Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘santai….’ Category

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasiihani…

Alhamdulilah…segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian alam…

Maafkan daku…

Sudah terlalu lama aku tidak mengemaskini blog usangku ini..Ada beberapa orang yang aku jumpai bertanyakan perihal blogku yang sudah lama tidak di update,di dalam hatiku berkata : ‘Alhamdulilah..ada juga yang sudi membacanya!!’

Ramai yang bertanyakan keadaan diriku sekarang,sekarang aku sudah bergelar guru J-QAF di dalam Opsyen Bahasa Arab di sebuah institusi perguruan di Batu Pahat,dan seperti biasanya bagi seorang guru J-QAF sepertiku akan diletakkan ke sebuah sekolah sebagai latihan mengajar..dan sekarang aku ditempatkan di sebuah sekolah yang bernama Sekolah Rendah Kebangsaan Kampong Chamek di Paloh,Kluang,Johor Darul Ta’zim..lebih kurang 2 jam perjalanan dari Jasin ke sana..

Aku duduk di sebuah rumah kuarters guru yang disewa bersama-sama dengan 2 orang ustaz muda lain yang amat baik peribadi dan akhlaq mereka..yang mana mereka berdua merupakan rakan dakwahku kepada para penduduk Kampung Chamek ini…

Daku teringat akan sebuah kata-kata daripada imam idolaku selepas baginda nabi sallallahu alaihi wassalam iaitu Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna di dalam sebuah kitab beliau : ‘Di antara tanda seorang lelaki yang soleh ialah dia akan meninggalkan negeri yang didiaminya dengan para penduduk yang beriman kepada Allah dan beramal soleh’

Aku merupakan di antara orang yang bercita-cita ingin menjadi seorang lelaki soleh,dan aku kongsikan cita-citaku ini bersama dua orang ustaz ini yang mana kami makin rancak merangka pelan-pelan dakwah kepada penduduk kampung ini…Alhamdulilah bersyukur aku ke hadrat Allah kerana sebelum kedatanganku ke kampung ini,Ustaz Fadhil yang merupakan seorang graduan UKM sudah memulai program pembudayaan Al-Quran kepada penduduk kampung..pakcik-pakcik yang hadhir akan mengikuti bacaan Ustaz Fadhil seterusnya ustaz akan menterjemahkan ayat yang dibacanya seterusnya ayat-ayat yang sudah dibaca dikupas dengan lebih mendalam..teramatlah cantik dan indah sekali dakwah sebegini..

Dua hari lepas pula hasil mesyuarat ahli-ahli jawatankuasa masjid kampung pula telah meluluskan permohonan kami untuk mengisi setiap malam dengan kelas-kelas agama yang lebih konsisten..kami diberikan bidang ilmu masing-masing..Ustaz Fadhil meneruskan Program Pembudayaan Al-Quran,aku pula akan membuka kitab Feqh Manhaji di dalam Mazhab Syafie’ manakala Ustaz Hasyrie akan membuka kitab tajwid dan akan membetulkan bacaan para penduduk kampung…Demi Allah perjalanan dakwah ini adalah teramat manis dan tidak terucap oleh kata-kata!

Program orang muda dan tahniah…

Tujuan aku menceritakan perkara ini semua bukanlah untuk mendabik dada mengatakan bahawa kamilah pendakwah di jalan Allah!! Minta dijauhkan amal yang tidak ikhlas kerana Allah sepertimana Allah jauhkan jarak di antara Timur dan Barat…cerita ini semata-mata hanyalah ingin mengajak kaum muda semua menghargai masa muda kita dengan mengajak orang islam mengenali dengan lebih mendalam agama mereka sendiri walau di ceruk bumi mana pun kita berada!! Andai tidak dilakukan ketika di usia muda,apabila badan sudah sakit-sakit nanti mulalah berkata-kata : ‘Kalaulah masa muda dulu aku buat ini dan itu’..ceh!

Dan hasil pengalaman dua orang ustaz ini yang penuh sarat dengan idea-idea program-program islami yang menarik orang muda ke masjid dengan izin Allah aku berharap agar dengan usaha ini lebih ramai orang muda akan terlekat hati mereka ke masjid dan akhirnya bakal mendapat lindungan arasy Allah di hari yang tiada sebarang lindungan melainkan lindungaNya…

Seterusnya tahniah aku ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan di bumi Melaka yang sudah menyusun saf kepimpinan pemuda yang baru..tiadalah lain hanyalah aku mendoakan dari kejauhan kejayaan dakwah di bumi sendiri…

Masalah permasalahan…

Dan masalah yang kami hadapi di sini pula ialah kekurangan orang muda untuk ke masjid tahap pupus!! Dan Alhamdulilah hasil perbincangan kami bertiga dan beberapa orang kampung yang sangat rapat dengan kami,beberapa program telah dirancang bersesuaian dengan kesukaan orang muda kampung ini..ada yang berbentuk outdoor dan ada yang berbentuk kerohanian..dan diharapkan tiada pula puak-puak pejuang bangsa menghalang jalan dakwah ini dan jikalau ada pun aku mendoakan semoga Allah tunjukkan mereka jalaNya yang lurus dan inilah cabaran dakwah daripada zaman para rasul sehinggalah zaman sekarang yang mana sememangnya tidak pernah menjanjikan karpet merah dan bunga rampai tetapi yang ada hanyalah duri-duri dan jalan yang penuh liku dan kesusahan tetapi tersimpan seribu kemanisan jika dihiasi dengan ikhlas dan tenang dengan janji-janji Allah yang maha benar!!

Dalam usaha mengumpul orang muda supaya melekat ke masjid ini,maka adalah tidak bijak jikalau dakwah lebih menempelak ibadat-ibadat turun temurun mereka seperti membaca Surah Yaasin di malam jumaat dan membaca tahlil,kerana apabila aku sudah masuk ke dalam dunia orang kampung,barulah aku sedar bahawa ibadat-ibadat sedemikian mempunyai kuasa yang besar untuk mengumpulkan muka-muka yang tidak pernah ke masjid,oleh itu,aku bersikap tidak melarang ibadat sedemikian tetapi membetulkan pemahaman mereka tentang ibadat,aku mencadangkan agar ditambah membaca Surah Al-Kahfi sekembalinya daripada membaca Surah Yaasin dan beberapa lagi tambahan ibadat yang lain yang lebih menepati sunnah dan tidak pula memecah belahkan perpaduan mereka dan menghalang niat mereka untuk ke masjid…

Kerana apa yang penting bukanlah aku dapat menegakkan sebuah kebenaran hujjah dan bersikap tegas di dalam agama tetapi ianya adalah dapat menarik mereka ke masjid dan memahami ajaran agama Allah dan mengamalkanya di dalam kehidupan seharian mereka agar dapat mengundang barakah di bumi bertuah ini…

Aku berharap blog ini bakal berjalan semula seperti biasa dengan dihiasi ilmu-ilmu Allah serta peringataNya dan mutiara kata baginda nabi sallallahu alaihi wassalam..opss lupa cakap,di bahagian tab akan diletakkan beberapa lagi terjemahan yang sudah dilakukan tetapi belum diletakkan lagi di sini..

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA…

Advertisement

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

“Masjid Nabawi dari shoot tepi tingkap hotel..”

Rombongan….

Rombongan umrah kami berjumlah 12 orang kesemuanya,pada mulanya aku diberitahu yang YB Mat Sabu bakal memimpin rombongan kami,aku tercari-cari kelibat beliau,tetapi diberitahu oleh ketua rombongan kami iaitu Pakcik Yuhaizad (Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin) bahawa YB Mat Sabu akan menyertai kami dari Mekah kerana beliau akan bergerak ke Mekah daripada Iran…dalam rombongan kami itu aku terlihat seorang yang sangat aku kenali,aku cuba meneka namanya,tepat rupanya beliau ialah Hanipa Maidin seorang peguam syariah dan merupakan AJK PAS Pusat sebagai Pengerusi Lajnah Guaman,kami bersalaman…

Tempat dudukku bersebelahan beliau,kami bercerita tentang banyak perkara sepanjang perjalanan,beliau banyak menanyakan tentang sistem pelajaran Maghribi kepadaku,banyak manfaat yang aku perolehi daripada beliau,bicara kami di dalam pesawat lebih banyak berkisar tentang senario politik tanahair,kerana bukan senang mahu berjumpa pimpinan pusat,waktu beginilah aku manfaatkan…aku mencatit beberapa tajuk buku yang beliau sarankan yang mana buku-buku tersebut lebih menceritakan tentang perbandingan hukum sivil dan hukum syariah,kami juga berbicara tentang Ilmu Feqh dan Usul Feqh dan kaitan keduanya di dalam sistem perundangan,beliau juga mengemukakan bukti-bukti perundangan sivil banyak mencedok sistem perundangan syariah hasil pengalaman beliau sebagai peguam…kemudian masing-masing tidur,aku tersenyum sendirian,manfaat pertama yang aku perolehi sebelum ke sana….

“Inilah rombongan kami dengan ihram,err..yang paling kiri tu bukan eh..hehe”

Ceritera Madinah…

Alhamdulilah…segala puji bagi Allah,aku sampai ke Kota Hijrah iaitu Al-Madinah Al-Munawwarah dari lapangan terbang Jeddah pada waktu yang agak tengah malam,sampai-sampai sahaja terus semua barang-barang dikeluarkan,kami menginap di hotel yang agak dekat dengan Masjid Nabawi iaitu hotel Retaj Al-Manazeli iaitu hotel kepunyaan orang-orang Turki,kerana aku melihat bendera Turki terpacak kemas di atas meja penyambut tetamu…aku tidak cakap banyak,terus memburu kamar tidur kerana penat merentas padang pasir,nasib baik naik van,kalau naik unta dah lama aku lelap kat tepi tangga hotel itu juga!!

Esoknya semua tetamu Allah dari berbagai pelusuk ceruk dunia berbondong-bondong berjalan kaki menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Subuh,keadaan sungguh tenang dan hening,sesampainya di masjid,terlalu ramai ummat Muhammad yang bersesak-sesak menuju ke bahagian hadapan masjid untuk bersolat di situ,aku membaca Al-Quran sambil-sambil menunggu muazzin melaungkan azan subuh,kelihatan payung besar di tengah-tengah ruang legar masjid mula menaikkan lembayungnya,menarik!!…teringat kepada sebuah hadith baginda nabi :

عن أبي هريرة ، رضي الله عنه ، سمعت رسول الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم يقول : سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلاَّ ظله : الإمام العادل ، وشاب نشأ في عبادة الله ، عَزَّ وَجلَّ ، ورجل قلبه متعلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا على ذلك وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال : إني أخاف الله. ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خاليًا ففاضت عيناه.

Bermaksud : Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu : “ Aku telah mendengar rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda : Tujuh golongan yang akan Allah lindungi mereka di bawah lembayung rahmatNya pada hari tiadanya lindungan selain lindungaNya,mereka ialah : Pemerintah yang adil,pemuda yang hanya hidup beribadat kepada Allah Taala,dan lelaki yang hatinya sentiasa bergantungan dengan masjid,dua lelaki yang saling menyukai kerana Allah yang mana mereka bertemu dan berpisah adalah keranaNya,lelaki yang apabila diajak oleh perempuan yang mempunyai pangkat dan kecantikkan( untuk berbuat perkara yang dimurkai Allah) akan berkata : Sesungguhnya aku takutkan Allah,dan lelaki yang bersedeqah dan menyembunyikan sedeqahnya sehinggalah tangan kiri tidak mengetahui apa yang telah diberikan oleh tangan kanan,dan lelaki yang berzikir kepada Allah berseorangan sehingga mengalirlah airmatanya”

Maka pilihlah mana-mana golongan yang kamu sukai….

Selepas daripada solat subuh,Pakcik Yuhaizad mengajak kami menziarahi maqam baginda nabi sallallahu alaihi wasssalam bersama maqam Abu Bakar dan Umar radiallahu anhuma,aku sangat gembira,kami pun bergerak perlahan-lahan ke arah maqam baginda nabi,terlalu ramai manusia yang berpusu-pusu ke arah maqam,sesampainya kami di hadapan maqam,aku pun mula membaca doa yang daku hafal :

السلام عليك يا رسول الله,السلام عليك يا نبي الله,السلام عليك يا خيرة خلق الله من خلقه,السلام عليك يا خير خلق الله.السلام عليك يا حبيب الله.السلام عليك يا سيد المرسلين.السلام عليك يا رسول الله رب العالمين.السلام عليك يا قائد الغر المحجلين.أشهد أن لا إله إلا الله،وأشهد أنك عبده ورسوله وأمينه وخيرته من خلقه.وأشهد أنك قد بلغت الرسالة، وأديت الامانة، ونصحت الامة، وجاهدت في الله حق جهاده.

Bermaksud : Salam sejahtera ke atas mu wahai rasulullah,salam sejahtera ke atas mu wahai nabi Allah,salam sejahtera ke atas mu wahai kejadian Allah yang terbaik daripada sekalian makhluqNya,salam sejahtera ke atasmu wahai kejadian Allah yang baik,salam sejahtera ke atas mu wahai kekasih Allah,salam sejahtera ke atas mu wahai penghulu sekalian rasul,salam sejahtera ke atas mu wahai rasulullah rasul kepada tuhan sekalian alam,salam sejahtera ke atas mu wahai ketua bagi para mukmin yang bercahaya wudhuk,Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah,dan aku bersaksi bahawa engkau hambaNya,rasulNya,yang amanah kepada Allah,kejadian terbaik daripada makhluq-makhluqnya,aku bersaksi bahawa telah engkau sampaikan risalah,telah engkau lunaskan amanah,telah pun engkau menasihati ummat dan telah pun engkau berjihad di jalan Allah dengan bersungguh-sungguh…(rujuk : Feqh Sunnah Sayyid Sabiq jilid 1 terbitan Darul Fikr mukasurat 553)

Kemudian,selesai daripada doa tersebut kepada baginda nabi,aku pun memberikan salam kepada dua sahabat setia baginda nabi yang ditanam bersebelahan dengan baginda nabi iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Faruq radiallahu anhuma,kedengaran polis-polis penjaga maqam sekali-sekala memarahi para pelawat yang berdiri di tengah-tengah jalan…

“Di hadapan salah satu pintu Masjid Nabawi..”

Taman-taman syurga nan indah…

ما بين بيتي ومنبري روضةٌ من رياض الجَنَّة

Bermaksud : Di antara rumahku (maqam baginda) dan minbarku merupakan sebuah taman daripada taman-taman syurga..(riwayat Imam Bukhari)

Begitulah sabda nabi…di antara maqam baginda nabi sallallahu alaihi wassalam dan minbar baginda adalah suatu tempat yang dipanggil sebagai Ar-Raudhah yang bermaksud taman….Mengapakah baginda menggelar tempat tersebut sebagai taman daripada taman-taman syurga ya??

Kerana dahulunya Ar-Raudhah ialah tempat beribadat,berzikir dan menuntut ilmu bagi para sahabat baginda yang mana keadaan sedemikian seolah-olah berada di dalam suatu taman di dalam taman-taman syurga,dan ianya berdasarkan sebuah hadith baginda nabi :

“ Jikalau kalian melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah sepuas-puasnya,kemudian mereka pun bertanya : apakah dia taman syurga itu?? jawab baginda : perkumpulan zikir…” (riwayat Imam Tirmizi)

Pada petang itu,selesai daripada solat Asar di Masjid Nabawi,aku pun bergegas-gegas pergi ke ruang legar tengah masjid iaitu di bawah payung besar,kerana semalam aku terlihat ada pengajian di situ,tapi aku tidak pasti pengajian apa dan oleh siapa,aku hanya sempat duduk sekejap kemudian balik untuk menemankan ayahku pulang ke hotel,kerana ayahku sudah mula sakit-sakit ketika di Madinah..

Tapi hari ini,segala puji bagi Allah aku sempat mengikuti majlis ilmu tersebut,terdapat seorang syeikh duduk di atas kerusi yang besar dan dikelilingi oleh para murid yang ramai yang semuanya memakai serban merah yang dilapik ke atas kepala seperti tudung wanita…aku cuba mengintai-intai tajuk buku yang mereka pelajari,rupanya ianya adalah buku : Al Manhaj al Sahih Fi al Hukm ‘Ala al Hadith al Nabawi al Syarif oleh Adil Mursyid..aku belum pernah ketemu dan membaca kitab tersebut,aku cuba mencari tempat duduk paling depan kerana ingin merakam pengajian tersebut,tetapi tidak kesampaian,aku hanya duduk sambil mendengar,benarlah kata baginda,keadaan duduk di dalam majlis ilmu seolah-olah duduk di dalam taman syurga,sungguh indah menuntut ilmu…terdapat seorang murid membacakan isi kandungan buku dengan mikrofon dan syeikh tersebut membahaskan terus apa yang dibaca,selesai pengajian kelihatan berpusu-pusu anak-anak murid beliau mendapatkan beliau,disalam dan dicium dahi beliau,dan ada juga yang sempat menanyakan soalan,aku cuba menghampiri,tetapi tidak sempat,kerana terlalu sesak dan syeikh itu terus keluar daripada masjid…

Selesai pengajian,aku pun cuba-cuba ingin meninjau keadaan Ar-Raudhah baginda nabi,hajatnya kalau tidak sesak ingin bersolat sunat dan berdoa di situ,aku pun cuba mencari tempat solat,tetapi keadaan terlalu sesak…aku pun bersolat juga di tempat yang sedikit kosong dan meletakkan cermin mataku di atas karpet Ar-Raudhah….

PRAAAAP!!!! Sungguh merdu bunyi cermin mataku di pijak oleh seorang Pakistan yang mana tapak kakinya sebesar bigfoot jantan,mungkin kerana mendaki gunung setiap hari kot..getusku sambil memungut bangkai cermin mataku…

Kemudian ada seorang pakcik arab dari Syria yang duduk bersebelahan denganku pun berkata : “ Bukankah lebih baik jikalau kau suruh aku pegangkan cermin mata kau tadi” aku pun menjawab : “ Qadarallahu wa ma syaak fa’al..”  (Allah telah pun menentukanya terjadi,dan apa yang ingin dilakukanya telah pun dilakukaNya)

Ucapanku itu berdasarkan daripada sebuah hadith baginda nabi iaitu :

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : المؤمن القوى خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير احرص على ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجز فإن أصابك شيء فلا تقل لو أني فعلت كذا وكذا ولكن قل قدر الله وماشاء فعل فإن لو تفتح عمل الشيطان

Bermaksud : Daripada Abu hurairah radiallahu anhu,berkatanya nabi sallallahu alaihi wassalam : Orang mu’min yang kuat (keimanan) adalah baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mu’min yang lemah,tetapi masing-masing juga mempunyai kebaikkan..dan bersungguh-sungguhlah mencari setiap perkara yang boleh memberikan manfaat kepadamu,dan pintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah (berputus asa untuk mencari perkara yang bermanfaat),jika kamu ditimpa sesuatu (musibah) maka janganlah dikau katakan : kalaulah aku lakukan begini dan begini tetapi katakanlah (jika ditimpa musibah) : “Qadarallahu wa ma syaa’ fa’al” (Telah pun Allah tentukanya terjadi,dan apa yang ingin dilakukanya telah pun dilakukaNya) kerana sesunguhnya berkata perkataan “kalau” itu bakal membuka amalan syaithan..(riwayat Imam Muslim,Imam Ahmad di dalam musnadnya dan Ibnu Majah)

Pakcik arab itu pun tersenyum sahaja padaku..daku membalas senyuman…kerana aku yakin,setiap apa yang Allah telah tentukan terjadi kepada kita adalah untuk kebaikkan kita semata-mata,guruku Al-Fadhil As-Syeikh Abu Abdul Halim Dzulkifli Bin Ismail hafizahullahu taala pernah berkata : “Kullu minal habib fahuwa khair” (Setiap apa yang datang daripada kekasih itu adalah baik belaka) maka sebagai seorang muslim yang ingin menjadi mu’min sejati hendaklah kita banyakkan membina sangkaan-sangkaan baik setiap kali kita ditimpa sebarang kesusahan,dan yaqinlah bahawa Allah sekali-kali tidak akan menzalimi hambaNya,kalau Allah ingin menzalimi hambaNya,sudah lama Allah boleh berbuat begitu,Allah juga bisa untuk tidak menjadikan manusia dan bumi serta alam sekalianya…!!

Bersambung ke Ceritera Haramain 2…

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah…

“Guru besar kepada para peminat Ilmu Falsafah…Tuan Guru Aristotle,hehe”

Falsafah Pluralisme dan Metafizik…

Semasa di pesta buku PWTC baru-baru ini, aku telah membeli sebuah novel yang bertajuk “Tuhan Manusia” hasil nukilan seorang novelis yang terkenal iaitu Saudara Faizal Tehrani,garapan beliau di dalam novel tersebut penuh ilmiah yang bersadurkan ilmu syariat,ianya lebih kepada suatu kajian terperinci tentang Pluralisme,Liberalisme dan macam-macam lagi jenis-jenis pemikiran yang meracuni syariat kita yang suci…

Dahulunya ketika daku menuntut di bumi Maghribi,di saat-saat akhir pengajian, kami lebih banyak di dedahkan dengan idea-idea Ilmu Falsafah Dunia Barat dan Ilmu Falsafah Dunia Islam yang mana tidak lebih dan tidak kurang hanyalah berupa suatu saduran daripada idea-idea dan prinsip-prinsip Falsafah golongan cendiakawan Yunani…tetapi sayangnya ketika pengajian Ilmu Falsafah bersama pensyarah ku yang daku segani iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdullah Syarif ini diajarkan…prinsip beliau lebih kepada menolak mentah-mentah demi kerana beliau berpaksikan di atas manhaj para ulama salaf yang mana semestinya mereka pasti menolak ilmu-ilmu ini mentah-mentah…kerana mereka sayangkan kesucian agama ini dari dicemari oleh sebarang unsur-unsur luar yang berupa kalam manusia biasa yang bisa tidur, makan dan pergi ke pasar…

Cuma bagiku,adalah lebih baik para pelajar dilatih supaya menjadi “Baahith” iaitu pengkaji daripada hanya menelan mentah-mentah apa jua yang diajar oleh pensyarah,dan adalah lebih baik pada pandanganku yang mentah ini pensyarah menyatakan bersama kebaikkan ilmu falsafah samada saduranya ke dalam tsaqafah yang lain atau pun ilmu falsafah pada waktu asalnya sendiri agar para pelajar sendiri dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk hasil kajian mereka sendiri…dan prinsip menolak mentah-mentah akan melahirkan suatu ekspresi dan reaksi perasaan membangkang terhadap apa jua isinya walaupun terkadang manfaat ilmu tersebut antaranya mengajak berfikir secara kritis dan kreatif dan melatih aqal untuk berfikir dengan pemikiran ilmiah…Allah juga menganjurkan perbuatan-perbuatan ilmiah tersebut bukan?? A fala tatafakkaruun…(Apakah kalian tidak berfikir) dan A fala ta’qiluun (Apakah kalian tidak menggunakan aqal untuk berfikir??)

“Ini pula anak murid guru besar iaitu As-Syeikh Socrates..hehe”

Bahkan banyak ilmu-ilmu islam pasca selepas Baginda Nabi sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat ridwaanullahi alaihim ajmai’in dan para tabieen seperti Ilmu Aqidah,Ilmu Usul Feqh,Qawaied Feqhiah,Ilmu Nahu dan Saraf,Ilmu Mantiq dan sebagainya selepas melalui zaman evolusi dan revolusi mereka merentas zaman dicampuradukkan dan disadurkan bahkan dicelupkan dengan ilmu-ilmu Falsafah yang mana akhirnya menjadi ilmu-ilmu umat islam yang tersendiri…cuma daku mengakui suatu bahaya besar akan melanda kepada para pelajar yang belum menyiapkan dirinya dengan ilmu-ilmu asas aqidah,syariah dan maqasid syariah untuk terus terjun ke lautan falsafah yang tidak bertepian itu lalu dengan rakus mengutip semua permatanya lalu berbangga pula dengan hasil kutipanya!! demi Allah perlakuan itu tersangat bahaya…Maka tidak peliklah kalian bisa melihat ramai cendiakawan-cendiakawan yang bercakap mulutnya berbau busuk dengan pemikiran-pemikiran saduran barat dan berpaling dari kalam Allah yang Maha Suci dan nukilan wahyu baginda nabi sallallahu alaihi wassalam!!

Marilah daku pinjamkan kata-kata dari pakar Ilmu Politik dan Ketamadunan iaitu Ibnu Khaldun :

” Maka hendaklah orang yang ingin berkecimpung di dalam Ilmu Falsafah itu bersungguh-sungguh mempertahankan dirinya daripada mara bahaya ilmu tersebut,dan cubalah berkecimpung di dalam ilmu tersebut kepada sesiapa yang ingin menceburinya selepas dia sudah pun memenuhkan dirinya dengan ilmu-ilmu syariat Ilahi,dan dia sudah pun banyak membaca tantang Ilmu Tafsir dan Ilmu Feqh,dan janganlah cuba-cuba bertatih merangkak kepada ilmu itu jikalau dia masih kosong daripada ilmu-ilmu agama yang suci,kerana teramatlah sedikit orang yang selamat daripada mara bahaya ilmu tersebut!!” (rujuk : Muqaddimah Ibnu Khaldun mukasurat : 671,673,674,676 dan 677)

“Jaga-jaga kawan-kawan…falsafah bisa menggigit orang..!!

Dan selalunya para intelek yang suka kepada bahan-bahan ilmiah,yang banyak memandang kepada logika pemikiran dan hasil ujikaji dan kajian yang mendalam pasti amat suka dengan ilmu ini,kerana ilmu ini merupakan “geng” kepada mereka,yang hanya menilai kesahihan berdasarkan material dan logika dan selain keduanya adalah palsu dan dogengan!! Bahkan golongan ini sudah merasakan bahawa merekalah tuhan di dalam dunia ciptaan mereka sendiri demi kerana menggunakan sehabis-habisnya fungsi aqal tanpa menekan brek pada titik noktah dan mengakui keterbatasan aqal dalam menanggapi perkara-perkara di luar kemampuanya…

Prinsipku mudah….aku tidak menolak mentah-mentah Ilmu Falsafah dan tidak pula memejamkan mata terhadap kebenaranya yang boleh membawa faedah kepada ilmu-ilmu islam apabila fungsi aqal itu ditagihkan kehadiranya contohnya di dalam lapangan ijtihad….dan aku tidak akan mengambil mutiaranya apabila kalam ilahi yang maha suci dan sunnah baginda nabi yang haanif telah pun termaktub memberi penyelesaian kepada segala persoalan,dan aku tidak mahu mendalaminya apabila aku belum pun mendalami ilmu-ilmu agamaku sendiri…

“Labbaikallahumma labbaik,labbaika la syarika laka labbaik…”

Menjadi tetamu Allah….

Dengan izin Allah atau di dalam bahasa arabnya ” Insyallah “ atau di dalam bahasa inggerisnya ” If  God’s Will ” atau di dalam bahasa sepanyol ” Se Dios Quire “ daku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk melakukan Ibadah Umrah dan Ziarah bersama-sama Yb Mat Sabu atau lebih mesra dipanggil sebagai “Abang Mat” di kalangan penyokong penyokong PAS, pada 14 haribulan April 2010 sehinggalah 27 haribulan April,iaitu lebih kurang 2 minggu lamanya…rindu sudah dengan lambaian Kaabah,Insyallah sudah pastinya daku akan mendoakan kemenangan Islam di negara kita agar bertapak kukuh menjulang kalam ilahi sebagai teraju pentadbiran negara!! dan daku sudah merancang meminta berbagai perkara sebenarnya,demi kerana banyak hadith-hadith sahih menyatakan peratus kemaqbulan doa di situ teramatlah tinggi…dan sudah pastinya para pelajarku akan daku tinggalkan sementara,sedangkan banyak lagi tajuk Bahasa Arab Tinggi belumku habiskan…para pelajarku yang Pendidikan Khas pun terpaksa ditinggalkan…oh lupa,Nora Binti Mansor anak didikku kategori slow-leaner pula ada Pertandingan Bercerita Pelajar Pendidikan Khas,teks cerita sudah disiapkan,cuma gaya yang belum dilatih…terkadang aku merasakan yang dia seperti bukan slow-leaner,tapi quite-fast learner juga…Allahu musta’an

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA…..

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

“Suasana di dalam pesta buku…”

Pesta…oh pesta..

Alhamdulilah,syukur yang tidak terkata ku lampirkan kepada Pencipta,kerana memberikanku peluang untuk pergi ke pesta buku ini…ini merupakan kali yang pertama aku pergi ke pesta buku sebegini semenjak pulang ke Malaysia tanah air tercinta…selama ini aku hanya dapat pergi ke pesta buku di Casablanca,Morocco yang diadakan secara tahunan,yang mana hanya dapat menatap kitab-kitab arab sahaja…tetapi di sini aku dapat lihat pelbagai jenis bacaan yang sangat membuatkan aku teruja!!

Pada mulanya aku ingin pergi ke sana bersama para pelajar Maahad Ar-Rahmah,demi kerana mereka membuat rombongan ke sana di bawah kelolaan Persatuan Bahasa Melayu,bila fikir-fikirkan,bagus juga kalau ikut mereka,tambang free,boleh pergi beramai-ramai bersama anak-anak murid…tapi mereka ke sana pada 20 haribulan iaitu hari sabtu….tak boleh…tak boleh…kerana aku dapat tahu bahawa Ustaz Hasrizal dari Saifulislam.com akan datang ke sana pada hari seterusnya iaitu hari ahad pada 21 haribulan!! oleh itu,walau apa pun yang diperlukan,aku akan ke sana pada hari ahad juga!! desak hatiku…hehe

Kamera sudah disiapkan,pen dan kertas juga daku bawa,bertolak ke sana seawal pukul 10 pagi bersama mak aku,sepanjang perjalanan mendengar mak aku bercerita tentang buku-buku yang ingin dibelinya..aku hanya mengangguk sambil melayan lena…dan dikejutkan dengan herdikkan : “Engkau ni asal berjalan jer nak tidur!!” mungkin bengang dengan aku sebab dia bercerita aku layan lentok!! hehe

“Bergambar bersama Ustaz Hasrizal…”

Ralat seribu kali ralat…

Sampai sahaja di sana mata aku terpukau dan terbeliak bahkan terjojol apabila melihat suasana di pesta buku,masuk-masuk sahaja sudah terpampang galeri kitab-kitab arab,aku cuba membelek-belek,dan aku terjumpa sebuah kitab yang telah di tahqiq oleh seorang ‘alim dari Tetouan,Maghribi iaitu As-Syeikh Boukhubza hafizahullahu taala yang bertajuk : “Al-Ajwibah Abil Qasim Ahmad Bin Muhammad Bin Umar At-Tamimi Al-Ma’rufi Bi Ibni Ward” (w: 540 hijrah) hanya sempat membelek tetapi tidak sempat membaca,cuba untuk membeli,tetapi hati memujuk disuruh pergi melihat-lihat dan berjalan-jalan dahulu sebelum membeli sambil memasang niat akan membelinya sebelum balik nanti…

“Kenangan bergambar bersama Syeikhuna Boukhubza rahimahullahu taala”

Kemudian terjumpa galeri buku majalah Anis,tertancap mata ini pada beberapa buah buku yang seperti sudah biasa melihatnya : Aku Terima Nikahnya,Bercinta Sampai Ke Syurga,Secangkir Teh Pengubat Letih dan lain-lain lagi…oh,novel-novel Ustaz Hasrizal rupanya…tanpa banyak bicara aku mengambil 3 buah buku tersebut terus sahaja membayarnya kerana aku berdiri di atas prinsip : “Asal berkenan,ambil sahaja dan bayar” tiba-tiba ada seorang kakak di sebelah mak aku cakap : “Tu ha Ustaz Hasrizal…” tanpa banyak soal juga,minta autograf dan minta izin bergambar,Ustaz Amal yang penyanyi nasyid itu juga ada…puas hati,kerana hajat sudah tercapai…teruskan berjalan..

Di tingkat atas,aku terjumpa lagi galeri kitab-kitab arab,mencari sebuah kitab yang terdesak untuk membelinya,dan merasa suatu kehilangan yang besar kerana belum memilikinya iaitu: ” Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid” oleh Ibnu Rusyd Al-Qurthubi Al-Andalusi (w : 595h) dibeli dengan harga Rm 73…tidak mahu merungut mahal atau murah…teringatkan prinsip tadi…

Berjalan…terjumpa novel-novel Faisal Tehrani,cuba pergi dekat untuk membelek…oh,si pengarang ada di sudut gerai duduk di atas kerusi sambil menandatangan novel-novel yang dibeli pelanggan…abang yang mempromosikan novel-novel itu panjang lebar menceritakan setiap novel Faisal,aku bertanya : “Boleh abang cadangkan saya novel mana yang patut dibeli??” buku “Tuhan Manusia” dihulurkan kepadaku,membayar lalu pergi kepada si pengarang…bertanya : “Bang Faisal,buku ini tentang apa??” dijawab : “Oh,novel ini merupakan jawapan balik saya kepada Islam Liberal…nama akhi??” buku ditandatangan dan disisipkan namaku bersama ucapan : “Selamat mencerna” puas hati tetapi tidak sepenuhnya..terlupa bergambar bersama penulis!! padahal kamera di dalam beg!! ralat..

Berjalan…disapa seorang arab dari Iraq,mengajak aku melihat-lihat CD jualanya..berbual-bual denganya…cuba mencari CD kisah hidup Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Fakhruddin Ar-Razi..hampa..pulang sambil teringatkan kitab Syeikh Boukhubza sebentar tadi…

Kelakar…Duit di saku sudah hampir habis,tapi ambil kitab tadi dan ingin membayar..tup tup RM 50!! kataku kepada penjual yang mana dia orang arab : “Izan,fala…” kitab diletak kembali…mungkin dia kasihan denganku dia pun kata : “Ya akhi,kenapa letak balik kitab tu?? mahalkah??” tersipu-sipu sambil menggaru kepala…ditawar : “Aku bagi kau RM 30″…saku diraba..mengira wang…tak cukup…kataku : “la baksa..(tak mengapa)” pulang dengan seribu penyesalan…dahulunya guruku yang mulia As-Syeikh Abdul Qadir hafizahullahu taala pernah berkata : “Orang dahulu,jika mereka tiada duit untuk membeli kitab,jubah di badan akan digadaikan demi sebuah kitab,mungkin kamu boleh beli  lain kali,tetapi andai kamu tidak membelinya sekarang mungkin kamu tidak akan berjumpa denganya lagi” eh tak boleh,tak boleh…aku hanya pakai pagoda sahaja di dalam,kalau buat begitu,bakal ditertawakan dan dikatakan lebai malang…hehe

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani….

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah….

“Alhammasiyy nak tinggalkan kami ke?? balik nanti bawa balik ikan ye…”

Kembara ke negara Si Bangsa Putih….

Dengan izin Allah,daku akan bermusafir selama dua minggu lamanya,ke suatu tempat yang agak jauh dari negara yang daku duduki sekarang ini,dan dengan izin Allah tuhan yang maha berkehendak,daku akan kongsikan pengalaman-pengalamanku itu dengan para pembaca sekalianya di dalam lapangan ini,bersama serba sedikit gambar yang difikirkan perlu untuk diletakkan disini sebagai tatapan teman-teman sekalianya,maka daku sudah pun menyiapkan beberapa bahan sebagai tatapan kepada para pembaca sebelum pemergianku ini,yang mana bahan tersebut berupa suatu hadiahku kepada para pembaca secara umumnya…

“Saya pun dapat hadiah juga tau…”

Hadiah nan indah…

Sebenarnya,kerapkali daku diajukan rintihan-rintihan berupa keinginan ingin kembali kepada Allah,demi kerana insan-insan tersebut sudah berasa benci dengan dosa-dosa yang digelumangi mereka selama ini,maka adalah menjadi kewajipanku pula membukakan suatu jalan kepada mereka untuk kembali kepada Allah dengan membuat suatu usaha kecil sebagai hadiahku kepada mereka,kerana adalah menjadi suatu kesalahan yang tidak dapat diriku maafkan andai usaha tersebut ditinggalkan dan dalam masa yang sama aku mampu melakukanya,dan dikhuatiri jika usaha itu ditinggalkan bakal menatijahkan berkekalanya mereka di dalam perangkap dosa mereka,sedangkan kehausan mereka terhadap cara menyusuri jalan kembali kepada Allah itu tidak dapat dipuaskan oleh diriku yang mengaku muslim dan mengaku pejuang yang ingin menabur jasa kepada agamaku..

Makanya,sebelum pemergianku ini,daku telah menyiapkan suatu terjemahan berupa perkara-perkara yang penting di dalam hal ehwal bertaubat kepada Allah,yang daku dapati dari suatu risalah kecil tetapi besar manfaatnya itu..kepada insan-insan yang pernah mengajukan berbagai pertanyaan tentang hal sedemikian,maka terjemahan ini adalah hadiahku buat kalian,dan tatapan buat pembaca yang lain secara umumnya,maka nama-nama insan tersebut tidaklah daku lupakan kalian di dalam doaku selamanya,semoga cahaya hidayah Allah dicampakkan ke hati kalian,dan rasailah kemanisan hidayah itu,seperti yang pernah daku katakan kepada kalian sebelum ini,dan doakanlah daku agar selamat di dalam kembaraku ini,dengan izin Allah,daku berharap usaha kecil ini dapat diperbetulkan oleh teman-teman yang lain andai terjadinya kesalahanku didalam usaha ini,melihatkan keadaanku yang terkadang sedikit tergesa ingin menghabiskanya sebelum kembara bermula..

“Jangan lupakan kami disini,hiduplah perjuangan islam selamanya!!”

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

PENTING : Terjemahan yang daku maksudkan ialah suatu terjemahan dari sebuah risalah kecil yang bertajuk : “Aku ingin bertaubat tetapi..” cuma klik sahaja di ruangan yang bertulis : “Terjemahan umum”,dibawah tab tersebut adanya terjemahan yang daku maksudkan itu,cuma klik sahaja di tajuk tersebut…

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

“hai…lawa tak senyumanku”

Barang baru…

Dengan nama Allah yang maha agung,beserta izinya yang maha mutlaq dengan kehendakkNya,daku akan meletakkan beberapa tab baru dibahagian atas blog daku ini yang berupa beberapa terjemahan dari kitab-kitab yang daku pelajari,antaranya :

(1) Sejarah-sejarah mazhab imam empat dan sejarah mazhab-mazhab lain yang tidak disebarkan,yang mana daku mengambilnya dari kitab : Al-Madkhal ila Al-Feqh Al-Islamiy yang dikarang oleh Fadhilatus Syeikh Dr.Mahmud Muhammad At-Tonthowi,

(2) Pendapat-pendapat para imam Ilmu Kalam berserta serba sedikit sejarah-sejarah Falsafah Yunani dan kemasukkan Falsafah Yunani kedalam Islam yang mana telah daku dapati dari hasil kajian pensyarahku di kuliah yang telah daku pelajari,tetapi terjemahan ini diharap jangan dijadikan pegangan,cuma kenalilah ia seperti mana kita harus kenali musuh kita!!

Dan dengan izin Allah jua daku akan letakkan lebih banyak tab-tab baru selain dua tab ini,yang mana dengan izin Allah akan dipenuhi tab-tab tersebut dengan terjemahan-terjemahan dari berbagai kitab pada berbagai jenis cabangan ilmu,dan setiap terjemahan daku ini semestinya daku telah merujuknya kepada beberapa rakan-rakanku yang berbangsa asing,sekiranya daku tidak fahami terhadap sesuatu perkara,manakala beberapa istilah-istilah penting yang terdapat didalam sesuatu cabangan ilmu itu daku telah merujuknya kepada beberapa Mu’jam Istilahaat (Kamus istilah) yang mana daku perolehi secara download di internet dan juga pinjaman kitab dari beberapa rakan asingku..

“Aku berharap semoga dapat tikus comel ni…”

Harapanku..

Daku berharap para ustaz-ustaz yang lebih banyak ilmu berserta yang lebih banyak pengalamanya menegur daku andai terjemahan tersebut berlaku kesilapan jua walaupun setelah dirujuk dan ditanya sebelum diterjemah,cukup-cukup daku berharap,kerana tidaklah semestinya sesuatu perkara itu walaupun setelah disahihkan berkali-kali ianya akan bersifat sempurna tanpa kecacatan!!

Dan daku berharap,semoga dengan terjemahan ini bakal menjadi bahan bacaan buat pelajar-pelajar yang bukan di bidang agama tetapi mempunyai suatu keinginan yang amat kuat untuk mempelajarinya,begitulah juga untuk bacaan para pelajar agama,atheis,freethinker,sister in islam,PAS,UMNO,KeADILan,DAP dan lain-lain juga..

p/s : pendek kata semua orang lah!! kenapa tak mau cakap semua orang?? entah…

Begitu juga daku berharap agar ilmu agama islam itu akan terus terpelihara dan terus berkembang di lapangan ini,daku juga berharap agar usaha ini mendapat perhitungan Allah jua kelak,tetapi kesemua rancangan ini mutlaq sebetul-betulnya pada keizinan dari Allah,daku tidak dapat menjamin masa lapangku,tetapi berharap agar ianya bukanlah hangat-hangat tahi ayam!!

“Jangan risau ye,saya nak berkawan dengan kamu sahaja..

Jangan risau..

Jangan risau…post-post utama pula dengan izin Allah akan terisi jua,insyallah daku tidak akan biarkan ianya tertinggal kosong tanpa apa-apa pengisian,tetapi kali ini daku ingin lebihkan perkara yang berbentuk pengalaman,demi Allah,kesemuanya dengan izin Allah =)

“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!..”

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

Hidupku hanyalah untuk menghidupkan agamaku,dan matiku pula hanyalah untuk meninggalkan jasa untuk agamaku..

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Alhamdulilah,segala puji hanyalah layak bagi Allah…

Hari lahir…

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang maha memberikan rahmat kepada hambaNya yang dikehendakki,bersyukur daku ke hadrat Allah kerana memberikan pertambahan umur yang tak terhingga besar nikmatNya,nikmat umur merupakan modal yang penting dalam menambahkan ketaatan kepada Allah,manusia yang rugi ialah mereka yang bertambah umurnya tetapi tiada bertambah pula baktinya pada tuhanya juga agamanya,dan betapa beruntungnya pada mereka yang memanfaatkan pertambahan umurnya dengan sentiasa mencari peluang untuk mencari keredhaan tuhanya dengan berbakti kepada masyarakat,mengajak manusia ke arah kebaikkan dan mengajak mereka meninggalkan kemaksiatan kepada Allah,serta tak lekang pula bibirnya memberikan nasihat..minta dijauhkan dari keadaan yang merasa menyesal tidak sibuk membuat bakti didunia tika mata rapat tertutup menanti sang malaikat meragut nyawa…jauhkan ia seperti DIKAU jauhkan jarak antara timur dan barat..

“Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikkan serta saling menasihati untuk kebenaran serta saling menasihati untuk kesabaran” (surah Al-Asr : 1-3)

p/s : kasihan juga bila melihatkan pakcik-pakcik tua yang banyak menghabiskan masanya di meja snooker,di kedai kopi sambil bermain dam dan ada juga meredah hujan berjalan kaki ke konsert AF!!! semoga Allah tuhan yang maha memberikan hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakkiNya mencampakkanya kepada mereka..

Teringat pesanan ayah…

“Errr..ayah…hari ini hari jadi orang,boleh tak kalau kita sambut dengan beli kek untuk orang?? orang nak kek perasa cok..”

“Orang islam bukan begini cara mereka menyambut hari pertambahan umurnya,ulamak terdahulu kalau tiba hari jadi mereka,mereka akan perbanyakkan dengan bersolat malam,bersujud syukur,banyak berdoa semoga ditambahkan lagi umurnya,memuji kehadrat Allah dengan bersyukur diatas kurniaan umur yang diberikan..bukanya sibuk meniup lilin macam orang kafir..” balas ayahku sambil memotong permintaan perisa kek yang daku pinta…

Ini cerita masa zaman kecilku,masih terngiang lagi nasihat ini….dalam diam-diam,daku pintakan pula kek dari kakak sulungku,hehe..beroleh juga kek..sekarang ini dikedewasaanku ini baru merasa aura nasihat ayahku ini..

p/s : teringat kata-kata ustazku dikuliah,oleh Dr.Syantuf yang mengatakan bahawa Ibnu Rusyd hanya meninggalkan pembacaan beliau pada dua keadaan sahaja,iaitu malam perkahwinan beliau dan juga hari kematian bapanya…hebat para alim terdahulu mengisi masa hidup mereka sepanjangnya..

“Semoga Allah kurniakanku umur yang bertambah,dapat makan ikan banyak-banyak!!”

Harapan dan mengharap…

Semoga Allah kurniakan kesedaran kepada diriku supaya berusaha keras ke arah cita-citaku,juga daku memohon supaya diberikan lagi pertambahan umur yang ke sekelian kalinya agar dapat pula daku lihat kebangkitan islam menyirnakan serinya dan menyeringaikan taringnya,dan dapat pula ku lihat jatuhnya kezaliman yang selama ini bermaharajalela di tanah tumpah darahku,dan semoga daku dikurniakan bentengan iman yang mendepani nafsuku yang hidup didalam diriku ini…semoga Allah berikan kemenangan kepada agama suci ini menjulang kembali kegemilanganya dihari ia diinjak oleh si lakhnat itu semuanya,allahumma amin maqbulkanlah permintaanku ini..

“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!”

Read Full Post »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

rileks.jpg

Si coklat putih : “Si matahari yang menyilau…(cubaan untuk bersyair)

Si putih hitam : “Dah mula dah member aku sorang ni,bila berjemur je

mesti nak bersyair,menyampah betul”

SYAIR-SYAIR NAN INDAH…..

Baru pulang dari kelas pengajian bersama As-Syeikh Abdul Qaadir (ghafarallahu lahu) di masjid besar Martil,pengajian hari ini disajikan dengan berbagai syair-syair arab yang indah untuk diteladani,sungguh menyentak hati ini,terkadang hati ini terdetik kecil ingin membeli senaskhah kitab syair sebagai langkah permulaan mahu jinak-jinak dengan seni ini,boleh juga dijadikan sebagai ilmu tambahan…

عليك إذا ضاقت أمورك والتوت *** بصبر فإن الضيق مفتاحه الصبر

ولا تشكون إلا إلى الله وحده *** فمن عنده تأتي الفوائد والبشر

Bermaksud : “Hendaklah engkau bersabar jika engkau diuji dengan kesempitan hidup dan kesusahan,kerana sesungguhnya kesusahan juga kesempitan hidup itu kuncinya adalah kesabaran,dan janganlah kamu mengadu kecuali hanyalah kepada Allah yang maha esa,kerana disisiNya sahajalah datangnya segala faedah dan juga kegembiraan”

ولو سئل الناس التراب لأوشكوا *** إذا قيل هاتوا أن يملوا ويمنعوا

Bermaksud : “Manusia itu jika diminta supaya diberikan pasir sekalipun maka yang paling baik pun mereka akan menghampakan si peminta bahkan tidak memberikan apa-apa langsung jika dikatakan kepada mereka: berikanlah sesuatu”

وما كل من يبدي البشاشة كائنا *** أخاك إذا لم تلفه لك منجدا

Bermaksud : “Dan bukanlah setiap orang yang dapat memberikanmu kegembiraan juga kesenangan itu adalah layak menjadi saudaramu jika dia langsung tidak menoleh pun kepadamu jika kamu meminta padanya pertolongan”

Begitu juga dengan syair-syair ciptaan Imam-Imam ummat terdahulu yang tidak kurang juga hebatnya,iyalah,selalunya dibenak fikiranku ini perkara berupa syair-syair ini hanyalah bermain dikalangan ahli bahasa sahaja,rangkap syair ini merupakan karya Imam Syafie’ rahimahullahu taala yang mana ia merupakan syair yang selalu daku pegangi bilamana hati ini terkadang cuba nak bersifat ‘nakal’…

شكوت إلى وكيع بسوء حفظي *** فأرشدني بأن أترك المعاصي

وأخبرني بأن العلم نور*** ونور الله لا يهدى لعاص

Bermaksud : “Daku telah mengadu kepada guruku Imam Waki’ berkenaan hafazanku yang tidak berapa baik,maka beliau pun menasihatiku supaya hendaklah aku meninggalkan perbuatan maksiat,dan beliau memberitahuku bahawasanya ilmu itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu tidak akan masuk kedalam hati pembuat maksiat” (Imam Waki’ ialah guru Imam Syafie’ ketika beliau menuntut di Baghdad)

ولا ترجوا السماحة من بخيل *** فما في النار للظمأن ماء

إذا كنت ذا قلب قنوع *** فأنت و مالك الدنيا سواء

Bermaksud : “Dan janganlah kamu berharap yang si bakhil itu akan bermurah hatinya,kerana (keadaan mengharap itu samalah keadaanya seperti) orang yang kehausan pastilah tidak akan menemui air jika dia mendekati si api,jika kamu mempunyai hati yang berasa mencukupi apa yang kamu punyai,maka dirimu dan raja dunia itu samalah sahaja keadaanya” (kerana raja yang memerintah dunia akan sentiasa berasa puas dan cukup dengan kekayaanya,yang mana sama sahaja keadaanya dengan orang yang bersifat sentiasa berasa cukup pada apa yang dia punyai walaupun sedikit)

Sebenarnya daku ini bukanya pandai lagi nak mengenal jenis-jenis syair,cuma sekadar terpautnya hati ini dengan rangkap-rangkap syair yang selama daku belajar ini terhidang dihadapan mata..

Dahulunya,apabila daku membaca kitab-kitab arab,apabila terpandang sahaja syair,terus akan ku tolehkan ke bahagian lain,kerana malas nak menggerak-gerakkan saraf otakku ini supaya mendalami bahkan memahami syair tersebut,kerana sudah dipasangkan dimindaku ini bahawa bahasa-bahasa didalam syair adalah terlalu susah untuk difahami serta terpaksa membelek qamus berkali-kali,dan lebih daripada itu pula,bagiku bahasa-bahasa syair ini adalah bahasa yang tak jejak ke bumi!!! =) maka terus sahaja tanpa daku sedari daku sudah menjadikan syair-syair ini sebagai musuh didalam setiap pembacaanku..

Kemudianya daku cuba untuk mendekati dan memahami setiap syair yang daku temui didalam setiap pembacaanku,oh..jatuh cinta pandang pertama akhirnya..betul juga ya kata orang,tak kenal maka tak cinta!! sudah kenal barulah tergedik-gedik nak bercinta!! ya,sangat berkesan juga jika kita cuba jadikan perkara yang kita musuhi bahkan membencinya kepada perkara yang ingin dikenali seterusnya dicintai..insyallah pasti tak rugi..

 

 

cinta-kucing.jpg

“I love you bang kelabu!!”

CINTAN DAN CINTUN….

Cinta…suatu perkataan yang susah untuk diungkapkan secara puas!! terkadang kita akan berasa gembira dengan kehadiranya dan terkadang kita akan berasa sangat sakit hati di kala kehadiranya….cuma ia dengan izin Allah pasti akan dirasai gembira dengan kehadiranya jika hadirnya tepat pada masanya dan kena pula pada orangnya!! (sekadar meminjam kata-kata Ustaz Pahrol Razi Mohd Juoi dari blog seorang muslimah)…

Entahlah,tidak berani ingin memanjang cerita tentang hal ini,kerana diriku sendiri juga masih samar-samar akan hakikat sebenarnya ia,terkadang daku rasakan sudah tepat telahanku akan maknanya,tapi terkadang berasa betapa silapnya pemahamanku tentang ia selama ini!! terkesima bahkan taajub bila membaca penafsiran seorang muslimah yang daku kenali didalam blognya tentang cinta dari sudut pemahaman dirinya,apa yang dapat daku katakan,penafsiran beliau tentang cinta itu hanyalah cinta kepada nan satu,kepada Allah dan rasulNya yang mulia,berjuang dan bekerja untuk mencari redha tuhanya….benar..bahkan beliau juga menyerahkan perkara cinta dan jodoh itu kepada Allah dengan istikharah dan tawakkal tentang perihal jodohnya,kerana takut terjebak dengan ajakkan sang nafsu dalam ,mencari cinta!!

 

 

cinta.jpg

“Didalam kehangatan cinta”

Penafsiran cinta ini bergantunglah kepada keadaan diri si penafsir,andai si penafsir menafsirnya dalam keadaan yang hanyut bergelumang sang nafsu,pasti takut kamu mendengarnya bahkan tak sanggup ingin mendengarnya!! Jika si penafsir berkata-kata dalam keadaan dirinya sedang mabuk cinta bekerja mencari keredhaan tuhanya dan rasulnya,pasti kamu akan berpuas hati dengan tafsiran tersebut..bagiku,inilah suatu cinta yang pasti bersambut!! apakata salutkan cintamu kepada Allah dan rasulnya diatas salutan cintamu kepada sang insan,gabungkan keduanya,tapi ingat! jangan pula balutan cinta kepada sang insan membaluti diatas cinta kepada allah dan rasulmu!!

Daku mengaku,dahulunya daku pernah juga cuba-cuba bercinta,tapi lantas sahaja daku namakan ‘cinta monyet’!! atau boleh juga cinta beruk,ungka,siamang dan sama waktu denganya,namakan sahaja binatang apa pun yang kamu mahu tentang cinta jenis itu,kerana cinta waktu itu sebenarnya masih belum mengenali hakikat sebenarnya cinta,dan masih belum berfikir dengan fikiran yang matang..itulah sebabnya manusia menisbahkan cinta itu kepada binatang yang tak beraqal!! =)

Teringat diriku akan sebuah syair yang mengisahkan tentang cinta ni,ianya telah diberikan oleh kawan baikku di sini :

واترك حبها من غير بغض *** وذاك لكثرة الشركاء فيه

واذا وقع الذباب على طعام *** رفعت يدي و نفسي تشتهيه

وتجتنب الأسد ورود الماء *** اذا رأت الكلاب ولغن فيه

Bermaksud : “Dan aku meninggalkan kecintaanku kepada wanita yang ku cintai itu tanpa timbulnya sebarang rasa marah…kerana betapa ramainya orang yang turut sama ingin memenangi hatinya minta dicintai…dan samalah juga halnya jika makanan yang dihurungi lalat,maka pastilah aku tidak akan menyentuhnya untuk merasainya…begitulah juga halnya pada keadaan sang singa,pastilah dia tidak akan mendekati takungan air…yang jika takungan air itu sudahpun dijilat oleh anjing-anjing itu

p/s : Diriku sudahpun membincangkan tentang cinta ini,bisa sahaja klik disini

kucing1.jpg

“Kenapa bro Alhammasiyy ni celoteh jiwang semacam je ni??”

AKHIR CELOTEH…..

Semoga Allah kurniakan diriku nikmat cinta mengejar cinta kepadaNya dan rasulNya dengan tekun bekerja serta berjuang hanya untuk mencari keredhaaNya serta sentiasa beristiqamah dalam perjuangan,semoga diriku mendapat nikmat istiqamah dalam perjuangan serta mendapat kelazatan didalam bergelumang dengan perjuangan ini…ya Allah,maqbulkanlah permintaanku ini…

 

Tentang cintaku pada insan,hanya kepada Allah sahaja diriku serahkan perkara tersebut,semoga segalanya hanyalah yang terbaik untuk diriku..(aik,mengapa ter’jiwang‘ semacam ni??)
Apapun…HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!!

Read Full Post »

‘ia’ datang lagi….

buku.jpg

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Semoga Allah memberikan kejayaan hendaknya kepada semua rakan-rakan seperjuanganku yang kini dalam persediaan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester kali ini,dan hanya sanya Allah sahaja yang dapat memberikan kejayaan kepada insan yang dikehendakiNYa ..berdoa,berusaha dengan amat bersungguh-sungguh serta menepati sistem belajar yang betul,dan akhirnya bertawakkal lah,dengan iziNya beroleh kejayaan..SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR!!!

p/s: INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG,ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!! 

Read Full Post »

cium.jpg

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani serta selawat juga salam kepada nabi besar junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam serta kaum keluarga baginda yang berketurunan mulia…

Apakah hukumnya melihat kaum hawa yang bukanlah mahram kita??

HARAM hukumnya melihat kaum hawa yang ajnabiah (perempuan asing yang bukan mahram) disisi mazhab Hanafi,tetapi diperbolehkan melihat hanya kepada muka dan kedua telapak tangan sahaja,berdasarkan dari kalam Allah yang maha agung:

“Dan janganlah menampakkan perhiasanya (auratnya) kecuali pada yang (biasa) terlihat” (surah An-Nur : 31)

Begitu juga pada mazhab Maliki,mengharuskan penglihatan kepada perempuan ajnabiah hanya kepada muka dan kedua belah telapak tangan sahaja,tetapi hanyalah kepada orang tua,manakala pada perempuan ajnabi yang masih muda belia dan segar bugar lagi maka HARAM hukumnya,kecuali pada beberapa perkara iaitu ketika : bertunang atau menjalani rawatan..atau memberi persaksian..

Begitu juga pada mazhab Hanbali,HARAM hukumnya seorang lelaki memandang kepada perempuan ajnabi tanpa apa-apa sebab yang munasabah,(dating munasabah ke???)..Dan mazhab Hanbali juga mazhab Syafiey bersepakat bahawa keseluruhan badan seorang perempuan yang merdeka adalah auratnya,tetapi berlainan pula dengan mazhab Maliki dan mazhab Hanafi,iaitu muka dan kedua belah telapak tangan tidaklah termasuk aurat..

Alamak aii!! habis tu,kalau terpandang sebab tidak sengaja,macam mana??

haaa..jika kamu sudah terpandang tanpa sengaja dan bukan sebab nak gatal-gatal untuk memandangnya,maka hendaklah kamu cepat-cepat berpaling dan terus berpaling,dan tidaklah berdosa pandangan pertama yang tidak disengajakan itu berdasarkan dari hadith ini :

” Daripada Jarir bin Abdullah Al-Bajalli : Aku telah bertanya kepada nabi sallallahu alaihi wassalam tentang pandangan yang secara tiba-tiba(kepada perempuan ajnabi),lalu beliau menyuruhku supaya aku mengalihkan pandanganku” (riwayat Imam Muslim)

“Daripada Buraidah radiallahu anhu: berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassallam kepada Ali radiallahu anhu: Wahai Ali! janganlah pandangan kamu yang pertama diikuti pula dengan pandangan kamu yang kedua,kerana pandangan pertama itu untukmu (yang tidak sengaja) tetapi tidaklah pula untuk pandangan yang kedua” (riwayat Imam Abu Daud)

Tetapi..harus diingat..tidak boleh juga memandang kepada muka perempuan ajnabi jika takut-takut akan menaikkan nafsu,kecuali kalau kerana dharurah (keterpaksaaan) yang terpaksa memandangnya,dan halal atau haramnya memandang kepada perempuan ajnabi itu terikat dengan timbulnya syahwat ataupun tidak,jika timbulnya syahwat,maka HARAM..dan dikira timbulnya syahwat itu ialah dengan menegangnya alat sulit..

ek elleh..Abis tu takkan tiada kelonggaran sedikit kot?? takkan tidak boleh nak tengok langsung??!!

ada..ada kelonggaranya…diantara keharusan-keharusan syarak yang mengharuskan memandang kepada perempuan ajnabiah mengikut ijtihad para fuqaha’ ialah ketika :

(1) Pertunangan : cuma diharuskan melihat hanya kepada muka dan kedua belah telapak tangan sahaja,dan tanpa menyentuhnya..

(2) Menjalani rawatan : hanya boleh melihat ke bahagian anggota yang sakit sahaja,dan semestinya bersama mahramnya,serta tidak boleh si kafir zimmi ada bersama orang islam,doktor yang tidak amanah ada bersama doktor yang amanah ketika menjalani rawatan…dan sekurang-kurangnya boleh melihat juga kepada muka dan kedua belah telapak tangan,selain dari kedua itu,hanyalah pada anggota-anggota yang disunatkan tayamum
(3) Berurusan jual beli : tetapi diharuskan hanya melihat kepada muka sahaja..

(4) Meminta fatwa kepada Qadhi : dibolehkan melihat hanya pada muka sahaja..

(5) Belajar. dan lain-lain..(selain perkara yang dinyatakan di atas yang terpaksa untuk melihat demi keperluan yang mendesak,dan semestinya tanpa timbulnya syahwat)
Tapi,ada syaratnya lagi,melihat pun hanyalah apabila ada keperluan yang penting sahaja,dan tidak boleh melangkaui batas melihat selain dari ada keperluan untuk melihat,kerana apa yang dihalalkan ketika dharurah (keterpaksaan) semestinya ada batas-batasnya..

“Dari Abi Tsa’labah Al-Khushaniyyi radiallahu anhu : Sesungguhnya Allah telah menfardhukan kewajipan-kewajipanya maka janganlah sia-siakanya,dan membataskan batas-batasanya maka janganlah melampauinya,dan mengharamkan banyak perkara maka janganlah membencinya,dan mendiamkan banyak perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukanlah kerana lupa (maha suci Allah dari sebarang keterlupaan) maka janganlah mencari-cari tentangnya” (riwayat Imam Daruquthni dengan sanad yang hasan)

ooo..habis tu,kalau saya nak ‘dating’ * dengan awek saya tak bolehlah maknanya yer??!!

ehh,kamu ni,tentulah tak boleh dan haram!! sedangkan melihat kepada mereka sahaja sudah bermacam-macam syarat,inikan pula berdating,kalau dah berdating tu,bukan setakat melihat,macam-macam adaaa..

(1) berpegangan tangan : tak perlu penjelasan,mula-mula pegang tangan,lepas itu bawah dari tangan!! sebab syaitan dah masuk jarum!!

“Dari Umaimah binti Raqiqah : Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan orang perempuan” (diriwayatkan di dalam kitab Al-Muwattho’ ,Imam Tirmizi,dan Imam An-Nasaiey )

(2) adegan pandang-memandang dan jeling menjeling : perbuatan ini sememangnya lari terus dari kaedah-kaedah yang telah digariskan oleh ulama’ pada melihat,takkan la tidak rasa apa-apa kot bila mata kamu tu menjamah kecantikkan muka awek kamu tu??

(3) ciuman perpisahan di pipi : NO KOMEN!!

(4) Adegan ‘ringan-ringan’ : ………..

selain dari perbuatan ini tidaklah ingin daku senaraikan pula,nanti tak sanggup pula kamu ingin mendengarnya,cukuplah yang ini pada kebiasaanya dilakukan oleh mereka ketika berdating, tahu tak??

“Sesungguhnya janganlah seorang lelaki itu berseorangan dengan perempuan yang tidak halal baginya (perempuan ajnabiah) kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan kecuali bersama mahram” (riwayat Imam Ahmad)

Kalau mahram kamu setakat budak kecil berumur 5 tahun yang masih meleleh hingus di hidung dan boleh sahaja diupah dengan gula-gula sebutir dua,tak payah laa..

Ermm,kalau chatting-chatting,ucapan sayang-sayang dan message-message,macam mana?

Bergantunglah pada niat,andai chatting untuk tujuan berbincang tentang program persatuan,bertanyakan masalah-masalah agama,memberikan nasihat serta peringatan kepada si hawa,tidak mengapa,sebagai qiasan kepada syarat-syarat melihat seperti yang telah digariskan oleh ulamak itu tadi,selagimana tidak timbulnya nafsu syahwat serta tidak lari terus dari keperluan untuk berbicara….

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain,mereka menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari melakukan yang mungkar,melaksanakan solat,menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan rasulNya,mereka akan diberi rahmat oleh Allah,sungguh Allah maha perkasa,maha bijaksana,Allah menjanjikan kepada mukmin lelaki dan perempuan (akan mendapat) syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,mereka kekal didalamnya dan (mendapat) tempat yang baik di syurga Adn,dan keridhaan Allah itu lebih besar,itulah kemenangan yang agung” (surah At-Taubah : 71)

jika sekadar ingin menggatal-gatal sehingga naik nafsu syahwatnya,apakah adanya perkataan lain selain haram??..bukankah sudah diajar??

“Dari Abi Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib: Jauhilah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan dirimu” (riwayat Imam Tirmizi,Imam Nasaiey,berkatanya Imam Tirmizi,hadith ini hasan sahih)

cuba bayangkan,perempuan dengan suaranya yang memikat dan merengek-rengek manja sambil terluncur dari bibirnya yang mungil itu..sayaaaaaaang..jawabnya,umpama bara api dibawah punggung la,memang tak sedap duduk jawabnya,sampai termimpi-mimpi..naik nafsu tak perlu cakap la,melainkan tidak aktif dah!!

Ingatlah: “Berjaga-jagalah kamu terhadap dunia dan berjaga-jagalah kamu terhadap perempuan,kerana sesungguhnya fitnah pertama yang berlaku pada Bani Israel aadalah berpunca dari perempuan ” (riwayat Imam Muslim)

Jadikanlah agamamu wahai sang puteri dijunjung tegak di atas kepalamu dan janganlah sekali-kali merendahkan martabat agamamu serendah kakimu,maka rendahlah juga maruah dirimu,serta tidaklah bernilai langsung dirimu di sisi Tuhanmu kelak,jagalah dirimu sang puteri dari tutur manis bicara si anak adam,andai silap langkahmu,meranalah dirimu,walau ditebus dengan air mata darah sekalipun,sedikit pun tidak berguna..

Satu lagi…apa hukum…

sudahlah,aku nak tidur ni…HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

************************************************************************************************************

*dating= suatu adat resam pasangan yang bercinta sebelum termeterainya ijab dan qabul yang berhukum haram dan merupakan bunga-bunga zina yang keji!!

RUJUKKAN :

(1) Al-Fiqh Al-Islamiyy Wa Adillatuhu oleh Dr.Wahbah Az-Zuhaili,jilid yang ke-4 muka surat 2650 terbitan Aafaqu Makrifatu Mutajaddidah.

(2) Syarah Arbaiin An-Nawawi oleh Ibnu Daqiq Al-I’iid terbitan Dar Ibnu Hazm.

Read Full Post »