Feeds:
Kiriman
Komentar

Ramai orang kahwin…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi  maha mengasihani..

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

“Bergambar beramai-ramai bersama pasangan raja sehari…”

“Sedang membasuh pinggan bersama saudara-mara…”

* Ramai..terlalu ramai orang yang ingin berkahwin sepanjang bulan Disember ini…bak kata sepupuku : “Bulan ni bulan mengawan la..tu sebab ramai orang kahwin” mungkin…

*Faktor terbesarnya ialah bulan Disember merupakan musim cuti sekolah,makanya semua orang ingin melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada bulan ini dengan harapan saudara mara yang jauh pun dapat datang bersama…ala,point ini pun aku dapati semasa belajar Bahasa Melayu 2 (Karangan) dengan Cikgu Aiha semasa Darjah 6..bernas kan??

*Baru-baru ni,sepupuku Mohd.Sallehuddin Bin Mohd.Rasid pun melangsungkan perkahwinanya,dengan pasanganya Kak Nita,aku bersama-sama sepupu sepapat yang lain pun sama-sama menolong,tak tidur beb!! tolong Pak Cik Ayim masak untuk tetamu yang hadir…meriah,cukup meriah,kami semua bergambar bersama-sama bahkan dipakaikan pakaian yang sama warna….Ada beberapa tetamu yang hadir yang daku kenal semenjak kecil lagi  terkejut melihat aku,”Wah…dah lain la muka kau,dah berjambang-jambang” hampir semua cakap begini apabila berjumpa aku…

“Kad jemputan kahwin sudah pun ditempah,ramai-ramailah datang ye..klik sini

*Surat jemputan kahwin sudah melambak-lambak di atas meja…eh lupa,tahniah juga kepada rakan bilikku bahkan rakan semenjak sekolah lagi iaitu Ustaz Faiz Mukmin Bin Abdul Mutalib dan pasanganya Norsyuhada Bte.Mohd.Nazir yang akan melangsungkan perkahwinan mereka tak lama lagi…cepat betul member aku sorang ni buat keje,hehe..

*Percayalah,hidup membujang sungguh menyeksakan..hehe,kenapa aku cakap macam ni??? jawapan aku senang sahaja : LU PIKIRLAH SENDIRI!! hanya orang yang senasib dengan aku sahaja yang memahaminya…ceh,nak kahwin konon,banyak lagi ilmu rumahtangga belum ditimba cik abang oiii…ingat,al-ilmu qablal iman wal amal!! setiap apa pun semestinya dengan ilmu!!

*Sepupuku Mohd.Asri Bin Razak terlopong dan muka penuh berminat apabila aku bercerita denganya tentang Ilmu Bahasa Arab yang terdiri daripada Ilmu Nahu,Ilmu Saraf,Ilmu Balaghah,’Arud Wal Qaafiyah dan lain-lain yang seumpama denganya…kemudian aku bercerita juga tentang Kitab Al-Jurumiyah dan Kitab Alfiyah Ibnu Malik kepadanya,semakin berkobar-kobar dia nak belajar…Insyallah aku akan mengajar mereka ilmu-ilmu ini,aku akan perturunkan ilmu-ilmu yang telah aku dapati daripada guruku yang mulia di bumi Maghribi sana iaitu As-Syeikh Abdul Qadir Al-Tetouani Al-Maghribi kepada mereka (ceh,cara cakap macam nak turunkan ilmu silat lepas dah bertapa dalam gua 20 tahun!!) dengan izin Allah jua aku akan ijazahkan mereka sepertimana guruku lakukan kepadaku….tapi,klimaks cerita jadi low terus apabila aku cakap : “Kitab-kitab tu dalam kargo lagi la Asri,tunggu dia sampai dulu la eh..” hehe…

“Sofwatut Tafasir..”

“Syarhu Muqaddimah Fi Usulit Tafsir..”

*Aku fikir-fikir nak buka kitab tafsir kepada sepupu-sepupuku,mungkin kitab Sofwatut Tafasir karangan As-Syeikh Ali As-Sobuniy sesuai untuk dijadikan tatapan mereka,tetapi sebelum itu,aku telah mentelaah kitab : Syarh Muqaddimah Fi Usulit Tafsir oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang telah diberikan sentuhan rasa oleh As-Syeikh Al-Allamah Al-Imam Muhammad Bin Soleh Al-Utsaimeen,supaya dapat memberikan banyak maklumat tambahan selain maklumat di dalam kitab itu sahaja….aku cukup minat dengan kitab-kitab beliau yang mensyarahkan banyak karya-karya turath oleh para imam yang muktabar,sentuhan beliau cukup ringkas,dengan bahasa yang mudah difahami,bahkan syarahnya cukup mendalam walaupun terkadang cakupanya agak sedikit susah untuk ditatapi oleh orang awam…so si Ustaz lah yang kena pandai mainkan perananya sebagai pendakwah…hanya keikhlasan sahaja yang diriku pintakan kepadaMu ya Allah..semoga usaha kecil ini sedikit sebanyak menjadi saham untuk kebahagiaan di akhirat sana…Sepupuku Si Udin juga mintakan aku ajarkan dia mengaji Al-Quran,Abang Wan anak Mak Ngah pun minta sama,isteri dia pula mahu ustazah ajarkan dia mengaji,tapi dia kata tak ketemu!! Nampaknya aku kena cari isteri yang pandai mengaji Al-Quran lah yeee,heheh…

“Warga PAS Markas Hamas..klik sini

*Kehidupanku semenjak duduk di tanah air ini hanyalah biasa sahaja,setiap malam kena pergi ke Kompleks PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ) atau lebih dikenali dengan Markas PAS Hamas,setiap hari Selasa dapat berjumpa balik dengan guruku yang mulia As-Syeikh Al-Fadhil Al-Ustaz Dzulkifli Bin Ismail,dia mengajar kitab Tajzib Atraful Hadith Bisyarhi Ma Fi Kitabi Mukhtaril Ahadith oleh Ustaz Haji Abdul Halim,pelajar Baitul Qurra’ juga sudah semakin ramai,ramai orang baru,orang-orang lama yang dahulunya sebilik dan sebantal denganku semuanya sudah dihantar ke kelas persediaan untuk ke Yaman,di Hadhramaut..teringat aku dengan Abang Hamzah atau “Bang Mejah” Fairuz atau “Ujang” Muhsin dan lain-lain,semoga mereka ini diberkati oleh Allah…

“Mari memandu…”

*Sekarang juga aku sedang belajar memandu,sakit telinga apabila dimarahi dan diherdik oleh guru yang mengajar,apa taknya,lain yang dia suruh,lain yang aku buat,maunya tak hangin satu badan cikgu tu!! Di sana,aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang pelajar UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) Durian Tunggal,Lutfi namanya,aku berkenalan denganya di dalam surau ketika mahu solat Zohor,banyak perkara kami berbincang,dia juga banyak bertanyakan tentang masalah-masalah agama yang menjadi kemusykilanya kepadaku,lantas aku kenalkanya dengan Pondok Baitul Qurra’ supaya dia menuntut ilmu di sana,dia cukup senang,bahkan gembira,semoga berjaya daku ucapkan di dalam mencari ilmu…

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah

“Keluarga bahagia…”

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (At-Tahrim : 6)

Daku buka posting kali ini dengan hidangan ayat Allah ini kepada para pembaca sekalianya,kerana ayat ini sudah cukup untuk menjadi suatu bentuk motivasi kepada insan-insan yang bakal mendirikan rumahtangga,ingin mendirikan rumahtangga,sudah pun mendirikan rumahtangga atau pun rumah dah siap tangga sahaja belum siap lagi (bertunang,hehe)…bahkan memandangkan musim cuti sekolah sebegini juga adalah musim kerja kahwin!!

p/s : surat jemputan kahwin sudah melambak-lambak di atas meja,pergi ke mana-mana sahaja pasti disaman!!

Daku tergerak hati ini ingin menceritakan panjang lebar tentang ayat ini adalah kerana apabila daku melihat anak-anak dara orang di sekelilingku seperti “terabai” sahaja keadaan mereka, tidak disedarkan dan tidak diberikan tunjuk ajar tentang apakah batasan aurat seorang perempuan yang merdeka yang sudah meningkat dewasa,dan bagaimanakah batasan pergaulan sesama lelaki dan perempuan yang ajnabi dan ajnabiah,apakah perkara yang haram,apakah pula yang halal,manakah perbuatan yang diredhai Allah dan manakah pula yang dimurkaiNya dan bermacam-macam perkara lagi….

p/s : Sebenarnya,menjaga anak perempuan adalah yang paling susah,tapi andaikata sudah jaga dengan baik :

Daripada Aisyah radiallahu anha, baginda telah bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (hadith riwayat Imam Bukhari,Muslim dan Tirmizi)

Yang mana kesemua perkara tersebut adalah merupakan tanggungjawab seorang ketua keluarga untuk memikulnya menerangkan kepada anak-anak dan isteri mereka tentang segala persoalan tadi dan memberikan peringatan kepada mereka apa yang menjadi kelupaan mereka dan mengingatkan kepada mereka tentang betapa panasnya neraka Allah dan betapa bengisnya malaikat-malaikat Allah!!

Lalu diriku tertanya-tanya,apakah ketua keluarga mereka tidak memberitahu mereka kesemua perkara-perkara tadi??apakah tidak disentuh langsung perkara tersebut??atau mungkin sudah diberitahu cuma pengaruh rakan sebaya dan ajakkan nafsu yang menghalanginya??…Ketahuilah bahawa sesungguhnya kerja-kerja ini adalah terletak pada bahu ketua keluarga untuk menerangkanya!! Bahkan dialah dahulu yang harus memulainya!! Tak percaya??..baiklah,cuba lihat kembali ayat Allah tadi,kepada siapakah Allah tujukan dahulu suruhan itu?? Sudah lihat??..sekarang apakata cuba baca pula hadith di bawah ini

عن ابن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : كُلُكم راعٍ وكُلُكم مَسْئُول عن رعيته ، فالأمير الذي على الناس راع وهو مسئول عن رعيته ، والرجل راع على أهل بيتِهِ وهو مسئول عن رعيتهإلخ

Bermaksud : Daripada Ibnu Umar radiallahu anhuma,sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah bersabda : “Setiap kalian adalah ketua dan setiap kalian juga bertanggungjawab di atas orang tanggunganya,maka seorang pemerintah yang mentadbir manusia dia bertanggungjawab di atas perihal rakyatnya,dan seorang lelaki itu bertanggungjawab menjaga ahli rumahnya maka dia bertanggungjawab ke atas ahli rumahnya…” (hadith riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim dan Abu Daud,dan Imam As-Suyuthi telah meletakkan hadith ini di dalam Al-Jamik Al-Kabir 3/290)

“Keluarga bahagia juga..”

Apakah yang sepatutnya mereka lakukan??

Berdasarkan ayat ini,seorang ketua keluarga semestinya menjauhkan dirinya dahulu daripada api neraka kemudianya menjauhkan kaum keluarganya pula yang terdiri daripada anak-anak dan isteri daripada api neraka…tetapi,bagaimanakah caranya untuk kita menjauhkan diri kita dan diri keluarga kita daripada api neraka ya??

Berkatanya Al-Qushairi bahawa sesungguhnya Umar radiallahu anhu telah berkata : Ketikamana turunya ayat ini aku telah bertanya : “Wahai rasulullah,kami telah menyucikan diri-diri kami,tetapi bagaimanakah kami ingin menyucikan diri-diri keluarga kami??” lalu baginda bersabda : “Kalian halangilah kaum keluarga kalian daripada melakukan apa yang telah Allah larangi dan kalian perintahkan juga mereka perbuat apa yang telah disuruh oleh Allah” (1)

Para mufassirun menyatakan bahawa cara untuk kita berbuat demikian adalah dengan menyuruh mereka melakukan ketaatan kepada Allah dan mengajarkan mereka bagaimana caranya dan menahan mereka daripada melakukan kemaksiatan,yang mana jikalau dia melihat kemaksiatan berlaku di hadapan matanya yang dilakukan oleh kaum keluarganya maka sewajibnya dia menegahnya,bahkan perkara ini dikira di antara hak seorang muslim ke atas dirinya dan diri keluarganya !!! (2)

Antara contohnya :

“Ayang,malam ini kita sekeluarga pergi mendengar ceramah agama oleh Ustaz kat hujung kampung tu ye..”

“Apakata kalau malam ini ayah bacakan kisah nabi Muhammad kepada anak-anak ayah,nak tak??”

“Aisyah,sebelum kamu keluar bersama kawan-kawan tu,pastikan aurat sudah di tutup dengan betul,zahir dan batin,jaga akhlaq dan tingkah laku,ingat suruhan Allah,dan  janganlah lewatkan solat..”

Bukankah senang telinga kita mendengar ajakkan-ajakkan sedemikian??janganlah pula ketua keluarga pula yang sibuk menaja kemaksiatan bahkan dia pula yang lebih-lebih,maka tidak hairanlah jika anak-anak dan isterinya pun turut sama ikut…mahu contoh??

“Bedah,kau ni,janganlah layan tunang kau tu macam nak tak nak jer,kadang-kadang tu kau pergilah jalan-jalan makan angin dengan dia ke,pergi shopping ker…”

“Bedah,tak perlulah terlalu tutup-tutup sangat,kalau kau nak pakai fesyen yang up-to-date sekali-sekala tu pun apa salahnya,kau tak rasa panas ke??”

Apa masalah bapak si Bedah ni aku pun tak tahu,inilah yang kita katakan sebagai jahil agama,sudahlah jahil,tak mahu belajar dan bertanya,kalau orang tegur pula dia tak mahu terima,oleh itu,mana-mana insan yang sudah bergelar ayah janganlah sekali-kali bersikap sebegini,ubahlah sikap anda,anda mempunyai pilihan samada ingin mengajak mereka bersama-sama anda ke dalam syurga atau ke dalam neraka,kerana dunia ini tidak lain hanyalah sebagai tempat kita menanam amal kebajikkan serta menyiramnya dan menyuburkanya,dan akhirat pula tempat kita menuai dan memungut hasilnya….

Kemudianya,Allah berikan pula peringatan kepada orang-orang yang beriman bahawa jika anda tidak cuba untuk menjauhkan diri anda dan keluarga anda daripada api neraka dengan menyuruh mereka melakukan ketaatan serta mengajarkan mereka caranya dan melarang mereka daripada melakukan kemaksiatan,maka berjaga-jagalah bahawa anda dan keluarga anda akan dicampakkan ke dalam neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu,manakala penjaga neraka tersebut adalah terdiri daripada malaikat-malaikat yang tersangat bengisnya yang mana mereka sekali-kali tidak akan mengingkari apa jua arahan yang diberikan oleh Allah.

Cerita batu,cerita malaikat….

Ketikamana rasulullah sallallahu alaihi wassalam membacakan ayat ini,dan di samping beliau ketika itu para sahabat baginda,dan di antara para sahabat tersebut terdapatnya seorang tua,lalu dia berkata : “Wahai rasulullah,apakah batu-bata di neraka Allah kelak adalah seperti batu-bata di dunia??” lalu baginda nabi pun bersabda : “Demi sesungguhnya yang jiwaku berada di kekuasaaNya,sesunguhnya batu bata di neraka kelak adalah terlebih besar daripada gunung-ganang di dunia seluruhnya!!” lalu orang tua tersebut pun pengsan di atas baginda,dan baginda pun meletakkan tanganya ke atas dada orang tua tersebut,dan ketikamana dia tersedar kembali daripada pengsanya,baginda pun mengatakan : “Wahai orang tua,katakanlah : La Ilaha Illallah  “ maka dia pun mengucapkan syahadah lalu baginda pun memberikanya jaminan syurga Allah…(diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya)

Bahkan,ada ulamak-ulamak tafsir mengatakan bahawa di antara sifat penjaga neraka tersebut adalah tidak mempunyai langsung walau sekelumit rahmat pun di hati-hati mereka jika ahli neraka meminta belas kasihan,bahkan mereka sememangnya diciptakan dengan perasaan yang penuh dengan perasaan marah,mereka juga diciptakan dengan perasaan yang teramat suka mengazab ahli neraka sepertimana sukanya manusia itu kepada makanan dan minuman…(3)

“Semoga Allah merahmati perempuan yang menjaga hak Allah dan kehormatan dirinya..”

Contoh-contoh realisasi…

Nah,sudah jelaskan bagaimana Allah sifatkan keadaan nerakaNya kelak dan bagaimanakah sifat penjaga neraka itu pula? Maka tidak dapat tidak setiap insan yang bergelar ayah harus sedar kewajipan dan tanggungjawab yang berat ini!! Anda tidak boleh membiarkan anak-anak dan isteri anda berbuat sesuka hati mereka,anda mesti ajar mereka cara memberikan ketaatan kepada Allah dengan betul,ajari mereka segala larangan Allah dan kesan daripada larangan tersebut jika dilakukan,anda tidak disuruh sehinggakan harus menjadi seorang ustaz untuk menerangkan segala perkara ini,tetapi anda hanya perlu bertanya mana yang tidak tahu kepada yang tahu dan pergi belajar menadah kitab kepada orang yang tahu!!

” Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawaban ” (Al-Isra’ : 36)

Penerapan nilai-nilai islam kepada kaum keluarga adalah tersangat penting,bahkan rasulullah sallallahu alaihi wassalam sudah penjang lebar dalam hadithnya memberikan petunjuk bagaimana permulaan awal menerapkan nilai-nilai tersebut,iaitu sedari mereka masih kecil lagi,kerana jika sudah diajar dari kecil,maka perbuatan tersebut dengan izin Allah akan terbawa-bawa sehingga ke besar sepertimana juga perlakuan buruk yang mana jika sudah terbiasa sejak dari kecil akan terbawa-bawa sehingga ke besar!!

مروا أبناءكم بالصلاة لسبع سنين واضربوهم عليها لعشر سنين وفرقوا بينهم في المضاجع

Bermaksud : Perintahkanlah anak-anak kalian dengan solat ketika mereka berumur tujuh tahun lagi dan pukullah mereka jika mereka meninggalkanya ketika mereka sudah pun berumur sepuluh tahun dan pisahkan juga tempat tidur mereka (di antara anak lelaki dan anak perempuan) (riwayat Abu Daud bernombor 494 di dalam Kitaabus Solat dan berkatanya Imam Tirmizi : hadith ini berdarjat hasan)

أدبوا أولادكم على ثلاث خصال : حب نبيكم، وحب أهل بيته، وقراءة القرآن، فإن حملة القرآن في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله مع أنبيائه وأصفيائه

Bermaksud : “Ajarilah anak-anak kalian tiga perkara : Mencintai nabi kamu,mencintai ahli keluarga baginda dan membaca Al-Quran,kerana penghafal Al-Quran kelak akan dilindungkan Allah pada hari tiadanya lindungan selain lindungaNya bersama-sama dengan nabi-nabiNya dan kekasih-kekasihNya” (riwayat Abu Nasr Abdul Karim Asy-Syirazi di dalam Fawaied dan Ibnu Najjar daripada Ali radiallahu anhu)

Jangan lupa!! Di dalam mendidik mereka tentang solat ini haruslah bersabar :

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Thoha : 132)

Juga janganlah dilupakan didikan islam kepada isteri-isteri anda,ajari mereka cara menutup aurat yang betul yang mengikut syariat seratus peratus,hukum hakam solat,bersuci dari segala macam darah,cara-cara melayan suami,cara menjaga kehormatan suami,pendek kata seorang suami semestinya perlu banyak bertanya dan belajar tentang segala perkara ini,kerana anda harus sedar bahawa adanya kehidupan selepas kehidupan di dunia ini,yang mana anda bakal dipertanggungjawabkan tentang kepedulian mereka terhadap urusan agama mereka…

Antara contoh lain,sebuah hadith baginda nabi yang menunjukkan bahawa suami isteri haruslah cuba sedaya upaya untuk saling mengajak sesama mereka melakukan suatu kebaikkan yang mana kebaikkan tersebut bahkan dapat memberikan faedah kepada diri masing-masing :

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

Bermaksud : “Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di tengah malam lalu bersolat sunat dan mengejutkan isterinya daripada tidur,jikalau dia liat untuk bangun,dia merenjiskan air pada muka isterinya,begitulah juga Allah merahmati seorang perempuan yang bangun di tengah malam lalu bersolat sunat dan mengejutkan suaminya daripada tidur,jikalau dia liat untuk bangun,dia merenjiskan air ke muka suaminya” (hadith riwayat Imam Abu Daud di dalam Sahih Sunan Abi Daud)

Bahkan baginda nabi juga ada mengajak Aisyah radiallahu anha bersama-sama membuat solat sunat :

“ Diriwayatkan oleh Imam Muslim : Baginda nabi jikalau membuat solat sunat witir baginda akan berkata kepada Aisyah radiallahu anha : “Bangkitlah dan buatlah solat witir wahai Aisyah”

“Bukankah senang hati apabila melihat anak dara kita berpakaian sebegini??”

Contoh para salaf mengajar anak mereka…

Manusia sememangnya memerlukan seorang role model untuk diikuti,juga sebagai penunjuk jalan ke arah kebaikkan,role model yang agung tidak lain ialah baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,terlalu banyak di dalam hadith-hadith baginda tentang cara mengajar kaum keluarga agar menjadi keluarga yang diredhai Allah,cubalah kalian para ayah membelek-belek buku yang berkaitan,contohilah baginda nabi,di sini pula daku selitkan sedikit kisah para salaf mengajar anak mereka :

Ibrahim Bin Adham berkata : “Ayahku selalu berkata kepadaku : “Wahai anakku,pelajarilah hadith,setiap kali engkau menghafal sebuah hadith,aku akan memberikanmu satu dirham” lalu aku pun menghafal hadith kerana itu”

Al-Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatul Awliya’ meriwayatkan bahawa Imam As-Syafiey sering melontarkan soalan-soalan kepada anaknya Abu Utsman dan anak muridnya Abu Bakar Al-Humaidiy sambil berkata : “Siapa di antara kalian yang dapat menjawabnya,maka aku akan memberikanya satu dirham”

Imam Ibn Al-Jauzi di dalam kitabnya Manaqib Al-Imam Ahmad Bin Hanbal meriwayatkan daripada Saleh Bin Ahmad Bin Hanbal : “Ayahku (Imam Ahmad Bin Hanbal) sering memanggilku setiap kali ada orang yang zuhud datang bertamu,agar aku melihatnya kerana dia ingin aku menjadi seperti orang itu” (lihat juga Siyar I’lam An-Nubala’ oleh Imam Az-Zahbi 12/529)

Diriwayatkan juga oleh Anas Bin Malik : “Sesungguhnya mereka (para salaf) mengajar anak-anak mereka mencintai ibu-bapa sepertimana mereka mengajar satu surah daripada Al-Quran” (di dalam Kitabus Sunnah oleh Ahmad Bin Muhammad Bin Harun Bin Yazid “Al-Khallal” (w: 311 hijrah)

Oleh itu,sedarlah wahai insan yang bergelar ayah,sedarlah tanggungjawab kalian kepada kaum keluarga kalian,belek-beleklah buku banyak-banyak,jangan malas!! Ape? Ingat kahwin ni senang ker ha?? Hehe..

“Kucing yang menutup aurat..”

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

******************************************************************************

RUJUKKAN DAN PENERANGAN :

(1)    Al-Jaamik Li Ahkamil Quran oleh Al-Imam Abi Abdillah Muhammad Bin Ahmad Al-Ansari Al-Qurthubi,m/s : 418-419 terbitan Darul Hadith Al-Qaherah.

(2)   Tafsir Al-Quranul Azim oleh Imam Ibnu Katsir,qaul ini di ambil daaripada Qatadah,m/s : 352.

(3) Di ambil daripada sumber yang sama daripada sumber nombor (1)

Graduan?? hmmm…

pallas

“Minta maaf…”

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekelian alam…

Minta Maaf..

Pertamanya aku ingin meminta maaf kepada blog ini dan juga kepada beberapa orang yang sudi membaca blog ini,kerana tidak menghiaskan blog ini dengan ilmu-ilmu Allah lagi,kalau mahu cakap tentang sebab,banyak sebabnya,antaranya rumahku di Tetouan memang tiada line internet,aku juga agak sibuk dengan suatu hal yang sangat penting,ianya hal yang bersangkut paut dengan masa depan hidupku…aku berdoa semoga ianya berjaya dan semoga segalanya Allah mudahkan urusanya…Sesungguhnya hanya Allah tempat diriku bersandar segala perkara dan sebaik-baik tempat bersandar ialah berdoa kepada Allah..dan aku teramat yakin denganya..

graduated

“Graduan yang sombong..”

Bergelar graduan…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah,aku sudah pun bergelar graduan Ijazah Usluddin di Universiti Qurawiyyien Tetouan di Maghribi di Fakulti Usuluddin dan Komunikasi Moden…tapi aku tidak bangga langsung dengan gelaran pemegang ijazah ini,sebab bagi aku tiada apa yang boleh dibanggakan lagi,ijazah yang dipegang itu tidak melambangkan langsung kepenuhan ilmu di dada si pemegang,tak keterlaluan kalau aku katakan ijazah yang didapati itu terkadang hasilnya hanyalah disebabkan si pelajar telah banyak menahan mata untuk menghafal sehingga ke tengah malam,membuat berbagai cara asalkan segala maklumat di syllabus dapat dipindahkan ke kertas jawapan,pujuk memujuk dan rayu merayu kepada ustaz-ustaz agar dinaikkan sedikit markah ataupun memberikan mereka ‘saguhati’ berupa hadiah untuk mendapatkan perhatian mereka….kemudian hanya perlu bersabar beberapa tahun membuat sedemikian kemudian beroleh sekeping kertas yang menyatakan bahawa kamu sudah pun mempunyai ilmu yang layak untuk kamu menjadi tempat rujukkan orang ramai…

Tetapi ini ijazah pada satu bahagian,pada bahagian yang lain pula adanya suatu ijazah yang sememangnya si pemegang tersebut berasa betul-betul berisi dengan ilmu-ilmu di kuliah tersebut dan tidak menganggap langsung beberapa tahun yang dihabiskan itu sia-sia belaka…mungkin kerana setiap pelajaran yang dipelajarinya itu digandingkan bersama dengan penghayatan melebihi daripada hanya sekadar menghafal buta segala maklumat dan mengharapkan kerja yang bakal mendatang hasil daripada ‘ijazah kosong’ itu tadi…

Apa-apa pun,prinsip aku : “Jangan menafikan kebaikkan sesuatu benda yang walaupun hanya ada sedikit sahaja kebaikkan padanya” tapi prinsip aku ini hanya boleh dipakai apabila ianya tidak berlanggar dengan syariat Allah yang maha sempurna,kalau prinsip ini berlanggar,anggap sahaja ini kata-kata orang gila!!

P/S : Contoh : “Mereka bertanyakan kepadamu tentang arak dan judi,katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat pada manusia,tetapi dosa keduanya adalah lebih besar dari keduanya” (surah Al-Baqarah : 219 ) oleh itu, pada ayat ini aku sudah menjadi orang gila!!

Syeikh tua yang sakit dan pakcik seperguruan…

Guruku yang mulia As-Syeikh Abdul Qadir hafizahullahu taala sekarang sedang sakit,oleh itu pengajianku yang berlangsung selama ini telah dihentikan serta merta oleh beliau,beliau berkata :

“Daud,saya ini sudah sakit,mata juga tidak nampak perkataan pada kitab,rutin harianku sekarang adalah berulang alik menemui doktor,jadi kita hentikan segala pelajaran kita,dengan izin Allah sesudah diriku sembuh kita mulakan kembali pengajian”…

Terperanjat bercampur sedih,ada juga rasa kasihan dan rasa bersalah…

Pakcik-pakcik seperguruan denganku juga mungkin berasa seperti apa yang diriku rasakan tadi…seperti Pakcik Mouhammad “Al-Khayyath La Primera” (tukang jahit nombor satu),Pakcik A’yasyi “Si Faqih Diyalna” (pak imam kami) Tok Imam di masjid dekat dengan rumah aku,Pakcik Mouhammad,pengunjung setia masjid tersebut yang mana pasti mukanya akan ada di tiang masjid besar tersebut sambil tangan membelek kitab,menakjubkan,walaupun umur beliau sudah tua tetapi keinginan menuntut ilmu itu tetap segar,dan begitulah juga dengan Pakcik Si Mouhammad “Si Faqih Mkharbek” (pak imam kelam kabut) gelaran yang diberikan oleh As-Syeikh disebabkan beliau selalu hadhir lambat ke kelas kami,walaupun begitu apabila beliau diuji soal oleh As-Syeikh dengan selamba menjawabnya seperti beliau sudah ada semenjak majlis bermula lagi!!

Betapa rindunya aku dengan keadaan kelas talaqqi As-Syeikh,ukhuwwah yang terbina sesama kami terasa amat manis,bahkan aku tidak pernah berasa asing apabila berada di kalangan mereka,tiada istilah arab-arab,melayu-melayu,bahkan aku mampu memahami setiap ocehan mereka dengan dialek “Syamali” (Maghribi Utara)  mereka…

Semoga As-Syeikh berada dalam keadaan sihat semula hendaknya dan agar kami anak-anak murid ini berpeluang menadah kitab semula…

doraemon

“Kucing Doraemon!!..”

Tidak tahu…

Sampai sekarang aku masih tidak tahu bilakah tarikh tepat untuk aku pulang ke tanahair tercinta Malaysia,segalanya akan terjawab apabila urusanku semuanya diselesaikan dengan jayanya insyallah,sudah tidak larat memikirkan karenah birokrasi maghribi yang berada di paras yang teramat teruk,apabila orang bertanya : “Bila nak balik??” jawabku mudah : “Tak tahu lagi”,dan juga : “Tiket dah beli ke belum?” jawabku mudah : “Belum,tak tahu bila nak balik”…ayahku pula sudah bising-bising menyuruhku pulang,perkataan “Baliklah” itu sudah menjadi basahan bibir beliau,ayah..bukanya aku tidak mahu balik,tetapi keadaan tidak mengizinkan,dengan izin Allah aku akan pulang jua…takutnya kena jadi imam sembahyang terawih apabila pulang nanti!! hahaha…

Kalaulah aku ada Doraemon yang mampu menyelesaikan segala masalah manusia dengan hanya alatan-alatan dari dalam poketnya itu,sudah pasti aku akan halau dia awal-awal lagi,kerana aku sudah pun mempunyai tuhan yang sudah pasti akan mengabulkan permintaanku apabila aku meminta dan menyembuhkan aku apabila aku sakit dan memberikanku makanan apabila aku lapar,oleh itu,apabila berharap pada manusia,gantungkan dahulu harapanmu terhadap kuasa Allah dan Ar-Rahman serta Ar-Rahimnya beserta berbaik sangka pula terhadapNya,jangan sekali-kali berharap seratus peratus kepada manusia,ingatlah bahawa Allah maha memiliki hati hamba-hambaNya,oleh itu minta sahaja pada Allah agar diperbuatkan apa sahaja terhadap hati tersebut!!

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

Bersangka baik…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah…

kucing 1

“Segak dan bergaya lambang kucing sejati..”

BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH SERTA HAKIKATNYA…

Hendaklah kalian berjaga-jaga dari tertipu oleh diri sendiri terhadap Al-Asbab ini,dan perkara ini merupakan perkara yang sangat penting…

Sesungguhnya seseorang itu sangat mengetahui bahawa kelalaian dan kealpaan dari mengingati Allah serta perlakuan maksiat itu merupakan sebab-sebab yang boleh memudharatkanya pada kehidupanya di akhirat dan juga di dunia dan perkara ini sangat pasti,cuma terkadang dia telah tertipu oleh dirinya sendiri terhadap sandaranya yang salah kepada keampunan Allah serta pengampunaNya terhadap semua jenis dosa,samada ia besar atau kecil,terkadang dia juga tertipu oleh penangguhanya pada bertaubat dan tertipu dengan berasa cukup hanya  istighfarnya dengan lisan kepada Allah,begitu juga dia terkadang tertipu dengan amalan-amalan sunat yang menjanjikan segunung pahala kepada pelakunya,dan juga terkadang dia boleh tertipu dengan ilmunya sendiri dan salah anggapanya terhadap qadar Allah taala…

Dan betapa banyaknya manusia yang menyangka bahawa apabila dia melakukan sesuatu maksiat kemudian dia mengucap : “Aku meminta ampun kepada Allah” maka akan terhapuslah segala dosa tersebut lalu dia pun berasa tenang kerana dapat memadamkan dosanya hanya dengan ucapan sedemikian,sesungguhnya pernah seorang yang a’lim dalam bidang feqh berkata kepadaku : Aku telah melakukan sesuatu yang mungkar kemudian aku akan mengucapkan : Subhanallah Wa Bihamdihi sebanyak seratus kali!! maka akan terampunlah segala kemungkaran tersebut semuanya,kerana telah sahih dari baginda nabi bersabda bahawa :

من قال في يوم : سبحان الله وبحمده مائة مرة حطت عنه خطاياه ولو كانت مثل زبد البحر

Bermaksud : Sesiapa yang berdoa setiap hari dengan ini : Subhanallah Wa Bihamdihi sebanyak seratus kali,maka akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Telah berkatanya seorang Ahli Mekah kepadaku : Jikalau salah seorang dari kalangan kami melakukan suatu dosa,maka dia hanya perlu mandi,bertawaf di Baitullah selama seminggu maka akan terhapuslah dosanya itu..

Dan ada juga yang telah berkata kepadaku : Sesungguhnya telah sahih dari baginda nabi bahawa :

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu” (riwayat Imam Bukhari di dalam bab Tauhid bernombor 7507)

Lalu dia pun berkata : Dan aku tidak berasa ragu langsung bahawa aku mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosaku dan menghapuskanya…

buruk

“Wahai kawan-kawan janganlah menipu ya..”

Contoh-contoh manusia yang menipu dan tertipu….

Dan inilah merupakan antara contoh-contoh manusia yang hanya bersandar pada nas-nas yang mengandungi pengharapan terhadap keampunan dan rahmat Allah dan telah tersalah anggap mengenainya,yang mana sandaran mereka tersebut hanyalah  suatu sandaran buta terhadap nas-nas tersebut,jikalau kalian menegur mereka terhadap sesuatu kesalahan atau kemungkaran,maka mereka akan membacakan kepada kalian apa-apa yang dihafal mereka tentang keluasan rahmat Allah,pengampunaNya terhadap segala dosa serta segala nas-nas yang mengandungi harapan-harapan tersebut,dan orang-orang jahil semacam ini merupakan golongan yang pelik dan ajaib sekali!!

Ada juga yang berkata : Membersihkan diri kalian dari dosa-dosa adalah suatu perbuatan yang jahil dengan keluasan rahmat pengampunan Allah!!

Bahkan ada juga yang berkata : Meninggalkan dosa-dosa adalah suatu keberanian meremehkan keampunan Allah dan memperkecilkanya!!

Dan di antara orang-orang yang tertipu itu ada pula yang hanya bersandar dengan hujah Al-Jabr,iaitu mengatakan bahawa setiap perbuatan manusia itu adalah suatu bentuk keterpaksaan dari Allah,dan manusia tidak ada upaya serta pilihan untuk membuat sesuatu apa pun,kerana semua perbuatanya seakan-akan hanya dikawal oleh Allah sahaja,maka seseorang itu mencuri adalah kerana ianya kehendak Allah dan bukan kehendak dirinya sendiri!!

Dan ada pula yang menipu dengan sandaran pengharapan yang salah,yang mana makna iman bagi mereka tidak lebih hanyalah suatu bentuk pembenaran di dalam hati,dan segala bentuk amalan anggota tubuh bukan merupakan makna iman,dan bagi mereka,iman orang yang paling fasiq adalah seperti iman Jibril dan Mikail…

Dan begitulah juga diantara mereka ada yang menipu dengan kecintaan mereka yang melebih-lebih terhadap syeikh-syeikh dan orang-orang soleh,sehinggakan kerap mengunjungi kuburan mereka dan merintih mengharap di sisi kuburan tersebut,dan meminta syafaat denganya,bertawassul pula pada Allah dengan mayat-mayat tersebut…

Ada juga yang menipu dengan mengatakan bahawa Allah tidak menginginkan azab seksaNya dikenakan pada hambaNya,dan mengatakan bahawa azabNya tidak menambahkan apa-apa langsung kepada kerajaaNya,dan rahmatNya pula tidak berkurangan langsung jika diberikan,dan mengatakan : “Aku mengharapkan rahmatNya,dan Dia pula Yang Maha Kaya dari segala yang kaya,sepertimana seorang yang miskin yang terdesak dan mengharapkan segelas air dari seseorang yang mempunyai sungai yang mengalir pastilah dia tidak akan menghampakan orang yang meminta tersebut…

Ada juga yang menipu dengan pemahamanya yang salah terhadap nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah,dan hanya bergantung pula pada pemahamanya yang salah itu,contohnya pada firman Allah :

“Dan sungguh kelak tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu,sehingga engkau menjadi puas” (Ad-Dhuha : 5)

Lalu mereka berkata : Dan sesungguhnya nabi Muhammad itu tidak akan redha umat baginda berada di neraka,dan ini merupakan jahil yang paling buruk bahkan ianya suatu pembohongan terhadap baginda,sesungguhnya baginda hanya akan redha pada apa yang diredhai oleh tuhanya,bukankah Allah Taala redha untuk mengazab orang yang zalim,fasiq,khianat dan orang-orang yang tidak bertaubat kepadaNya? Maka baginda nabi merupakan orang yang paling jauh untuk mengatakan bahawa baginda tidak redha pada apa yang diredhai oleh tuhanya yang maha suci!!

Begitu juga adanya golongan yang banyak bergantung dengan ayat ini :

“Sesungguhnya Allah akan mengampuni segala dosa” (Az-Zumar : 53)

Dan inilah juga antara contoh jahil yang paling buruk sekali,dengan berkata : Sesungguhnya syirik juga termasuk di dalam ayat ini,bahkan ianya merupakan kepala segala dosa dan asas kepada segala dosa,dan tiadanya khilaf di kalangan para ulamak bahawa ayat ini disebut kepada orang-orang yang ingin bertaubat,dan sesungguhnya Allah yang Maha Pengampun itu akan mengampunkan dosa setiap orang yang bertaubat walau macammana jenis pun dosanya itu,jikalau ayat ini tidak disebutkan kepada orang-orang yang bertaubat maka tiadalah gunanya segala nas-nas yang menceritakan ancaman-ancaman serta khabar buruk dari Allah kepada pelaku maksiat dan dosa…sesungguhnya pemahaman sedemikian disebabkan kecetekkan ilmunya dan pemahamanya yang salah,sesungguhnya Allah telah membuat pernyataan umum dan pernyataan yang mutlaq di dalam ayat ini,dan sememangnya diketahui bahawa ayat ini dimaksudkan kepada orang-orang yang ingin bertaubat…

Tetapi….Allah telah menyatakan ayat yang khusus pula di dalam surah An-Nisa’ :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa yang mensyirikkaNya,dan akan mengampuni dosa selain itu yang mana ianya kepada sesiapa yang Dia kehendakki” (An-Nisa’ : 48)

Maka di sini,Allah telah mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan mengampunkan dosa syirik,dan Dia juga telah mengkhabarkan bahawa Dia akan mengampunkan dosa selain syirik,jikalau ayat ini adalah hak orang yang bertaubat,sudah tentu Allah tidak akan pisahkan antara syirik dan selainya…

Dan begitulah juga ada yang menipu dengan ayat :

“Wahai manusia! Apakah yang telah menipu kamu (sehingga membuat derhaka) kepada tuhanmu yang maha pengasih??!! (Al-Infithar : 6)

Dan mereka telah berkata : SifatMu yang maha pengasihlah yang telah menipu kami !! (Maha Suci Allah) …

Bukankah ini merupakan contoh kejahilan yang buruk??!! Sesungguhnya ketahuilah bahawa yang menipu mereka tidak lain ialah tuhan mereka yang penipu!! iaitu Syaithan Laknatullah Alaihi dan nafsu amarah mereka yang bersarang di dalam diri mereka itu!! kejahilan mereka dan hawa nafsu mereka!!

Sesungguhnya Allah telah meletakkan namaNya yang agung iaitu Al-Karim di dalam ayat tersebut,iaitu Raja yang maha agung yang perlu ditaati yang mana tidak seharusnya Dia memperdaya dan menipu!! dan si penipu ini telah meletakkan tipuan tersebut kepada tempat yang tidak sepatutnya…

Ada pula yang menipu tentang hal neraka dengan ayat ini :

“Yang hanya akan di lemparkan ke (neraka) itu ialah orang yang paling celaka,yang mendustakan kebenaran dan berpaling (dari iman)” (Al-Lail : 15 dan 16)

dan juga membacakan ayat ini :

“Yang telah disediakan (neraka) untuk orang-orang kafir” (Al-Baqarah : 24)

Tetapi orang yang menipu ini sesungguhnya dia tidak sedar bahawa :

“Maka,kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala” (Al-Lail : 14)

iaitu bermaksud api neraka yang dikhususkan kepada api daripada tingkat neraka yang paling bawah,jikalau ianya semua jenis api dari semua jenis neraka pastilah Allah tidak akan berkata : “Dimasukkan ke neraka…” tetapi Allah telah berkata : “Dilemparkan ke neraka…”

Dan tidaklah semestinya bermaksud tidak dilemparkan itu bermakna tidak akan dimasukkan ke neraka,kerana dilemparkan ke dalam neraka itu adalah lebih khusus daripada hanya masuk ke dalam neraka,dan menafikan sesuatu yang lebih khusus tidak akan menafikan sesuatu yang umum!!

Manakala Allah berkata tentang neraka : “Yang telah disediakan (neraka) untuk orang-orang kafir” (Al-Baqarah : 24)

Janganlah lupa bahawa Allah juga telah berkata tentang syurga :

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (Al-Imran : 133)

Sesungguhnya tidaklah dinafikan bahawa neraka yang telah disediakan untuk orang kafir itu juga akan dimasuki oleh para fasiq dan orang zalim,begitulah juga syurga yang telah disediakan oleh Allah kepada orang-orang yang bertaqwa itu akan dimasuki juga oleh orang-orang yang mempunyai seringan-ringan iman di dalam hatinya walaupun tidak pernah berbuat baik langsung…

Ada juga yang tertipu dengan hanya bergantung kepada puasa Hari Asyura’ atau puasa Hari Arafah,sehingga terdengar ada yang berkata : “Puasa Hari Asyura’ akan menghapuskan semua dosa-dosa di dalam setahun,dan dia hanya perlu berpuasa Hari Arafah sahaja  sebagai tambahan kepada pahala”….sedangkan dia tidak sedar bahawa puasa bulan Ramadhan dan solat-solat wajib adalah lebih besar dan lebih mulia pahalanya daripada puasa Asyura’ dan puasa Arafah,yang mana puasa wajib dan solat wajib tersebut akan menghapuskan dosa di antara keduanya jika dia meninggalkan dosa-dosa besar,maka dari Ramadhan ke Ramadhan seterusnya dan Solat Jumaat ke Solat Jumaat seterusnya tidaklah berapa kuat untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kecuali dengan menggabungkan sekali dengan menjauhi perbuatan dosa-dosa besar bersamanya,maka jadi lebih kuat kedua-duanya untuk menghapuskan dosa-dosa kecil….

Bagaimana mungkin akan dihapuskan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh seorang hamba dengan hanya berpuasa sunat dan dia pula tidak bertaubat dari dosa-dosa tersebut ??!!

Sesungguhnya ia mustahil!! Tetapi tidaklah dinafikan bahawa puasa Arafah dan Asyura’ dapat menghapuskan dosa-dosa dalam setahun jika ianya dilihat secara umum,tetapi perlulah diingati bahawa setiap ayat-ayat yang mengandungi ganjaran pahala mempunyai syarat serta pantang larangnya,yang mana tidak bertaubat daripada dosa-dosa besar merupakan penghalang daripada dosa-dosa dalam setahun itu dapat dihapuskan,jika dia bertaubat dari dosa-dosa besar tersebut,sudah pasti dengan izin Allah puasa sunat serta taubat tersebut dapat mencapai makna umum penghapusan dosa-dosanya dalam setahun…

Sepertimana puasa Ramadhan dan solat-solat wajib jika  digabungkan bersama meninggalkan dosa-dosa besar ianya akan saling lengkap melengkapi untuk menghapuskan dosa-dosa kecil,Allah Taala telah berkata :

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahanmu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia” (An-Nisa’: 31)

Maka dapatlah diketahui di sini bahawa menjadikan sesuatu sebagai sebab untuk menghapuskan dosa tidaklah menghalang ia untuk membantu sebab yang lain pula untuk menghapuskan dosa,iaitu : menjadikan taubat daripada dosa-dosa besar sebagai sebab untuk menghapuskan dosa tidaklah menghalang taubat tersebut untuk membantu puasa Ramadhan dan solat wajib menghapuskan dosa…

Yang mana menjadikan penghapuskan dosa itu dengan menghimpunkan dua sebab bersama adalah lebih kuat dan lebih sempurna daripada hanya bergantung buta dengan ganjaran tersebut semata…

Bersangka baik,bagaimanakah??

Begitu juga ada yang hanya bergantung kepada hadith ini :

“Aku pada sangkaan baik hambaku kepadaku,maka bersangkalah dia kepadaKu sesuka hatinya” (riwayat Imam Ahmad,Bukhari dan Muslim)

Ianya bermaksud : Apa-apa sahaja yang menjadi sangkaanya kepadaKu,maka Aku akan menjadikan sangkaanya itu benar…

Tanpa sebarang keraguan bahawa bersangka baik itu semestinya perlu ada bersama denganya Al-Ihsan,orang yang baik akan bersangka baik dengan tuhanya dan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya atas sifat Ihsanya itu dan sesungguhnya Dia tidak akan mungkiri janjiNya dan akan diterima pula taubatnya,manakala orang yang bersangka buruk dengan tuhanya,yang tidak bertaubat dari dosa-dosa besar,yang berlaku zalim dan berbagai lagi kemungkaranya maka segala maksiat-maksiat,dosa-dosa dan noda tersebutlah yang menghalangnya untuk bersangka baik dengan tuhanya,sepertimana yang tertera pada hadith tadi…

Sepertimana seorang hamba yang jahat dan tidak mendengar arahan tuanya pastilah dia tidak akan bersangka baik dengan tuanya itu,dan sesungguhnya dosa dan maksiat tidak akan dapat bercampur dengan bersangka baik selamanya..

Berkatanya Hasan Al-Basri : “Sesungguhnya seorang mukmin yang bersangka baik dengan tuhanya pastilah akan baik juga amalanya,dan seorang pelaku dosa dan maksiat yang  bersangka buruk dengan tuhanya pastilah akan buruk juga perlakuanya….”

Bagaimana mungkin dia boleh bersangka baik dengan tuhanya sedangkan dia sendiri menjauhinya?? yang mana dia pergi mencari kemarahan tuhanya dan melakukan apa yang tidak disukaiNya,mendedahkan dirinya untuk  mendapat laknat daripada tuhanya,begitu juga dia telah mengambil ringan segala hak-hak tuhanya serta arahan-arahaNya kepada dirinya ,dia juga telah memandang ringan segala larangan-larangan tuhanya lalu melakukan larangan tersebut dan seterusnya tidak ingin bertaubat pula dari perlakuan tersebut,apakah mungkin dia bersangka baik pada tuhanya??!!

Bagaimanakah dia dapat bersangka baik dengan tuhanya dan dia menyakiti para waliNya dan mengasihi musuh-musuhNya?? dan dia engkar kepada sifat-sifat tuhanya yang maha sempurna,bersangka buruk pula pada apa yang telah Dia sifatkan pada diriNya sendiri ,dan dia bersangka pula di atas kejahilan dirinya sendiri bahawa memandang sifat-sifat tersebut dengan pandangan zahir adalah sesat dan kufur? bagaimana mungkinkah??!!

Bagaimana mungkinkah dia dapat bersangka baik dengan tuhanya dan dia bersangka bahawa Allah itu tidak berkata-kata,tidak memberikan arahan,tidak melarang,tidak meredhai dan tidak marah??!! Sesungguhnya Allah telah berkata tentang orang yang syak bahawa Allah tidak bisa mendengar perkara yang kecil-kecil iaitu perkara rahsia dengan berkata :

“Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang rugi” (Al-Fussilat :23)

Mereka telah menyangka bahawa Allah subhanahu wa taala tidak berapa mengetahui tentang apa yang mereka lakukan,dan ini merupakan suatu buruk sangka terhadap Allah,lalu jadilah mereka orang yang binasa disebabkan sangkaan tersebut,dan begitulah keadaanya orang yang engkar terhadap sifat-sifat Allah yang maha sempurna dan sifatNya yang mulia,dan telah mensifatkan Allah dengan sifat yang tidak selayaknya kepadaNya,dan jika orang ini bersangka bahawa dia boleh masuk ke syurga dengan sangkaan sedemikian ketahuilah bahawa sesungguhnya itu tidak lebih hanyalah suatu tipuan dan pembohongan semata dari nafsunya dan merupakan pujukkan dari syaithan!!

Berikan perhatianmu dengan perkara ini,iaitu perhatian dengan sepenuh perhatian,bagaimana mungkinkah seseorang itu dengan berasa yaqin bahawa dia akan dapat berjumpa dengan tuhanya kelak sedangkan Allah maha mendengar setiap kata-katanya dan maha melihat di setiap tempat dia berada dan maha mengetahui setiap yang jelas dan tersembunyi dan tidak tersorok walau satu pun pada pengetahuaNya,dan dia berdiri di hadapan tuhanya kelak dan dia dipersoalkan tentang apa yang telah dia perbuatkan di dunia sedangkan dia telah melakukan perkara-perkara yang mengundang kemarahaNya dan dia telah mensia-siakan segala arahan-arahan tuhanya kepadanya?? dan dia pula mengatakan bahawa dia telah bersangka baik kepada Allah??!! Apa bukankah ini merupakan tipuan dari nafsu dan tidak lebih hanyalah suatu harapan yang penuh pembohongan??

“Dari Abu Umamah : Aku telah masuk berjumpa Aisyah radiallahu anha bersama ‘Urwah Bin Zubair ,lalu beliau telah berkata : Jikalaulah kalian berdua melihat bahawa rasulullah sallallahu alaihi wassalam pada suatu hari sedang sakit,dan dia ada 6 dinar atau 7 dinar duit,dan baginda mengarahkan kepadaku untuk membahagikan duit tersebut kepada faqir miskin,dan aku pula sedang sibuk menguruskan sakit baginda tersebut sehinggalah baginda disembuhkan Allah,kemudian baginda bertanya : Apakah yang telah kamu perbuatkan dengan duit tersebut? Apakah kamu bahagikan 6 dinar itu? lalu dia berkata : Demi Allah,aku tidak membahagikanya,kerana ketika itu aku sedang sibuk menguruskan sakitmu,lalu baginda pun meminta duit tersebut dan meletakkanya di atas telapak baginda lalu berkata : “Apakah sangkaan nabi Allah ini jikalau dia bertemu dengan Allah kelak dan duit ini masih bersamanya??”

Dan apakah pula sangkaan insan-insan yang melakukan dosa-dosa besar dan segala macam kezaliman ini jika bertemu dengan Allah kelak dan segala kezalimanya terhadap orang lain masih lagi bersamanya???

Ada yang berkata : Kami telah bersangka baik kepadaMu,kami bersangka yang Engkau tidak akan mengazab orang-orang yang zalim dan tidak akan mengazab orang-orang yang fasiq,maka seorang hamba itu perbuatlah apa pun yang disukainya,dan lakukanlah apa pun yang telah Allah larangi,tetapi bersangka baikklah terhadap Allah bahawa api neraka tidak akan menyentuh dirinya….Subhanallah!! maha suci Allah!! betapa tertipunya hamba Allah ini!!

Nabi Allah Ibrahim pernah berkata pada kaumnya :

“Apakah kamu mahukan sembahan-sembahan selain Allah dengan jalan berbohong? Maka apakah anggapanmu terhadap Tuhan semesta alam?” (As-Soffaat : 86-87)

Iaitu : Apakah sangkaan kalian terhadap Allah yang akan Dia lakukan terhadap kalian apabila kalian bertemu dengaNya kelak dan kalian pula telah menyembah selain Dia??

ngendap

“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!”

Fokuslah serta ambillah perhatian…

Sesiapa yang mengambil perhatian dengan sebenar-benar perhatian pastilah dia akan mengetahui bahawa bersangka baik dengan Allah sebenarnya adalah berbuat baik…Sesungguhnya yang menjadikan seorang hamba itu melakukan kebaikkan adalah disebabkan sangkaanya yang baik terhadap Allah bahawa Allah akan mengurniakanya pahala terhadap amalan-amalanya bahkan menyangka bahawa segala amalan-amalanya itu akan diterima oleh Allah,jelaslah bahawa yang menjadikanya berbuat baik adalah bersangka baik,dan ketikamana dia bersangka baik dengan tuhanya pasti dia akan berbuat baik,jika dia tidak berbuat baik maka ianya adalah bersangka baik bersama mengikut hawa nafsu…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

sembahyang

“Ya Allah ya tuhanku,berikanlah daku friskies bersama susu”

Fasal pada menyatakan diantara penghalang termaqbulnya doa… (1)

Dan diantara penghalang yang menghalang dari termaqbulnya doa seseorang itu ialah apabila dia menginginkan supaya doanya cepat termaqbul,dan merungut apabila doanya lambat termaqbul lalu dia pun berputus asa seterusnya meninggalkan terus daripada berdoa,maka keadaan orang sedemikian tidak ubah seperti seseorang yang menyemai benih atau menanam tanaman,yang mana pada mulanya dia begitu menjaganya dengan baik dan sentiasa menyiramnya dengan rajin,kemudianya apabila dia melihat benih atau tanaman tersebut lambat membuahkan hasil dia pun sudah tidak menghiraukanya lagi serta sudah tidak menyiramnya…

Di dalam sebuah hadith sahih riwayat Imam Bukhari ada menyatakan bahawa : Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu,sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah bersabda :

يستجب لأحدكم ما لم يعجل يقول دعوت فلم يستجب لي

Bermaksud : “Akan dimaqbulkan doa seseorang itu jika dia tidak tergesa-gesa (mahukan doa cepat dimaqbulkan dan merungut apabila lambat dimaqbulkan) sambil berkata : Aku sudah pun berdoa,tetapi tidak dimaqbulkan langsung” (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Manakala di dalam sebuah hadith lain pula riwayat Imam Muslim ada menyatakan tentang ini :

لا يزال يستجاب للعبد ما لم يدع بإثم أو قطيعة رحم, ما لم يستعجل, قيل يا رسول الله ما الإستعجال؟ قال : يقول قد دعوت و قد دعوت فلم أر يستجاب لي فيستحسر عند ذلك ويدع الدعاء

Bermaksud : “Doa seseorang hamba itu akan termaqbul selagimana dia tidak mendoakan sesuatu yang mendatangkan dosa atau sesuatu yang boleh menyebabkan terputusnya silaturrahim,dan selagimana dia tidak tergesa-gesa,lalu ditanyakan kepada baginda : Ya rasulallah,bagaimanakah tergesa-gesa itu? baginda berkata : Apabila dia berkata sesungguhnya aku ini sudah pun berdoa dan berdoa tetapi aku merasakan doaku itu tidak dimaqbulkan,lalu dia pun berputus asa dari berdoa seterusnya meninggalkan terus dari berdoa”

Maka berjaga-jagalah wahai saudaraku sekalian daripada sifat mudah berputus asa apabila kalian mengharap kepada Allah akan sesuatu,kerana dikhuatiri sikap sedemikian bakal membuatkan kalian meninggalkan berdoa kepada Allah dan berputus asa untuk meminta apa-apa yang dihajati seterusnya tidak menjadikan Allah sebagai tempat meminta dan bersandar segala perkara,makanya di dalam setiap doa kalian cubalah sedaya mungkin jangan merasakan :

(1)    Tergesa-gesa mahu dimaqbulkan doa tersebut

(2)    Merungut-rungut apabila merasakan doa tersebut tidak dimaqbulkan dengan berkata : Aku sudah pun berdoa banyak kali tetapi tidak dimaqbulkan!!

(3)    Terbit rasa putus asa untuk meminta kepada Allah

(4)    Meninggalkan berdoa pada Allah (Nauzubillahi min zaalik)

Tetapi hendaklah kalian merasa dengan yaqin bahawa doa kalian pasti akan dimaqbulkan,selagimana doa tersebut bukan untuk sesuatu yang bakal mendatangkan dosa dan maksiat serta bukan juga untuk memutuskan silaturrahim…

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة واعلموا أن الله لا يقبل دعاء من قلب غافل لاه

Bermaksud : “Berdoalah kalian kepada Allah dan kalian berasa yaqin akan termaqbulnya doa tersebut,ketahuilah kalian bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memaqbulkan doa seseorang yang hatinya lalai dan alpa” (hadith riwayat Imam Tirmizi dan Imam Al-hakim di dalam Mustadraknya dan At-Thobrani di dalam Ad-Doa’,Ibnu A’diy dan Ibnu Hibban dengan sanad yang dhoif)

doa

“Ya Allah,aku berdoa kepadamu dengan penuh mengharap”

Fasal pada menyatakan waktu-waktu yang mungkin memaqbulkan doa…

Dan hendaklah seseorang itu di dalam doanya disertakan bersama dengan menghadhirkan hatinya di dalam berdoa,memberikan tumpuan dengan sepenuhnya terhadap apa yang dimintanya,dan juga bertepatan pula waktunya yang memungkinkan dimaqbulkan Allah jika berdoa dikala itu,antaranya :

(1)    Di sepertiga malam

(2)    Ketika dilaungkan azan

(3)    Di antara azan dan Iqamah

(4)    Sejurus selepas solat-solat wajib

(5)    Ketika khatib jumaat naik ke atas mimbar sehinggalah solat Jumaat dikerjakan

(6)    Di waktu akhir solat Asar di hari yang sama (hari Jumaat)

Dan hendaklah apabila berdoa di waktu-waktu sedemikian dia khusyuk memintanya dengan penuh tumpuan di dalam hatinya,penuh rasa hina di hadapan Tuhanya Yang Maha Pemberi,merintih dan mengharap agar dimaqbulkan apa  yang dipinta,menghadapkan dirinya ke arah qiblat,berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk,mengangkat tanganya ketika berdoa,mulakanlah doanya dengan puji-pujian terhadap Allah terlebih dahulu,memberikan selawat serta salam kepada baginda nabi sallallahu alaihi wassalam ,dan dahuluilah doanya itu dengan bertaubat serta meminta ampun kepada Allah, dan bertawassul doanya itu dengan nama-nama Allah yang maha suci…

Dan ingatlah bahawa sesungguhnya keadaan berdoa dengan sedemikian rupa dengan izin Allah tidak akan ditolak selamanya,lebih-lebih lagi apabila kena dengan waktu-waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa seperti yang dinyatakan tadi seperti yang dikhabarkan oleh baginda nabi dan doa itu pula dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,sebagai pedoman antaranya :

“Dari Abdullah Bin Buraidah daripada ayah beliau sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah terdengar seorang lelaki berkata :

اللهم إني أسألك بأني أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد فقال : لقد سأل الله بالإسم الأعظم الذي إذا سئل به أعطى وإذا دعي به أجاب

Bermaksud : Ya Allah,sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan aku bersaksi bahawa engkaulah Allah tiada tuhan selain engkau,Yang Maha Satu,tempat meminta segala sesuatu,yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tiadalah sesuatu yang setara dengaNya,maka berkatanya baginda nabi : Sesungguhnya dia telah berdoa dengan nama Allah yang maha agung,yang mana jika meminta denganya pasti akan diberi dan jika berdoa denganya pasti akan dimaqbulkan” (riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,At-Tirmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban)

Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Sahih Ibnu Hibban : “Dari Abu Hurairah radiallahu anhu dan dari Anas Bin Malik dan Rabia’h Bin A’mir dari baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,sesungguhnya baginda telah bersabda :

ألظّوا بيا ذالجلال والإكرام

Bermaksud : Berpeganglah kalian dengan kalimah “Ya Zal Jalali Wal Ikram” (di dalam doa kalian)

“Dari Ibnu Abbas sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah membaca doa ini dikala dilanda kesusahan :

لا إله إلا الله العظيم الحليم, لا إله إلا الله رب العرش العظيم,لا إله الا الله رب السموات ورب العرش الكريم

(hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

dan berbagai lagi doa-doa dari baginda nabi yang dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,bertawassul lah dengan nama-nama suci ini di dalam doa-doa kalian,dengan izin Allah akan diperkenankan…

Dan betapa banyak kita dapati doa-doa dari berbagai orang yang dimaqbulkan doanya,yang mana mereka menyertakan di dalam doa-doa mereka itu dengan penuh tawajjuh dan menghadhirkan hati mereka di dalamnya,ataupun mereka telah membuat segala macam kebaikkan sebelum berdoa dan Allah maqbulkan doa-doa mereka itu sebagai balasan terhadap amalan kebaikkan tersebut,ataupun waktu mereka berdoa kena dengan waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa oleh Allah,lalu doanya dimaqbulkan….

Maka orang lain yang melihat pun bersangka bahawa rahsia di sebalik doanya itu dimaqbulkan adalah disebabkan lafaz-lafaz yang dilafazkanya di dalam doanya,maka orang itu pun menggunakan lafaz-lafaz yang digunakan oleh insan yang dimaqbulkan doanya itu,maka hal sedemikian tidaklah ubah seperti seseorang yang makan ubat yang sangat berkesan dan mujarab yang mana dia memakanya pada waktu yang sepatutnya dan dengan cara yang sebetulnya,maka sembuhlah penyakitnya disebabkan perlakuan tersebut,dan orang lain yang melihat hal sedemikian pun menyangka bahawa ubat tersebutlah sahaja penyebab ubat itu sangat mujarab dan berkesan,maka sedarlah kalian bahawa hal itu sangat bersalahan sama sekali!! yang mana ianya merupakan perkara yang selalu menjadi kesalahan orang ramai…

Begitulah juga,jika seseorang yang berdoa dan merintih dengan penuh terdesak di kuburan dan dimaqbulkan pula doanya,maka bersangkalah orang yang jahil bahawa rahsia di sebalik doanya dimaqbulkan adalah dengan berdoa di kuburan,sedangkan dia tidak mengetahui bahawa rahsia disebaliknya adalah disebabkan rintihanya dan pengharapanya yang ikhlas terhadap Allah,yang mana adalah terlebih baik jika dia berdoa di masjid dan dimaqbulkan pula oleh Allah yang mana keadaan sedemikian adalah lebih diredhai oleh Allah…

doa2

“Ya Allah,kabulkanlah doa dan permintaanku ini”

Fasal pada menjawab satu soalan yang sangat masyhur dipertanyakan…

Terdapatnya satu soalan yang masyhur dipertanyakan,iaitu : Jika sesuatu yang diminta itu telah pun ditaqdirkan akan di maqbulkan maka sudah pasti dan sudah semestinyalah akan termaqbul,samada seseorang itu berdoa ataupun dia tidak berdoa,manakala jika yang diminta itu telah pun ditaqdirkan tidak terjadi,maka sudah semestinyalah ianya takkan terjadi,sama sahaja halnya samada seseorang itu meminta atau tidak meminta untuk terjadi??

Lalu orang-orang yang jahil pun mempercayai perkataan sedemikian,lalu meninggalkan pada berdoa dan berkata : “Tiada faedahnya aku ini berdoa”!!  Wah,senangnya hidup ini!!

Makanya daku katakan kepada mereka : Jikalaulah kenyang selepas makan itu telah ditaqdirkan kepada kalian,maka sudah semestinyalah kalian akan kenyang selepas makan,samada kalian makan atau tidak makan sama sahaja halnya,dan jika ia tidak ditaqdirkan akan berlaku,sudah pasti tidak akan berlaku,begitulah juga jika  mendapat anak itu sudah ditaqdirkan kepada kalian,maka sudah pastilah kalian akan mendapat anak tersebut,sama sahaja halnya jikalau kalian menyetubuhi isteri-isteri kalian atau pun tidak,pasti akan dapat,manakala jikalau telah ditaqdirkan kalian tidak beroleh anak,pasti tidak akan mendapatnya,maka tidak perlulah kalian berkahwin!!!

Maka apakah orang yang berkata sedemikian ini seorang yang beraqal atau manusia?? bahkan mereka ini sebenarnya adalah seperti lembu dan kambing yang mana sememangnya ia tahu bahawa  keperluan  mencari makanan dan minuman untuk beroleh tenaga dan meneruskan hidup mereka,bukankah lembu dan kambing adalah terlebih mengetahui dan lebih memahami perkara tersebut berbanding mereka?? bahkan keadaan mereka lebih teruk dari haiwan tersebut!!

Dan ada juga orang yang “lebih pandai” daripada mereka ini dengan berkata : Bawasanya berdoa itu tidak lebih hanyalah suatu ibadat sahaja yang mana Allah kurniakan pahala kepada pelakunya,sesungguhnya berdoa itu tidak memberikan apa-apa kesan pun kepada apa yang diminta,dan pada mereka,tiadanya beza langsung samada berdoa dengan menghadhirkan hati,merintih dan mengucapkan doa dengan lisan dengan orang yang tidak berdoa untuk mengharapkan sesuatu,maka sama sahaja di antara orang yang hanya duduk berdiam diri dengan orang yang berdoa…pandainya!!

Tetapi ada juga orang yang “terlebih pandai” dari kedua kaum ini,mereka berkata bahawa : Sesungguhnya berdoa itu tidak lebih hanyalah suatu tanda,iaitu Allah jadikanya hanyalah sebagai suatu tanda bahawa sesuatu yang di pinta bakal termaqbul,dan apabila Allah telah membuatkanya berdoa,maka ianya adalah suatu tanda kepadanya bahawa hajatnya sudah pun termaqbul,yang mana ianya adalah seperti : Apabila kita melihat awan mendung di langit di waktu musim sejuk,maka ianya adalah tanda dan alamat bahawa hari akan hujan!!

Dan mereka juga berkata : Beginilah juga halnya bahawa  amalan-amalan ketaatan adalah suatu tanda mendapat pahala,dan amalan-amalan maksiat dan mungkar adalah suatu tanda mendapat dosa,bagi mereka ianya tiada kaitan langsung dengan ‘Al-Asbab’,dan sesungguhnya anggapan sedemikian adalah bersalahan dari segi aqal dan fitrah,syarak dan anggapan orang-orang bijak pandai,bahkan anggapan tersebut bakal digelakkan oleh orang-orang yang bijak…

Kataku : Sesungguhnya mereka terlupa bahawa sesuatu yang ditaqdirkan itu telah pun ditaqdirkan dengan sesuatu yang dipanggil  sebagai Al-Asbab,dan di antara Asbab tersebut adalah DOA!! Sesungguhnya sesuatu itu tidak ditaqdirkan tanpa sebab,tetapi sesuatu itu ditaqdirkan dengan sebab,dan bilamana seseorang itu melakukan sebab,maka akan berlakulah apa yang ditaqdirkan itu,dan apabila dia tidak melakukan sebab,tidak akan berlakulah apa yang ditaqdirkan tersebut,contohnya seperti : Jika ditaqdirkan kenyang itu terjadi dengan sebab dia makan,maka dia akan kenyang jika dia makan,dan ditaqdirkan mendapat anak dengan bersetubuh,begitulah juga halnya ditaqdirkan masuk syurga dengan amalan-amalan soleh,dan masuk ke neraka pula dengan amalan-amalan dosa dan maksiat…dan inilah yang telah dilupai oleh si penyoal!!

Maka wahai saudaraku sekalian,doa itu merupakan suatu sebab yang paling kuat untuk memperoleh sesuatu yang dihajati,dan jikalau sudah ditaqdirkan sesuatu yang dihajati itu dengan berdoa,maka tidak bolehlah seseorang itu mengatakan : Tiada faedahnya pada berdoa itu,seperti dia berkata : Tiada faedahnya pada makan itu!! dan ketahuilah bahawa tiada suatu sebab pun yang lebih bermanfaat selain berdoa dan doa!!

Sesungguhnya para sahabat radiallahu anhum merupakan kaum yang paling mengetahui tentang Allah dan RasulNya dan yang paling arif tentang agama mereka,contohnya Umar Bin Al-Khattab radiallahu anhu dapat mengalahkan musuhnya dan merupakan di antara tentera baginda nabi yang agung,dia pernah mengatakan kepada para sahabat :

لستم تنصرون بكثرة وانما تنصرون من السماء

Bermaksud : Bukanlah kalian sendiri yang mengalahkan musuh sebenarnya,tetapi ianya hanyalah bantuan dari langit!!

Dia juga pernah berkata : “Sesungguhnya aku tidak risaukan doa aku dimaqbulkan atau tidak,tetapi apa yang aku risaukan adalah doaku,jikalau kalian risaukan keadaan doa kalian,sesungguhnya maqbul itu pasti datang bersama!!”

Bersambung….insyallah pada keluaran akan datang….

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

****************************************************

(1) Di terjemahkan dan di olah daripada kitab : Ad-dau’ Wad Dawaa’ (Penyakit Dan Penawar) oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Allamah Syeikhul Islam Syamsud Din Abu Bakar Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu taala,semoga segala amalan kebaikkan beliau diterima Allah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang diredhai..Amin

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…..

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

 ’Kalau mahu memacu perubahan perlulah rajin seperti saya kan…’

USTAZ OH USTAZ…

Sebenarnya yang menjadi ketandusan kita pada hari ini adalah golongan ustaz yang benar-benar ‘ustaz’ dalam erti kata yang sebenar,dan kita sedang mengalami lambakkan ustaz dalam erti kata insan yang hanyalah berpengetahuan agama, yang hanya boleh berbahasa arab sekadarnya,sering berkopiah dan berjubah dan yang hanya boleh bercakap bab-bab agama,dan hanya diperlukan di majlis-majlis tahlil serta kenduri…sebenarnya kita memerlukan golongan ustaz yang lebih dari sekadar itu sahaja!!

Bukanlah boleh dibanggakan sangat dengan bilangan pelajar agama yang tamat belajar dari negara-negara arab berbondong-bondong tetapi setengah daripada mereka hanyalah omong kosong,juga kosong dari ruh agama yang dipelajarinya bertahun-tahun itu,bahkan kebanyakkan mereka pula masih tidak lagi mempersiapkan diri mereka dengan ilmu agama yang secukupnya sebagai persiapan menghadapi masyarakat dan mengharungi era perubahan yang bermacam rencam kini,tahap pengetahuan mereka masih lagi di tahap pelajar sekolah menengah agama ketika mereka pergi ke seberang dahulu dan ketika mereka pulang semula ke sarang,masih di takuk yang lama,masih lagi menjadi pak turut pada cakap-cakap orang tanpa bergerak membuat kajian untuk menilainya secara ilmiah…

 ’Kreatif tak saya…

BERSIKAP LEBIH KREATIF….

Para ustaz pada hari ini perlulah sedar akan cabaran dunia di zaman ini yang sudah bersifat lebih terbuka luas dan global,segala permasalahan agama tidak lagi relevan untuk dikupas dengan hanya berlegar dilapangan kitab-kitab kuning sahaja,yang hanya membicarakan masalah-masalah agama yang dihadapi oleh si pengarang kitab di zamanya,para ustaz hari ini perlulah bersifat lebih kreatif dengan membuat perkaitan isu-isu semasa dengan segala apa yang telah termaktub di dalam dua unsur terbesar di dalam Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah,jikalau mahu bicarakan bab-bab feqh,aqidah,usul feqh,tafsir Al-Quran dan sebagainya maka bicarakanlah semuanya,tetapi perlu membuat persediaan dengan membuat perkaitan isu-isu semasa yang melanda umat islam kini,kerana agama islam itu relevan sepanjang zaman selagimana umat islam itu wujud di atas dunia ini….

Jikalau ramai ilmuwan mengatakan bahawa agama islam adalah cara hidup,agama islam adalah releven sepanjang zaman,agama islam adalah penyelesai kepada segala permasalahan ummat,maka tidak dapat tidak kita sememangnya memerlukan para ustaz yang sedar akan tanggungjawab untuk merealisasikanya,kita memerlukan para ustaz yang rajin mencari,mengkaji,bertanya dan belajar dan terus belajar untuk menjerit dan melaung kepada dunia bahawa agama islamlah penyelesai kepada segala masalah,para ustaz juga tidak boleh lagi terleka sehingga tercicir pada segenap bidang ilmu-ilmu dunia yang dapat membentuk kemajuan ummah,seperti sains dan teknologi,IT,falsafah dan pemikiran-pemikiran barat (isme-isme)yang cuba untuk  merosakkan ummat islam,tetapi kita perlu bangkit dari mimpi indah dan angan-angan dengan mempelajari serta menguasai ilmu-ilmu tersebut…

KELUAR BEBAS DARI KONGKONGAN…

Mulai dari sekarang kita perlu keluar bebas dari kongkongan bicara agama yang hanya bermain dikalangan para imam-imam muktabar kita sahaja,tetapi sekarang kita perlu menginjak lebih jauh dengan melihat-lihat dan membaca serta mengkaji pendapat-pendapat para ilmuwan barat yang sudah pun meninggalkan kita jauh terkebelakang dan menuju kemajuan untuk bangsa mereka,kita boleh sahaja belajar,mengkaji bahkan meniru idea-idea mereka pada bermacam perkara,kerana hikmah itu adalah barang kehilangan orang mukmin,walau siapa sahaja yang mendapatnya dan walau dimana sahaja pun dia,maka dialah yang berhak mendapatnya,tetapi tanpa kita lalai dan lupa akan dua unsur besar yang telah ditinggalkan kepada kita oleh nabi yang mulia Muhammad sallallahu alaihi wassalam,jangan pula kita rakus membabi buta menyelongkar khazanah mereka dan terlupa pula akan khazanah agama sendiri,apa-apa yang datang daripada mereka yang tidak bercanggah dengan syariat dan dapat pula memberi kebaikkan dan kemaslahatan serta kemajuan kepada ummah boleh sahaja digunapakai bertitik tolak daripada kaedah : “Dimana sahaja terdapat kemaslahatan untuk ummat islam,maka disitulah terdapatnya juga syariat agama Allah”

APAKAH ADANYA CARA YANG BETUL??

Adanya seorang revolusioner yang hebat dizamanya telah menyatakan tentang cara-cara yang betul dalam mengambil ilmu-ilmu para ilmuwan barat…..Beliau ialah Syeikh Jamaluddin Al-Afghani,yang mana beliau merupakan orang yang penuh  sarat dengan pengetahuan latarbelakang serta sejarah ketamadunan barat,menguasai ilmu falsafah serta menguasai beberapa bahasa asing hasil percampuranya yang bertahun-tahun di tanah asing :

“Beliau menyatakan bahawa dalam mengambil serta meniru hasil idea-idea para ilmuwan barat kita perlulah berdiri diatas binaan ajaran islam yang sahih,tanpa perlu kita terlalu fanatik menutup segala pintu ke arahnya juga tidak perlu terlalu terbuka seluas-luasnya dalam menerimanya…beliau menyatakan bahawa beliau menolak apa-apa yang datang dari barat dari sudut kebudayaan mereka,demi kerana mereka membinanya berdasarkan fahaman Falsafah Materialisme yang terhasil daripada pertelingkahan yang lama antara pihak gereja pada satu sudut dan dengan falsafah itu sendiri pada satu sudut yang lain”

“Maka sewajibnya kita perlu berdiri diatas dua asas ini dalam memasuki pintu ke arahnya :

(1)   Bertitik tolak daripada kaedah-kaedah yang sejahtera dalam menuju kearah kebudayaan serta idea-idea mereka…iaitu kembali semula kepada kaedah-kaedah islam yang sejahtera dengan mengambilnya ketika zaman permulaan kedatanganya,serta memberikan suatu petunjuk dan pengajaran yang berkesan kearah membersihkan jiwa dari penyakit-penyakit hati (Al-Akhlaq),membuang sifat tamak,iri hati dan dendam serta bersatu hati dan seiya sekata dalam memajukan ummah.

(2)   Mengambil faedah  daripada apa yang ada pada bangsa-bangsa maju seperti method ilmu pengetahuan,sistem perkilangan,sistem pengurusan dan lain lain lalu disesuaikan pula mengikut hajat keperluan ummah masa kini ke arah menjana kemajuan yang efisien,serta menolak pula adat-adat dan kebiasaan-kebiasaan mereka yang jelas bercanggah dengan hukum syarak serta bertentangan dengan keperibadian muslim.

KITA SUDAH ADA ISLAM YANG HAQIQI…..

Kita tidak perlukan langsung pun akan segala prinsip-prinsip Islam Hadhari yang sibuk dicanang oleh ustaz-ustaz yang hanya nampak nikmat dunia dimata mereka itu,juga yang sanggup menukarkan kebaikkan akhirat dengan sesuatu yang hina,yang mana ianya hanya gah di kertas-kertas kerja dan seminar-seminar juga pada namanya sahaja,tetapi pada perlaksanaanya tak ubah seperti sampah kosong yang tak memberi apa-apa makna langsung pun kepada ummah,sebenarnya kita sudah pun punyai agama islam yang hakiki yang terkandung di dalamnya suruhan-suruhan menuju kemajuan,cuma tiadanya orang yang sesuai dan layak serta sedar untuk mencungkil dan mengeluarkan perkara-perkara tersebut sebagai membangkitkan kesedaran orang islam akan kewujudanya,demi kerana kebanyakkan suruhan-suruhan tersebut seakan-akan tersembunyi dan tidaklah dinyatakanya secara zahir,dan disebabkan itulah kita perlukan para ustaz yang rajin belajar dan mengkaji dan mempunyai akhlaq budi yang luhur serta beramal pula dengan ajaran islam untuk berijtihad dengan menyelami lautan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah untuk mendapatkan permata-permata ketamadunan lalu disesuaikan dengan keadaan semasa kearah kemajuan tetapi masih berpaksi kemas diatas landasan agama yang suci,bukankah hukum hakam itu bisa berubah-ubah seiring sejalan dengan perubahan zaman??

Bagi daku,Islam Hadhari itu tidak ubah hanyalah seperti suatu bulatan yang pada mulanya kosong kemudianya telah mencedok daripada bulatan islam yang mengandungi di dalamnya beberapa suruhan-suruhan dan pembangkit-pembangkit yang mengajak kepada menjana perubahan dan kemajuan ummah,tetapi telah melampaui batas pula dengan membuat suatu bulatan mereka sendiri dan dengan beraninya menamakan bulatan tersebut sebagai bulatan mereka sendiri hasil cedokkan dari bulatan islam itu tadi…padahal perkaranya perkara yang sama juga ingin disampaikan cuma ingin dilainkan dengan memberikan sedikit tambahan nama dan telah dipesongkan pula dengan tidak mengamalkanya!!

AI-Islam

Bertaqwa dan beriman kepada Allah

Pembangunan

Ketamadunan

Demi masa

Ekonomi

Menguasai ilmu pengetahuan

Jihad dll.

Islam Hadhari

Kemajuan

Ekonomi

Pembangunan

Bertaqwa kepada Allah

Ketamadunan

Sekarang mari kita lupakan Islam Hadhari yang tak ke mana ini dan kita teruskan perbicaraan kepada ustaz-ustaz yang disayangi ini…

‘Kalau duduk rileks macam ini,bagaimana mahu memacu perubahan ya??

MELEBARLUASKAN PERANAN USTAZ….

Jikalau dahulu keterlibatan para ustaz hanyalah berlegar di ruang lingkup perkara karaian keagamaan,dan hanya diperlukan di masjid-masjid dan di surau-surau,juga hanya boleh bercakap pada hal-hal yang berkaitan dengan agama sahaja,demi kerana terikutkan rentak persepsi masyarakat yang beranggapan sedemikian rupa,tetapi bagiku,ustaz pada hari ini perlulah memecahkan tradisi lama itu yang besar kemungkinan hanya akan mengakibatkan peranan ustaz yang amat besar ini dikecilkan saiz ruang lingkupnya lalu masih bergerak di takuk perkara yang lama,makanya para ustaz hari ini perlulah melangkah dengan lebih jauh lagi melebarkan sayap perananya dengan duduk semeja bersama para politikus,para artis,masyarakat umum dan para saintis serta doktor-doktor untuk melangsungkan suatu keterlibatan agama di dalam setiap bidang tersebut,oleh itu di dalam menjana sebarang bentuk kemajuan di dalam segenap bidang akan wujudnya disitu suatu ikatan yang amat rapat dengan agama agar kerakusan mengejar kemajuan tidak dilekakan dan dilalaikan oleh nafsu serakah sehingga sanggup melampaui batasan syariat dan yang paling penting untuk mengemis agar hadhirnya barakah dari Allah terhadap segala usaha manusia yang lemah dan mengharapkan campurtangan Allah pada setiap perkara yang tak dapat ditanggung oleh qudrat manusia biasa….

RANGKA KERJA REALISASI…

Demikianya,dalam rangka untuk mewujudkan keterlibatan agama pada bidang-bidang tersebut,kita sememangnya memerlukan para ustaz yang penuh sarat dengan pengetahuan agama secara mendalam dan bukanya arif separuh dan kabur-kabur separuh,yang tahu setiap selok belok hukum hakamnya agar tidaklah nanti menjadi ‘mufti tak bergaji’ yang pandai-pandai berfatwa menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal dek kerana takutkan jatuhnya reputasi diri,yang menghayati setiap ajaran agama yang dipelajarinya dan bukanya hanya sarat dengan riwayat dan hafalan tetapi tidak tahu dimanakah sepatutnya diletakkan hafalan-hafalan tersebut,yang berani menghadapi cabaran serta ranjaunya dan bukanya ustaz yang cepat putus asa,baru dibaling orang kampung dengan kulit rambutan sudah merajuk untuk berdakwah….oleh itu,para ustaz pada hari ini perlulah pandai-pandai sendiri mencari apa jua ilmu-ilmu moden yang wujud kini untuk dikuasai sebagai tambahan kepada ilmu agama semata-mata agar dapat mencari peluang-peluang serta ruang-ruang kosong  yang dapat diisi di dalamnya dengan ajaran agama Allah yang suci ini serta setanding pula dengan bangsa-bangsa lain yang sudah maju…kita perlu buktikan bahawa dengan bawakkan islam kita berupaya maju!!

‘Hiduplah perjuangan islam selamanya!!’

AKHIR KALAM….

Apa yang penting wahai para ustaz,setiap kamu perlulah memasang cita-cita dan angan-angan untuk membawa ummah agama suci ini ke arah kemajuan,supaya dapatlah dijadikan role model kepada penganut agama lain bahawa penganut agama ini takkan mundur ke belakang walau banyak laranganya juga walau banyak kewajipanya,bahkan ianya dapat menjadikan mereka tertarik dengan agama islam yang amat cantik ini yang menyokong sebarang bentuk usaha memajukan ummatnya,cumanya agama kita telah dicemari oleh beberapa penganutnya sendiri yang menambah-nambah pelbagai perkara juga menyusah-nyusahkan berbagai perkara lalu menjadikan mereka terhenti untuk mengenali agama islam…

Oleh itu,semua yang daku nyatakan di atas hanya dapat wujud apabila para ustaz sedar akan peranan mereka,yang tetap menjadi pelajar walaupun digelar ‘pak ustaz’ juga yang sanggup rajin segalanya demi membawa misi ini,yang tidak lalai dari berniat mengejar kemajuan akhirat disamping mempergunakan dunia ini…kerana kita sudah ketandusan insan-insan seperti Imam Syafie,Imam Ibnu Taimiyah,Imam As-Syahid Hasan Al-Banna dan imam-imam lain yang mana kitalah yang bertanggungjawab untuk ‘melahirkan semula’ mereka ke alam moden ini…

P/S : Sambungan siri keduanya insyallah akan menyusul yang mana daku akan letakkan persiapan-persiapan untuk merealisasikan perkara ini,demi Allah tuhan yang menjadikan isi langit dan bumi ini bahawa segala usaha ini datang daripadaNya dan tertanggung hasilnya juga daripadaNya..

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah..

“Eii banyaknya gula-gula,abang..gula-gula ini boleh tambah hormon tak??”

Lamanya dan sembang-sembang hormon….

Betapa lama aku tak update blog kucing aku ini,aduiii,terasa menyesal tak sudah kerana tak aktif untuk menyumbat segala cabang ilmu dalam blog ini,bukanya tak mahu,tetapi mengikut sejarah hormon badanku ini,aku tidak akan melakukan sesuatu perkara yang kurang penting dikala ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan,kerana musim kuliah sudah penuh bagi waktu ini,jadi hobi menterjemah sesuatu dan ditulis dalam blog ini perlu dihentikan sementara,kerana melihatkan sejarah hormon badanku itu tadi..haha,aku perlu bersedia lebih awal dan fokus sepenuhnya untuk berjaya di dalam dua sem terakhir aku disini..Maafkan daku wahai blogku,dengan izin Allah aku akan penuhkan kembali wajahmu dengan ilmu-ilmu Allah..

“Hello ayah,bawa ikan sekampit eh..aah nak ikan keli punya,dengan sebungkus Friskies”

Telefon dan menelefon..

Aku baru sahaja menelefon ayah kesayanganku,Haji Dalib,hehe,tetapi….betapa sayu pula apabila setiap kali menelefon akan dengar keadaan ayah yang tak sihat,semoga Allah sembuhkan penyakit beliau…setiap kali itu juga ayah takkan lupa menasihati aku supaya mencari ilmu di luar kuliah sebagai bekalanku kepada masyarakat kelak,mungkin ayah memandang apa yang aku dapati di kuliah tidak mencukupi untuk dijadikan bekalan..

Yaaa..betapa samanya pandangan ayah dengan pandangan guruku yang mulia juga iaitu As-Syeikh Abdul Qadir hafizahullahu Tala,beliau banyak kali mengatakan kepadaku bahawa apa yang aku pelajari di kuliah adalah tidak mencukupi untuk aku,kerana apa yang aku pelajari dengan beliau adalah ilmu-ilmu yang asas yang mesti dipelajari oleh seorang pelajar agama sebelum menyibukkan dirinya menyelami lautan ilmu yang pelbagai,kerana andainya kita cuba-cuba mendalami ilmu-ilmu yang berperingkat tinggi kita akan menjumpai kembali perkara perbahasan yang sama,tambahan pula kebanyakkan penulis kitab sudah tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang asas itu lagi,kerana mungkin mereka sudah memandang bahawa pembaca kitabnya kelak ialah para pembaca yang sudah siap dipenuhi dengan ilmu-ilmu asas di dadanya..bagiku,dikedua-dua tempat belajar adalah sama!! diluar kuliah ataupun didalam kuliah,ermm..terasa nak suruh pergi ke link ini je : Talaqqi dan sistem pengajian tradisional

“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!”

Sidi Ahmad Karkasyi hafizahullahu Taala…??

Dua hari lepas,aku dapat peluang berbual-bual sekejap dengan guruku yang mulia,iaitu As-Syeikh Abdul Qadir hafizahullahu taala selepas solat Asar,asalnya kami ada kelas ilmu nahu,tetapi betapa hampanya apabila melihatkan tiada seorang muhadhir pun yang datang melainkan aku seorang sahaja,padahal untuk pergi ke kelas pada hari tersebut pun aku sudah berkejar-kejar menaiki bas seawal pukul 8.00 pagi dari wilayah Kenitra supaya sempat sampai ke Tetouan sebelum menjelang waktu Asar..tidak mengapalah…inilah ujian si pencari ilmu,aku terbayangkan kisah guruku yang mulia iaitu As-Syeikh Dzulkifli BIn Ismail yang pernah menceritakan kesabaran beliau menghadapi ketidakhadiran syeikh,ketidakhadiran pelajar,kelewatan syeikh bahkan syeikh yang meminta upah!!

Di dalam perbualan tersebut,beliau menasihati aku supaya istiqamah dalam menuntut ilmu bersama beliau,dan beliau menjanjikan bahawa aku akan dapati suatu nikmat yang tak terhingga andainya aku melazimi majlis ilmu ini,sambil diselangi nasihat-nasihat tersebut bersama doa beliau kepadaku,bagi beliau,apa yang penting ialah berusaha untuk hadhir dan istiqamah untuk hadhir,hanya dharurat yang tidak boleh dielakkan sahaja dapat menjadi alasan tunggal ketidakhadiran!! selepas itu hatiku tergerak untuk bertanya nama-nama guru beliau dan sejarah pengajian beliau dahulu :

Alhammasiyy : “Ermm,ustaz,lau samahtum,mumkin an a’rifa an asma’i syuyukhikum fi ‘asril madhi?? wa amakin allati darastum fiiha hiiinaizin??”

(“Ustaz,bolehkah aku ingin mengetahui nama-nama syeikh ustaz pada waktu dahulu?? dan dimanakah tempat-tempat pengajian ustaz pada ketika itu??”)

As-Syeikh : “Si daud,kuntu qad darastu fi amakin muta’ddidah wa kaina bizzaf syeikh diyali..ermm,kaina wahid syeikh smitu ‘Sidi Ahmad Karkasyi hafizahullahu taala,mazala ‘ala qaidil hayat hattalaan,darastu fi Tonjah,fi Fes,wa syuyukh diyali min ulama’il baarizin,wa kaina min mudarris diyal Jaamiah Qurawiyyiin fi Fes,smitu Syeikh Sidi (nama beliau itu aku lupa!!)” (kata-kata ini bercampur baur bahasa arab fasihah dengan dialek utara Morocco)

(“Wahai daud,aku dahulu belajar di berbagai tempat,dan aku mempunyai betapa ramai guru,aku ada seorang syeikh yang bernama Syeikh Sidi Ahmad Karkasyi semoga beliau dilindungi Allah,beliau masih hidup sampai sekarang,aku dahulu belajar di Tonjah,di Fes,dan guru-guru aku juga adalah ulama’ yang tersohor,dan ada juga guruku merupakan pengajar di Universiti Qurawiyyiin di Fes sana,nama beliau..)”

As-Syeikh kata,gurunya iaitu Sidi Ahmad Karkasyi masih hidup?? daku terbayang..sedangkan anak muridnya pun dah sebegini,bagaimanakah pula geranganya si guru ya..beliau kata syeikh tersebut berada di Tonjah..

Selepas itu,sedang melayani chat di yahoo messenger..

Kawan : “Daud!! kita pergi jumpa Syeikh Ahmad Karkasyi pula lah nak??!!”

Alhammasiyy : “Haha,kau nak lawan tauke ke?? insyallah aku no hal,itupun kalau ada yang bersungguh,hehe”

Kawan : “Bersungguh la ni,hehe..”

Ermm,,idea yang bagus juga ya..semoga Allah izinkan dan permudahkan,hanya DIa sahaja yang layak mengizinkan dan mempermudahkan..demi Allah,hanya Dia sahaja yang layak..

Lautan teknologi…

Hahahah 100x,memang internet ni lautan ilmu zaman sekarang la,bayangkan..dengan izin Allah dan segala puji bagiNya aku dapat download banyak kitab-kitab turath yang discan dalam bentuk pdf,hahaha,best gile!!! segala puji bagi Allah permudahkan urusan hambaNya,sekarang ini aku sedang sibuk mendownload kitab-kitab tersebut!! just baca sahaja macam kalian baca kitab atas katil sambil minum Assiri perisa Khuh dengan makan keropok Tomakas!! bestnya!!

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah..

“Ke arah Malaysia yang baru!!”

Seronoknya…

Seronok juga apabila mendengarkan berita bahawa Ketua Parti Keadilan Rakyat iaitu Saudara Anwar Ibrahim menang di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini,tahniah daku ucapkan pertamanya kepada beliau,semoga dengan kemenangan yang diberikan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya,iaitu bawalah segala agenda perjuangan rakyat di Parlimen nanti,takut juga nantinya perkataanya yang berdegar-degar sebelum menang itu tidak kedengaran di dalam parlimen nanti…insyallah semoga Allah tolong beliau..

Teringat pula daku akan kegusaran guruku yang mulia iaitu As-Syeikh Dzulkifli Bin Ismail Al-Hadhrami ghafarallahu lahu tentang kenaikkan saudara Anwar Ibrahim menjadi pemimpin nanti,beliau menyatakan bahawa kemungkinan saudara Anwar Ibrahim akan mengulangi kembali kesilapan yang dilakukan oleh golongan Nasionalis jika memerintah,kerana prinsip perjuanganya yang tidak berdiri di atas agama,maka perjuangan yang bersifat membela bangsa sahajalah yang akan kedengaran,maka secara tidak langsung perjuangan menegakkan agama akan tidak diendahkan…apa pun,janganlah takut terhadap perkara yang bakal berlaku,kerana ianya belum pun berlaku,cuma adakalanya membimbanginya adalah perlu,demi untuk memikirkan jalan penyelesainya andaikata ianya berlaku…

p/s : Teringat pesan ayahku tentang melakukan perkara di awal waktu : “Masa kau nak berak masa itulah kau nak gali lubang!! dan..“kalau kau tak percaya cakap aku ni,kau kencing kubur aku nanti” hehe,kelakar betul cakap orang-orang tua ni..

“Aku ini kucing putih,bukan bangsa putih”

Benua Bangsa Putih..

Dari apa yang dapat aku perhatikan,bangsa putih suka jaga kebersihan,suka membaca,suka bercium-ciuman di khalayak ramai,suka membantu orang yang sesat jalan,tidak tahu malu dan cuba membuang sifat malu,suka melakukan apa pun perkara yang mereka ingin lakukan,suka meluahkan ekspresi diri sendiri dan bermacam lagi sifat-sifat mereka,cumanya kita tidak bolehlah memukul rata atas sikap semua manusia atas mukabumi ini,kerana sifat semulajadi manusia itu boleh berubah-ubah,cuma kita boleh mengenali suasana persekitaran kehidupan yang mereka terima…contohnya mengatakan bahawa semua bangsa melayu adalah bangsa pemalas!! tetapi ada juga yang rajin,malah melebihi kerajinan bangsa jepun yang dikatakan rajin,bermakna bukan semua bangsa melayu adalah pemalas,begitu juga mengatakan bahawa semua bangsa jepun adalah rajin,tetapi ada juga yang pemalas..kita tidak boleh menghukum semua manusia dengan suatu keterbatasan sifat tertentu,selagimana mereka bernama manusia,kerana manusia itu sifatnya berubah-ubah..

Kita tidak boleh mengatakan bahawa semua orang PAS jahat!! apabila melihatkan seorang atau beberapa orang ahlinya yang menjadikanya dipandang jahat,habis dipukul rata,maka rugilah kita,kerana kita sudah memalingkan pandangan kita kepada kebaikkan yang dipunyainya,kerana asasnya terbina di atas perkara yang baik,kalau begitu,tok-tok guru yang memimpin PAS semuanya bakal dipandang jahat…tidak boleh juga kita katakan bahawa semua orang UMNO itu jahat!! sampaikan rasa nak buat formula sebegini : UMNO=JAHAT,JAHAT=UMNO!!ada juga pemimpin di dalamnya yang betul-betul ikhlas mahu menolong rakyat,mahu membantu orang miskin,cuma yang baik itu masih belum nampak cahaya bulan..(hehe) maka kita akan bersifat tidak adil apabila tidak mengiktiraf kebaikkan yang dilakukanya kerana mengatakan mereka di dalam golongan jahat!! apa salahnya doakan mereka supaya nampak cahaya bulan?? (hehe)

p/s : semua perkara di dalam dunia ini kita tidak boleh memukulnya secara rata selagimana sifat perkara tersebut ada mengandungi perubahan yang berubah-ubah,kerana kemungkinan nanti kita akan rugi jika dipukul rata sedemikian,lebih rugi jika perkara tersebut adalah perkara yang mendatangkan kebaikkan,seperti contoh PAS tadi,(hehe)

“Arghhh..panasnya!!”

Ruginya…

Betapa ruginya orang yang tidak memandang betapa berharganya masa,lebih-lebih lagi masa terluang yang hanya dibiarkan kosong tanpa diisi dengan apa-apa perkara yang boleh mendatangkan kebaikkan untuk diri sendiri,dibiarkan ia berlalu kosong tanpa sedikit penyesalan pun,iyalah,semasa terleka itu memang tidak menyesal ianya dibiarkan berlalu,tetapi akan rasa menyesal selepas sudah tersedar ianya sudah berlalu,percayalah!! janganlah biarkan masa kita kosong tidak diisi dengan perkara yang berfaedah,pasti kita akan menyesal!!selepas itu pasti akan terkeluar perkataan sebegini : kalaulah aku..kalau..kalau..ingatlah,masa yang sudah berlalu sememangnya tidak akan dipusingkan kembali!!

Betapa ruginya manusia yang masih lagi terleka dengan buaian kesedapan dunia ini,masih lagi terleka bergelumang di dalam maksiat kepada Si Pencipta,sedarlah!! andai kita katakan bahawa apabila tua nanti boleh bertaubat,waktu muda ini kita enjoy dahulu..apakah kita tidak pernah nampak budak kecil mati?? anak muda mati katak di jalanan?? andai kita bertangguh di dalam bertaubat dengan beralasan ‘menunggu seru’ tanpa cuba-cuba mahu berusaha sendiri ‘mencari seru’,maka duduklah goyang kaki sambil menunggu seruan sehinggalah kita mati!! betapa ruginya suatu kematian yang tidak bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukan di dunia..kalau mahu mencabar api kepanasan dan kebengisan malaikat Allah di akhirat sana cubalah kita lakukan apa yang Allah janjikan balasan yang buruk di akhirat nanti..kalau tak percaya cubalah buat!!

Andai kita bertangguh-tangguh daripada melakukan taubat,sedarlah yang kita pasti akan perlu juga bertaubat daripada dosa-dosa itu,jikalau kita makin melambatkanya dan makin tangguhkanya ke lain waktu sehinggalah bertimpa-timpa dosa tersebut,ianya bakal mewariskan kegelapan hati yang tidak bisa lagi menerima cahaya hidayah,maka jadilah kita insan yang dipilih Allah menerima kesesatan,sehingga tidak berasa apa-apa langsung apabila melakukan dosa,maka tunggulah saat kematian yang menjemput kita di dalam keadaan kita masih lagi sedang melakukan dosa..ruginya..percayalah!! neraka Allah itu amat panas dan azab seksa Allah itu maha sakit dan maha benar!!

p/s : Andaikata ada insan yang tidak percaya neraka Allah itu panas dan azab seksa Allah itu maha sakit tidaklah mengapa,tetapi berfikirlah,jikalau perkara tersebut wujud,bukankah kita sudah menganiaya diri kita sendiri!!

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani….

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah….

“Alhammasiyy nak tinggalkan kami ke?? balik nanti bawa balik ikan ye…”

Kembara ke negara Si Bangsa Putih….

Dengan izin Allah,daku akan bermusafir selama dua minggu lamanya,ke suatu tempat yang agak jauh dari negara yang daku duduki sekarang ini,dan dengan izin Allah tuhan yang maha berkehendak,daku akan kongsikan pengalaman-pengalamanku itu dengan para pembaca sekalianya di dalam lapangan ini,bersama serba sedikit gambar yang difikirkan perlu untuk diletakkan disini sebagai tatapan teman-teman sekalianya,maka daku sudah pun menyiapkan beberapa bahan sebagai tatapan kepada para pembaca sebelum pemergianku ini,yang mana bahan tersebut berupa suatu hadiahku kepada para pembaca secara umumnya…

“Saya pun dapat hadiah juga tau…”

Hadiah nan indah…

Sebenarnya,kerapkali daku diajukan rintihan-rintihan berupa keinginan ingin kembali kepada Allah,demi kerana insan-insan tersebut sudah berasa benci dengan dosa-dosa yang digelumangi mereka selama ini,maka adalah menjadi kewajipanku pula membukakan suatu jalan kepada mereka untuk kembali kepada Allah dengan membuat suatu usaha kecil sebagai hadiahku kepada mereka,kerana adalah menjadi suatu kesalahan yang tidak dapat diriku maafkan andai usaha tersebut ditinggalkan dan dalam masa yang sama aku mampu melakukanya,dan dikhuatiri jika usaha itu ditinggalkan bakal menatijahkan berkekalanya mereka di dalam perangkap dosa mereka,sedangkan kehausan mereka terhadap cara menyusuri jalan kembali kepada Allah itu tidak dapat dipuaskan oleh diriku yang mengaku muslim dan mengaku pejuang yang ingin menabur jasa kepada agamaku..

Makanya,sebelum pemergianku ini,daku telah menyiapkan suatu terjemahan berupa perkara-perkara yang penting di dalam hal ehwal bertaubat kepada Allah,yang daku dapati dari suatu risalah kecil tetapi besar manfaatnya itu..kepada insan-insan yang pernah mengajukan berbagai pertanyaan tentang hal sedemikian,maka terjemahan ini adalah hadiahku buat kalian,dan tatapan buat pembaca yang lain secara umumnya,maka nama-nama insan tersebut tidaklah daku lupakan kalian di dalam doaku selamanya,semoga cahaya hidayah Allah dicampakkan ke hati kalian,dan rasailah kemanisan hidayah itu,seperti yang pernah daku katakan kepada kalian sebelum ini,dan doakanlah daku agar selamat di dalam kembaraku ini,dengan izin Allah,daku berharap usaha kecil ini dapat diperbetulkan oleh teman-teman yang lain andai terjadinya kesalahanku didalam usaha ini,melihatkan keadaanku yang terkadang sedikit tergesa ingin menghabiskanya sebelum kembara bermula..

“Jangan lupakan kami disini,hiduplah perjuangan islam selamanya!!”

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

PENTING : Terjemahan yang daku maksudkan ialah suatu terjemahan dari sebuah risalah kecil yang bertajuk : “Aku ingin bertaubat tetapi..” cuma klik sahaja di ruangan yang bertulis : “Terjemahan umum”,dibawah tab tersebut adanya terjemahan yang daku maksudkan itu,cuma klik sahaja di tajuk tersebut…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

“hai…lawa tak senyumanku”

Barang baru…

Dengan nama Allah yang maha agung,beserta izinya yang maha mutlaq dengan kehendakkNya,daku akan meletakkan beberapa tab baru dibahagian atas blog daku ini yang berupa beberapa terjemahan dari kitab-kitab yang daku pelajari,antaranya :

(1) Sejarah-sejarah mazhab imam empat dan sejarah mazhab-mazhab lain yang tidak disebarkan,yang mana daku mengambilnya dari kitab : Al-Madkhal ila Al-Feqh Al-Islamiy yang dikarang oleh Fadhilatus Syeikh Dr.Mahmud Muhammad At-Tonthowi,

(2) Pendapat-pendapat para imam Ilmu Kalam berserta serba sedikit sejarah-sejarah Falsafah Yunani dan kemasukkan Falsafah Yunani kedalam Islam yang mana telah daku dapati dari hasil kajian pensyarahku di kuliah yang telah daku pelajari,tetapi terjemahan ini diharap jangan dijadikan pegangan,cuma kenalilah ia seperti mana kita harus kenali musuh kita!!

Dan dengan izin Allah jua daku akan letakkan lebih banyak tab-tab baru selain dua tab ini,yang mana dengan izin Allah akan dipenuhi tab-tab tersebut dengan terjemahan-terjemahan dari berbagai kitab pada berbagai jenis cabangan ilmu,dan setiap terjemahan daku ini semestinya daku telah merujuknya kepada beberapa rakan-rakanku yang berbangsa asing,sekiranya daku tidak fahami terhadap sesuatu perkara,manakala beberapa istilah-istilah penting yang terdapat didalam sesuatu cabangan ilmu itu daku telah merujuknya kepada beberapa Mu’jam Istilahaat (Kamus istilah) yang mana daku perolehi secara download di internet dan juga pinjaman kitab dari beberapa rakan asingku..

“Aku berharap semoga dapat tikus comel ni…”

Harapanku..

Daku berharap para ustaz-ustaz yang lebih banyak ilmu berserta yang lebih banyak pengalamanya menegur daku andai terjemahan tersebut berlaku kesilapan jua walaupun setelah dirujuk dan ditanya sebelum diterjemah,cukup-cukup daku berharap,kerana tidaklah semestinya sesuatu perkara itu walaupun setelah disahihkan berkali-kali ianya akan bersifat sempurna tanpa kecacatan!!

Dan daku berharap,semoga dengan terjemahan ini bakal menjadi bahan bacaan buat pelajar-pelajar yang bukan di bidang agama tetapi mempunyai suatu keinginan yang amat kuat untuk mempelajarinya,begitulah juga untuk bacaan para pelajar agama,atheis,freethinker,sister in islam,PAS,UMNO,KeADILan,DAP dan lain-lain juga..

p/s : pendek kata semua orang lah!! kenapa tak mau cakap semua orang?? entah…

Begitu juga daku berharap agar ilmu agama islam itu akan terus terpelihara dan terus berkembang di lapangan ini,daku juga berharap agar usaha ini mendapat perhitungan Allah jua kelak,tetapi kesemua rancangan ini mutlaq sebetul-betulnya pada keizinan dari Allah,daku tidak dapat menjamin masa lapangku,tetapi berharap agar ianya bukanlah hangat-hangat tahi ayam!!

“Jangan risau ye,saya nak berkawan dengan kamu sahaja..

Jangan risau..

Jangan risau…post-post utama pula dengan izin Allah akan terisi jua,insyallah daku tidak akan biarkan ianya tertinggal kosong tanpa apa-apa pengisian,tetapi kali ini daku ingin lebihkan perkara yang berbentuk pengalaman,demi Allah,kesemuanya dengan izin Allah =)

“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!..”

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!

Hidupku hanyalah untuk menghidupkan agamaku,dan matiku pula hanyalah untuk meninggalkan jasa untuk agamaku..

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »