Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji bagi Allah…

“Para jemaah pencinta nabi…”
Sambutan-sambutan….
“Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam” (surah Al-Anbiya’ : 107)
Petang tadi daku berteleku di hadapan guruku yang mulia As-Syeikh Abdul Qaadir (ghafarallahu lahu) mengadah kitab mempelajari disiplin ilmu tatabahasa bahasa arab di masjid besar,sedang dalam pembacaan kami,kelihatan seorang lelaki yang begitu sibuk keluar dan masuk ke dalam masjid membawa dulang dan plastik..”pasti ada sesuatu yang akan disambut malam ini” getus hati kecilku…
Daku mengajak rakan sebilikku akhi Faiz bersolat Isyak di masjid besar yang diimamkan oleh guruku yang mulia,selesai bersolat,terhidu bau wangi yang harum semerbak menguasai ruang masjid…tepat telahanku..selesai solat daku pun cuba-cuba menghampiri halaqah (bulatan manusia) para jemaah masjid yang akan memulakan majlis sambutan Maulidur Rasul,daku dilambai-lambai oleh seorang pakcik tua yang mengarahkan supaya daku duduk bersebelahan dengan beliau,daku akur,terselit duduk diantara para jemaah membaca Al-Quran..

Selesai sahaja membaca bait-bait kalam suci Allah tuhan yang maha mulia,daku diberikan buku ‘Al-Burdah’ (bait-bait syair nan indah yang memuji peribadi baginda nabi serta selawat dan salam ke atas baginda) oleh seorang petugas,kemudianya daku dapat lihat dari jauh kedatangan 7 insan yang lengkap kemas berjubah tradisional Maghribi menghampiri halaqah lalu duduk ditengah halaqah..”apa pula istimewa mereka ini duduk di tengah halaqah??”..ohh,penasyid-penasyid yang bersuara merdu rupanya…mereka bernasyid,memuji baginda nabi serta membaca kalam suci dalam keadaan yang mengasyikkan…terlihat diwajah mereka penghayatan yang cukup dengan suara lantang yang dialun-alunkan..
Teguran si guru yang ada benarnya…
Nun di tengah mihrab,kelihatan guruku yang mulia pun turut sama dalam majlis itu,ya,sudah acapkali daku mendengar pendirian beliau akan majlis sambutan Maulidur Rasul,beliau tidak bersetuju denganya,bahkan beliau mengatakan bahawa sambutan tersebut merupakan bida’ah yang menular di dalam masyarakat,yang mana pada hemat beliau perlulah ditukar cara sambutan itu kepada cara yang lebih menusuk semangat cintakan baginda nabi ke dalam jiwa serta lebih ilmiah..
Keberadaan beliau didalam majlis adalah kerana beliau merupakan imam di masjid tersebut,sudah acapkali juga beliau kelihatan tidak begitu membuka mulut ketika didalam majlis sebegitu,nampak seperti endah tak endah,sekadar mencukupkan syarat sahaja bukaan mulutnya,demi untuk mengelakkan fitnah dari menimpa diri beliau yang akan dikatakan menyongsang arus jika tidak turut serta,cukup berhikmah…tanpa perlu beliau menjerkah para jemaah dengan laungan : bida’ah! hentikan semua ini serta merta!….selesai bernasyid,pembesar suara diberikan kepada beliau sebagai mendengar ucapan beliau akan sambutan ini…
Teramat puas hatiku mendengar komen beliau tentang sambutan tersebut,ya Allah ya tuhanku,dikau berkatilah hidup guruku ini sepanjangnya,beliau mengatakan bahawa cara sambutan sebegini tidak dapat memasukkan kehebatan peribadi baginda secara jitu ke dalam jiwa setiap muslim,kerana andai setiap muslim hanya hanyut di dalam nyanyian nasyid mereka dengan alunan serta rentak yang pelbagai,maka manakah pula pengetahuan mereka yang jitu terhadap perjalanan hidup baginda yang andai dihayati dapat dijadikan contoh pula didalam kehidupan kita seharinya??bukankah perjalanan hidup baginda penuh sarat dengan segala macam akhlaq yang baik,hikmah serta pengajaran yang sangat baik untuk dijadikan tauladan??
Beliau menambah lagi,andai disambut dengan nyanyian nasyid sebegini kemudianya makan akhirnya balik terus ke rumah dengan keadaan yang kosong dari sebarang rasa kekaguman terhadap baginda,dimanakah pula pengisianya akan kehebatan peribadi serta akhlaq baginda yang merupakan al-quran yang berjalan itu?? andai ditanya kepada muda-mudi dizaman sekarang tentang nama penuh baginda,tarikh kelahiran baginda demi Allah pasti kebanyakkan dari mereka tidak mengetahuinya,tetapi jika ditanya pula kepada mereka tentang nama penuh insan lain,tarikh lahir mereka serta perjalanan hidupnya mereka boleh jawab dengan terperinci pula,(lebih-lebih lagi sejarah hidup pemain bola kelab inggeris, yang memang menjadi hafalan dimulut muda-mudi sekarang!!)

“As-Syeikh Abdul Qaadir ghafaralllahu lahu”
Beliau mengatakan lagi,bida’ah yang selalu menular dalam sambutan sebegini adalah seperti mengeluarkan hadith-hadith dhaif,mungkar bahkan palsu tentang nabi didalam sambutan Maulidur Rasul,bukankah sudah nabi peringatkan :
“Barangsiapa yang berbohong ke atasku secara sengaja maka dia telah menempah tempat duduknya di neraka!! (hadith ini berdarjat mutawatir lafzhi dan ianya telah diriwayatkan oleh 70 orang sahabat yang mana 10 orang daripada mereka merupakan insan-insan yang telah dijanjikan syurga oleh baginda nabi!!)
Suatu jenayah besar yang berhukum haram pula telah dilakukan oleh insan-insan yang asalnya mahu menyatakan kecintaan mereka terhadap baginda,yang mana tanpa mereka sedari mereka telah berbohong ke atas banginda nabi,jikalau jahil tanpa mengetahuinya tidaklah mengapa,tetapi tidak terjatuh pula kemestianya supaya bertanya!! setiap amalan yang ingin dilakukan itu semestinyalah bersumber asalkan dari kalam Allah dan kalam pesuruhNya yang sahih sampai kepada baginda yang mana dapatlah diketahui berdasarkan pengajian tentangnya atau bertanyakan kepada insan yang a’liim mengenainya..
“Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya,dan Dia maha perkasa,maha pengampun” (surah Al-Mulk : 2)
Imam Fudhail Bin Iyadh ketikamana beliau ditanya tentang tafsiran “yang lebih baik amalnya” beliau mengatakan bahawa ianya bermaksud : yang paling ikhlas dan yang paling tepat,kemudian beliau ditanya lagi,apakah pula yang dimaksudkan yang paling ikhlas dan yang paling tepat itu?? iaitu setiap amalan itu semestinyalah mengandungi keikhlasan beserta ketepatan,dan setiap amalan itu tidak akan diterima jika ianya hanya ikhlas tanpa ketepatan dan hanya ketepatan tanpa ikhlas,ikhlas itu ialah dengan membuat amalan untuk mencari redhaNya dan ketepatan itu pula bermaksud :bertepatan dengan sunnah baginda…
Dan akhirnya,beliau menambah,adalah lebih baik jikalau sambutan Maulidur Rasul ini diisi dengan pengisian yang lebih berilmiah,seperti menceritakan sejarah perjalanan hidup baginda berdasarkan kitab-kitab sirah yang sahih periwayatanya agar dapatlah ditanamkan serta disemaikan kecintaan kepada baginda itu dengan mengenal baginda terlebih dahulu secara betul-betul kenal kemudianya dengan izin Allah bakal hadhirlah pula kecintaan kita kepada baginda..beliau juga menyatakan bahawa menyemai kecintaan kepada baginda ini biarlah jangan bermusim,dikala tiba hari kelahiranya sahaja dikhususkan menyemai rasa cinta pada baginda,tetapi haruslah setiap hari juga setiap tahun menyemaikan kecintaan tersebut dengan menceritakan kisah baginda kepada generasi kita sekelianya serta menghidupkan sunnah baginda pada setiap hari di dalam kehidupan kita,iaitu cinta tanpa musim,supaya dapatlah kita ‘menghidupkan’ baginda didalam jiwa kita serta generasi-generasi kita selamanya,agar cinta kita kepada baginda tak kunjung padam maraknya..

“Guruku yang mulia bersama anak-anak murid beliau”
Akhir ceritaku…
Ya,daku bersetuju dengan pendapat beliau,semoga Allah yang maha berhak memberkati hidup hambaNya memberkati hidup guruku ini sepanjang hidup beliau serta keluarga beliau sekelianya,masing-masing punyai pendapat tentang cara menzahirkan kecintaan kepada baginda ini,jikalau cara kalian bertepatan dengan sunnah serta syariatNya yang agung serta bersandarkan pula dengan hujjah serta dalil yang kuat,silakan…zahirkan sahaja berdasarkanya,tapi andai berlawanan bahkan tercampur didalamnya bida’aah yang mungkar,tiada tolak ansur lagi didalam perkara sedemikian,ianya harus diperangi!! dan daku bersama pendapat guruku tentang cara menzahirkan kecintaan kepada baginda nabi =)
نحن بما عندنا وأنت بما *** عندك راض والرأى مختلف
Bermaksud : “Pada diriku apa yang aku redhai,manakala pada dirimu pula akan apa yang engkau redhai,dan sesungguhnya pendapat itu bisa sahaja bercanggah”
p/s : Jika mahu baca cerita guruku yang mulia sebelum beliau,klik sahaja di sini.
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
Salam to alhammasiy.. Salam maulidurasul .. Cmner plak , klu smbutan kat malaysia. Hampir dah jadi tradisi kat sume masjid pun akan wat perarakan n makan-makan…
Mane kucing yg taat pada tuannya tuh..heheheh
salam kembali,salam maulidur rasul,tentang sambutan maulidur rasul di malaysia tu,saya tak nafikan memang sudah menjadi suatu tradisi bagi mereka,terpulanglah pada mereka mahu menyambutnya sebegitu,cuma saya sekadar memberikan pendapat guru saya yang mulia iaitu adalah lebih baik sekiranya ia disambut dengan menceritakan kisah hidup baginda kepada generasi seterusnya,serta tidak dikhususkan ketika tiba maulidur rasul sahaja cinta kita terserlah,manakala sambutan seperti perarakkan boleh sahaja disambut sebegitu,cuma ianya mungkin kurang dapat menyuntik semangat cintakan nabi secara jitu,sedangkan pemuda pemudi zaman sekarang ini butiran hidup orang kafir pula yang lebih menjadi hafalan dikepala mereka!!
kucing-kucing saya disimpan dahulu dalam sangkar,mereka pun menyambut maulidur rasul,dijamu ikan goreng =)
Subject: Otak Kanan – Teknik Jepun Shichida Methods
Fyi,
Artikel untuk parent and parent to be..
Subject: Otak Kanan – Teknik Jepun Shichida Methods…
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi Sichida kelas…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak
befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih
efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah
penggunaannya. Kelas ni
mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost
nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni
atas kesedaran
bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu
cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar
aku dan
staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak
kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak
kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat
otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat
mana-mana dsb.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite
yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar,
contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg
korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan
otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai….sebab
depa
makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well
gerakkan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1
tadi, and mintak
maaf kat die…..
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die
orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah
merapu
takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and
suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam….bagi tau
colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating
depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan
otak sebelah
kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh
buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi….Buat kena
ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng
Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai
Alhamdulillah tapi kita
kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh
tarik balik..betui dak……Aku pun tengah try lagi ni…
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan
jangan kat anak-anak…..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena
ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2
doa dimakbulkan.Insya’Allah…..
This e-mail message and its attachments are subject to the disclaimer published at the following website of Bluewater: http://www.bluewater.com/disclaimer
PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA
Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.
Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas1 kali dan
makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.
Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi.
Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.
SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.
Subjek: manusia ….malaikat….syaitan
Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini….awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia – Nak makan, laparlah ??
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan – Ahh, tak payahla….. dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia – Azan sudah kedengaran… .
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan – Perggghh…. best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…. pandai2lah?
Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. … (kalau sempatla)
Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?
Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat – Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan – Tak payahlah sebuk2