Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…
“Suasana di dalam pesta buku…”
Pesta…oh pesta..
Alhamdulilah,syukur yang tidak terkata ku lampirkan kepada Pencipta,kerana memberikanku peluang untuk pergi ke pesta buku ini…ini merupakan kali yang pertama aku pergi ke pesta buku sebegini semenjak pulang ke Malaysia tanah air tercinta…selama ini aku hanya dapat pergi ke pesta buku di Casablanca,Morocco yang diadakan secara tahunan,yang mana hanya dapat menatap kitab-kitab arab sahaja…tetapi di sini aku dapat lihat pelbagai jenis bacaan yang sangat membuatkan aku teruja!!
Pada mulanya aku ingin pergi ke sana bersama para pelajar Maahad Ar-Rahmah,demi kerana mereka membuat rombongan ke sana di bawah kelolaan Persatuan Bahasa Melayu,bila fikir-fikirkan,bagus juga kalau ikut mereka,tambang free,boleh pergi beramai-ramai bersama anak-anak murid…tapi mereka ke sana pada 20 haribulan iaitu hari sabtu….tak boleh…tak boleh…kerana aku dapat tahu bahawa Ustaz Hasrizal dari Saifulislam.com akan datang ke sana pada hari seterusnya iaitu hari ahad pada 21 haribulan!! oleh itu,walau apa pun yang diperlukan,aku akan ke sana pada hari ahad juga!! desak hatiku…hehe
Kamera sudah disiapkan,pen dan kertas juga daku bawa,bertolak ke sana seawal pukul 10 pagi bersama mak aku,sepanjang perjalanan mendengar mak aku bercerita tentang buku-buku yang ingin dibelinya..aku hanya mengangguk sambil melayan lena…dan dikejutkan dengan herdikkan : “Engkau ni asal berjalan jer nak tidur!!” mungkin bengang dengan aku sebab dia bercerita aku layan lentok!! hehe
“Bergambar bersama Ustaz Hasrizal…”
Ralat seribu kali ralat…
Sampai sahaja di sana mata aku terpukau dan terbeliak bahkan terjojol apabila melihat suasana di pesta buku,masuk-masuk sahaja sudah terpampang galeri kitab-kitab arab,aku cuba membelek-belek,dan aku terjumpa sebuah kitab yang telah di tahqiq oleh seorang ‘alim dari Tetouan,Maghribi iaitu As-Syeikh Boukhubza hafizahullahu taala yang bertajuk : “Al-Ajwibah Abil Qasim Ahmad Bin Muhammad Bin Umar At-Tamimi Al-Ma’rufi Bi Ibni Ward” (w: 540 hijrah) hanya sempat membelek tetapi tidak sempat membaca,cuba untuk membeli,tetapi hati memujuk disuruh pergi melihat-lihat dan berjalan-jalan dahulu sebelum membeli sambil memasang niat akan membelinya sebelum balik nanti…
“Kenangan bergambar bersama Syeikhuna Boukhubza rahimahullahu taala”
Kemudian terjumpa galeri buku majalah Anis,tertancap mata ini pada beberapa buah buku yang seperti sudah biasa melihatnya : Aku Terima Nikahnya,Bercinta Sampai Ke Syurga,Secangkir Teh Pengubat Letih dan lain-lain lagi…oh,novel-novel Ustaz Hasrizal rupanya…tanpa banyak bicara aku mengambil 3 buah buku tersebut terus sahaja membayarnya kerana aku berdiri di atas prinsip : “Asal berkenan,ambil sahaja dan bayar” tiba-tiba ada seorang kakak di sebelah mak aku cakap : “Tu ha Ustaz Hasrizal…” tanpa banyak soal juga,minta autograf dan minta izin bergambar,Ustaz Amal yang penyanyi nasyid itu juga ada…puas hati,kerana hajat sudah tercapai…teruskan berjalan..
Di tingkat atas,aku terjumpa lagi galeri kitab-kitab arab,mencari sebuah kitab yang terdesak untuk membelinya,dan merasa suatu kehilangan yang besar kerana belum memilikinya iaitu: ” Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid” oleh Ibnu Rusyd Al-Qurthubi Al-Andalusi (w : 595h) dibeli dengan harga Rm 73…tidak mahu merungut mahal atau murah…teringatkan prinsip tadi…
Berjalan…terjumpa novel-novel Faisal Tehrani,cuba pergi dekat untuk membelek…oh,si pengarang ada di sudut gerai duduk di atas kerusi sambil menandatangan novel-novel yang dibeli pelanggan…abang yang mempromosikan novel-novel itu panjang lebar menceritakan setiap novel Faisal,aku bertanya : “Boleh abang cadangkan saya novel mana yang patut dibeli??” buku “Tuhan Manusia” dihulurkan kepadaku,membayar lalu pergi kepada si pengarang…bertanya : “Bang Faisal,buku ini tentang apa??” dijawab : “Oh,novel ini merupakan jawapan balik saya kepada Islam Liberal…nama akhi??” buku ditandatangan dan disisipkan namaku bersama ucapan : “Selamat mencerna” puas hati tetapi tidak sepenuhnya..terlupa bergambar bersama penulis!! padahal kamera di dalam beg!! ralat..
Berjalan…disapa seorang arab dari Iraq,mengajak aku melihat-lihat CD jualanya..berbual-bual denganya…cuba mencari CD kisah hidup Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Fakhruddin Ar-Razi..hampa..pulang sambil teringatkan kitab Syeikh Boukhubza sebentar tadi…
Kelakar…Duit di saku sudah hampir habis,tapi ambil kitab tadi dan ingin membayar..tup tup RM 50!! kataku kepada penjual yang mana dia orang arab : “Izan,fala…” kitab diletak kembali…mungkin dia kasihan denganku dia pun kata : “Ya akhi,kenapa letak balik kitab tu?? mahalkah??” tersipu-sipu sambil menggaru kepala…ditawar : “Aku bagi kau RM 30″…saku diraba..mengira wang…tak cukup…kataku : “la baksa..(tak mengapa)” pulang dengan seribu penyesalan…dahulunya guruku yang mulia As-Syeikh Abdul Qadir hafizahullahu taala pernah berkata : “Orang dahulu,jika mereka tiada duit untuk membeli kitab,jubah di badan akan digadaikan demi sebuah kitab,mungkin kamu boleh beli lain kali,tetapi andai kamu tidak membelinya sekarang mungkin kamu tidak akan berjumpa denganya lagi” eh tak boleh,tak boleh…aku hanya pakai pagoda sahaja di dalam,kalau buat begitu,bakal ditertawakan dan dikatakan lebai malang…hehe
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!