Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…
“Mari membaca ramai-ramai jom….”
Mutholi’ Wal Muraji’…..
Baru sahaja pulang dari kelas pengajian bersama As-Syeikh Abdul Qadir ghafarallahu lahu,hari ini mendengar cerita beliau tentang zaman beliau dahulu ketika bertalaqqi,yang mana kebanyakkan orang-orang tua di Morocco ini lazimnya mereka belajar secara tradisional,iaitu secara talaqqi,berguru face to face dengan syeikh yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan syeikh tersebut,yang mana sistem pengajian ini amat berbeza dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini….
Antara unsur yang membezakan keduanya ialah sistem pengajian talaqqi ini tiadanya sistem peperiksaan seperti yang wujud pada hari ini,dan juga sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan ‘khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit’ daripada mensyarahkan tajuk pada kitab,riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah pada apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab,walau macam mana pun,kitab itu semestinya dihabiskan…
Berbeza pula dengan sisitem pengajian disekolah-sekolah serta universiti-universiti,yang mana matlamat mereka pula : ‘menghabiskan keseluruhan syllabus pelajaran yang telah ditetapkan serta yang telah disaring’ jikalau pengajar yang mengajar seperti arnab yang makan lobak 6 kilogram setiap hari,dengan izin Allah akan habislah kesemua syllabus tersebut,makanya persoalan tentang kefahaman pelajar terhadap apa yang diajar hanya Allah sahaja yang maha tahu,manakala jikalau pengajar yang mengajar seperti kura-kura yang tidak diberi makan selama 6 hari,makanya terkadang setengah mukasurat pun tidak sampai,terus dibuat peperiksaan sekadar pada apa yang dipelajari kerana mengejar masa peperiksaan…lebih malang lagi,syllabus tersebut telah pun ditapis dan disaring mengikut selera ‘orang atasan’,andai tajuk tersebut dianggap bahaya,makanya akan dilangkah-langkahkan tajuk tersebut atau dibuat seakan-akan ianya tidak wujud…( bolehkah daku katakan antaranya tajuk berkaitan : JIHAD?? ..atau…sejarah penubuhan PAS?? )
p/s : walau apa pun sistem pengajianya,yang pasti kedua-duanya ada kelebihan dan kekuranganya,sistem pengajian yang dibuat pada hari ini adalah mengikut kesesuaian pengajian semasa…
Berkatanya As-Syeikh pula,didalam sistem pengajian talaqqi adanya tiga jenis tenaga pengajar,yang mana mereka menjadi penolong dan pembantu kepada syeikh sebagai mengurangkan bebanan As-Syeikh yang mengajar,dan juga sebagai mengulangkaji semula pelajaran yang telah diajar,mereka ialah : ‘Al-Mutholi’, Al-Muraji’ dan Al-Muqrik’…
Tugas seorang Al-Mutholi’ ialah sebagai menghuraikan kembali pelajaran yang telah diajar oleh syeikh kepada para pelajar yang lain sebelum memasuki pelajaran baru,dan dia pula telah dipilih sendiri oleh syeikh yang mengajar,dan lazimnya Al-Mutholi’ ialah seorang pelajar yang maju dan cerdas didalam pelajaranya,sebelum kedatangan syeikh atau ketidakhadiran syeikh,maka Al-Mutholi’ akan memahami sungguh-sungguh pada pelajaran yang telah diajar itu seterusnya menghuraikan kembali secara ringkas kepada para pelajar yang lain,dan pelajar yang lain akan mengikuti terhadap apa yang dihuraikan oleh Al-Mutholi’…
Manakala tugas seorang Al-Muraji’ pula ialah sebagai tempat rujukkan para pelajar yang lain untuk memahami semula pelajaran tertentu yang susah untuk difahami,dia juga telah dipilih sendiri oleh syeikh yang mengajar tersebut..
Dan Al-Muqrik pula ialah seorang pembaca yang tetap terhadap pelajaran yang sedang diajar,dia bertugas sebagai membaca kembali isi pelajaran yang diajar dengan suara yang kuat,dan lazimnya Al-Muqrik ialah seorang yang arif didalam ilmu Nahu dan ilmu Saraf kerana dia akan membacakan isi kitab yang secara lazimnya tidak diletakkan tanda baris seperti tanda baris yang terdapat didalam Mushaf Al-Quran pada hari ini,tetapi kesalahan membaca Al-Muqrik akan terus ditegur oleh syeikh yang mengajar…
Menurut As-Syeikh juga,dizamanya belajar dahulu,para pelajar akan dibahagikan mengikut tahap kecerdasan masing-masing,jikalau terdapatnya beberapa pelajar senior yang agak kurang cerdas atau kurang cepat menangkap terhadap sesuatu pelajaran yang diajar,maka syeikh yang mengajar akan menempatkan mereka secara sementara bersama para pelajar junior sehingga pelajar senior tersebut memahami betul-betul pelajaran yang diajar,apabila sudah mahir dengan pelajaran tersebut,dia akan kembali semula bersama pelajar senior yang lain…
“Kucing pun baca buku tau,manusia lagi la kena baca buku”
Hanyut ditelan zaman…
Tetapi sistem talaqqi yang yang daku sebutkan tadi kemungkinan sudah kurang diamalkan di bumi Morocco ini setelah hilang ditelan zaman,kerana zaman sekarang sudah wujudnya sekolah-sekolah dan universiti-universiti yang lebih menyediakan keselesaan dari sudut prasarana,serta pembelajaran pula sudah dibuat didalam bilik darjah dan dewan kuliah yang jauh lebih selesa serta dapat menampung kapasiti bilangan murid yang lebih ramai…tetapi telah dikhabarkan kepadaku dari seorang rakan kuliahanku bahawa sistem begini masih lagi terdapat dan diamalkan dibahagian Gurun Sahara mebawa ke Negara Mauritania dan Senegal,dan mereka masih lagi mengamalkan sistem hafazan secara tulisan diatas lowh (papan) serta sistem talaqqi seperti yang daku ceritakan tadi….
Tidak hairanlah para syeikh mereka ini amat terkenal dari segi khazanah simpanan memori di kepala otak mereka yang ibarat hard disc yang bergiga-giga byte, mereka terlalu banyak menghafal dan selalu mengulang-ulang kembali segala apa yang dihafal sambil diperhatikan dan diperiksa hafalan mereka oleh syeikh mereka yang mengajar,yang mana sebelum berlansungnya pembelajaran,syeikh yang mengajar akan memeriksa dahulu hafalan setiap seorang murid mengikut pusingan….
Misalnya As-Syeikh Abdul Qadir (ghafarallahu lahu) sendiri yang mengatakan bahwa beliau menghafal bait-bait syair didalam Matan Alfiah Ibnu Maalik yang berjumlah seribu dua buah bait itu secara kaedah lowh juga,yang mana beliau mengatakan bahwa beliau menghafalnya sepertimana beliau menghafal surah Al-Fatihah!! iaitu diulang-ulang setiap hari serta lekatnya pada minda seperti lekatnya surah Al-Fatihah pada minda setiap muslim…
إنما مثل صاحب القرءان كمثل صاحب الإبل المعلقّة إن عاهد عليها أمسكها وإن أطلقها ذهبت وإذا قام صاحب القرءان بالليل والنهار ذكره وإذا لم يقم به نسيه
Bermaksud : “Sesungguhnya perumpamaan orang yang menghafal Al-Quran seperti si pemilik unta yang dtambat,jika dia menambatnya dengan kemas,maka untanya akan tertambat,jika dia meleraikanya (tidak diikat dengan baik) maka dia akan lari terlepas,dan jika orang yang menghafal Al-Quran itu mengulangi kembali hafazanya pada malam dan siang harinya,maka dia akan mengingatinya,jika tidak,dia akan melupakanya” (hadith riwayat Imam Bukhari)
Begitu juga pada hari ini,sistem talaqqi yang terdapat pada hari ini juga sudah tiadanya lagi nama-nama tulang belakang talaqqi serta peranan mereka seperti yang daku sebutkan tadi,sistem talaqqi seperti yang daku hadapi pada sekarang ini berbentuk tertanggungnya peranan Al-Mutholi’ dan Al-Muraji’ keatas bahu Syeikh Abdul Qadir itu sendiri,cumanya peranan Al-Muqrik itu berjalan secara bergilir-gilir diantara kami mengikut giliran,yang mana As-Syeikh mewajibkan setiap murid bertetapan pada tempat duduk yang sering didudukinya ketika pembelajaran berlansung,dan disinilah faedah Al-Muqrik itu dapat dirasai,kerana sebarang kesalahan meletakkan baris yang kami baca akan dapat dikesan setelah ditegur oleh As-Syeikh,dan sekira bercanggahnya perletakkan baris yang diucapkan oleh syeikh dengan murid yang lain,perbincangan terhadap perletakkan baris tersebut akan berlaku,yang mana semestinya faedah yang terlalu manis dapat dirasai oleh semua…
“Pergi balik rumah baca buku!! Grrrr…”
Cara orang zaman sekarang….
Tidaklah daku nafikan pula akan sistem pengajian diuniversiti itu,kelebihan sistem di universiti bagi daku terletak pada pembukaan perbincangan yang lebih bersifat global dan semasa,yang mana berlakunya saling perkaitan antara perkara yang diajar dengan keadaan semasa yang berlaku disekeliling kita,begitu juga akan berlakunya saling pertukaran maklumat yang datang dari berbagai pelajar yang mepunyai berbagai jenis pengalaman serta kemahiran yang tersendiri..
Dan yang lebih mengasyikkan lagi,assignment yang diberikan dapat melatih pelajar mencari maklumat,mengkaji dan menyuai-bandingkan segala maklumat yang diperolehi,agar pelajar tersebut betul-betul mahir terhadap sesuatu tajuk yang dikaji,begitu juga presentation yang dibuat di universiti sedikit sebanyak dapat melatih pelajar memecahkan tembok perasaan MALU berhadapan dengan orang ramai…
Apa yang pasti,kedua-dua sistem tersebut amat menguntungkan pelajar,amatlah cantik sekali andai seorang pelajar yang bijak mengambil peluang menggabungkan kedua-dua sistem tersebut dengan membahagikan masanya dengan menghadiri kuliah di universiti pada setengah masa,dan berusaha pula menghadirkan diri di talaqqi pada setengah masa….
Ya,kerapkali juga mendengar rintihan beberapa pelajar yang mengatakan betapa tidak cukupnya jikalau hanya bercukupan dengan pembelajaran yang berlansung di universiti sahaja,demi kerana kehausan mereka terhadap ilmu itu sendiri,dan mereka pula tidak mempunyai peluang untuk belajar secara talaqqi, kemungkinan tiadanya syeikh yang ingin mengajar atau terasingnya dari sebarang ulama’….
Apa yang dapat aku rasakan,jikalau keadaan sedemikian,makanya cubalah sedaya upaya belajar di universiti dengan lebih konsisten dan dengan perasaan yang tamak,wujudkan inisiatif sendiri ingin maju dan berjaya didalam bidang ilmu,ingin maju atau gagal semuanya terletak diatas keinginan sendiri…..seandainya pembelajaran diuniversiti yang tidak menghabiskan syllabus,makanya diri kamu sendiri yang cuba menghabiskan syllabus tersebut,dengan berusaha merujuk apa yang tidak difahami kepada ustaz atau kepada kawan-kawan yang lebih mahir….atau membeli seterusnya membaca kitab-kitab yang dijual dipasaran sambil bertemankan kamus disisi….
Dan cuba ditambah pula pembelajaran secara CD atau DVD yang mengandungi berbagai-bagai cabangan ilmu,yang mana bahan-bahan tersebut seumpama bertalaqqi dengan syeikh didalam CD tersebut,tetapi dengan suatu syarat besar,iaitu adanya suatu keinginan yang kuat ingin belajar demi mencapai redha Allah..dan usaha-usaha yang daku sebutkan ini terletak pada keuzuran sesetengah pihak yang kehausan ilmu tetapi tidak berpeluang belajar secara bertemu syeikh…
“Banyak sangat baca buku sampai kena pakai cermin mata…”
Apa yang boleh dinasihatkan…
TAQWA +IKHLAS+KEINGINAN+KONSISTEN MEMBUAT IBADAT WAJIB+PERBANYAKKAN IBADAT SUNAT+BANYAK MEMBACA+FAHAM+HAFAZ+ULANG KEMBALI HAFAZAN SETIAP HARI+PERBANYAKKAN BERDOA MINTA DISENANGKAN URUSAN+TAWAKKAL=MUTLAQ DENGAN IZIN ALLAH AKAN BERJAYA!!
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA…..