Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian alam…
“Maafkan kami..”
Maafkanku…
Terlalu lama blog ini sunyi sepi daripada sebarang ilmu,blog ini kurang aktif,kerana aku ada banyak kekangan masa untuk up-date blog ini dengan post-post yang berisi ilmu Allah,sekarang aku cuba untuk update blog ini semampu yang mungkin…
Apabila aku sudah mula terlibat secara aktif di dalam gerak kerja parti,aku telah tersedar banyak perkara,pertamanya aku sudah sedar bahawa ilmu perjuangan islam itu terlalu banyak untuk dituntut,oleh itu,sebelum ini jikalau aku banyak membaca kitab-kitab yang berkisar Da’wah Salafiyyah,fatwa-fatwa ulama’ Saudi,kitab-kitab turath para ulama’ mu’tabar tetapi sekarang ini pembacaanku sudah banyak beralih kepada kitab-kitab hasil karangan dan tinggalan Imamuna As-Syahid Hasan Al-Banna rahimahulla taala serta yang seangkatan denganya..
Semasa di alam pengajian dahulu,kitab-kitabku kebanyakkanya aku letakkan di rak buku di ruang tamu rumah sewa kami,dan aku hanya membawa masuk beberapa kitab kesukaan aku sahaja ke dalam bilik,dan kitab-kitab tersebut kebanyakkanya kitab-kitab pemikiran falsafah,feqh,usul feqh,tafsir,usul tafsir dan pelbagai lagi kitab-kitab turath yang penting-penting,sekarang apabila sudah kembali ke Malaysia,kitab-kitabku semuanya aku letakkan di dalam rak buku di dalam Bilik Baca,dan aku hanya membawa masuk kitab-kitab seperti berikut di dalam bilik tidur : Fid Da’wati Wat Tarbiyah oleh Imam Hasan Al-Banna,Jundullah Tsaqafatan Wa Akhlaqan oleh Al-Murabbi Al-Ustaz Said Hawwa rahimahullahu taala,dan tidak lupa juga Imam kesukaanku dengan karangan-karangan beliau yang cukup menyentuh hati dan perasaan iaitu Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullahu taala iaitu kitab : Ad-Da’ Wad Dawa’ …
Jikalau di sekolah pula,aku memilih kitab Awaliyaatul Harakatul Islamiyah Fil Marhalatil Qaadimah oleh Ad-Duktur Yusuf Al-Qaradhawi hafizahullahu taala untuk dibawa bersama-sama di dalam beg,yang mana aku akan menatapnya ketika waktu tiada pengajaran di kelas,cukup asyik dan puas hati apabila dapat mempelajari banyak perkara baru tentang ilmu perjuangan islam…
“Universiti Of Da’wah And Tarbiyah”
Dakwah yang terdesak…
Di sekolah pula,aku telah diminta oleh seorang guru yang agak gila-gila dan slumber perangainya untuk mengajarnya membaca Al-Quran pada waktu kosong di surau sekolah,aku bersedia untuk itu,pagi tadi selepas rehat kebetulan hari Rabu sememangnya hari rehat paling besar untukku kerana hanya satu sahaja masa Pendidikan Islam iaitu dari pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi,aku pun ke surau bersama beliau untuk membaca Al-Quran,selepas berwudhuk kami duduk bersimpuh dan aku mendengar beliau membaca…segala kesalahan bacaan aku cuba perbetulkan,segala waqaf aku cuba ajarkan,beliau gembira,dan aku pun gembira dapat mengajar beliau,kemudian aku mengambil sedikit masa menterjemahkan bacaan beliau tadi secara harfiah,Alhamdulilah,aku dikurniakan oleh Allah ni’mat memahami terus ayat Al-Quran pada ayat-ayat yang boleh difahami secara terus berbekalkan ilmu Bahasa Arab yang dituntut di bumi Maghribi dahulu,tetapi pada ayat yang memerlukan tafsiran secara terperinci aku akan merujuk kitab-kitab tafsir…aku terangkan kepada beliau sifat orang-orang yang bertaqwa,sifat orang-orang kafir dan sifat orang-orang munafiq,aku selitkan juga tentang ajaran Islam yang syumul yang merangkumi setiap aspek kehidupan dan bukan hanya berkisar solat,puasa, zakat dan haji sahaja,aku ceritakan juga tentang keadilan di dalam islam,beliau pun banyak bertanya dan aku pula cuba menjawab semampunya…Alhamdulilah,kepada Allah aku panjatkan kesyukuran kerana membuka pintu hatinya untuk mendalami agamanya…
Anak-anak muridku Pendidikan Khas pun aku ajarkan terjemahan Al-Quran,kebiasaanya aku tidak akan ajarkan orang lain membaca Al-Quran tanpa aku menyentuh akan terjemahanya,kerana memahami isi kandunganya adalah ruh utama di dalam membaca Al-Quran,di dalam kelasku pula ada seorang pelajar Orang Asli,Michael namanya,beragama Buddha,dia pun turut serta di dalam setiap kelasku,hari ini aku mengajar tentang tafsiran Surah Al-Baqarah ayat 284…Alhamdulilah,anak muridku Nora dan Saffuan sudah boleh membaca dan menghafal Ayatul Kursi dan ayat 284 dari Surah Al-Baqarah..Aku ada menyentuh tentang Hari Qiamat serta azab seksa api neraka,aku melihat Michael banyak termenung jauh ketika aku bercerita tentang hal tersebut,kemudian aku pun bercerita juga tentang rahmat Allah yang maha luas kepada sesiapa pun dari hambaNya yang meminta ampun,begitu juga tentang Allah maha mendengar dan maha mengabulkan permintaan dari sesiapa pun jua insan teraniaya yang berdoa,samada kafir ataupun islam…
Ya, dakwah kepada memahami agama ini pada saat ini di negara ini amat terdesak sekali,betapa ramai anak-anak remaja islam di luar sana yang terbabas di dalam mencari kebebasan hidup yang amat memerlukan kepada panduan agama,betapa ramai orang-orang islam yang sudah pun berumur tetapi mengunjungi pusat penjualan nombor ekor yang memerlukan seseorang menegah mereka melakukan dosa dan memahamkan mereka tentang halal dan haram di dalam agama,betapa ramai remaja-remaja perempuan islam di luar sana yang berpakaian menjolok mata dan tidak menutup aurat yang memerlukan “orang agama” untuk menyedarkan mereka bagaimanakah cara menutup aurat yang betul…kesemua ini memerlukan suatu gerak kerja,iaitu gerak kerja dakwah yang konsisten daripada golongan agamawan yang sedar tentang tanggungjawab mereka kepada ummah…sememangnya tugas menyampaikan ajaran Allah tidak hanya terletak kepada para ustaz sahaja,bahkan ianya terletak di atas bahu setiap orang islam yang walaupun hanya tahu walau sepotong ajaran Allah,tetapi sedarlah wahai para ustaz,kalianlah yang lebih utama sekali untuk menyampaikanya,kerana kalian lebih layak bercerita tentangnya kepada masyarakat…Ayuh bersama-sama kawan-kawanku,kita gadaikan nyawa kita,wang kita dan segala kepunyaan kita untuk gerak kerja ini,Ad-Dakwah ilallah….Hiduplah perjuangan islam selamanya…
MasyaAllah, aku sangat suka mendengar cerita kau Daud, semoga si Michael tu bila dapat hidayah akhirnya.
salam…alhamdulillah…yg baik dtgnya dr allah taala n yg buruk dr klmhn diri kita sndiri wlupun sbnrnya ia dtg dr allah taala gak…subhanallah…syukran..kdg2 tnpa sdr penulisan kita ckit sbyk mnusuk dlm ati ssorg yg masih lg merasakn dirinya dhaif n dlm proses kpd suatu p’hijrahan apbila m’bacanya..ada hkmhnya..n kdg2 gak stiap apa yg kita p’katakn gak akan m’beri kesan dlm diri ssorg individu..;)
syukran jazakallahu khairan kasiran ya sahabat…(“,)
Aslkm…kadang2 ada orang puluhan menjadi guru seorangpun anak didknya yang diseru kepada kebesaran Allah tapi kdg2 seseorang yang sekelumit waktu diberi peluang mendidik ada sesuatu ygdisumbangkan untuk kesuburan iman.Semoga dpt benar2 menjadi murabbi