Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani para hambanya yang melata di segenap ceruk bumi ciptaanya,juga selawat dan salam kepada baginda nabi yang mulia Muhammad sallallahu alaihi wassalam dan ahli keluarga beliau yang berketurunan mulia…
Hayatilah kalam Allah yang maha mulia ini:
“Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau,jika kamu beriman serta bertaqwa,allah akan memberikan pahala kepadamu,dan dia tidak akan meminta hartamu” (surah Muhammad :36)
“Wahai kaumku!sesunguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negei yang kekal” (surah Al-Mu’min :39)
“Dan apa sahaja(kekayaan,jabatan,keturunan) yang diberikan kepadamu,maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasanya,sedangkan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal,tidakkah kamu mengerti? (surah Al-Qasas : 60)
Kehidupan di dunia yang mengandungi banyak kesenangan dan kegembiraan sehingga terlupa akan kehidupan akhirat yang lebih kekal adalah benar-benar suatu tipuan..bukanlah diriku mengatakan tidak perlu kepada kehidupan di dunia ini secara mutlaq,tetapi menghargai kehidupan di dunia yang penuh dengan kesenangan itu sehingga terlupa dan lalai akan adanya suatu kehidupan akhirat yang lebih kekal lagi yang cuba daku katakan..sesungguhnya kewujudan kita ke dunia ini penuh dengan misinya,dan bukanlah hanya duduk di dunia kosong-kosong sahaja tanpa kerja:
“Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia itu melainkan agar mereka beribadah kepadaKu” (surah Az-Zaariyat : 56)
Sesungguhnya kehidupan dunia ini bukanlah segalanya,jika kamu sayangkan kekasih kamu,ingatlah dia juga akan binasa,jika kamu sayangkan isteri dan anak-anak kamu,ingatlah bahawa mereka juga akan binasa,jika kamu sayangkan handphone kamu yang canggih,ya,semestinyalah akan binasa,maka,manakah benarnya kehidupan dunia ini jika kamu tidak kawankan kehidupan dunia itu dengan kehidupan akhirat yang lebih kekal?
Cubalah jadikan segala kehidupan di dunia yang kamu sayangi ini sebagai jaminan kebahagiaan kamu di akhirat,jika tidak,rugilah kehidupan kamu di dunia ini,semata-mata rugi dan secara mutlaqnya memang rugi!!sebagai contoh:
Jadikanlah isteri kamu serta anak-anak kamu yang kamu sayangi menjadi insan yang taat kepada perintah dan larangan agama,dengan niat agar dapatlah kamu berkumpul di dalam syurga nanti serta mendapat pula keredhaan allah..
Jadikanlah harta-harta kamu yang kamu sayangi dengan menyalurkanya ke arah kebaikkan dan kesenangan orang ramai serta memeberi faedah pula kepada masyarakat,dengan niat agar mengalir pula pahala yang diberikan allah kepada kamu selagimana masyarakat mendapat faedah hasil saluran harta kamu (amal jariah)
“jika matinya anak adam itu,akan terputuslah segala amalanya melainkan 3 perkara: doa anak yang soleh (yang mendoakan kebahagiaan hidup ibu dan bapanya) ilmu yang dimiliki dimanfaatkan (secara betul) serta sedeqah jariah(yang mengalir pahalanya kepada si pemberi selepas kematianya)” (riwayat imam muslim)
teringat daku akan nasihat oleh guruku yang mulia,As-Syeikh Al-Fadhil Ustaz Dzulkifli Bin Ismail Al-Hadhrami ghafarullahu lahu,ketika daku bersimpuh di hadapan beliau meminta nasihat beliau dalam menghadapi ranjau jalan yang daku susuri ini:
“Janganlah dirimu cuba-cuba untuk memandang akan kehidupan dunia itu,kerana kelak kehidupan akhirat tidak akan sudi memandang dirimu lagi,tetapi cuba-cubalah memandang akan kehidupan akhirat itu,kerana kelak kehidupan dunia itu sendiri yang akan menjeling memandang dirimu nanti,dan apabila dipandang dunia,kelak tidaklah lagi ia akan menjadi fitnah kepada dirimu”
Nasihat yang amat daku pegangi,bukanlah kebahagiaan kehidupan di dunia itu yang dapat menjamin kebahagiaan kehidupan kita di akhirat kelak,tetapi menjadikan kehidupan dunia sebagai alatan kita mencapai kebahagiaan kehidupan diakhiratlah yang bisa menjamin kehidupan kita di akhirat teramat bahagia,bahkan lebih kekal lagi sifatnya,kerana segala perkara atas dunia ini akan binasa,dan segala makhluq sifatnya akan binasa,kecuali Al-Khaliq:
“Semua yang ada di bumi itu akan binasa,tetapi wajah tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal” (surah Ar-Rahman : 26 dan 27)
YA ALLAH,JADIKANLAH KAMI SENTIASA SEDAR AKAN KEHIDUPAN AKHIRAT YANG DIJANJIKAN ITU MELEBIHI KESENANGAN KAMI DI DUNIA YANG BERSIFAT TIPUAN INI…..
Hiduplah perjuangan islam ini selamanya!!
Tinggalkan Jawapan