Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…
“Bergambar beramai-ramai bersama pasangan raja sehari…”
“Sedang membasuh pinggan bersama saudara-mara…”
* Ramai..terlalu ramai orang yang ingin berkahwin sepanjang bulan Disember ini…bak kata sepupuku : “Bulan ni bulan mengawan la..tu sebab ramai orang kahwin” mungkin…
*Faktor terbesarnya ialah bulan Disember merupakan musim cuti sekolah,makanya semua orang ingin melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada bulan ini dengan harapan saudara mara yang jauh pun dapat datang bersama…ala,point ini pun aku dapati semasa belajar Bahasa Melayu 2 (Karangan) dengan Cikgu Aiha semasa Darjah 6..bernas kan??
*Baru-baru ni,sepupuku Mohd.Sallehuddin Bin Mohd.Rasid pun melangsungkan perkahwinanya,dengan pasanganya Kak Nita,aku bersama-sama sepupu sepapat yang lain pun sama-sama menolong,tak tidur beb!! tolong Pak Cik Ayim masak untuk tetamu yang hadir…meriah,cukup meriah,kami semua bergambar bersama-sama bahkan dipakaikan pakaian yang sama warna….Ada beberapa tetamu yang hadir yang daku kenal semenjak kecil lagi terkejut melihat aku,”Wah…dah lain la muka kau,dah berjambang-jambang” hampir semua cakap begini apabila berjumpa aku…
“Kad jemputan kahwin sudah pun ditempah,ramai-ramailah datang ye..klik sini“
*Surat jemputan kahwin sudah melambak-lambak di atas meja…eh lupa,tahniah juga kepada rakan bilikku bahkan rakan semenjak sekolah lagi iaitu Ustaz Faiz Mukmin Bin Abdul Mutalib dan pasanganya Norsyuhada Bte.Mohd.Nazir yang akan melangsungkan perkahwinan mereka tak lama lagi…cepat betul member aku sorang ni buat keje,hehe..
*Percayalah,hidup membujang sungguh menyeksakan..hehe,kenapa aku cakap macam ni??? jawapan aku senang sahaja : LU PIKIRLAH SENDIRI!! hanya orang yang senasib dengan aku sahaja yang memahaminya…ceh,nak kahwin konon,banyak lagi ilmu rumahtangga belum ditimba cik abang oiii…ingat,al-ilmu qablal iman wal amal!! setiap apa pun semestinya dengan ilmu!!
*Sepupuku Mohd.Asri Bin Razak terlopong dan muka penuh berminat apabila aku bercerita denganya tentang Ilmu Bahasa Arab yang terdiri daripada Ilmu Nahu,Ilmu Saraf,Ilmu Balaghah,’Arud Wal Qaafiyah dan lain-lain yang seumpama denganya…kemudian aku bercerita juga tentang Kitab Al-Jurumiyah dan Kitab Alfiyah Ibnu Malik kepadanya,semakin berkobar-kobar dia nak belajar…Insyallah aku akan mengajar mereka ilmu-ilmu ini,aku akan perturunkan ilmu-ilmu yang telah aku dapati daripada guruku yang mulia di bumi Maghribi sana iaitu As-Syeikh Abdul Qadir Al-Tetouani Al-Maghribi kepada mereka (ceh,cara cakap macam nak turunkan ilmu silat lepas dah bertapa dalam gua 20 tahun!!) dengan izin Allah jua aku akan ijazahkan mereka sepertimana guruku lakukan kepadaku….tapi,klimaks cerita jadi low terus apabila aku cakap : “Kitab-kitab tu dalam kargo lagi la Asri,tunggu dia sampai dulu la eh..” hehe…
“Sofwatut Tafasir..”
“Syarhu Muqaddimah Fi Usulit Tafsir..”
*Aku fikir-fikir nak buka kitab tafsir kepada sepupu-sepupuku,mungkin kitab Sofwatut Tafasir karangan As-Syeikh Ali As-Sobuniy sesuai untuk dijadikan tatapan mereka,tetapi sebelum itu,aku telah mentelaah kitab : Syarh Muqaddimah Fi Usulit Tafsir oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang telah diberikan sentuhan rasa oleh As-Syeikh Al-Allamah Al-Imam Muhammad Bin Soleh Al-Utsaimeen,supaya dapat memberikan banyak maklumat tambahan selain maklumat di dalam kitab itu sahaja….aku cukup minat dengan kitab-kitab beliau yang mensyarahkan banyak karya-karya turath oleh para imam yang muktabar,sentuhan beliau cukup ringkas,dengan bahasa yang mudah difahami,bahkan syarahnya cukup mendalam walaupun terkadang cakupanya agak sedikit susah untuk ditatapi oleh orang awam…so si Ustaz lah yang kena pandai mainkan perananya sebagai pendakwah…hanya keikhlasan sahaja yang diriku pintakan kepadaMu ya Allah..semoga usaha kecil ini sedikit sebanyak menjadi saham untuk kebahagiaan di akhirat sana…Sepupuku Si Udin juga mintakan aku ajarkan dia mengaji Al-Quran,Abang Wan anak Mak Ngah pun minta sama,isteri dia pula mahu ustazah ajarkan dia mengaji,tapi dia kata tak ketemu!! Nampaknya aku kena cari isteri yang pandai mengaji Al-Quran lah yeee,heheh…
“Warga PAS Markas Hamas..klik sini “
*Kehidupanku semenjak duduk di tanah air ini hanyalah biasa sahaja,setiap malam kena pergi ke Kompleks PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ) atau lebih dikenali dengan Markas PAS Hamas,setiap hari Selasa dapat berjumpa balik dengan guruku yang mulia As-Syeikh Al-Fadhil Al-Ustaz Dzulkifli Bin Ismail,dia mengajar kitab Tajzib Atraful Hadith Bisyarhi Ma Fi Kitabi Mukhtaril Ahadith oleh Ustaz Haji Abdul Halim,pelajar Baitul Qurra’ juga sudah semakin ramai,ramai orang baru,orang-orang lama yang dahulunya sebilik dan sebantal denganku semuanya sudah dihantar ke kelas persediaan untuk ke Yaman,di Hadhramaut..teringat aku dengan Abang Hamzah atau “Bang Mejah” Fairuz atau “Ujang” Muhsin dan lain-lain,semoga mereka ini diberkati oleh Allah…
“Mari memandu…”
*Sekarang juga aku sedang belajar memandu,sakit telinga apabila dimarahi dan diherdik oleh guru yang mengajar,apa taknya,lain yang dia suruh,lain yang aku buat,maunya tak hangin satu badan cikgu tu!! Di sana,aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang pelajar UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) Durian Tunggal,Lutfi namanya,aku berkenalan denganya di dalam surau ketika mahu solat Zohor,banyak perkara kami berbincang,dia juga banyak bertanyakan tentang masalah-masalah agama yang menjadi kemusykilanya kepadaku,lantas aku kenalkanya dengan Pondok Baitul Qurra’ supaya dia menuntut ilmu di sana,dia cukup senang,bahkan gembira,semoga berjaya daku ucapkan di dalam mencari ilmu…
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
Assalamualaikum
Oleh kerana post kali ni ada nama ku…terbukalah hati ni nak mengomen hehehe
Pertama aku doakan ko dapat ustajah yang pandai mengaji malah lebih dari itu…zuyul….hehehe
Kedua semoga ko terus berjuang…
Ketiga semoga ko sihat….
Keempat semoga ko…datang umah aku bersama semua kitab2 ku, tak ada yang tertinggal dah hehehe (silap2 ni sepatutnya yang pertama)
Habis…Wassalam =)
sekali lagi, i’m attracted to that cute cat! haha…
pasni buboh gambar kucing tu nak parking kete plak..ngeh3..
Salam sahabatku,
Sabarlah, xkemananya jodoh itu. Penentuan Allah sangat baik, tiada buruknya untuk kawanku seorang ini.
Kitab oren Usul Tafsir oleh Imam Abdul Halim tu aku ada, kalau nak pakai, datanglah Kuala Terengganu ini.
Selamat berjuang sahabat2ku di bidang masing2. Kalau ada modul tarbiyah atau bahan untuk mendidik anak2 bangsa, jangan segan2 untuk kita kongsikan bersama.
Selamat berjuang,
Fikri di Kg Laut, Kuala Terengganu