Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani para hambanya,syukur yang tak terhingga ku lampirkan pada mu sang pencipta…
Bismillahirrahmanirrahim,pada kali ini,aku nak bercerita lagi,kali ni aku nak bercerita sikit pasal peperiksaan,’examination'(bahasa inggeris) atau ‘imtihan’ atau ‘ikhtibar'(dalam bahasa arab),dan kaitannya dengan meniru,yang semestinya rasa aku paling kurang, sekali, pernah kita buat sepanjang masa kita bergelar pelajar….
Teringat aku pada sebuah pepatah morocco yang member aku di kuliah beritahu pada aku,aiman namanya,pepatah ni berkaitan pasal meniru dalam peperiksaaan,mungkin sebab dia tak tahan tengok pelajar yang lain sibuk meniru jer,dia pun keluarkan pepatah ni,yang berbunyi:Man naqala,intaqala,wa may ya’tamid ala nafsihi,baqiya fil kursi,maksudnya:Barangsiapa yang ‘cengelat'(menipu) dia akan naik pangkat,tapi siapa yang jujur pada diri sendiri,masih duduk di kerusi…betul jugak cakap dia ni,memang suatu kenyataan pun keadaanya di kuliah ku di sini,begitu biasanya keadaan meniru..
Di kuliah aku ramai dikalangan para pegawai yang belajar,sebagai mendapatkan kuputusan yang lebih baik supaya dapat kenaikkan pangkat dalam pekerjaan yang diceburi mereka,dan,bila tiba saat peperiksaan,ke’terpaksa’an mereka untuk meniru itu menjadikan mereka lebih terpaksa dan meronta-ronta mewajibkan diri mereka untuk meniru,mungkin disebabkan kehadiran mereka menghadiri kuliah yang seperti gigi budak berumur 3-4 tahun yang rongak teruk sebab banyak makan gula-gula,membuatkan mereka ‘ghairah’ untuk meniru,atau malam tadi tak sempat baca sebab kepala dah pening banyak sangat tengok fail kat pejabat..atau tak sempat sangat sebab dah tak menang tangan nak menanda kertas peperiksaan budak-budak sekolah..boleh jadi…
Adakah mereka tidak memikirkan,pertamanya,amaran dari rasullullah s.a.w. sendiri,serta kesan jangka panjang yang bakal mereka hadapi,yang berkaitan dengan perkara yang halal dan haram?Rasulullah s.a.w. ada bersabda,bahawasanya:
“Barangsiapa yang menipu,(meniru pun boleh dikategorikan sebagai menipu,sebab tipu pensyarah!)maka bukanlah dikalangan kami”(umat beliau sendiri!!) (hadith riwayat imam muslim)
Dan,teringat aku pasal suatu pendapat yang dikeluarkan oleh Syeikh Saleh Utsaimeen pasal meniru ni,dia kata:Kerajaan telah menetapkan suatu gaji yang tertentu pada pangkat yang tertentu,jadi,apabila berlaku kenaikkan pangkat,maka,gaji pun secara automatiknya akan naiklah juga,dan syarat untuk mendapatkan sesuatu pangkat atau kenaikkan pangkat itu telah ditentukan berdasarkan keputusan peperiksaan yang dibuat oleh sesebuah kerajaan,jika bagus keputusanya,maka baguslah juga ganjaran mereka,jika calon peperiksaan itu mendapatkan keputusan yang bagus dengan cara yang menipu,iaitu meniru,maka jika dia dikurniakan pula pangkat yang bagus dengan gaji yang bagus,belia memandang akan terjadi kebahayaan pada keadaan gajinya,iaitu mengandungi syubhat,dan,yang penting sekali,HARAM hukumnya menipu dalam peperiksaan berdasarkan hadith tadi…
Juga beliau katakan,termasuk juga pembantu yang membantu dalam menipu dalam peperiksaan,seperti berbisik-bisik dengan kawan sebelah untuk mendapatkan jawapan,(alamak,yang ni aku ada buat la dulu!)tapi,yang bahayanya ialah dikalangan para pegawai inilah,kalau pelajar sepenuh masa pulak,aku rasa aku tak nampak pulak apa sebab yang menghalang dia daripada menghafal,kena menyusukan anak kat rumah sampai tak sempat nak baca buku kot..boleh jadi ker??
Dan buat ingatan para peniru,terfikirkah kita,adakah kita dapat manfaat daripada ilmu yang kita menipu tu??memang dapat markah bagus,tapi markah pengecut!bacul!dan adakah melekatnya ilmu yang ditiru tu dalam hati kita nanti?dan ilmu pada kepala hotak orang yang meniru ni ‘low class’ levelnya,tidak asli dan cetak rompak yang keji!kalau orang sibuk hapuskan lanun cetak rompak,jom kita:hapuskan penyagak peniru!!aku?alhamdulilah setakat ini tidak melakukanya lagi,masa kat sekolah menengah dulu ada la buat,ssshhh,jangan beritahu orang lain,malu aku,sekarang ni dah tak buat dah,taubat…
Nah,jelas kan dah hukumnya?nak meniru lagi??
Ya allah,jadikanlah kami hamba yang tidak menipu di dalam apa pun jua di jalan mu ya allah,jadikan ilmu yang engkau kurniakan pada kami ‘high class level’ amin…
Tinggalkan Jawapan