Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,yang mengajar manusia itu dengan kalam,yang mengurniakan setiap insani itu ilmu yang bermanfat bagi dirinya dan seluruh manusia sejagat..
Kalau di morocco ni,terlalu senang sangat kita nak berjumpa dengan orang yang menghafal al-quran,bersepah-sepah,bukan yang setakat hafal surah al-ikhlas,surah al-fatihah tu,yang tu pun hafal al-quran jugak namanya,tapi keseluruhan al-quran itu,iaitu 30 juzuk kesemuanya,iaitu bersamaan dengan 114 buah surah kesemuanya,sampaikan pak cik yang setakat jual kat kedai jual roti jer kerjanya,hafal al-quran jugak!lepas tu,mereka ini kalau sudah hafal al-quran itu bukan setakat hanya sekali jer mengulangnya,tetapi…ada yang sampai empat kali atau lebih mengulang kembali hafalan mereka,dan cara hafalan mereka ini,terlalu unik dan terlalu tradisional,mungkin hanya terdapat di morocco jer kot cara hafalan sebegini..
Cara mereka menghafal al-quran ialah dengan menggunakan sejenis papan yang mereka panggil sebagai ‘Lowh'(hakikatnya lowh sendiri sudah pun bermaksud papan!)mula-mula,mereka akan menulis dulu ayat al-quran yang ingin dihafal dengan pen khas yang dicelup dengan dakwat di atas lowh tersebut,kemudian mereka akan mengadap syeikh mereka dengan membaca dulu ayat yang mereka tulis tadi,sebagai memastikan si penghafal boleh membaca apa yang ditulis,kapasiti ayat yang boleh ditulis di atas lowh adalah berdasarkan saiz lowh yang dimiliki,kalau kecil saiz lowh,sikit la yang boleh ditulis,(yang ini senang kerja sikit)selepas itu,si penghafal bolehlah membaca apa yang ditulis di atas lowh tadi,sekaligus menghafalnya,selepas dah habis menghafalnya,mereka akan membasuh lowh tadi sampai licin,lepas itu dijemur di tengah panas sehingga kering supaya nak tulis lagi atasnya lagi..
Dan mereka mendakwa yang cara ini merupakan cara yang paling berkesan untuk menghafal al-quran,dan hafalan-hafalan itu akan ‘tsabit'(iaitu tetap)ke dalam kepala hotak orang yang menghafal dengan cara ini juga,tetapi kaedah ini kena la juga disertakan dengan pantang larang yang wajib pada si penghafal!
Dan juga,rupanya para pelajar yang menghafal secara tradisional ini telah disertakan sekali pakej lengkap pada ilmu lain selain hafalan al-quran semata,iaitu hafalan secara menghafal matan(iaitu teks berupa bait-bait syair yang indah seumpama memberikan ‘formula pengingat’ yang berkesan untuk penuntut ilmu pada sesuatu bidang ilmu)dan juga,telah pun dibahagi-bahagikan matan tersebut sebagai ‘silibus’ yang wajib di hafal kepada penuntut tradisional di morocco ini..
Matan yang wajib di hafal itu ialah:
(1) Al-Manzhumah Al-Baiquniyah yang telah digarap indah oleh Syeikh Thaha bin Muhammad Al-Baiquniy,iaitu matan khusus pada disiplin ilmu Mustholah hadith.
(2)Al-Fiyah Ibnu Malek yang telah diberikan sentuhan rasa yang cukup mesra oleh Syeikh Ibnu Malek,iaitu mengandungi seribu bait syair yang khusus pada disiplin ilmu tatabahasa arab(nahu),yang memang kebanyakkanya dihafal oleh mereka secara kaedah lowh juga!
(3)Matan Al-Jurumiyah yang telah disadur ringkas tetapi amat padat serta penuh berisi isi-isinya,oleh Syeikh Ibnu Ajrum(ulama’ morocco)yang sememangnya amat sesuai bagi new-beginner pada penuntut ilmu nahu bahasa arab,yang juga dihafal oleh mereka secara kaedah lowh.
(4)Matan Ibnu ‘Asyiir yang sungguh efisyen,konsisten serta teramat indah yang diberikan luahan rasa oleh Syeikh Ibnu ‘Asyiir,iaitu matan khusus pada disiplin ilmu feqah maliki keseluruhanya…
Suatu pakej ilmu yang cukup lengkap,walaupun secara tradisional kaedahnya,tetapi masih lagi diamalkan kaedah ini sehingga ke hari ini,dan mereka cukup yakin yang cara ini merupakan cara berkesan pada ketetapan ilmu itu berada di dada..
Bukan itu jer,terdapat juga sebilangan golongan ilmu dan cendekiawan di sini yang siap membahagi-bahagikan lagi bidang ilmu itu secara khusus,dan mengikut kata syeikh dr.yusuf Al-qardhawi di dalam kitabnya:Kaifa Nataamal Maa At-Turath wa At-Tamazzahub wa Ikhtilaf,bahawa,pengkhususan ini berlaku kebanyakkanya pada keluaran pelajar di belah-belah morocco inilah,(negara lain pun ada)dan siap beliau katakan lagi keluaran dari Universiti Qurawiyyen(kuliah aku pulak tu!)serta Universiti Zaitunah juga..
Pengkhususan ilmu yang beliau maksudkan itu ialah,mereka mengkhususkan Feqh bermazhab Maliki pada bidang Feqh,mengkhususkan Aqidah pada Mazhab Al-Asyairah pada bidang Aqidah,serta mengkhususkan juga Tarekat atau Suluk pada Tarekat Al-Junaidiyah,dan aku pulak,tak nak memanjangkan lagi pasal perkara ni,serta tak nak juga mengatakan apa-apa pasal pengkhususan ini,tetapi yang pasti dan yang ingin disampaikan hanya memberitahu kewujudan pembahagian-pembahagian hafalan serta pembahagian bidang ilmu ini wujud di negara morocco..
Dan sememangnya cara pembahagian hafalan cara mereka ini amat berkesan,kerana pada keagungan allah itu,kita dapat melihat kedalaman ilmu mereka pada setiap bidang ilmu adalah melalui hafalan,dan kalau pada syeikh mereka pula,pada keagungan allah itu,memang setiap bidang ilmu mereka itu amat luas serta dalam juga,itulah beruntungnya kalau siapa-siapa yang dapat berguru dengan ulama’ seperti ini,bahkan kesedaran sunnah nabawiyah yang tinggi juga ada pada mereka..
YA ALLAH,JADIKANLAH KAMI PARA PENUNTUT ILMU AGAMA INI DIKURNIAKAN KELUASAN SERTA KEDALAMAN PADA SETIAP BIDANG ILMU,YANG DISERTAKAN NIAT YANG IKHLAS SERTA HAKIKI DEMI MENGHARAP KEREDHAAN MU…
Tinggalkan Jawapan