Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Alhamdulilah,segala puji-pujian itu hanyalah layak bagi Allah..
“Ada tak bab pasal: Cara-cara memikat kucing betina??”
Main belek-belek…
Lebih kurang tiga ke empat hari juga line internet di rumah daku ini terputus,kerana terjadi entah apa masalah teknikal di komputer rakanku yang menjadi masternya,oleh itu,daku pun berpeluanglah membongkar-bongkar khazanah ilmu yang tersimpan dikomputer ini,sekali tanpa disangka terjumpa balik kata-kata nasihat guruku yang mulia iaitu As-Syeikh Dzulkifli Bin Ismail (ghafarallahu lahu) yang daku taip kembali sebagai azimat dalam jalan kembaraku ini,nasihat ini merupakan nasihat yang beliau berikan kepadaku sebelum daku mengembara ke tanah asing ini :
“Janganlah matamu memandang akan keduniaan itu berlebih-lebihan,kerana kelak akhirat tidak akan memandang mu lagi,pandanglah akan akhirat itu,kerna dunia sendiri yang akan menjeling memandangmu nanti,dan apabila dunia sudah memandangmu,ianya tidaklah lagi akan menjadi fitnah bagi dirimu apabila kamu diuji dengan fitnah dunia itu sendiri..”
“Sememangnya manusia itu akan terjerumus juga ke dosa dan maksiat walau ditahan diri dan nafsunya sebaik mungkin,dan sifat seorang pencari ilmu ialah bingkasnya dia mencari keampunan tuhanya apabila tersedar sudah melakukakan suatu dosa dan kesalahan,dan janganlah menjadi seperti seorang yang fasiq,berterusanya dia di dalam keadaan dosanya tanpa cepat-cepat meminta ampun akan kesalahanya dan fitnah serta bahaya yang besar bakal berlaku apabila sifat pencari ilmu seperti ini bercakap pada masyarakat disebabkan kegelapan serta kekerasan hatinya akibat keadaanya yang berterusan di dalam dosa,dan sesungguhnya ilmu serta hikmah itu adalah nur yang menerangi hati yang bersih lagi suci sifatnya,dan nur tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap serta keras sifatnya…”
errr..ada satu lagi,nak lagi??
“Periksalah keadaan hatimu setiap masa,kerana hati itu ialah tuan yang empunya jasad,jika baik keadaan hatimu itu,maka akan baiklah pula keadaan segala gerak anggota pancaindera mu itu,tetapi jika buruklah pula keadaan hatimu itu,maka akan buruklah pula segala peri tingkah mu itu….” (kata-kata ini bertepatan dengan hadith nabi yang mulia sebenarnya,cumanya beliau menterjemahkan hadith ini ke dalam bentuk nasihat)
Si sufi yang bersifat Murobbi…
Terkesan sungguh daku akan kata-kata guruku yang mulia yang kedua pula,iaitu As-Syeikh Abdul Qaadir (ghafarallahu lahu),semasa daku duduk berteleku dihadapan beliau bersama rakan seperguruanku yang lainya,beliau sedang membahaskan tentang sebuah syair yang amat tersentuh jiwa :
تعلم شفاء النفس قهر عدوّها *** فبالغ بلطف في التحيل والمكر
Bermaksud : “Sesungguhnya aku mengetahui bahawa pengubat jiwa manusia itu ialah dia mampu mengalahkan musuhnya,maka hendaklah dia semestinya menghadapi musuhnya itu dengan bersungguh bahkan menipunya”
Lalu beliau pun mengaitkan bahawa musuh didalam diri manusia itu ialah sang nafsu,dan beliau menasihatkan agar kami berjihad melawan nafsu yang wujud didalam diri,kemudian beliau mengatakan bahawa orang yang berusaha melawan nafsunya perlulah melalui suatu jalan tasauf,tetapi beliau mengingatkan bahawa bukanlah dinamakan tasauf yang haqiqi itu suatu keadaan yang asyik sibuk bahkan tenggelam dengan dunia zikir di tasbihnya sahaja,tetapi tasauf haqiqi ialah yang berbentuk tarbiyah (didikan) jiwa melalui seorang murobbi (pendidik) yang menyusurkankan jalan kepada anak tarbiahanya ke jalan yang menuju redha Allah,membentuk mereka menjadi seorang muslim yang berakhlaq terpuji,berakhlaq dengan akhlaq nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam yang terpuji,juga mengajarkan mereka jalan mengenal Allah dengan sebetul-betul perkenalan tanpa cuba-cuba menyusuri jalan suci ini dengan sanggup berbohong ke atas baginda nabi serta mengotorkan pula kesucian syarak yang suci dengan melanggar batasan halal serta haram atas alasan mendidik jiwa..!!
Ya,peranan seorang murobbi yang beramal dengan ilmunya merupakan suatu unsur yang sangat penting dalam membimbing jiwa-jiwa yang ikhlas dalam mencari jalan keredhaan Allah ini,dan mencari seorang murobbi bukanlah seperti memilih ikan di pasar,ada ciri-cirinya, dan mereka berperanan melihat-lihat keadaan anak tarbiahanya agar istiqamah didalam jalan suci ini dan juga menjadi pembimbing ke jalan taqwa,dan jika seseorang yang ikhlas yang mengharapkan keredhaan tuhanya ini berkawan bahkan mengambil manfaat daripada mereka ,maka dengan izin Allah bakal mengekalkan jalan istiqamah dalam kembara mencari jalan keredhaan yang agung ini…
p/s : Dengan izin Allah daku akan senaraikan pula nanti ciri-ciri seorang murobbi yang mursyid dari kitab hasil karangan guruku yang mulia..
Kenalilah Allah…
Pernah beberapa muslimah menyatakan kepadaku tentang niat mereka yang ingin berubah dari keadaan hidup yang mereka yang buruk kepada keadaan hidup yang lebih baik,iaitu dari memandang remeh akan setiap larangan juga suruhan Allah kepada keadaan yang lebih menjaga setiap suruhan juga laranganya secara istiqamah dan berterusan….tahniah pertamanya daku ucapkan kepada muslimah-muslimah tersebut atas niat suci mereka itu,bergembiralah yang bahawasanya Allah telah memilih kalian dengan mencampakkan cahaya hidayahNya yang indah didalam diri kalian,maka sambutlah ajakkan tersebut dengan bingkas bangun bertaubat,meminta ampun kepadaNya dengan segera sebelum maut menjemput kalian…
Carilah segala apa pun penyebab-penyebab yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Azza Wajalla,samada berkawan dengan insan-insan yang baik akhlaqnya,sejahtera pula peganganya,beramal dengan ilmunya pula atau membanyakkan membaca buku-buku agama yang berbentuk nasihat dan kisah-kisah yang dapat melahirkan keinsafan diri serta meneladani kisah-kisah insan yang bertaubat,sentiasalah mendengarkan tazkirah-tazkirah kerana ianya dapat menyuburkan kembali hati yang sering lupa,atau boleh sahaja sentiasa mengingati kematian yang bakal menjemput kita pada bila-bila masa yang tidaklah dapat kita ketahuinya,cubalah sentiasa bersangka yang maut akan menjemput kita dikala kita sedang melakukan kemaksiatan,lalai terhadap perintahNya atau sedang bersuka-suka bergelak tawa,kemudian cubalah bayangkan pula dimanakah tempat kita disisi Allah kelak?? syurga?? atau….
Kepada para dai’e pula, (iaitu pendakwah..yang beramal dengan ilmu yang ada!!),janganlah kalian menjauhkan diri kalian kepada mereka-mereka yang sedang lalai,lagha bahkan terlupa ini,betapa silapnya kalian jikalau kalian bersangka bahawa mereka ialah si pembuat dosa kepada Allah lalu merasa jijik pula kepada mereka dan kalian merasakan perlu menjauhkan diri kalian dari menghampiri mereka!! lalu kalian hanya membaiki diri ahli-ahli kalian sahaja sambil meninggalkan mereka dengan lebih hanyut!! JANGAN!! pergilah!! dekatilah mereka!! bahkan jadikanlah mereka seperti saudara kandung kalian,suburkanlah hati mereka dengan segala macam bentuk nasihat serta berilah peringatan kepada mereka pada apa yang mereka lupa,jiwa mereka sebenarnya kehausan perkara-perkara seperti ini,dan kalianlah pemberi minumnya,kalianlah penyiramnya!! pastikanlah mereka melalui jalan istiqamah dalam menyusuri jalan mencari keredhaan ini,tetapi paksikan usaha kalian tersebut dengan kuasa Allah yang maha besar pula terhadap sebarang usaha manusia,ingatlah,kalian tidak memiliki sebarang cahaya hidayah,bahkan DIA lah yang berhak memberinya kepada sesiapa pun yang DIA kehendakki..
“Aku bersalah!! Aku bersalah!! ya Allah ampunkanlah daku!!
Ajakklah mereka kenali Allah,kenalkan kepada mereka akan sifat-sifat Allah yang maha menerima taubat,maha pengampun walau segunung dosa kesalahan,tanamkan dalam diri mereka akan keluasan rahmatNya yang tak bisa dijangkau oleh aqal manusia yang sejahtera,berikan kepada mereka kalam-kalam ilahi dan rasulNya yang mulia tentang ganjaran meminta ampun dan bertaubat kepadaNya,sentiasalah ambil tahu perihal diri mereka,tanyakan kepada mereka akan apa yang mereka hajati,tanyakan juga perihal iman mereka,peningkatan keadaan hidup mereka…….jangan patahkan semangat mereka ingin berubah andai mereka datang mengadu kepada kalian bahawa mereka telah melakukan lagi perkara-perkara lama mereka dikehidupan yang silam,disebabkan tidak mampu menahan gelojak nafsu yang cemburu melihat perubahan tuanya,tetapi bantulah mereka lagi,bantulah kali ini dengan lebih hebat lagi,galakkan lagi mereka berteleku mengadah tangan memohon ampun kepada Allah,kalau boleh lakukan bersama-sama mereka,jangan kalian memarahi mereka pula mengatakan bahawa mereka tak dengar nasihat,tidak makan saman (saman boleh makan ker??) atau masuk telinga kanan lalu keluar pula ke telinga kiri…..khabarkanlah kepada mereka akan berita gembira ini!!!
“Dari Abi Huraiah radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah berkata : Allah azza wajalla pula telah berkata bahawa : Aku pada sangkaan hambaku,dan Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu,demi Allah,Allah lebih gembira dengan taubat hambanya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang menjumpai barang yang hilang di bumi yang tandus,dan barangsiapa yang mendekatiKu sejengkal,maka aku akan mendekatinya sehasta dan barangsiapa yang mendekatiKu sehasta maka Aku akan mendekatinya pula sedepa,dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan Aku akan datang pula kepadanya dengan belari-lari anak” (hadith riwayat bukhari dan muslim)
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu” (riwayat Imam Bukhari di dalam bab Tauhid bernombor 7507)
“Dari Anas radiallahu anhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alahi wassalam bekata : Bekatanya Allah subhanahu wa taala : Wahai anak adam! sesungguhnya apa yang telah kalian pintakan kepadaKu dan apa yang telah kalian harapkan dariKu (meminta keampunan setelah melakukan kesilapan) telah aku ampunkan ke atas kesilapan yang kalian lakukan walau berulang kali dan aku tidak menghiraukanya,wahai anak adam! jika dosa-dosa kalian seperti petala langit sekalipun kemudian kalian meminta ampun kepadaKu pasti Aku akan ampunkan,wahai anak adam! jika kalian datang kepadaKu dengan dosa sepenuh petala bumi kemudian menghadapKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu apa pun,maka Aku akan menghadapmu pula dengan sepenuh petala langit pengampunan!! (riwayat Imam Tirmizi yang berdarjat hasan)
“HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA”
p/s :Daku berdoa ke hadrat Ilahi agar Allah memberikan nikmat istiqamah kepada insan-insan yang ikhlas ingin kembali jalan yang diredhaiNya,amin…
i like your statement…
assalamualaikum wr wb
saya eycha dari indonesia…
saya suka dengan tulisan al hamsiyh…
ingin rasanya bisa menulis seperti alhamsiyh..
mencoba untuk menulis,,tetapi selalu saja gagal…
apakah dengan menuls diharuskan banyak membaca????
tolong kasih komentnya yah…
sukron…
wasalam…
^_^
waalaikumussalam..
pertamanya,haza min fadhli rabbi (ini hanyalah kurniaan dari tuhanku semata) saya hanya mampu berusaha,tapi Allah lah pengurnianya,apa yang saya mampu usahakan selama ini ialah dengan membaca,ya,membaca insyallah dapat memperbanyakkan ilmu,boleh juga dengan meneliti atau meniru tulisan-tulisan penulis yang hebat lalu dijadikan cara kamu untuk mula menulis,insyallah beroleh kemampuan..wallahu a’lam..
salam ziarah =)
erm,tidak perlu tunggu sehingga esok untuk berubah.boleh saja dimulakan sekarang juga!
menjadi muslim dan abdi yang lebih baik untuk TuhanNya,doakan akk ya..
jemput baca artikel terbaru.
p/s : ish, memang tak boleh tahan geli tengok kucing-kucing tu.Nilah kelemahan akk paling utama.rasa seriau tengok kucing ..=)
salam kembali juga pada kak…
kak,saya banyak kali mendengar rintihan insan-insan yang ingin berubah,tu sebab saya tulis mcm ni,supaya dapat dijadikan panduan serba sikit pada mereka insyallah..tapi ahli gamis mesti dah banyak tarbiyah orang kan…allahu yubarik fiikum..
salam hujung minggu..penulisan anda mmg menarik…..
salam ziarah kepada pemilik blog…attempt yang baik dlm penulisan ilmiah.cuma ape significantnya caption utk gambar pertama“Ada tak bab pasal: Cara-cara memikat kucing betina??” dlm artikel anda?Saya kira ianya ia tidak ada kaitan dan kurang bersesuaian.sekian…..
salam kembali kepada uswah hasanah,pertamanya teima kasih kerana sudi berikan komen yang bagus,sebenarnya ianya tiada apa2 signifikan yang berkaitan pun antara gambar dan post ini,cuma hanya mahu menambah ‘sense of humor’ jer dalam post ni,tapi apapun terima kasih banyak kerana memberitahu..allahu yubarik..
salam ziarah..artikel menarik kali nih..semoga Allah memberi rahmat dan keredhaan kepada kita..insyaallah.
teringat pada kata syeikh abdul qader isa al-halabi:
“tasawwuf itu adalah akhlak,barang siapa yang di tambah pada nya ilmu tasawwuf itu maka akan bertambah lah akhlak pada sesorang itu”
semoga Allah memperindahkan akhlak kita dengan akhlak yang mulia.
salam ‘alaik…
Artikel yg betul2 menusuk kalbu hati. Tazkirah2 sebegini baik utk makanan rohani kita. Berubah kepada yg lebih baik, alhamdulillah.
semoga Allah memberkati kita semua.
salam kembali.. insyallah, semoga allah berkati kita semua..
askum… bantu lah diri ku ini untuk terus menuju mencari keredhaan Allah…. 😦
aku amat memerlukan kekuatan untuk harungi cabaran hidup ini….
salam ziarah.. nice cat.. hehe
assalamualaikum wbt,
saya sangat tersentuh pabilla membaca satu ayat nie”cubalah sentiasa bersangka yang maut akan menjemput kita dikala kita sedang melakukan kemaksiatan,lalai terhadap perintahNya atau sedang bersuka-suka bergelak tawa,kemudian cubalah bayangkan pula dimanakah tempat kita disisi Allah kelak?? syurga??”
bagaimana nak kekalkan cara dan niat kita untuk berubah ?? tolong beri komentar anda ..tq