Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…
“Ambil islam separuh dan tinggalkan islam separuh ibarat duit RM 50 yang terkoyak,tidak bernilai apa-apa!!”
Islam yang tidak berhak untuk dikurang-kurangkan…
Soalan : Bagaimanakah islam yang tidak boleh dikurang-kurangkan??
Jawapan : Haaaa…Sepertimana kita menyeru kepada islam yang tidak boleh ditambah-tambah,maka kita mestilah juga menyeru kepada islam yang tidak boleh dikurang-kurangkan,maka bolehlah disimpulkan : Agama islam itu ialah suatu agama yang tidak boleh langsung untuk ditambah-tambah perkara baru yang sengaja diada-adakan dan tidak boleh pula dikurangkan dari asalnya!!
Jika pada waktu dahulu, apa yang dihadapi oleh umatnya ialah perbuatan menambah-nambahkan perkara yang tiada asal-usulnya di dalam agama,yang mana perbuatan tersebut berlaku kadang kala adalah disebabkan sifat yang keterlaluan ingin mendekatkan diri kepada Allah tetapi jahil dengan hakikat agama islam!!
Tetapi apa yang kita hadapi pada hari ini adalah cubaan untuk mengurangi ajaran agama suci ini,mengurangkan apa yang sudah pun termaktub pada asalnya!! Pada waktu ia mula-mula datang dahulu…
Ada orang islam yang mahukan islam pada aqidah sahaja tetapi tidak mahu pada ibadahnya,maka tidak peliklah jikalau kalian pernah mendengar ada orang berkata : Asalkan kau sudah beriman kepada Allah itu pun sudah cukuplah,engkau tidak solat,berpuasa Ramadhan membayar zakat dan menunaikan haji pun tidak mengapa!!
Ada juga orang islam yang hanya mahukan islam pada ibadahnya sahaja tetapi tidak mahu islam pada akhlaqnya…Oleh itu mungkin sudah tidak pelik apabila anda pernah mendengar ada orang berkata begini : Alah…kalau engkau cakap bohong ke,mengurat awek ke,pau duit orang ke,kebas duit persatuan ke apa ada hal,asalkan engkau bersolat,berpuasa dan pergi balik naik kapal terbang pergi ke Mekah!!
“Abang lembu…anak cucu tumpang lalu ye..”
Ada juga orang yang hanya mahukan akhlaqnya sahaja tetapi tidak mahu kepada ibadahnya…mungkin anda pernah mendengar orang berkata begini : Weii ! walaupun aku ini tidak tunggang-tonggek bersembahyang,berlapar perut berpuasa,berhabis duit bayar zakat,turun naik airport pergi ke Mekah tetapi engkau akan menyedari bahawa aku ini baik orangnya,sopan santun dan penuh taat setia,lalu depan lembu pun aku tunduk minta izin nak lalu tau!!
Begitu juga ada orang islam yang beriman dengan setengah daripada ayat Al-Quran dan meninggalkan sebahagian yang lain!! Membaca surah Yasin dan Ayatul Kursi,membacanya sebelum tidur,pada malam Jumaat dan pada waktu kenduri kendara tetapi berjual beli dengan sistem riba’ dan mengatakan dengan selamba chekodok : Sembahyang sembahyang,luar sembahyang lain cerita!! Atau : Politik politik lah,kau jangan campur-campurkan dengan agama!!
Inilah masalah yang dihadapi oleh umat islam sekarang ini,memecah belahkan ajaran islam dengan sesuka hati mengikut telunjuk nafsu!!
Ada sesetengah orang islam yang mahukan islam dengan pelbagai wajah yang lain daripada wajahnya yang sebenar,mahukan islam yang menghalalkan kahwin dan mengharamkan talaq,bahkan ada yang berusaha mahu menghapuskan hukum talaq dan poligami daripada undang-undang islam!!
“Benarkah Dato’ Seri…??”
Begitu juga ada yang mahukan islam yang tanpa erti jihad!! Berlemah lembut dengan penjajah yang ingin menjajah bumi islam di atas nama keamanan!! Bahkan kalau boleh mereka ingin menghapuskanya daripada ajaran islam,supaya umat islam menjadi lemah untuk bertindak terhadap musuh agama mereka!! Seperti mana ajaran Ghulam Ahmad Qadhiyani yang menekankan dua perkara besar di dalam ajaranya,pertama : Menghapuskan jihad,kedua : taat setia kepada pemerintah walaupun mereka kafir!!
Ada juga orang islam yang hanya mahukan islam pada aqidahnya dan ibadahnya,tetapi tidak mahu kepada syariatnya!! Maka ketahuilah bahawa pegangan sebegini adalah ajaran yang berasal daripada golongan Komunisme secara umum,mereka ingin menghapuskan syariat islam dan segala hukum-hakamnya…Maka jikalau kalian ingin membuat solat seberapa banyak rakaat pun tidak mengapa,ingin membuat majlis zikir berbelas ribu kali dengan kehadiran puluh ribu manusia pun tidak mengapa,tetapi untuk kalian berjuang menjadikan islam sebagai rang undang-undang dan pentadbiran negara maka kalian seumpama telah mengisytiharkan perang kepada mereka!! Hairan,ambil islam pada perkara tertentu tetapi menolaknya pada perkara tertentu!!
Ketahuilah bahawa pegangan islam dengan sedemikian rupa adalah ditolak sama sekali di dalam islam!! Seratus peratus ditolak tanpa sebarang khilaf pun dikalangan ulama’!!
Umat islam yang kita hadapi pada hari ini adalah umat islam yang amat berlainan sekali,ada orang yang menjadi islam ketika dia di masjid sahaja,tetapi sebaik sahaja keluar daripada masjid dia berubah menjadi insan yang lain,ada juga yang menjadi islam di bulan Ramadhan sahaja,tetapi apabila habis bulan Ramadhan dia tak ubah seperti syaithan yang baru dilepaskan daripada rantainya ketika di bulan Ramadhan,ada juga yang bertudung litup ketika di Mekah,apabila kembalinya dia ke negaranya dia seakan-akan telah lupa apa yang telah dilakukanya semalam di Mekah…
Maka,islam apakah yang kita serukan ini?? Iaitu islam yang tidak boleh sama sekali ditambah-tambah perkara baru yang tiada asalnya di dalam agama dan tidak boleh pula dikurang-kurangkan daripada asalnya!!
“Ya..memang benar…”
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
Assalamualaikum,
Gambar RM50 koyak separuh tu betul ker. Mahal juga entri ini. Sebenarnya sangat mahal dan bernilai. Teruskan menulis. Tuan Frodo ada beritahu something x?
terima kasih,allahu yubarik fikum,beritahu ape?
pasal rancangan nak tubuhkan satu grup dari alumni untuk menterjemah kitab2 asas atau kitab penting tapi tapi nipis.
frodo sibuk kot.
KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-
(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
Islam yg kita serukan ialah sebagaimana kata imamuna al-Qradawi al-Islam huwa al-islam al-Quran wa al-Sunnah