Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian alam…
Apakah Bahasa Arab itu bahasa ahli syurga??
Ketika daku di alam pengajian di bumi Maghribi sana,daku pernah bertanyakan soalan sebegini di hadapan guruku yang mulia As-Syeikh Al-Fadhil Sidi Abdul Qaadir Abdus Salam Karkish At-Tetouani hafizahullahu taala,seusai sahaja pengajian kitab Alfiah Ibnu Malek dengan beliau,soalan ini daku utarakan :
“Ya syeikh,apakah ahli syurga nanti akan bercakap sesama mereka di dalam bahasa arab?? Apakah ianya di kira bahasa ahli syurga”?? daku bertanya
“Wahai Daud,dikau berikan aku satu hadith sahih yang jelas lagi nyata yang menyatakan bahawa bahasa arab merupakan bahasa ahli syurga,sememangnya ada hadith tersebut tetapi ketahuilah bahawa hadith itu terlalu lemah dari hukum sanadnya bahkan ada yang menghukumnya sebagai palsu!! Oleh itu,tiadalah sebarang dalil yang boleh menyatakan bahawa bahasa arab merupakan bahasa syurga,dan jangan mendakwa perkara sedemikian di hadapan manusia lain” guruku menjawab..
Sepanjang pembelajaranku di sekolah agama rendah hinggalah daku menginjak ke alam sekolah menengah agama,doktrin inilah yang disuapkan kepadaku,iaitu : Bahasa Arab adalah bahasa syurga!!
Hanyalah ilmu,hanyalah ilmu yang dapat membebaskan manusia daripada belenggu hanya mengikut cakap-cakap orang kepada hakikat perkara yang sebenar,sememangnya ada “hadith” tersebut :
أحبوا العرب لثلاث لأني عربي ، والقرآن عربي ، وكلام أهل الجنة عربي
Maksud : Cintailah kalian bangsa arab itu kerana tiga perkara : Kerana daku berbangsa arab,dan Al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa arab,dan percakapan ahli syurga itu bahasa arab (Riwayat At-Thobrani di dalam Al-Ausath,Al-Hakim dan Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman)
Ada lagi..
عَن جابر : أن النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : إذا ذلت العرب ذل الإسلام.
Maksud : Daripada Jabir : Sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda : Jika terhinanya bangsa arab,maka akan terhinalah agama islam
Tetapi sayangnya,para ulamak hadith menghukumkan hadith ini palsu!!
Di dalam kitab ‘Ilalul Hadith oleh Ibnu Abi Hatim Ar-Razi ketikamana beliau bertanyakan bapanya tentang status hadith tersebut,beliau telah mendengar bapanya berkata : hadith ini hadith yang dibohongkan (rujuk : ‘Ilalul Hadith oleh Ibnu Abi Hatim,hadith bernombor 2641,juz : 2,m/s : 376)
Dan di dalam kitab Al-Fawaiedul Maudhu’ah fil Ahaditsil Maudhu’ah oleh Mar’i Bin Yusouf mengatakan bahawa hadith ini tersangat dhoief (rujuk : Al-Fawaiedul Maudhu’ah fil Ahaditsil Maudhu’ah juz :1,m/s : 141 hadith bernombor 202)
Berkatanya Imam Az-Zahbi bahawa beliau merasakan hadith ini palsu,begitu juga Ibnu Hibban yang sependapat dengan beliau (rujuk : Asnal Matholib fi Ahaditsa Mukhtalifatil Maratib oleh Muhammad ibnu Darwisy Al-Huut juz: 1 m/s : 41)
Manakala jika diambil daripada pendapat pakar hadith yang ulung dari tanah Albania pula iaitu As-Syeikh Nasiruddin Albani mengatakan bahawa hadith ini juga palsu (rujuk : Sohihun wad Dhoi’eful Jaami’es Soghir oleh Syeikh Nasaruddin Albani bab : 1186,juz : 4 m/s : 208)
Jika dirujuk di dalam kitab Majma’uz Zawaied Wa Manba’ul Fawaied oleh Al-Haitsami mengatakan bahawa di dalam hadith ini terdapatnya seorang perawi yang bernama Al-‘Alak Ibn ‘Amr Al-Hanafi yang mana kata beliau telah bersepakatnya para ulama’ hadith akan kedhoiefanya (rujuk : Majma’uz Zawaied Wa Manba’ul Fawaied juz : 10,m/s : 25)
Dan berkatanya Al-‘Aqiliy bahawa hadith ini munkar dan tiada asal pula baginya (rujuk : Al-AAliul Masnu’ah Fil Ahaditsil Maudhu’ah oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi juz: 1,m/s : 404)
Mari kita dengar apa pula komen dari Al-Imam Ibnu Taimiyah rahimahullahu taala tentang hadith ini :
“Berkatanya Al-Hafiz As-Salafi : bahawa hadith ini hasan,dan tidaklah aku tahu samada beliau bermaksud hasan dari segi sanadnya yang mengikut kefahaman para ahli hadith atau pun ianya bermaksud hasan dari segi matanya (teksnya) yang mengikut isthilah ilmu hadith yang umum,dan Ibnu Al-Jauzi telah meletakkan hadith ini di dalam Al-Maudhu’aatnya dan telah berkata : Berkatanya Ats-Tsa’labi : hadith ini tiada asalnya,dan berkata pula Ibnu Hibban : di dalam hadith ini seorang perawi yang bernama Yahya Bin Zaid telah meriwayatkan hadith ini secara terbalik,maka terbatallah hadith ini untuk dijadikan sebagai hujjah,wallahu a’lam” (rujuk : Iqtidho’us Siratil Mustaqim juz : 1,m/s : 158)
Dan beliau menambah lagi di dalam sebuah kitabnya yang lain :
“Beliau telah ditanya tentang bahasa apakah yang akan dipertuturkan oleh manusia di hari kiamat kelak? Apakah mereka akan bertutur di dalam bahasa arab? Dan apakah benar ada yang mengatakan bahawa bahasa ahli neraka adalah bahasa parsi dan bahasa ahli syurga pula ialah bahasa arab??
Beliau menjawab : Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,sesungguhnya tidaklah dapat diketahui tentang bahasa apakah yang akan dipertuturkan oleh manusia pada hari itu,dan juga tiadanya sebarang bahasa yang boleh didengari oleh manusia daripada utusan Allah kelak,kerana Allah tidak menyatakan langsung tentang perkara sedemikian kepada kita,begitu juga baginda nabi tidak memberitahu kita tentang perkara tersebut,dan tidaklah benar bahawa bahasa ahli neraka kelak ialah bahasa parsi begitu juga bahasa arab merupakan bahasa ahli syurga yang abadi,bahkan kita tidak mengetahui pun terdapatnya khabar tentang percanggahan para sahabat tentang hal itu,bahkan mereka tidak mencampuri pun urusan tersebut,tetapi telah terjadinya khilaf (percanggahan pendapat) di kalangan para ulama’ zaman ini,ada yang berkata mereka akan bercakap bahasa arab kecuali ahli neraka kerana mereka akan bercakap di dalam bahasa parsi,ada juga yang berkata bahawa mereka akan bercakap dengan bahasa Suryaani kerana ianya bahasa Nabi Adam alaihis salam dan kesemua bahasa yang wujud pada hari ini adalah bersumberkan daripada bahasa tersebut,ketahuilah bahawa kesemua pendapat ini adalah tidak boleh dijadikan hujjah langsung kerana ianya tidak bersumber daripada jalan naqal (Al-Quran dan As-Sunnah) juga jalan aqal bahkan kesemuanya ini tidak didasari langsung dengann dalil-dalil daripada Allah Subhanahu Wa Taala,wallahu a’lam” (rujuk : Majmu’ul Fatawa,juz : 4,m/s : 299)
Oleh itu jelaslah wahai kawan-kawan,kata-kata selama ini yang mengatakan bahawa bahasa arab ialah bahasa syurga adalah terbatal dan tertolak kerana kata-kata tersebut bersumberkan daripada sebuah hadith yang dihukumkan oleh para ulama’ hadith sebagai palsu!! bahkan “hadith” ini juga boleh dihidu ketidaksahihanya kerana ianya seolah-olah membawa maksud seruan kepada perkauman yang mana sudah banyak aku lihat para penulis blog yang suka menyeru kepada kehebatan kaumnya dengan berdalilkan “hadith” ini,ada apa dengan hal perkauman ini ya? haaa..tunggu kerana daku akan cuba tuliskan sebuah cerita tentang seruan kebangsaan,yang ini hanyalah muqaddimah,wallahu a’lam…
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
Berkata Al Hakim, Syaikhul Muhaddisin (Wafat 405 H) dalam Al MUstadrak Ala As Sohihain, bahawa hadis yang diriwayatkan oleh Yahya bin Yazid daripada Ibnu Jurai :
أحبوا العرب لثلاث لأني عربي ، والقرآن عربي ، وكلام أهل الجنة عربي
adalah sahih. (juzuk : 16, hlmn : 321, no hadis : 7100)
Jadi, memang benarlah bahasa arab adalah bahasa syurga. Terima kasih sudi berkongsi ilmu
Hadis riwayat al-Hakim itu tetap tidak shahih, Penilaian hadis oleh al-Hakim perlu disemak semula, dalam sanadnya terdapat Yahya bin Zayid, yang telah dikritik oleh Ibnu Hibban dalam artikel di atas, dengan katanya: “Di dalam hadith ini seorang perawi yang bernama Yahya Bin Zaid telah meriwayatkan hadith ini secara terbalik,”
Maka sekali lagi, terbatallah hadith ini untuk dijadikan sebagai hujjah,wallahu a’lam.
erm… surah yusuf ayat dua…. bukan kah ada disebut mngenai penurunan al quran dlm bahasa arab?? kenapa nak merujuk para periwayat kalau dlm al quran sendiri dah cakap?
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah…
Maaf saudari..anda baca habiskah artikel ini? saya tak fokus langsung tentang Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan itu sangat jelas tetapi fokus kajian adalah menyatakan bahasa arab sebagai bahasa ahli syurga..apakah bahasa arab bahasa al-quran sekaligus menjadi bukti bahawa bahasa arab bahasa ahli syurga??
Tidak perlu diperdebatkan rahsia Allah… Semua perkara ghaib adalah disisi Allah. Apa yang penting adalah kita perlu berusaha untuk beramal ibadat supaya kelak nanti kita sampai ke syurga.
Saya ulangi lagi! X perlu diperdebatkan dan sebagainya. Dan ingat kita sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan as-Sunnah (yang sahih). In Sya Allah kita akan berjaya!!!
Salam.
Ya, benar tak perlu diperdebatkan.
Tapi ada satu lagi masalah timbul di sini, di mana jika benar hadis tersebut hadis palsu, maka timbul masalah penyebaran hadis palsu. Nabi pernah janji neraka untuk mereka yg menyebarkan hadis palsu kan..
So kat sini, ada pentingnya kita teliti keshahihan hadis tersebut supaya org tak menyebarkan hadis palsu.
Kita sebagai pelajar agama ni la yg kena teliti betul2 perkara2 macam ni kann..
Wallahu’Alam
jangan nak pening2 fikir bahasa ape yang kita akan guna…itu kan syurga..kan dekat syurga kita boleh minta ape saje,so kalau nak ckp bhs melayu ke cina ke arab ke korea ke,,,,minta aje la…insyaAllah dapat..yg penting sekarang ni fikir masuk syurga kah kita????
apakah bahasa yang tertua digunakan oleh umat manusia didunia?nabi adam as bertutur di dalam bahasa apa?saya tidak dapat mencari maklumat mengenai perkara ini,mohon pencerahan –
mmg tak perlu diperdebatkan .. tapi kita kne bendung penyebaran hadis2 dhoif niyhh .. wallahualam 🙂
Surah 1 ayat 1.
Salam,
Bahasa yang bakal digunakan dalam syurga masih kabur.
Namun dari konteks al-quran, Allah permudahkan dalam bahasa yg difahami.
”Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).” surah 44 ayat 58.
Jadi maksud saya apakah motif al-quran diterjemahkan dalam lebih 60 bahasa?
Bukankah ia bermaksud untuk difahami dan bukan sekadar syair atau puisi. Masakan Allah berfirman dalam surah 39 ayat 69 yang menjelaskan ayat-ayat Allah bukan sekadar untuk disyairkan.
Apakah nabi muhammad (saw) dan sahabat-sahabat mengambil al-quran sebagai syair?
atau sebagai suatu perintah untuk dilaksanakan?
Kesimpulannya, apa jua bahasa yang diguna pakai dalam al-quran atau syurga, itu bukan isunya. Paling penting intipati al-quran (yang kebetulan diturunkan dalam bahasa arab di kota mekah) harus difahami, ambil pelajaran serta diperjelaskan sekecil-kecilnya pada diri. surah 54 ayat 17.
Apa salahnya diperdebat sebagai membuktikan ia benar supaya mengkayakan ilmu supaya Islam itu bukan sekadar ikut ikutan. Orang Islam di akhir zaman itu seperti buih-buih di lautan…
setiap umat nabi muhammad yg islam wajibkan berbahasa arab.kerana bahasa arablah yg allah terima dlm apa jua solatnya. bahkan seorang islam wajib ucapan syahadah dgn bahasa arab.
bahasa kat nurakah guna bahasa apa pulak? bahasa hebrew ke?
menurut ilmu yang telah saya pelajari, bahasa arab itu hanya sebagai bahasa perantara pda manusia dari Allah, sedangkan dalam akhirat kelak memiliki bahsa yang berbeda nantinya. Wallahu a’lam bi showab
kurang bersetuju dgn “pening” sbb ilmu ni perlu dituntut . kerana ilmu ni juga adalah salah satu cara kita memasuki syurga . adakah kita nak selamanya jd org yg duduk dalam rumah tanpa mengetahui sesuatu perkara?
bahse yang ad diakhirat itu hnya Allah yang mengetahuinya