Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah..
“Bakal menjadi sibuk!!”
Sibuk-sibuk…
Dengan izin Allah tuhan yang maha esa,daku dan rakan-rakan seperjuanganku bakal menghadapi peperiksaan akhir bagi sem 4 ini,dan bakal bercuti untuk tempoh 3 bulan lamanya,dan bakal pula menghabiskan dua sem yang berbaki lagi di tahun hadapan,dan kesemuanya ini hanyalah mutlaq dengan izin dan kehendak Allah taala tuhan yang maha berkehendak…makanya daku mendoakan hanyalah kebaikkan,pertolongan juga kejayaan dari Allah kepada rakan-rakan seperjuanganku ini dan tidak daku lupakan untuk diriku juga..makanya diri ini bakal bergelar : “insan yang sibuk”!!
اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك، وغناك قبل فقرك
“Bermaksud : Kejarilah lima perkara sebelum datangnya lima perkara : hidupmu sebelum matimu,sihatmu sebelum sakitmu,masa lapangmu sebelum masa kosongmu,masa mudamu sebelum masa tuamu dan kayamu sebelum miskinmu” (hadith riwayat Imam Al-Haakim di dalam Al-Mustadraak dan Imam Baihaqi didalam Syua’bul Iman,dan dihukumkan bermartabat hasan oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi didalam Al-Jaami’ As-Saghir)
“Syaithan musuh kamu yang nyata”
Angan-angan yang dipanjangkan oleh syaithan..
“(Syaithan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka,padahal syaithan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka” (An-Nisa’ : 120)
“Sesungguhnya orang-orang yang berbalik (kepada kekafiran) setelah petunjuk itu jelas bagi mereka ,syaithanlah yang merayu mereka dan memanjangkan angan-angan mereka” (Muhammad : 25)
Ermm,syaithan memang hanya pandai menjanjikan janji-janji manis dengan memberikan angan-angan yang kosong sehingga menghanyutkan orang yang banyak berangan-angan,bukanlah maksudku angan-angan yang baik untuk kebaikkan agama,masyarakat serta ummat,yang mana bekerja dengan keras demi mencapai angan-angan tersebut,tetapi ianya adalah angan-angan yang bersifat ‘syok sendiri’ dan kosong terus dari apa-apa manfaat…berangan mahu jadi kaya tapi sambil duduk dikerusi ‘malas’,bergoyang kaki sambil mengorek hidung pula!! bisakah??
Samalah juga seperti berangan-angan mahu kahwin dengan insan yang tak mungkin secara logik aqalnya kamu bisa mengahwininya,hanyut dalam angan-angan itu sehingga bersangka bahawa nasib bakal menentukan angan-angan tersebut bakal menjadi kenyataan!! sehingga melupakan kerja dan segala urusan dunia dan akhirat akibat terhanyut dalam angan-angan ciptaan diri sendiri!! berpijaklah dibumi yang nyata dahulu kemudian mintalah berlindung dari angkara syaithan itu,minta sungguh-sungguh pada Allah,minta diselamatkan dari hanyutan angan-angan yang tak bertepi….sungguh…itu hanyalah angan-angan yang telah dipanjangkan oleh syaitahn!!
p/s : terkadang pernah dihanyutkan,cepat-cepat sedar kembali setelah melihat impian dalam hidup ini ingin jadi kenyataan dilekatkan ditepi dinding tempat tidur,minta berlindung dari Allah..
“Apa??!! daku tak bersalahlah!apa fitnah kucing ni!!”
Fitnah jenis apakah ini??
Tak percaya…daku seperti tidak percaya ‘tuan’ itu berbuat sedemikian,daku sentiasa menyedarkan kembali diri ini dengan mengatakan : ‘semua insan atas dunia ini takkan sempurna segala perilakunya,daku kecualikan kepada pemilik maqam yang diunjukkan jari oleh Imam Malik rahimahullahu taala ketika beliau di Masjid Nabawi (rasulullah sallallahu alaihi wassalam)’
Ya,’tuan’ juga manusia biasa,tersilap,teremosi barangkali,tapi aku sangat-sangat percaya,dengan seratus peratus nilainya,bahawa perbuatan beliau tersebut tidak lebih hanyalah kerana kerisauan yang amat terhadap nilai agamanya yang diperjuangkan beliau selama ini cuba-cuba dicondong ikutkan oleh yang bukan ahlinya,dan juga cubaan bersatu dengan ‘puak-puak yang tidak tetap berdiri kakinya’ itu..sudah acapkali daku mendengar keluhan juga kurang senang ‘tuan’ terhadap mereka,acap yang amat,sehingga diriku juga terkesan dengan setiap keluhan ‘tuan’..
Daku sudah diajar supaya jangan taasub (iaitu fanatik yang tidak didasari dengan ilmu,semata-mata emosi gila) juga jangan mudah terima atau menolak sesuatu sebelum tahu betul-betul haqiqatnya ia,kalaulah daku taasub dan menidakkan kebenaran walaupun kebenaran sudah terpacul betul-betul depan mata disebabkan terikat dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh insan yang dianggap hebat pada diriku juga insan yang lainya,maka bakal sama sahajalah diriku dengan para pengikut pecahan kumpulan-kumpulan sesat terdahulu yang wujud meniti lembaran sejarah,semuanya disebabkan mereka terikat dengan kata-kata yang diucapkan oleh si ‘tuan’ kepada mereka dan juga terima sahaja bulat-bulat apa yang diterima mereka dari ‘tuan’ mereka,tanpa cuba-cuba mencari suatu kebenaran yang haqiqi sifatnya,yang mana kebenaran itu lebih dekat dengan kalam ilahi juga kalam pesuruh ilahi..
p/s : Diriku tak mahu,tak mahu dicap menegakkan benang yang basah kerana ‘tuan’ yang bercakap,cuba bersikap tegas pendirian kononya sambil melupakan kedangkalan akal fikirku sendiri,DAKU MAHU DENGAR SENDIRI APA KATA ‘TUAN’ !! DARI MULUT ‘TUAN’ SENDIRI JUGA!! beliau mesti ada sebab musabab beliau sendiri berbuat begitu!! sangat mahu..dan daku harapkan sebab musabab itu bersandar pada kalam ilahi juga kalam pesuruh ilahi hendaknya..
“Aku ni kucing yang pemalas ke? alaa,sekali-sekala sahaja nak malas..”
Tak mahu jadi ‘si pemalas’….
Susahnya tak nak jadi ‘si pemalas’…dahulunya daku pernah cuba-cuba atasi,daku atasi dengan memaksakan diri cuba membuat perkara yang cuba dibujukkan diri supaya malas melakukanya,dipaksakan diri ketika malas itu sedang cuba membujuk rayu,jikalau terikut sebentar kata-katanya,layaklah digelar ‘lembu yang dicucuk hidungnya’!! tapi tak nafikan terkadang malas yang amat itu datang,dan jika cuba dipaksakan,makanya,perkara itu nak tak nak sahaja perinya,hambar sahaja natijahnya..sekarang juga cuba atasi dengan guna kaedah ini (diajarkan oleh guruku yang mulia) tapi seperti dicucuk hiduung juga!!
p/s : sebenarnya perlu bersabar…Allah bersama insan-insan yang bersabar…
“Hiduplah perjuangan islam selamanya!!”
salam alaik…saja tumpang lalu bila terpandang anak kucing yg berwarna oren tu teringat kan anak kucing liar yg ada di rumah akak ni..tp sayang kerana bulunya yg comel dia sudah di ambil org terpisah dengan ibu tercinta…kalau nak diikutkan akakpun hendak membela kucing tu tp tak sampai hati hendak menangkapnya kerana kucing liar agak garang..nak sentuh tak boleh..tp bila selalu di beri makan dia nampak manja…hehehe dah kuar topik tak apa ek…selamat berjaya untuk anda……..
salam.
Ahha~ lucu betul gambar cat-devil itu. Dar Wood Dar Wood…Ahha~
Bittaufiq!