Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…

Si coklat putih : “Si matahari yang menyilau…(cubaan untuk bersyair)
Si putih hitam : “Dah mula dah member aku sorang ni,bila berjemur je
mesti nak bersyair,menyampah betul”
SYAIR-SYAIR NAN INDAH…..
Baru pulang dari kelas pengajian bersama As-Syeikh Abdul Qaadir (ghafarallahu lahu) di masjid besar Martil,pengajian hari ini disajikan dengan berbagai syair-syair arab yang indah untuk diteladani,sungguh menyentak hati ini,terkadang hati ini terdetik kecil ingin membeli senaskhah kitab syair sebagai langkah permulaan mahu jinak-jinak dengan seni ini,boleh juga dijadikan sebagai ilmu tambahan…
عليك إذا ضاقت أمورك والتوت *** بصبر فإن الضيق مفتاحه الصبر
ولا تشكون إلا إلى الله وحده *** فمن عنده تأتي الفوائد والبشر
Bermaksud : “Hendaklah engkau bersabar jika engkau diuji dengan kesempitan hidup dan kesusahan,kerana sesungguhnya kesusahan juga kesempitan hidup itu kuncinya adalah kesabaran,dan janganlah kamu mengadu kecuali hanyalah kepada Allah yang maha esa,kerana disisiNya sahajalah datangnya segala faedah dan juga kegembiraan”
ولو سئل الناس التراب لأوشكوا *** إذا قيل هاتوا أن يملوا ويمنعوا
Bermaksud : “Manusia itu jika diminta supaya diberikan pasir sekalipun maka yang paling baik pun mereka akan menghampakan si peminta bahkan tidak memberikan apa-apa langsung jika dikatakan kepada mereka: berikanlah sesuatu”
وما كل من يبدي البشاشة كائنا *** أخاك إذا لم تلفه لك منجدا
Bermaksud : “Dan bukanlah setiap orang yang dapat memberikanmu kegembiraan juga kesenangan itu adalah layak menjadi saudaramu jika dia langsung tidak menoleh pun kepadamu jika kamu meminta padanya pertolongan”
Begitu juga dengan syair-syair ciptaan Imam-Imam ummat terdahulu yang tidak kurang juga hebatnya,iyalah,selalunya dibenak fikiranku ini perkara berupa syair-syair ini hanyalah bermain dikalangan ahli bahasa sahaja,rangkap syair ini merupakan karya Imam Syafie’ rahimahullahu taala yang mana ia merupakan syair yang selalu daku pegangi bilamana hati ini terkadang cuba nak bersifat ‘nakal’…
شكوت إلى وكيع بسوء حفظي *** فأرشدني بأن أترك المعاصي
وأخبرني بأن العلم نور*** ونور الله لا يهدى لعاص
Bermaksud : “Daku telah mengadu kepada guruku Imam Waki’ berkenaan hafazanku yang tidak berapa baik,maka beliau pun menasihatiku supaya hendaklah aku meninggalkan perbuatan maksiat,dan beliau memberitahuku bahawasanya ilmu itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu tidak akan masuk kedalam hati pembuat maksiat” (Imam Waki’ ialah guru Imam Syafie’ ketika beliau menuntut di Baghdad)
ولا ترجوا السماحة من بخيل *** فما في النار للظمأن ماء
إذا كنت ذا قلب قنوع *** فأنت و مالك الدنيا سواء
Bermaksud : “Dan janganlah kamu berharap yang si bakhil itu akan bermurah hatinya,kerana (keadaan mengharap itu samalah keadaanya seperti) orang yang kehausan pastilah tidak akan menemui air jika dia mendekati si api,jika kamu mempunyai hati yang berasa mencukupi apa yang kamu punyai,maka dirimu dan raja dunia itu samalah sahaja keadaanya” (kerana raja yang memerintah dunia akan sentiasa berasa puas dan cukup dengan kekayaanya,yang mana sama sahaja keadaanya dengan orang yang bersifat sentiasa berasa cukup pada apa yang dia punyai walaupun sedikit)
Sebenarnya daku ini bukanya pandai lagi nak mengenal jenis-jenis syair,cuma sekadar terpautnya hati ini dengan rangkap-rangkap syair yang selama daku belajar ini terhidang dihadapan mata..
Dahulunya,apabila daku membaca kitab-kitab arab,apabila terpandang sahaja syair,terus akan ku tolehkan ke bahagian lain,kerana malas nak menggerak-gerakkan saraf otakku ini supaya mendalami bahkan memahami syair tersebut,kerana sudah dipasangkan dimindaku ini bahawa bahasa-bahasa didalam syair adalah terlalu susah untuk difahami serta terpaksa membelek qamus berkali-kali,dan lebih daripada itu pula,bagiku bahasa-bahasa syair ini adalah bahasa yang tak jejak ke bumi!!! =) maka terus sahaja tanpa daku sedari daku sudah menjadikan syair-syair ini sebagai musuh didalam setiap pembacaanku..
Kemudianya daku cuba untuk mendekati dan memahami setiap syair yang daku temui didalam setiap pembacaanku,oh..jatuh cinta pandang pertama akhirnya..betul juga ya kata orang,tak kenal maka tak cinta!! sudah kenal barulah tergedik-gedik nak bercinta!! ya,sangat berkesan juga jika kita cuba jadikan perkara yang kita musuhi bahkan membencinya kepada perkara yang ingin dikenali seterusnya dicintai..insyallah pasti tak rugi..

“I love you bang kelabu!!”
CINTAN DAN CINTUN….
Cinta…suatu perkataan yang susah untuk diungkapkan secara puas!! terkadang kita akan berasa gembira dengan kehadiranya dan terkadang kita akan berasa sangat sakit hati di kala kehadiranya….cuma ia dengan izin Allah pasti akan dirasai gembira dengan kehadiranya jika hadirnya tepat pada masanya dan kena pula pada orangnya!! (sekadar meminjam kata-kata Ustaz Pahrol Razi Mohd Juoi dari blog seorang muslimah)…
Entahlah,tidak berani ingin memanjang cerita tentang hal ini,kerana diriku sendiri juga masih samar-samar akan hakikat sebenarnya ia,terkadang daku rasakan sudah tepat telahanku akan maknanya,tapi terkadang berasa betapa silapnya pemahamanku tentang ia selama ini!! terkesima bahkan taajub bila membaca penafsiran seorang muslimah yang daku kenali didalam blognya tentang cinta dari sudut pemahaman dirinya,apa yang dapat daku katakan,penafsiran beliau tentang cinta itu hanyalah cinta kepada nan satu,kepada Allah dan rasulNya yang mulia,berjuang dan bekerja untuk mencari redha tuhanya….benar..bahkan beliau juga menyerahkan perkara cinta dan jodoh itu kepada Allah dengan istikharah dan tawakkal tentang perihal jodohnya,kerana takut terjebak dengan ajakkan sang nafsu dalam ,mencari cinta!!

“Didalam kehangatan cinta”
Penafsiran cinta ini bergantunglah kepada keadaan diri si penafsir,andai si penafsir menafsirnya dalam keadaan yang hanyut bergelumang sang nafsu,pasti takut kamu mendengarnya bahkan tak sanggup ingin mendengarnya!! Jika si penafsir berkata-kata dalam keadaan dirinya sedang mabuk cinta bekerja mencari keredhaan tuhanya dan rasulnya,pasti kamu akan berpuas hati dengan tafsiran tersebut..bagiku,inilah suatu cinta yang pasti bersambut!! apakata salutkan cintamu kepada Allah dan rasulnya diatas salutan cintamu kepada sang insan,gabungkan keduanya,tapi ingat! jangan pula balutan cinta kepada sang insan membaluti diatas cinta kepada allah dan rasulmu!!
Daku mengaku,dahulunya daku pernah juga cuba-cuba bercinta,tapi lantas sahaja daku namakan ‘cinta monyet’!! atau boleh juga cinta beruk,ungka,siamang dan sama waktu denganya,namakan sahaja binatang apa pun yang kamu mahu tentang cinta jenis itu,kerana cinta waktu itu sebenarnya masih belum mengenali hakikat sebenarnya cinta,dan masih belum berfikir dengan fikiran yang matang..itulah sebabnya manusia menisbahkan cinta itu kepada binatang yang tak beraqal!! =)
Teringat diriku akan sebuah syair yang mengisahkan tentang cinta ni,ianya telah diberikan oleh kawan baikku di sini :
واترك حبها من غير بغض *** وذاك لكثرة الشركاء فيه
واذا وقع الذباب على طعام *** رفعت يدي و نفسي تشتهيه
وتجتنب الأسد ورود الماء *** اذا رأت الكلاب ولغن فيه
Bermaksud : “Dan aku meninggalkan kecintaanku kepada wanita yang ku cintai itu tanpa timbulnya sebarang rasa marah…kerana betapa ramainya orang yang turut sama ingin memenangi hatinya minta dicintai…dan samalah juga halnya jika makanan yang dihurungi lalat,maka pastilah aku tidak akan menyentuhnya untuk merasainya…begitulah juga halnya pada keadaan sang singa,pastilah dia tidak akan mendekati takungan air…yang jika takungan air itu sudahpun dijilat oleh anjing-anjing itu
p/s : Diriku sudahpun membincangkan tentang cinta ini,bisa sahaja klik disini

“Kenapa bro Alhammasiyy ni celoteh jiwang semacam je ni??”
AKHIR CELOTEH…..
Semoga Allah kurniakan diriku nikmat cinta mengejar cinta kepadaNya dan rasulNya dengan tekun bekerja serta berjuang hanya untuk mencari keredhaaNya serta sentiasa beristiqamah dalam perjuangan,semoga diriku mendapat nikmat istiqamah dalam perjuangan serta mendapat kelazatan didalam bergelumang dengan perjuangan ini…ya Allah,maqbulkanlah permintaanku ini…
salam alaik…
masih belajar lagi ke?kat mana? cewah santai betui kucing2 tu..anda suka kucing ek?
cinta kepada Allah dan RasulnYA melebihi segalanya2… tetapi sudah menjadi fitrah semula jadi manusia ingin menyintai dan di cintai……………
salam kembali..
yup,masih belajar,kak just klik je di tag kenalkan diriku tu,saya ada cerita tentang diri saya..
ye,cinta pada allah dan cinta sesama insan perlu ada,cuma saya ada gak beri peringatan disitu supaya jangan lebihkan cinta sesama insan lebih dari cinta pada allah dan rasulNya..wallahu a’lam..
Assalamualaikum…betul tu…serahkan shj hal ‘cinta insan’ pd Allah…semua itu dlm aturanNya…”…perempuan yg baik utk lelaki yg baik,lelaki yg baik utk perempuan yg baik”(an- nur 26). Cinta itu fitrah tapi cara dan tndkn manusia mjadikan ia fitnah….
waalaikumussalam..
setuju benar dengan kata-kata ukhti tentang tu,manusia yang mentadbir cinta itu yang menjadikanya fitnah,sebenarnya saya takut untuk bercerita tentang tafisran cinta saya,takut ada manusia-manusia yang akan membangkitkan cinta manusia itu jangan dinafikan,sebenarnya sata tidak nafikan langsung,lihat sahaja di post saya tentang : cinta ilahi,bagaimana ek??disitu insyallah ada penyataanya.wallahu a’lam..
Bahasa Arab dan syair memang tidak dapat dipisahkan.
minta izin link ye…
silakan dengan linknya..
salam.
seronok dapat belajar sye’er2 arab ni. Lughah sastera bhs syurga ni mmg indah dan mengasyikkan skali. Untung anda dpt belajar seni ni.
Btw, gmbr2 kucing tu mmg cute dan manja. Boleh saya link dgn blog anda?
nur el huda,silakan dengan linknya,blog kamu sangat bagus,banyak paparan ilmu yang bermanfaat,daripada blog saya yang tak seberapa ilmiahnya,hanya luahan hati jer ade la,hehe..
salam
mendung adalah hiasan awan
dikala mentari tiada hadir untuk memberi sbuah pancaran
wahai smua syahabatku langkahkan kaki dengan sbuah kepercaya’an
agar tiada lagi satu kegagalan
tanamkan iman sebagai pegangan
agar kkita tidak luput dari gilanya jaman
kita disini bukan mencari ketenaran
ingatlah jalan kita ta’semulus jalan raya
karna smakin hari usia kita smakin yua
hadapilah masa depanmu dengn sbuah keperca’an
terima kasih aidah,pandai kamu berpantun dan bersyair,sebab post yang ni tentang syair ya,apa pun,allahu yubarik fiiki,semoga allah rahmati kamu..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بعد الصلاة والسلام على اشرف المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم اني معجب كثيرا بهذا الموقع -اي موقعك واطلب من الرحمان سبحانه وتعالى وادعوه ليلا ونهارا ان يحقق امنياتك واهدافك وان يرزقك التقى وان يمتن عليك بالتفقه في الدين وهو الذي قال سبحانه وتعالى ادعوني استجب لكم وختاما انصحك لان الدين النصيحة كما قال نبينا صلى الله عليه وسلم ان تكتب باللغة العربية وان تعتز بها و باللغة الملايوية معا لكي ادرك وافهم فهما سليما واعرف ماذا كتبت وان استفيد من علمك من خلال ما كتبته من مقالات واقوال رائعة وان لم اعرف معناها .استودعكم الله والسلام عليكم
–
sukkron jezilan