Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah…
Terjemahan daripada kitab :
Feqhul Jihad
Karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi hafizahullahu taala.
Oleh : Daud Bin Dalib At-Tetouani.
(Sempena Usrah Bulanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin bagi tahun 2011/2012)
Di dalam membicarakan soal jihad dan hukum hakamnya,terdapatnya tiga jenis kumpulan yang berbicara mengenainya :
(1) Kumpulan yang ingin menghapuskan jihad:
Iaitu kumpulan yang ingin menaburkan duri di atas jalan jihad,dan ingin menghapuskanya terus daripada minda setiap orang islam dan berkeinginan hanyalah untuk mendidik ummat ini dengan ilmu-ilmu didikan hati dan penyucian jiwa semata-mata bahkan mereka menganggap didikan tersebut merupakan suatu jihad yang paling besar!! iaitu jihad hawa nafsu dan jihad melawan syaithan.
Dan yang peliknya,golongan yang seiringan dengan pemikiran mereka ini ialah golongan Ahli Tasauf Pelampau yang mewarisi zaman pemikiran yang mundur dan terkebelakang[1],begitu juga dengan para Pemikir Sekularisme Barat yang berkiblatkan teori-teori falsafah dan kebudayaan masyarakat Barat,lebih membimbangkan mereka ini disokong oleh para penjajah yang datang dari Timur dan Barat,kiri dan kanan ceruk dunia.Apa yang mereka inginkan hanyalah untuk menjadikan ummat ini tidak ingin memegang senjata agar mereka berdiri di hadapan musuh mereka dengan tangan kosong semata-mata,oleh itu mereka menyerang konsep jihad dan gerakkan jihad samada pada zaman dahulu atau zaman sekarang bahkan menggelarkan perkataan jihad itu dengan erti permusuhan!!
Dan golongan seperti mereka ini lazimnya akan mendapat bantuan dan pertolongan daripada golongan penjajah untuk melunaskan cita-cita mereka itu,contohnya penjajah Britain yang menyokong dan membantu Kumpulan Qadianiyah di India yang mana kumpulan mereka ini tidak lain hanyalah ingin menghapuskan konsep jihad dan gerakkanya untuk memberikan laluan kepada para penjajah menaiki takhta pemerintahan India tanpa perlu menghadapi tentangan daripada rakyat!!
Dan yang teramat malangnya juga terdapatnya golongan ulama’ dan pendakwah yang kononnya menganuti kesemua jenis konsep Jihad Semasa tidak kira samada yang benar atau yang menyimpang dan sesat,yang pertengahan atau yang melampau dan dalam masa yang sama mereka hanya membiarkan sahaja kezaliman dan kejahatan para pemerintah yang zalim yang tergamak mencarik-carik kehormatan syariah agama ini!! meruntuhkan akhlaq rakyatnya dan meratah hak-hak rakyat tanpa belas kasihan…sudah berapa banyakkah darah yang sudah ditumpahkan?? dan sudah berapa banyakkah maruah dan kehormatan telah dicabuli?? sudah berapa banyakkah perkara haram yang dilanggar?? sudah berapa banyakkah hak-hak rakyat dirampas?? sudah berapa banyakkah para pejuang rakyat yang diculik daripada kaum keluarga mereka lalu dibawa ke suatu tempat yang akhirnya tidak diketahui apakah masih hidup lagi atau sudah mati??!! sudah berapa banyakkah pejuang yang telah mati di dalam penjara hasil kezaliman Warden Penjara?? sudah berapa banyakkah sudah berapa banyakkah??!! ketahuilah bahawa kesemua perkara ini adalah dianggap halal dan dibolehkan pada mereka,tetapi yang dianggap berdosa,penjenayah dan haram ialah rakyat yang bangkit menentang kezaliman ini dan mempertahankan hak-hak mereka.
(2) Kumpulan yang ingin melancarkan perang ke atas semua penduduk bumi :
Iaitu kumpulan yang memahami bahawa jihad itu ialah semata-mata peperangan yang mesti dilancarkan kepada kesemua jenis manusia,bagi mereka ialah barangsiapa yang memerangi orang-orang Islam atau cuba-cuba untuk menghalang jalan Dakwah Islam atau cuba untuk menfitnah agama Islam ini maka senjatalah penyelesaianya,tetapi barangsiapa yang ingin kebaikkan dengan Islam,bahkan menolong dan membantu kaum muslimin maka mereka tidak akan mengacukan pedang mereka ke muka golongan ini,dan semua orang kafir pada pandangan mereka sama sahaja hukumnya iaitu wajib dibunuh kesemuanya jika orang Islam ketika itu berkuasa,maka kekafiran itu merupakan satu-satunya sebab yang cukup untuk mereka dibunuh!!
Dan mereka juga mengatakan bahawa setiap perkara yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadis-hadis baginda nabi sallallahu alaihi wassalam yang mengajak kepada menerima keamanan daripada golongan kafir yang inginkan keamanan,begitu juga ayat-ayat yang mengajak kepada berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak pun ingin memerangi orang Islam,dan juga tidak menghalau keluar orang islam daripada bumi mereka atau pun tidak menunjukkan seolah-olah ingin menghalau orang islam daripada tanahair mereka sesungguhnya ayat-ayat tersebut ialah ayat yang berbentuk Ayat Marhaliah[2] yang sudah pun berakhir tindakkanya,dan hanya wujud sebagai tulisan di dalam Al-Quran tanpa mengandungi sebarang makna hukum,bahkan ayat-ayat tersebut telah dimansukhkan (telah dibuang)- lebih kurang 140 buah ayat atau 200 buah ayat bahkan lebih- oleh sebuah ayat yang dinamakan sebagai “Ayatus Saif” (Ayat Pedang)[3].
Dan yang peliknya Ayatus Saif tersebut para ulama’ telah berselisih pendapat di dalam menentukanya.
Sesungguhnya golongan ini tidak redha langsung dengan sebarang resolusi PBB,kerana ia telah dianggap menghalang orang Islam daripada berjihad dan memaksa orang Islam menghormati persempadanan negara-negara yang telah dibuat ke atas negara yang mempunyai ketuananya ke atas tanah tersebut,bahkan ia juga mewajibkan menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di dalam negara diselesaikan dengan cara keamanan.
Begitu juga mereka menolak Persetujuan Serantau di dalam menguruskan banduan dan tahanan perang,kerana mereka berpandangan bahawa mereka berhak untuk membunuh kesemua tahanan tersebut tanpa sebarang pengecualian dan syarat,dan akta persetujuan ini melarang pembunuhan ke atas tahanan perang.Bahkan mereka juga menolak suatu Persetujuan Antarabangsa iaitu menghentikan Sistem Perhambaan Manusia kerana mereka berpandangan bahawa pengharaman ini adalah suatu perbuatan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah dan membatalkan Syariat Allah!!
Mereka juga berpandangan bahawa sesungguhnya agama Islam ini telah tersebar ke serata alam ini adalah dengan pedang dan jihad,dan golongan yang mengatakan bahawa agama Islam ini tersebar dengan dakwah,hujjah,kelembutan ajaranya dan akhlaq orang Islam yang luhur dan bukanya dengan pedang dianggap mereka sebagai orang-orang yang sesat dan hanya ingin menjauhkan orang Islam daripada makna jihad contohnya seperti seorang sejarahwan dari tanah Britain iaitu Thomas Arnold di dalam bukunya yang bertajuk : “Dakwah kepada Islam” dan mana-mana orang Islam yang memuji-muji pendapat Si Orientalis sebegini hanyalah dianggap sebagai orang-orang Islam yang jahil dengan hakikat sebenar Islam,ilmu yang cetek dan anak murid kepada Orientalis yang jahat!!
Ketahuilah sesungguhnya pemikiran sebegini bakal memberikan suatu kesan yang negatif kepada golongan muda-mudi yang beriman kepada Allah dan berniat ikhlas bersemangat ingin memperjuangkan agama Allah ini,makanya nanti mereka akan memikul senjata-senjata mereka terhadap kaum dan keluarga mereka,membunuh mereka dengan tangan mereka sendiri,kerana menganggap mereka juga merupakan sebahagian daripada kaum Kuffar yang wajib dibunuh,kerana keluar daripada Islam,lebih dibimbangi mereka akan menggelarkan kafir kepada sesiapa sahaja pun yang cuba-cuba menghalang jalan mereka walaupun ianya daripada golongan para ulama’ !! akhirnya agama Islam ini dipalit dengan segala macam tohmahan seperti “Agama Kekerasan”.
Dan mereka juga akan membunuh orang-orang yang tiada kaitan dengan mereka bahkan tidak mempunyai sebarang masalah pun dengan mereka seperti para pelancong,penumpang kapalterbang dan lain-lain dengan niat ingin menakut-nakutkan mereka yang lain disebabkan pembunuhan mereka ini,akhirnya agama ini dipalit dengan tohmahan yang lain pula seperti : “Pengganas” !!
(3) Kumpulan Pertengahan :
Iaitu Ummat Pertengahan,yang Allah berikan mereka hidayah untuk memilih jalan pertengahan tanpa terlalu fanatik dan ta’assub,yang Allah berikan ilmu dan hikmah, yang Allah berikan mereka baasirah (penglihatan mata hati) terhadap Ilmu Feqh dan Syariat,dan juga Ilmu Feqh Keadaan Semasa,kumpulan yang tidak mengikut kumpulan yang pertama yang ingin mengekalkan hak ummat ini tanpa kekuatan,dan inginkan Al-Quran tanpa ayat-ayat jihad,dan menjaga keamanan tanpa askar,dan bukan juga cenderung kepada kumpulan yang kedua : yang boleh membunuh sesiapa sahaja walaupun orang Islam sendiri,dan mengisytiharkan perang ke atas semua jenis manusia tidak kira samada kulit hitam,merah atau putih,atau yang duduk di Timur atau di Barat di atas nama memimpin manusia menuju redha Allah dan memimpin mereka menuju syurgaNya yang abadi,dan menghancurkan benteng materialistik yang dibangunkan oleh para pemimpin yang zalim,bahkan mereka tidak akan memberikan peluang langsung kepada mereka untuk disampaikan kalimah Allah.
Perkara sebegini hanyalah boleh dilakukan pada zaman dahulu,pada waktu ketika Raja Kisra Parsi dan para pemuka zalim yang seumpama dengan mereka,yang merampas hak-hak rakyat jelata,dan tidak mungkin dapat disampaikan sebarang dakwah kepada mereka melainkan hanya dengan memerangi mereka,dan menukarkan kepimpinan mereka dengan kekuatan daripada jalan dakwah,dan inilah yang telah dilakukan oleh para sahabat ridwanullahi alaihim ajmain dan orang-orang yang mengikuti mereka.
Tetapi pada hari ini,kita tidak lagi berhajat kepada perkara sedemikian kerana telah terbuka kepada kita media massa yang cukup luas,yang mana kita dapat menyebarkan dakwah agama suci ini ke seantero alam semesta,supaya mereka dapat mendengar dakwah kita tanpa mendapat sebarang sekatan pun daripada mana-mana pihak,kita ada saluran-saluran televisyen yang pelbagai yang menghiasi kaca-kaca televisyen,bahkan siaran-siaran langsung yang terus dipancar ke serata alam,begitu juga kita ada Rangkaian Internet yang sudah berada pada mana-mana rumah pun di bumi ini,ketahuilah bahawa kesemua teknologi ini ialah senjata kita yang sangat kuat dan berkesan di dalam Jihad Semasa ini,yang mana ianya memerlukan para tenteranya yang besar yang terdiri daripada para pendakwah,ustaz-ustaz dan wartawan-wartawan media yang terlatih,kuat,berdaya saing dan berkemampuan untuk bercakap ke serata alam dengan pelbagai bahasa asing untuk menerangkan kepada mereka hakikat sebenar agama suci ini sehingga memberikan kesan terhadap pemikiran dan emosi mereka.
Dan perkara ini,tersangat sayangnya kita tidak memiliki kemampuan sebegini dengan bilanganya yang ramai,bahkan satu dalam seribu pun belum tentu didapati untuk terjun ke medan yang bahaya ini.
Sesungguhnya aku katakan di sini dengan penuh kebenaran bahawa di hari pembukaan laman web kami iaitu : www.Islamonline.net maka bermulalah Jihad Semasa di zaman ini,maka barangsiapa yang mempunyai niat untuk bergabung dengan “Angkatan Tentera Mujahidin” ini atau teruja untuk mendapat pahala jihad di jalan Allah dengan mengorbankan dirinya dan hartanya,maka inilah dia jihad yang sangat diperlukan pada hari ini,inilah dia jihad yang besar bahkan jihad yang berpanjangan.
[1] Peringatan : Tetapi berbeza pula dengan golongan Tasauf yang berjalan di atas manhaj sunnah yang dahulunya telah bergolok bergadai berjihad dan meneteskan darah seperti : Al-Amir Abdul Qadir Al-Jazaieri (Algeria),Umar Mukhtar (Libya) dan keturunan Sanusiyiin (Libya).
[2] Ayat Marhaliah : iaitu ayat yang bersifat sementara,hanya relevan digunakan pada waktu ia diturunkan,kemudian ianya dimansukhkan oleh sebuah ayat yang lain.
[3] Ayatus Saif (Ayat Pedang) yang dimaksudkan ialah : surah At-Taubah ayat 5.
Tinggalkan Jawapan