Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…
“Marilah berbuat baik sesama insan”
Buena Persona??
Teringat daku akan perbualan guru bahasa sepanyol ku iaitu Esther Rodriguez dengan seorang pelajarnya yang belajar bersama daku..ketika selesai sudah pengajian,beliau menyatakan bahawa beliau ingin pulang ke Sevilla,Sepanyol atas urusan keagamaan..
(perbualan didalam bahasa Sepanyol bercampur bahasa Arab pada perkataan yang Siraj tidak tahu didalam bahasa Sepanyolnya)
Siraj : Esther,kenapa kamu ingin pulang ke Sevilla?lama pula tu,sampai sebulan..
Esther : Oh,saya ada sedikit urusan di sana,tetapi pengajian akan diteruskan oleh seorang guru ganti
Siraj : Atas urusan apa? Boleh saya tahu?
Esther : Atas urusan keagamaan disana,jadi saya memang perlu balik
Siraj : Apakah agamamu Esther? kamu memang seorang yang kuat berpegang pada agamakah?
Esther : Ermm..saya beragama Kristian Katholik,saya tidaklah berpegang kuat dengan agama sangat..sebenarnya saya tidak bersembahyang seperti kamu sembahyang (sambil membuat ajukkan seperti takbiratul ihram dan ruku’) bagi saya,agama itu adalah : “Me y dios” (Diriku dan Tuhanku) dan juga yang penting dalam beragama bagi ku hanyalah : “Buena Persona” (berbuat baik sesama insan) dan bukanya sembahyang dan upacara-upacara keagamaan….
“Aku seekor kucing yang diluar fitrah..”
Fitrah dan ‘perkara diluar upacara keagamaan’….
Perbualan tersebut banyak membuat daku terfikir dan termenung sendirian..setiap agama pasti mempunyai upacara-upacara dan adat keagamaanya yang tersendiri,yang mana ianya berupa suatu suruhan supaya melakukanya dari ‘Kuasa Super Power’ melalui ‘orang tengah’ masing-masing,sebagai suatu cara memanifestasikan nilai kepercayaanya terhadap apa yang dipercayainya….bagiku,jikalau seorang penganut sesuatu agama misalnya,memisahkan antara upacara-upacara kepercayaan mereka dengan perkara yang diluar upacara-upacara tersebut,maka nilai agamanya seperti :”duit kertas bernilai rm1000 yang terkoyak setengah”,mahu beli gula-gula sepuluh sen untuk dua biji pun nanti diludah tuan kedai,tiada nilainya!!
Kerana setiap agama pasti menyuruh penganutnya supaya membuat segala perkara yang dianggap baik,yang mana dapatlah dianggap bahawa ianya baik samada melalui aqal yang sihat,normal,waras dan sejahtera ataupun melalui fitrah yang tumbuh secara semulajadi didalam diri setiap manusia,begitu juga,fitrah manusia sememangnya mahukan yang baik-baik sahaja keadaanya,segala yang buruk,jahat lagi keji sememangnya pantas digeleng setiap manusia, walau apa jenis agama pun dia…dan inilah dia “perkara yang diluar upacara keagamaan”
Dan,manusia itu semestinya beragama,jikalau ada yang mengatakan bahwa tanpa agama manusia boleh juga berbuat baik,kerana fitrah manusia itu sendiri yang memandu mereka berbuat baik,tetapi dia jangan pula lupa akan suatu lagi fitrah,iaitu fitrah yang menganggap bahawa adanya suatu ‘kuasa super duper power’,iaitu Sang Pencipta,mustahil untuk aqal mengiyakan bahwa setiap sesuatu itu terjadi dengan sendirinya,begitu juga mustahil untuk setiap unsur yang terkandung didalam alam kejadian ini bergerak dan bertindakbalas sesama mereka dengan sendirinya tanpa suatu penggerak yang mengerakkanya..oleh itu,selepas percaya dengan fitrah akan suatu kuasa super duper power itu,makanya apa yang datang dari DIA itu melalui ‘orang tengah’ yang dipilihnya adalah semuanya benar serta baik belaka,ianya mustahil untuk aqal mengatakan bahwa ianya buruk,kerana DIA dan manusia itu sangat-sangat berbeza,andai unsur super duper power itu sama unsur kejadianya seperti kejadian diri manusia itu sendiri,yang mana boleh berbohong,berbuat jahat,menganiaya dan sebagainya,maka DIA itu pastilah akan mewarisi sifat-sifat tadi,boleh berbohong dan menganiaya serta LEMAH!!
p/s : Aqal manusia itu boleh tersilap,kerana sifatnya yang amat terbatas pada menanggapi perkara-perkara yang tak termampu untuknya menanggapinya,maka,upacara-upacara kepercayaan tersebut tidak boleh direka-reka oleh manusia yang mana terbatas aqalnya,kerana setiap upacara keagamaan tersebut mengandungi kebaikkan serta rahsianya yang tersendiri yang terkadang tak terjangkau oleh aqal untuk menafsirnya,kerana ianya datang dari DIA,yang menginginkan hanya kebaikkan sahaja untuk manusia.(ingat…DIA dan manusia itu lain!!!)
Makanya,..perkara diluar upacara keagamaan yang dipanggil ‘Buena Persona’ itu tadi amat berkait rapat dengan apa yang disuruh didalam agama itu sendiri,iaitu berbuat kebaikkan,kedua-duanya menyuruh berbuat baik…secara aqalnya,kedua-duanya tidak boleh dipisahkan,kedua-duanya saling bergabung seperti belangkas,jikalau apa yang ditanggapi oleh aqal yang sejahtera terhadap sesuatu itu baik,maka agamalah yang lebih awal dan lebih layak lagi untuk mengatakan bahawa ianya juga baik,kerana agama itu seperti suatu jenama,dan jenama itu datangnya dari kuasa yang super duper itu tadi..
Ini adalah percakapan didalam konteks fitrah dan tertakluk pada semua agama yang dianuti oleh semua manusia diatas dunia ini…
“Apa yang disuruh Allah itu baik belaka..ehek(sendawa sebab mabuk syisya)”
Konteks Islam…
Perkara yang dikatakan sebagai ‘Buena Persona’ itu tadi atau ‘perkara yang diluar upacara keagamaan’ ialah suatu unsur yang telah dilupakan oleh banyak penganut islam itu sendiri,begitu juga mereka telah meninggalkan pada berfikir terhadap apa yang disuruh dan apa yang dilarang oleh Allah dan ‘orang tengah’ iaitu rasulullah sallallahu alaihi wassalam,yang mana setiap suruhan dan larangan itu semestinya adalah yang terbaik untuk hambaNya…
Ramai manusia yang beranggapan bahawa telah sempurnanya islam pada diri dia dengan bersolat,berpuasa dibulan Ramadhan dan seterusnya pergi haji berkali-kali serta semua upacara-upacara keagamaan yang lain,apakah tidak pernah kalian nampak insan-insan yang banyak solatnya di masjid,selepas itu diluar masjid terus menjadi insan lain yang menipu insan lain,berpakaian menjolok mata,memakan harta orang lain dengan jalan menipu dan bermacam-macam lagi kezaliman terhadap insan lain,seakan-akan ‘upacara-upacara keagamaan’ tersebut tidak memberi kesan lansung terhadap kehidupanya yang diluar upacara tersebut,kemanakah perginya perkara yang dipanggil ‘buena persona’ itu tadi?
حدثنا قتيبة بن سعيد وعلي بن حجر. قالا: حدثنا إسماعيل (وهو ابن جعفر) عن العلاء، عن أبيه، عن أبي هريرة؛
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال “أتدرون ما المفلس؟” قالوا: المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع. فقال “إن المفلس من أمتي، يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة، ويأتي قد شتم هذا، وقذف هذا، وأكل مال هذا، وسفك دم هذا، وضرب هذا. فيعطى هذا من حسناته وهذا من حسناته. فإن فنيت حسناته، قبل أن يقضى ما عليه، أخذ من خطاياهم فطرحت عليه. ثم طرح في النار
Bermaksud : Sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam berkata : Apakah kalian tahu apakah itu Muflis? Mereka berkata : Muflis pada kami ialah orang yang tiada padanya dirham juga harta benda,maka berkatanya pula nabi : Sesungguhnya Muflis itu ialah seseorang dari umatku,yang datang pada hari qiamat kelak dengan solatnya,puasanya serta zakatnya,dan datang juga bersama hinaanya terhadap orang sekian,tuduhanya terhadap orang sekian,memakan harta orang sekian,dan menumpahkan darah orang sekian,dan memukul orang sekian,makanya akan diberikan segala kebaikkanya itu terhadap orang sekian,dan orang sekian (orang-orang yang dizaliminya didunia dahulu) sehingga habislah kesemua kebaikkanya sebelum dia mendapatnya terhadap kebaikkan yang dilakukanya,lalu diambil pula kejahatan orang-orang yang dizaliminya itu lalu dicampakkan kepadanya,kemudian dia dicampakkan pula ke neraka (hadith riwayat Imam Muslim)
Bukankah hadith ini menerangkan aqibat orang yang melakukan kezaliman terhadap insan yang lain walaupun dia seorang islam yang bersolat,berpuasa dan pergi haji? apa bukankah dia telah meninggalkan suatu unsur yang dipanggil ‘Buena Persona‘ itu tadi,yang mana semestinya digabungjalinkan bersama didalam upacara keagamaan dan perkara yang diluar upacara keagamaan itu tadi ??
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaithan,sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu” (surah al-Baqarah : 208)
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab (taurat) dan ingkar kepada sebahagian (yang lain)? maka tidak ada balasan (yang layak) bagi orang yang berbuat demikian diantara kamu selain kenistaan didalam kehidupan dunia dan pada hari qiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat,dan Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan ” (surah Al-Baqarah : 85)
p/s : sekadar ingin menyatakan unsur ‘buena persona’ ini merupakan unsur yang telah banyak dilupakan ummat islam kini,tetapi tidak pula daku mengiyakan kata-kata Esther itu tadi,dia pula telah meninggalkan jalan memanifestasikan kepercayaanya terhadap apa yang dipercayainya…
“HIduplah perjuangan islam selamanya!!”
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!!
comel la anak kucing tu.hidung kucing tu warna pink momey.solat jangan ditangguh