Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…..
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah..

“Bangunlah woii,asyik tidur sahaja,parti islam dah menang dah ni!!”
KEJUTKAN DIRIKU DARI MIMPIKU…
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa lillahilhamd! Allah maha besar!Allah maha besar!Allah maha besar! dan segala puji-pujian itu hanyalah bagi Allah!
Sesungguhnya aku terasa seperti telah mendengar suatu berita yang aku mendengarinya didalam mimpiku,pakatan pembangkang Barisan Alternatif telah menunjukkan taringnya dan sekaligus menjadi suatu gambaran yang amat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional bahawa ini merupakan suatu gelombang kebangkitan rakyat!!
Pemikiran manusia normal yang waras pastilah takkan mengangguk bersetuju dengan apa jua jenis kezaliman,penindasan juga tekanan dari sesiapa pun jua,jika sebuah kerajaan yang pimpinanya mengamalkan kezaliman,maka nantikan sahaja masa tumbangnya…teringat diriku akan sebuah syair arab yang berbunyi :
لك العز إن مولا ك عز وإن يهن *** فأنت لدى بحبوحة الهون كائن
Bermaksud :“Padamu kemuliaan jika pemimpinmu juga seorang yang mulia,tetapi andai pemimpinmu seorang yang bersifat keji,maka kekejianlah juga yang bakal terjadi pada kemakmuran negaramu”
Jika selama ini puak-puak sombong itu dengan penuh rasa bangga sambil mendabik dada mengatakan keyakinan mereka bakal memperolehi majoriti dua pertiga undi kini telah kecewa,bersedih,susut berat badan dan layu lagi melayukan apabila terkena tamparan hebat kuasa Allah yang bersifat ‘khaariqul ‘adaat’ iaitu menembusi adat kebiasaan itu,juga terkedu seperti tertelan tulang ikan apabila melihatkan reaksi kemarahan rakyat terhadap pimpinan mereka selama ini..ingatlah,janganlah kamu meletakkan sangkaan serta keyakinanmu terhadap sesuatu sebelum taqdiran Allah itu bakal berlaku,kerana Allah lah yang mengetahui sesuatu perkara itu sebelum ianya terjadi ke atas makhluqnya :
“Tidak lalai sedikitpun dari pengetahuan tuhanmu biarpun sebesar zarah,baik dibumi ataupun dilangit,tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan yang lebih besar daripada itu,melainkan semuanya itu tercatat didalam kitab yang nyata (Lauhul Mahfuz)” (surah Yunus : 61)
“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkanya,sungguh,yang demikian itu adalah mudah bagi allah” (surah Al-Hadid : 22)
Sebenarnya,keputusan pilihanraya umum di tahun ini sangat-sangat membuahkan natijah serta hikmah yang baik untuk kita dan baik juga untuk ‘puak-puak sombong’ itu…anugerah allah yang besar pada kita ini merupakan suatu peluang pada kita untuk mendaulatkan kalimah Allah serta RasulNya secara syumul tanpa sebarang pengacau lagi,dan juga suatu medan untuk kita membuktikan kemampuan kita memerintah berdasarkan agama kepada rakyat dengan adil….
Dan juga ianya sangat baik pula untuk ‘puak-puak mereka’ agar bermuhasabah diri mereka serta menginsafi kembali perbuatan-perbuatan terdahulu mereka dan ingatlah akan kuasa Allah yang bisa sahaja membuat apa sahaja di atas dunia ciptaaNya ini,jauhkanlah serta lemparkanlah sangkaan kamu bahawa usaha kamu selama ini merupakan kuasa yang bisa merubah sesuatu mengikut keinginanmu…

PEJUANG YANG BERIMAN….
Bagi diriku,imanlah segala-galanya yang dapat menjadi azimat penenang di dalam diri setiap pejuang,yang daku maksudkan ialah keimanan yang amat sahih kepada Allah Azza Wajalla,yang mana dapatlah dia mengetahuinya berdasarkan pengajianya yang bersumberkan dari kalamNya yang maha agung serta dari kalam pesuruhNya yang mulia,kerana dengan keimananya yang sahihlah dapat menjadikan suatu unsur yang menenangkan jiwanya walau diberi ujian sehebat macam mana sekalipun..
“Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada) Dan milik Allah lah bala tentera langit dan bumi dan Allah maha mengetahui maha bijaksana” (surah Al-Fath : 4)
Dengan keimanannya yang sahih terhadap Allah,maka pasti dirinya akan menjadi tenang apabila dia ditimpa dengan kekalahan perjuanganya walaupun setelah bekerja dan berjuang dengan penuh kesungguhan tak kira siang atau malam,kerana dengan keimanan tersebut,dia akan menganggap bahawa setiap perkara yang ditentukan ke atas dirinya adalah untuk kebaikkan dirinya walaupun ianya sakit untuk ditelan dan akan menganggap ianya sebagai suatu ujian untuk mengukur tahap keimananya terhadap tuhan yang menurunkan ujian…maka,pastilah kekalahanya itu takkan mengendurkan kekentalan semangatnya dan tidak mengecewakanya untuk berjuang dan terus berjuang lagi,demi kerana keimananya yang jitu itulah merupakan kuasa penolak yang menolak dirinya supaya berjuang dan terus berjuang mencapai redha tuhanya….
“Dan sungguh,kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu,dan kami akan uji perihal kamu” (surah Muhammad : 31)

“Jangan bersedih wahai pejuang semua,Allah bersama kita…”
Begitulah juga dia tidak akan mudah bersedih apabila mengalami kekalahan ataupun dicemuh,ditindas bahkan di keji oleh penghalang-penghalang jalan perjuanganya,tetapi semakin kuat dan bertambah pula kesungguhanya untuk meneruskan perjuangan,kerana apa??kerana iman lah penghias kepada setiap cemuhan,kejian juga kekalahan yang dialaminya…disebabkan kepercayaanya yang jitu itu,dirinya akan kembali tersenyum dan bersahaja atas setiap kesusahan dan merasakan yang dirinya sudah melalui denai derita yang sama dilalui oleh para nabi dan rasul ketika menyampaikan risalah kebenaran dari tuhanNya…
“Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman” (surah Ali-Imran : 139)
Daku tujukan kata-kata sebegini adalah khas kepada para pejuang yang telah ditaqdirkan Allah untuk tidak merasai nikmat kemenangan seperti pejuang-pejuang yang lain,daku ingin memujuk mereka agar janganlah bersedih dan kecewa dengan kekalahan yang telah ditimpakan,sebaliknya bergembiralah kembali dengan menyuburkan keimananmu kepada kata-kata Allah serta janji-janjiNya kepada para pejuang yang berjuang dijalaNya,serta pelajarilah dengan begitu mendalam segalanya tentang Allah agar dapat melahirkan keimanan kepadaNya dengan sahih sekaligus menjadikanmu pejuang yang beriman dan bertaqwa dengan sebenar-benarnya..
Berkatanya As-Syeikh Dr.Yusuf Al-Qaradhawi di dalam kitab kecil beliau yang bertajuk : “Islam sepertimana yang kita imani,suatu pembetulan serta teguran” (1) :
“Maka bagaimanakah dapat kita mengubah diri kita?? Kita dapat mengubah diri kita melalui jalan aqidah,iaitu dengan menyuburkanya ke dalam jiwa insan dengan iman yang sahih serta tauhid yang sahih,iaitu tidak meredhai sesuatu apa pun selain Allah sebagai tuhan,juga tidak mengambil sesuatu apa pun selain Allah sebagai penolong,juga tidak menginginkan hukum selain hukum Allah,maka tauhid jenis inilah yang menjatuhkan segala jenis tuhan-tuhan palsu yang terdiri daripada manusia ataupun batu,maka tidaklah seseorang itu akan berdebu dahinya melainkan kepada Allah lah dia bersujud,dan tidak pula dia membongkokkan belakangnya melainkan kepada Allah sahaja dia tunduk,dan tidak meminta kepada selain Allah,dan tidak jua takut melainkan hanya kepada Allah,dan sifat-sifat inilah yang dimiliki oleh para pejuang,yang menjadi penyelamat,penolong dikala perang,yang baik perangainya,bermanfaat kepada manusia yang lain,percaya kepada dirinya sendiri,beriman kepada tuhanya,penolong kepada perkara kebenaran,menyukai segala perkara kebaikkan,yang berkerja untuk umatnya tanpa sebarang ganjaran,berkhidmat kepada masyarakatnya walaupun mereka tidak mengendahkanya,yang berjihad di jalan Allah serta tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencelanya,sifat pejuang jenis inilah yang dicari oleh negara,diimpikan oleh para ummat,sesungguhnya yang membentuk dan menjadikan mereka pahlawan hanyalah aqidah,dan dengan imanlah juga sifat kepahlawanan mereka terbentuk,tiada lain selain iman!! DIKAU BERIKANLAH AKU KEIMANAN,MAKA AKU AKAN BERIKAN PULA KEPADAMU PAHLAWAN!!
Dan inilah resepi ketahanan perjuangan kita,perjuangan yang tidak bermusim,sentiasa bertahan walau badai yang melanda,kilat yang menyabung juga petir yang memancar sekalipun,hanya dengan pertahankan keimananmu terhadap Allah,maka imanlah penimbang segala apa yang berlaku di tengah kembara juangmu…
Dan resepi inilah yang membezakan perjuangan kita dan perjuangan ‘puak-puak sombong’ itu,apabila dilanda kekalahan mereka akan terkejut,terkesima,layu,putus asa bahkan menangis meraung sambil mengunci pintu bilik seperti anak kecil yang merajuk memberontak kerana tidak diikuti kemahuannya..

HARAPANKU PADA PERJUANGAN INI..
Jadilah seorang pejuang yang sentiasa berfikiran positif,yang sentiasa bersangka baik kepada tuhanya atas setiap ujian yang melanda perjuanganya,yang menjadikan timbangan iman sebagai timbangan fikiranya serta tindak tanduknya,andai dirimu berputus asa ditengah kembara juangmu,dan terus sahaja memikirkan jalan mati bagi perjuanganmu,maka pasti yang itulah yang akan dikau temui..
Andainya Imam Ibnu Taimiyah,Said Qutb,Imam Hasan Al-Banna,Imam Ahmad Bin Hambal serta imam-imam yang lainya (semoga rahmat Allah memayungi kehidupan mereka sepanjangnya) berputus asa ditengah kembara juangnya selama bertahun-tahun di dalam penjara,maka tentulah nama-nama mereka ini tidak akan dikenang sebagai insan yang berjasa kepada ummat hasil usaha juang serta karya-karya mereka yang menggerakkan hati-hati manusia serta sangatlah kosong dan sia-sia kehidupan mereka selamanya demi kerana memikirkan jalan mati untuk perjuangan mereka..
الذكي الأريب يحوّل الخسائر إلى أرباح والجاهل الرعديد يجعل المصيبة مصيبتن
Bermaksud : “Si cerdik yang bijak akan bijak menukar kerugiannya menjadi suatu keuntungan,tetapi si bodoh yang pengecut akan menjadikan musibah yang melandanya musibah yang semakin bertimpa”
p/s: daku berharap agar para pejuang islam memerintah dengan seadilnya hasil kepercayaan yang diberikan ini,dan bekerja dan terus bekerja mengejar perkara ghaib yang kita percaya ini,hiraukan segala api fitnah yang cuba dinyalakan oleh ‘anjing-anjing belaan’ mereka itu,tetaplah pada perjuangan,katakan : “HASBUNALLAH WA NI’MAL WAKIIL!!! cukuplah Allah bagi kita!!

“Hiduplah perjuangan islam selamanya”!!
************************************************************************
RUJUKKAN : (1) الإسلام كما نؤمن به ضوابط وملامح oleh Dr.Yusuf Al-Qaradhawi,terbitan Nahdhah Mesr,mukasurat (38),cetakkan tahun 2006,Fii At-Tanwiir Al-Islamiyy nombor (40)
kasihan jemaah kucing dijerkah bangun..ahaks!terus menulis dar wood…
thanks bro,kucing2 tu terlalu lena,perlu dikejutkan untuk berjuang mencari seekor ikan..hehe
insyallah, ada kesempatan aku baca artikel ko… huhu
assalamualaikum….akhi minat kucing ke?banyak btl gmbr kucing…sgt comey….artikel yg bermanfaat dan menarik…perjuangan itu tak pernah selesai, namun masih ramai lagi yg masih di buai mimpi,perlu di tiup roh2 perjuangan di dlm diri…esp remaja…. mana tau di bumi m’sia bakal lahir pejuang yg jiwanya sperti hasan al banna n zainab al ghazali…di mana bumi di pijak di situ Islam di junjung…
waalaikumussalam,allahumma amin,allahumma memang saya berkawan dengan kucing ya ukhti,kucing ni memang dah jadi kawan baik saya dari kecil lagi,dan kucing gak pernah jadi teman luahan serta keluhan saya,hehe,allahumma amin,semoga allah kurniakan kalian semangat juang semarak api semangat nama-nama tersebut..
salam ,alamak,akak geli skit dgn kucing. apapun,bagus posting kali ni.kenapa tak hantar pada Kampus Negara? atau gamis. hantar ke email mygamis@gmail.com.
k
adik ni hafiz ke?tya skit, sekolah atau ngaji kat mana ni? budak pengajian Islam ye?bertuahnya dia
salam,saya bukan seorang hafiz,tapi semoga allah kurniakan saya nanti jadi hafiz,insyallah,hehe,akak just klik je di tag kenalkan diriku,disitu saya ada cerita tentang sekolahan saya
does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?
i’m sorry,i don’t know any source about that,what did you mean ‘about this subject’? what kind of subejct do you want information of?this is malay language..
waduh keren banget yach kucingnya
jadi mengingatkan aku pada
hewan kesayangan ku yang tragis sekali ceritanya
saat ia pergi dari rumah baik-baik saja tapi setelah kembali mulutnya sudah berbusa
Web Hidup Mulia Didzolimi…
I found your entry interesting thus I’ve added a Trackback to it on my weblog :)…