Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…
“hai…lawa tak senyumanku”
Barang baru…
Dengan nama Allah yang maha agung,beserta izinya yang maha mutlaq dengan kehendakkNya,daku akan meletakkan beberapa tab baru dibahagian atas blog daku ini yang berupa beberapa terjemahan dari kitab-kitab yang daku pelajari,antaranya :
(1) Sejarah-sejarah mazhab imam empat dan sejarah mazhab-mazhab lain yang tidak disebarkan,yang mana daku mengambilnya dari kitab : Al-Madkhal ila Al-Feqh Al-Islamiy yang dikarang oleh Fadhilatus Syeikh Dr.Mahmud Muhammad At-Tonthowi,
(2) Pendapat-pendapat para imam Ilmu Kalam berserta serba sedikit sejarah-sejarah Falsafah Yunani dan kemasukkan Falsafah Yunani kedalam Islam yang mana telah daku dapati dari hasil kajian pensyarahku di kuliah yang telah daku pelajari,tetapi terjemahan ini diharap jangan dijadikan pegangan,cuma kenalilah ia seperti mana kita harus kenali musuh kita!!
Dan dengan izin Allah jua daku akan letakkan lebih banyak tab-tab baru selain dua tab ini,yang mana dengan izin Allah akan dipenuhi tab-tab tersebut dengan terjemahan-terjemahan dari berbagai kitab pada berbagai jenis cabangan ilmu,dan setiap terjemahan daku ini semestinya daku telah merujuknya kepada beberapa rakan-rakanku yang berbangsa asing,sekiranya daku tidak fahami terhadap sesuatu perkara,manakala beberapa istilah-istilah penting yang terdapat didalam sesuatu cabangan ilmu itu daku telah merujuknya kepada beberapa Mu’jam Istilahaat (Kamus istilah) yang mana daku perolehi secara download di internet dan juga pinjaman kitab dari beberapa rakan asingku..
“Aku berharap semoga dapat tikus comel ni…”
Harapanku..
Daku berharap para ustaz-ustaz yang lebih banyak ilmu berserta yang lebih banyak pengalamanya menegur daku andai terjemahan tersebut berlaku kesilapan jua walaupun setelah dirujuk dan ditanya sebelum diterjemah,cukup-cukup daku berharap,kerana tidaklah semestinya sesuatu perkara itu walaupun setelah disahihkan berkali-kali ianya akan bersifat sempurna tanpa kecacatan!!
Dan daku berharap,semoga dengan terjemahan ini bakal menjadi bahan bacaan buat pelajar-pelajar yang bukan di bidang agama tetapi mempunyai suatu keinginan yang amat kuat untuk mempelajarinya,begitulah juga untuk bacaan para pelajar agama,atheis,freethinker,sister in islam,PAS,UMNO,KeADILan,DAP dan lain-lain juga..
p/s : pendek kata semua orang lah!! kenapa tak mau cakap semua orang?? entah…
Begitu juga daku berharap agar ilmu agama islam itu akan terus terpelihara dan terus berkembang di lapangan ini,daku juga berharap agar usaha ini mendapat perhitungan Allah jua kelak,tetapi kesemua rancangan ini mutlaq sebetul-betulnya pada keizinan dari Allah,daku tidak dapat menjamin masa lapangku,tetapi berharap agar ianya bukanlah hangat-hangat tahi ayam!!
“Jangan risau ye,saya nak berkawan dengan kamu sahaja..
Jangan risau..
Jangan risau…post-post utama pula dengan izin Allah akan terisi jua,insyallah daku tidak akan biarkan ianya tertinggal kosong tanpa apa-apa pengisian,tetapi kali ini daku ingin lebihkan perkara yang berbentuk pengalaman,demi Allah,kesemuanya dengan izin Allah =)
“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!..”
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
Hidupku hanyalah untuk menghidupkan agamaku,dan matiku pula hanyalah untuk meninggalkan jasa untuk agamaku..
Wah! geram plak tengok kucing kuning kat atas itu. ahha~ mmg penulis ni raja kucing! Abou Hurairah ni. Teruskan Menulis Bro!
erm…lawa senyuman kucing tue…senyum la byk2…
Salam to hamassiy…. kmsalam kat kucing2 tuh…hehehhe..awat la tikus tuh seksi sgt..hehehhee
Subjek: manusia ….malaikat….syaitan
Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini….awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia – Nak makan, laparlah ??
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan – Ahh, tak payahla….. dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia – Azan sudah kedengaran… .
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan – Perggghh…. best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…. pandai2lah?
Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. … (kalau sempatla)
Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?
Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat – Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan – Tak payahlah sebuk2
assalamualaikum khabar? lama tak singgah sini..ni tersinggah sebab tengok kucing2 tu comel sangat…
eh apa khabar silap laaa sori ya..