Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah….
“Masjid Quba’….”
Ziarah pertama : Masjid Quba’…
قال النبي صلى الله عليه و سلم : من خرج حتى يأتي هذا المسجد يعني مسجد قباء فيصلي فيه كان كعدل عمرة
Bermaksud : Barangsiapa yang keluar (daripada rumahnya) sehinggalah sampai ke masjid ini iaitu masjid Quba’ lalu bersolat di dalamnya maka pahalanya seperti pahala umrah (berkatanya Az-Zahbi,hadith ini sahih)
Sesungguhnya mengikut sunnah rasulullah sallallahu alaihi wassalam baginda nabi datang ke Masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu samada berjalan kaki atau menaiki tunggangan dan baginda akan bersolat di dalamnya 2 rakaat…
Alhamdulilah,sememangnya rombongan kami dapat mengikut sunnah dengan pergi ke masjid tersebut pada hari Sabtu dan alhamdulilah juga kami sempat bersolat sunat 2 rakaat di dalam masjid tersebut dengan niat mengikut sunnah baginda nabi,terasa tidak lengkap ziarah jikalau tidak ke masjid ini,masjid ini jauhnya dengan Masjid Nabawi lebih kurang 5 kilometer sahaja,dan terdapatnya sebuah perigi yang dinisbahkan kepada Abu Ayub Al-Anshari di dalam masjid ini…
Masjid Quba’ merupakan masjid yang pertama dibina oleh baginda nabi sallallahu alaihi wassalam ketikamana baginda berhijrah daripada Mekah ke Madinah,mengikut riwayat Ibnu Abi Khaitsamah,ketika baginda mengasaskan masjid ini,baginda merupakan orang pertama yang meletakkan batu asas pembinaanya di arah kiblat masjid ini,kemudian diikuti oleh Abu Bakar As-Siddiq radiallahu anhu,kemudian Umar Al-Faruq radiallahu anhu pula meletakkan batu asasnya di samping batu yang telah diletakkan oleh Abu Bakar,lalu manusia seluruhnya pun mula membina masjid tersebut…
Dan ketahuilah bahawa masjid ini merupakan masjid yang telah dibina di atas asas ketaqwaan yang mana Allah telah merakamkan tentangnya di dalam Al-Quran :
“ Sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar taqwa (masjid Quba),sejak hari pertama (ianya dibina) adalah lebih patut kamu solat di dalamnya,di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.” (At-Taubah : 108)
Bahkan di dalam hadith baginda :
عن أبيّ بن كعب: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “المسجد الذي أسس على التقوى مسجدي هذا
Bermaksud : Daripada Ubay Bin Ka’ab radiallahu anhu sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : Masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan ialah masjidku ini (Masjid Quba’) (riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya)
“Dari bahagian hadapan..subhanallah..”
Ceritera di sebalik Masjid Quba’…
Sesungguhnya sebelum kedatangan baginda nabi ke Madinah,terdapatnya seorang lelaki dari Bani Khazraj yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahiib yang mana beliau ini dahulunya penyembah berhala seperti masyarakat jahiliah yang lain kemudianya beliau memeluk agama Kristian dan telah berguru dengan para ahli kitab tentang Kitab Injil,dan beliau mempunyai kedudukkan yang tinggi di kalangan Bani Khazraj,dan apabila baginda nabi berhijrah ke Madinah,dan semua orang Ansar meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda ditambah pula dengan kemenangan orang-orang islam di dalam peperangan Badar,beliau berasa sangat iri hati dan sangat benci kepada baginda,lalu beliau pun bergegas ke Mekah untuk bergabung bersama para tentera Musyrikun Mekah di dalam peperangan Uhud untuk memerangi baginda nabi,beliau telah menggali beberapa parit yang besar di Siffin sehingga menyebabkan baginda nabi telah terjatuh ke dalam salah satu parit tersebut,sehingga patah tulang peha baginda nabi yang mulia…
Tidak cukup dengan perbuatan tersebut,beliau pun pergi ke pemerintah Rom pada masa itu iaitu Raja Hercules untuk meminta pertolongan daripada raja tersebut untuk memerangi baginda nabi,dan raja tersebut pun bersetuju untuk menolongnya,lalu beliau pun memberitahu kaum-kaumnya yang munafiq dan fasiq di Madinah bahawa beliau akan menghantar suatu bala tentera yang besar untuk mengalahkan baginda nabi dan mengarahkan mereka persiapkan diri mereka dengan kelengkapan perang,selepas itu,beliau pun mula membina sebuah masjid yang berdekatan dengan Masjid Quba’,dan pembinaan masjid tersebut telah selesai sebelum baginda keluar ke peperangan Tabuk,lalu para pengikutnya pun mengajak baginda nabi agar sudi bersolat di masjid yang telah dibina mereka agar dapat menjadi suatu hujjah bahawa baginda nabi merestui mereka jika baginda bersolat di situ,mereka menyatakan kepada baginda bahawa masjid itu dibina untuk orang-orang yang susah dan sebagai tempat berlindung daripada kesejukkan musim sejuk di waktu malam,tetapi Allah telah melindungi nabi daripada termakan ajakkan mereka itu dengan bersabda :
“Sesungguhnya aku ini di dalam permusafiran (ke Tabuk) dengan izin Allah sekembalinya kami daripada musafir,kami akan bersolat di situ..”
Kemudian,sekembalinya baginda nabi daripada Tabuk ke Madinah,tidak sampai sehari atau dua hari turunlah wahyu daripada Allah memberikan peringatan tentang Masjid Dhirar (masjid yang dibina oleh Abu ‘Amir) yang mana ianya di bina di atas asas kekafiran kepada Allah dan bertujuan untuk memecahbelahkan kesatuan kaum muslimin yang bersolat jemaah di Masjid Quba’ yang diasaskan di atas asas taqwa kepada Allah :
Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.Sesungguhnya mereka bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)(At-Taubah : 107)
Dan juga larangan Allah kepada baginda agar tidak bersolat di situ :
“Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar taqwa (masjid Quba),sejak hari pertama (ianya dibina) adalah lebih patut kamu solat di dalamnya,di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih” (At-Taubah : 108)
Kemudianya,baginda nabi pun menghantar Malik Bin Dukhsyum dan Ma’an bin ‘Adiy untuk merobohkan Masjid Dhirar itu dan membakarnya…(rujuk Tafsir Ibnu Katsir iaitu riwayat tentang surah At-Taubah ayat 107-108)
“Yang warna merah ranum itu Rathab dan yang di dalam mangkuk itu Tamar..”
Pasar kurma…
Di bahagian luar masjid ini,terdapat beberapa pasar kurma,di masjid inilah aku pertama kali merasa kurma yang sungguh sedap sekali,kurma ini sangat basah dan sangat ranum serta masih terasa lagi manisnya,seakan-akan ianya telah direndam lama-lama di dalam air gula,dan rasanya seperti campuran buah anggur dan kurma,dan mutawif aku memberitahu bahawa kurma yang basah dan ranum ianya dipanggil sebagai “Rathab” (basah) manakala kurma yang sudah dikeringkan pula dinamakan sebagai “Tamar” dan perkara ini merupakan ilmu baru bagi aku,kerana sebelum ini aku tidak tahu pula kurma yang dikeringkan dinamakan sebagai tamar,hehe…
Keadaan di dalam masjid ini sungguh tenang dan nyaman sekali,terdapat suatu ruang legar di bahagian tengah masjid ini,tetapi memang sungguh,terasa masjid ini dibina atas rasa ketaqwaan,kerana aku dapat merasakan suatu ketenangan yang aneh apabila bersolat di dalamnya,sungguh aneh…sesungguhnya kalam Allah dan rasulNya sangat benar…percayalah bahawa apabila anda masuk lalu bersolat ke dalam masjid ini,insyallah akan merasainya juga…
Bersambung insyallah ke Ceritera Haramain 3 tentang ziarah-ziarah kami yang seterusnya..
Tinggalkan Jawapan