الفتى خير له من حياته = بدار هوان بين واش وحاسد

Bermaksud : Terasing dari tanah tumpah sendiri ke tempat menuntut ketinggian budi (ilmu)…dan mengembaralah,kerana mengembara itu ada padanya lima kebaikkan

Menggembirakan hati yang gelisah dan mendapat rezeki…juga (mendapat) ilmu,adab dan kawan yang baik

JIka dikatakan bahawa mengembara itu suatu celaan dan terasing…terpaksa mengharungi padang pasir dan menghadapi kesusahan

Maka matinya adalah lebih baik dari hidupnya…daripada dikelilingi kehinaan diantara pengadu domba dan orang yang hasad dengki

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!!!!

****************************************************************

RUJUKKAN DAN PENERANGAN :

(1) Alfiah Ibnu Malik : ialah matan bait-bait syair yang berupa formula pengingat kepada para penuntut yang ingin memahirkan dirinya dalam ilmu nahu dan saraf,ianya berjumlah seribu bait,yang dikarang oleh As-Syeikh Muhammad BIn Abdullah Bin Maalik Al-Andalusi rahimahullahu taala,beliau merupakan mujtahid mutlaq didalam bidang bahasa arab.

(2) Al-Quran dan terjemahanya,cetakkan syarikat Saudi Arabia,kedalam bahasa Indonesia.

(3) Nahju Qadhaiey Al-Haaj fiima minal adab ilaihi Al-Muriidul muhtaaj oleh Syeikh Ahmad Bamba : ia merupakan sebuah buku yang berupa bait-bait syair yang menerangkan adab-adab dalam menuntut ilmu,ianya dikarang selepas diminta oleh murid-muridnya.

(4) Al-Muntholaqaat tholibil ilmi oleh As-Syeikh Muhammad Husin Ya’qub,terbitan darut taqwa.

(5) Ringkasan Ihya’Ulumuddin oleh Imam ghazali yang diterjemah kedalam bahasa malaysia oleh Zaid Hussien Al-Hamid terbitan Darul Nu’man.

Read Full Post »