“Minta maaf…”
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekelian alam…
Minta Maaf..
Pertamanya aku ingin meminta maaf kepada blog ini dan juga kepada beberapa orang yang sudi membaca blog ini,kerana tidak menghiaskan blog ini dengan ilmu-ilmu Allah lagi,kalau mahu cakap tentang sebab,banyak sebabnya,antaranya rumahku di Tetouan memang tiada line internet,aku juga agak sibuk dengan suatu hal yang sangat penting,ianya hal yang bersangkut paut dengan masa depan hidupku…aku berdoa semoga ianya berjaya dan semoga segalanya Allah mudahkan urusanya…Sesungguhnya hanya Allah tempat diriku bersandar segala perkara dan sebaik-baik tempat bersandar ialah berdoa kepada Allah..dan aku teramat yakin denganya..
“Graduan yang sombong..”
Bergelar graduan…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah,aku sudah pun bergelar graduan Ijazah Usluddin di Universiti Qurawiyyien Tetouan di Maghribi di Fakulti Usuluddin dan Komunikasi Moden…tapi aku tidak bangga langsung dengan gelaran pemegang ijazah ini,sebab bagi aku tiada apa yang boleh dibanggakan lagi,ijazah yang dipegang itu tidak melambangkan langsung kepenuhan ilmu di dada si pemegang,tak keterlaluan kalau aku katakan ijazah yang didapati itu terkadang hasilnya hanyalah disebabkan si pelajar telah banyak menahan mata untuk menghafal sehingga ke tengah malam,membuat berbagai cara asalkan segala maklumat di syllabus dapat dipindahkan ke kertas jawapan,pujuk memujuk dan rayu merayu kepada ustaz-ustaz agar dinaikkan sedikit markah ataupun memberikan mereka ‘saguhati’ berupa hadiah untuk mendapatkan perhatian mereka….kemudian hanya perlu bersabar beberapa tahun membuat sedemikian kemudian beroleh sekeping kertas yang menyatakan bahawa kamu sudah pun mempunyai ilmu yang layak untuk kamu menjadi tempat rujukkan orang ramai…
Tetapi ini ijazah pada satu bahagian,pada bahagian yang lain pula adanya suatu ijazah yang sememangnya si pemegang tersebut berasa betul-betul berisi dengan ilmu-ilmu di kuliah tersebut dan tidak menganggap langsung beberapa tahun yang dihabiskan itu sia-sia belaka…mungkin kerana setiap pelajaran yang dipelajarinya itu digandingkan bersama dengan penghayatan melebihi daripada hanya sekadar menghafal buta segala maklumat dan mengharapkan kerja yang bakal mendatang hasil daripada ‘ijazah kosong’ itu tadi…
Apa-apa pun,prinsip aku : “Jangan menafikan kebaikkan sesuatu benda yang walaupun hanya ada sedikit sahaja kebaikkan padanya” tapi prinsip aku ini hanya boleh dipakai apabila ianya tidak berlanggar dengan syariat Allah yang maha sempurna,kalau prinsip ini berlanggar,anggap sahaja ini kata-kata orang gila!!
P/S : Contoh : “Mereka bertanyakan kepadamu tentang arak dan judi,katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat pada manusia,tetapi dosa keduanya adalah lebih besar dari keduanya” (surah Al-Baqarah : 219 ) oleh itu, pada ayat ini aku sudah menjadi orang gila!!
Syeikh tua yang sakit dan pakcik seperguruan…
Guruku yang mulia As-Syeikh Abdul Qadir hafizahullahu taala sekarang sedang sakit,oleh itu pengajianku yang berlangsung selama ini telah dihentikan serta merta oleh beliau,beliau berkata :
“Daud,saya ini sudah sakit,mata juga tidak nampak perkataan pada kitab,rutin harianku sekarang adalah berulang alik menemui doktor,jadi kita hentikan segala pelajaran kita,dengan izin Allah sesudah diriku sembuh kita mulakan kembali pengajian”…
Terperanjat bercampur sedih,ada juga rasa kasihan dan rasa bersalah…
Pakcik-pakcik seperguruan denganku juga mungkin berasa seperti apa yang diriku rasakan tadi…seperti Pakcik Mouhammad “Al-Khayyath La Primera” (tukang jahit nombor satu),Pakcik A’yasyi “Si Faqih Diyalna” (pak imam kami) Tok Imam di masjid dekat dengan rumah aku,Pakcik Mouhammad,pengunjung setia masjid tersebut yang mana pasti mukanya akan ada di tiang masjid besar tersebut sambil tangan membelek kitab,menakjubkan,walaupun umur beliau sudah tua tetapi keinginan menuntut ilmu itu tetap segar,dan begitulah juga dengan Pakcik Si Mouhammad “Si Faqih Mkharbek” (pak imam kelam kabut) gelaran yang diberikan oleh As-Syeikh disebabkan beliau selalu hadhir lambat ke kelas kami,walaupun begitu apabila beliau diuji soal oleh As-Syeikh dengan selamba menjawabnya seperti beliau sudah ada semenjak majlis bermula lagi!!
Betapa rindunya aku dengan keadaan kelas talaqqi As-Syeikh,ukhuwwah yang terbina sesama kami terasa amat manis,bahkan aku tidak pernah berasa asing apabila berada di kalangan mereka,tiada istilah arab-arab,melayu-melayu,bahkan aku mampu memahami setiap ocehan mereka dengan dialek “Syamali” (Maghribi Utara) mereka…
Semoga As-Syeikh berada dalam keadaan sihat semula hendaknya dan agar kami anak-anak murid ini berpeluang menadah kitab semula…
“Kucing Doraemon!!..”
Tidak tahu…
Sampai sekarang aku masih tidak tahu bilakah tarikh tepat untuk aku pulang ke tanahair tercinta Malaysia,segalanya akan terjawab apabila urusanku semuanya diselesaikan dengan jayanya insyallah,sudah tidak larat memikirkan karenah birokrasi maghribi yang berada di paras yang teramat teruk,apabila orang bertanya : “Bila nak balik??” jawabku mudah : “Tak tahu lagi”,dan juga : “Tiket dah beli ke belum?” jawabku mudah : “Belum,tak tahu bila nak balik”…ayahku pula sudah bising-bising menyuruhku pulang,perkataan “Baliklah” itu sudah menjadi basahan bibir beliau,ayah..bukanya aku tidak mahu balik,tetapi keadaan tidak mengizinkan,dengan izin Allah aku akan pulang jua…takutnya kena jadi imam sembahyang terawih apabila pulang nanti!! hahaha…
Kalaulah aku ada Doraemon yang mampu menyelesaikan segala masalah manusia dengan hanya alatan-alatan dari dalam poketnya itu,sudah pasti aku akan halau dia awal-awal lagi,kerana aku sudah pun mempunyai tuhan yang sudah pasti akan mengabulkan permintaanku apabila aku meminta dan menyembuhkan aku apabila aku sakit dan memberikanku makanan apabila aku lapar,oleh itu,apabila berharap pada manusia,gantungkan dahulu harapanmu terhadap kuasa Allah dan Ar-Rahman serta Ar-Rahimnya beserta berbaik sangka pula terhadapNya,jangan sekali-kali berharap seratus peratus kepada manusia,ingatlah bahawa Allah maha memiliki hati hamba-hambaNya,oleh itu minta sahaja pada Allah agar diperbuatkan apa sahaja terhadap hati tersebut!!
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
Salam. Congratz Daud, moga pembelajaran kamu selama berada di bumi maghribi diberkati, diredhai dan dapat bermanfaat kepada semua. Memang kenangan sepanjang pengajian merupakan memori paling manis yg sukar nak dilupakan…
SyafakaAllah buat ustaz kamu -Syeikh Abdul Qadir hafizahullahu taala, moga Allah cepat menyembuhkan beliau.
Assalamualaikum sepupuku.
Alhamdulillah. Da bergelar graduan akhirnya.
Aku mendoakan kesejahteraan diri kamu.
Semoga berjaya dalam hidop & mencapai
apa yang dihajati.
waalaikumussalam…terima kasih la meen,allahumma amin fiima da3autani,fa iyyana wa iyyak,allahu yubarik fiikum,allahu yajzikum bilkhair insyallah…
Salam to alhammassiy.. masih dengan kucing2 yg tomey itu.. hikhikhikkk…. Ok, slamat bergraduan… Tahniah…