Bismillahirrahmanirrahim,Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Yang Mencipta segala apa yang terdapat dilangit dan dibumi,yang maha menerima taubat setiap hambanya,yang juga maha menerima ibadat setiap hambanya,Dialah yang maha memutuskan segala perkara,segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Apakah sebenarnya makna ibadat itu?Telah daku naqalkan juga dari Kitab Haqiqat At-Tauhid karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi sebagai sambungan dari tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah,diharaplah dapat diambil pengajaran bersama,insyaallah.
MAKNA IBADAT,APAKAH IA?
Kalimah ibadat itu,mengandungi dua makna yang saling bergabung keduanya diantara satu sama lain,tetapi kini,telah menjadi hanya satu sahaja makna yang menjadi pegangan,kedua-duanya itu ialah makna dari segi Khudhu’ dan makna dari segi Al-Hubb(kecintaan),maka,dapatlah kita merealisasikan makna ibadat itu dengan semestinya kita menggabungkan Khudhu’ yang Kamil(Patuh atau tunduk dengan sempurna) bersama dengan Al-Hubb yang Kamil(kecintaan yang sempurna)itulah dia sebenarnya makna ibadat,jika hanya sedikit Khudu’ bersama sedikit Al-Hubb,tidaklah dapat merealisasikan makna ibadat yang sebenarnya,bahkan semestinya menggabungkan Khudhu’ yang bersifat Kulli(keseluruhan)bersama Al-Hubb yang bersifat Kulli.
GAMBARAN MAKNA IBADAT DAN JENIS-JENISNYA.
Makna ibadat itu tidaklah hanya terbatas sebagai suatu gambaran yang bersifat tunggal sahaja,seperti yang disangkakan oleh kebanyakkan manusia pada hari ini,bahkan,ianya terdiri daripada jenis-jenis dan gambaran yang berbilang-bilang.
(1)Doa:iaitu menghadapkan diri kepada Allah Taala dengan meminta supaya diberi sesuatu manfaat atau meminta supaya ditolak dari sebarang kemudharatan,atau meminta supaya ditolakkan bala’ atau meminta pertolongan mengalahkan musuh dan lain-lain.Maka,menghadapkan diri kepada Allah ini dengan meminta sesuatu kepadaNya mestilah terbit daripada hati ikhlas Lillahi Taala,mestilah kerana Allah Taala,yang mana ianya merupakan tunjang serta Ruh ibadat seperti dalam hadith riwayat Imam Tirmizi:
“Doa itu ialah ibadat”(RIWAYAT IMAM TIRMIZI)
(2)Mendirikan syiar-syiar(lambang-lambang)keagamaan seperti Solat,Puasa,Sedeqah,Haji,Nazar,Sembelihan dan yang seumpama denganya,maka tidaklah boleh kesemua syiar ini dilakukan dengan niat selain Allah Taala(tidak boleh melakukan solat,puasa,sedeqah,haji,nazar sembelihan dan yang lainya bukan kerana Allah Taala)
(3)Patuh dan Taat pada apa yang telah disyariatkan Allah daripada hukum-hukum syarak,menghalalkan apa yang telah dihalalkan dan mengharamkan pada apa yang telah diharamkan,dan membataskan pada apa yang telah dibataskan,serta menyeragamkan perkara-perkara dalam kehidupan seharian dengan betul,maka tidaklah harus bagi sesiapa yang mengaku beriman kepada Allah mengambil hukum serta undang-undang yang dicipta oleh manusia,dengan mematuhi serta menghukum pada segenap segi kehidupan dengan undang-undang tersebut iaitu selain undang-undang ciptaan Allah,maka inilah kesalahan dalam beribadat.
KEPENTINGAN TAUHID ULUHIYYAH.
Bahagian tauhid inilah yang paling terpenting dan yang paling terbesar sekali,inilah yang dibawa oleh para rasul yang mulia dengan segenap usaha mereka menyampaikan risalah tauhid ini.Telah Allah utuskan para rasulnya,dan menurunkan Kitabnya,dan manusia pula telah melihat ayat-ayatnya pada setiap segi dan juga pada diri mereka sendiri,maka dengan sebab itulah tersirnalah kebenaran,bangkitlah perkara yang benar,dan tersebarlah segala macam bentuk perundangan,dan terzahirlah juga perkara dalam menentukan tempat kembalinya kita samada disyurga atau pun neraka,atau diantara bahagia atau celaka,ada yang tempat kembali mereka disyurga,dan ada juga tempat kembalinya mereka ke neraka(Nauzubillah min zaalik)
Assalamualaikum wbt,
saya sebenarnya ingin bertanya sesuatu yang mungkin tidak berkait dengan tajuk di atas, namun, saya mohon jika tidak keberatan untuk membantu saya dalam mentafsirkan makna kedua-dua ayat yang slalu kita lafazkan ini tanpa mengetahui makna penuhnya…. 🙂
” Auzubillah hi minashyaitan nirrajimm…”
dan
“Nauzubillahi min zalik”
terimakasih
waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh…
alhamdulilah saya sudah pun jawab soalan ini di email saudari seperti yang tertera,insyallah…
Subhanallah..scr xlgsung dpt byk ilmu dan makin kemas pmahaman…bole x kalau ada yg bmanfaat utk dishare..skdr menymbung isi ilmunya pd rakan2 yg memerlukan..
boleh tanya?
Apakah segala sesuatu yang baik yang boleh membantu terlaksananya ibadat itu juga termasuk ibadat?
apakah membersihkan rumah, mencuci pakaian, yang semua itu diniatkan kerana Allah, juga beroleh pahala?
assalamualaikum ..saya ingin brtnya tu soalan..saya bgi stu situasi..pada stu ketika brlaku kmlngan jln rya kpd si pulan. dlm kmlngan itu kaki atau tngnya putus, tetpi si pulan ini msih hdup..adkh kta prlu mndikn, kpan ,solat, dan kbumikan kaki atau tngnnya itu sprti seorg jenazah biasa..