Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Alhamdulilah,segala puji bagi Allah…….
GUSAR HATIKU…TAPI TAK MENGAPA..
Apabila melihatkan perilaku golongan orang utan itu yang beriya-iya mahu menawan negeri Kelantan pada pilihanraya umum tahun ini,hatiku pada mulanya sangat cemas dan risau,lebih-lebih lagi apabila melihatkan setiap strategi yang disusun oleh mereka sehingga sanggup berhabis berjuta-juta bahkan berbilion-bilion ringgit demi menggapai niat jahat mereka yang menginginkan agar jalan Islam itu terbantut untuk berkembang..
Kemudianya,apabila daku cuba menatap ayat-ayat Allah serta mutiara kata penghulu nabi kita maka terus diriku tersedar dari kerisauan tersebut,silap sebenarnya kerisauanku ini kerana tidak digandingkan bersama kepercayaan yang jitu terhadap kekuasan allah pada setiap perkara yang cuba dirancangi manusia,mereka merancang segala macam muslihat,strategi serta tipu daya untuk menghalang jalan Islam,tetapi apakah puak-puak ‘hina’ itu lupa bahawa allah maha mengetahui setiap tipu helah dan strategi mereka itu??apakah mereka tidak mengetahui bahawa allah bisa sahaja mematahkan perancangan mereka walau cuba dirancang selicik mana sekalipun??
“Dan mereka (orang-orang kafir ) membuat tipu daya,maka allah pun membalas tipu daya,dan allah sebaik-baik pembalas tipu daya” (surah Ali-Imran : 54)
“Dan mereka membuat tipu daya,dan Kami pun menyusun tipu daya,sedangkan mereka tidak menyedarinya” (surah An-Naml : 50)
We loveTuan Guru!!
TANAMI DAN SUBURKANLAH KEIMANANMU…
Janganlah risau wahai para pejuang agama sekelianya,biarlah mereka berdegar-degar mencanangkan kemahuan mereka di dada-dada akhbar sekalipun,biarlah mereka berhabis jutaan ringgit sekalipun,tapi selagi mana allah yang maha berkehendak tidak menginginkan sesuatu itu terjadi,maka selagi itulah sesuatu perkara itu takkan terjadi,bahkan tiada suatu kuasa pun yang mampu menghalang apabila allah berkehendakkan sesuatu itu untuk terjadi atau tidak terjadi,dan allah pula tidak akan menjadi terpaksa untuk menjadikan sesuatu itu untuk terjadi atas sebab suatu usaha manusia yang menginginkan sesuatu untuk terjadi…
Sebenarnya segala perancangan tersusun mereka itu semata-mata hanyalah usaha.biasa seorang manusia,perancangan mereka itu bisa sahaja tidak akan berjaya dan bisa sahaja dipatahkan dengan senang,rancangan mereka itu tidak akan menjadi… kecuali hanyalah jika allah telah tentukan ianya bakal terjadi ke atas hamba-hambaNya untuk terjadi :
“Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : “Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘ Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan” (hadith riwayat Tirmizi)
“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkanya,sungguh,yang demikian itu adalah mudah bagi allah” (surah Al-Hadid : 22)
Disebabkan segala perkara itu tidak dapat ditentukan oleh kemampuan manusia apakah yang bakal terjadi,maka bekerjalah dengan bersungguh dan lebih keras lagi dalam menolong agama allah ini dan hiraukanlah segala usaha mereka itu,kerana belum tentu berjaya segala usaha mereka itu,…itupun jika para pejuang berusaha sambil percaya penuh dengan kuasa dan ilmu allah taala…=)

Apa!! Ikan terbang!! tak logik..tak logik
BATASAN LOGIK AQAL DAN PERTOLONGAN ALLAH…..
Ya allah,selamatkanlah negeri Kelantan…begitulah bait-bait doa yang senantiasa menjadi basahan bibir rakyat kelantan juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz kita,hanya pada allah sahajalah tempat bergantung dan sandar harapan hamba-hambaMu ini pada setiap perkara yang tidak mampu kami lakukan,segalanya terletak pada kuasa dan kehendakMu,kerana Dikau sahajalah kuasa yang maha mentadbir setiap sesuatu diatas bumi ciptaanMu..
“Katakanlah wahai Muhammad,wahai tuhan pemilik kerajaan,engkau berikan kerajaan kepada siapa pun yang engkau kehendaki,dan engkau cabut kerajan dari siapa pun yang engkau kehendaki,engkau muliakan siapa pun yang engkau kehendaki,dan engkau hinakan siapa pun yang engkau kehendaki,di tangan engkaulah segala kebajikkan,sungguh,engkau maha kuasa atas segala sesuatu” (surah Al-Imran : 26)
Tidak semestinya sesuatu itu mesti terjadi mengikut adat kebiasaanya ia terjadi demi kerana melihatkan secara logik aqalnya ia bakal menjadi mengikut adat kebiasaanya ia terjadi…tidak semestinya api yang sifatnya membakar itu mesti juga membakar mengikut adat kebiasaanya yang membakar demi kerana melihatkan secara logik aqalnya yang ia akan membakar pada apa pun yang dihulurkan padanya…bukankah nabi Ibrahim itu tidak terbakar oleh api?
“Kami (allah) berfirman : wahai api! Jadilah kamu dingin dan selamat untuk Ibrahim” (surah Al-Anbiya’ : 69)
Tidak semestinya bilangan yang sedikit itu bisa sahaja dikalahkan oleh bilangan yang ramai demi kerana melihatkan secara logik aqalnya bilangan yang ramai semestinyalah akan mengalahkan bilangan yang sedikit…..bukankah bilangan pasukan jihad dijalan allah ketika peperangan Badar itu lebih sedikit berbanding pasukan kaum Musyrikin Mekah??
“Wahai nabi! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang ,jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu,nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh,dan jika ada seratus orang yang sabar diantara kamu,nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir,kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti” (surah Al-Anfaal : 65)
Bukankah itu adalah campur tangan serta pertolongan dari allah disebabkan ketidakmampuan mereka?? Bukankah jika dilihat dari segi logik aqalnya mereka bakal dikalahkan disebabkan bilangan mereka yang sedikit??
Ya,itu adalah campur tangan allah:
“Dan sungguh,allah telah menolong kamu dalam perang badar,padahal kamu dalam keadaan lemah,kerana itu bertaqwalah kepada allah,agar kamu mensyukuriNya,(ingatlah),ketika engkau (muhammad) mengatakan kepada orang-orang yang beriman,apakah tidak cukup bagi mu bahawa allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?? (surah Ali-imran : 123 dan 124)
Sekarang lupakanlah semua usaha manusia serta jangkauan aqal manusia yang bersifat sangat-sangat terbatas itu,dengan izin allah akan adanya campur tangan serta pertolongan allah sekira berdoanya sekelian mukmin dan selagi mana tidak putusnya usaha mencari segala penyebab yang memungkinkan mendapat pertolongan allah di dalam perjuangan ini…segala perkara yang terjadi di atas dunia ini tidaklah bersifat wajib untuk allah menjadikanya dan juga tidaklah mustahil untuk allah menjadikanya,tetapi ianya adalah harus sahaja bagi allah untuk menjadikanya yang sesuai dengan qudrat (kekuasaan) keilmuan serta iradah (kehendak) allah taala yang tak bisa dijangkau aqal manusia biasa…
“Berkatanya Imam Abu Daud : diriwayatkan kepada kami oleh Abu Kuraib Muhammad Ibnu Al-‘Ala’ bin Ghiyaats daripada Al-A’masy daripada Abi Ishaq As-Sabiiey daripada Abdin Khairin daripada Ali bin Abi Thalib radiallahu anhu :
Jikalau urusan agama itu berjalan diatas logik aqal manusia,maka tentulah bahagian bawah khuf (sarung kaki daripada kulit) itu lebih utama untuk disapu daripada disapu dibahagian atasnya! =)
Yakinlah,allah maha menolong sekelian hamba-hambanya…tolonglah agama allah
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (surah Muhammad : 7)

Kalau nak ikan ni nak buat macam mana ya?
alaa..tunggu sahajalah ikan ni lompat keluar dari bekas ni!! tawakkal..
Perkara utama yang diriku bangkitkan di dalam posting kali ini adalah hendaklah setiap pejuang islam itu sewajibnya menyemaikan serta menyuburkan di dalam jiwa mereka rasa percaya yang jitu terhadap kekuasaan allah yang mengatasi setiap perancangan serta usaha manusia biasa,agar hilanglah segala kerisauan mereka apabila melihatkan walau hebat macam mana pun perancangan dan strategi puak-puak penghalang jalan islam itu,begitulah juga amat cantik sekali jika rasa keimanan yang jitu itu digandingkan bersama tawakkal setelah berdoa,berusaha dengan amat bersungguh -sungguh dan menepati pula segala kaedah-kaedah yang berkesan kearah mencapai kemenangan…tanpa lalai dari melihatkan kebesaran kuasa allah pada setiap sesuatu yang manusia cuba usahakan..
Teramatlah silap jika para pejuang islam beranggapan bahawa disebabkan mereka inilah pejuang yang berjuang dalam menyebarkan kalam allah dan puak-puak itu yang menghalang jalan agama allah maka sudah semestinya allah akan menolong mereka dan mengalahkan puak-puak musuh!! Tanpa mereka perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh..sambil menghiraukan segala penyebab yang memungkinkan mencapai kemenangan..
Berkatanya As-Syeikh Doktor Soleh Bin Fauzan Bin Abdullah Al-Fauzan didalam kitab kecil beliau yang bertajuk : Haqiqat Tawakkal Kepada Allah (1) :
“Maka semestinya hendaklah menghimpunkan kedua-duan unsur ini didalam bertawakal kepada allah : melakukan segala penyebab (yang memungkinkan mencapai kemenangan) bersama tawakal (menyerahkan keputusan akhirnya kepada allah),manakala orang yang bersandar hanya kepada sesuatu penyebab tanpa bertawakal kepada allah atau bersandar hanya bertawakal kepada allah sahaja tanpa melakukan segala penyebab adalah suatu kesalahan yang teramat salah!!”
“Jika kamu bertawakal kepada allah dengan sebenar-benar tawakal,maka allah akan memberikanmu rezeki sepertimana dilimpahkanya rezeki kepada sang burung iaitu mencari makanan pada siang hari dalam keadaan lapar dan balik di malam harinya dengan keadaan yang kenyang” (riwayat Imam Ahmad didalam musnadnya (1/30) dan Tirmizi didalam sunanya (7/92) dan telah menghasankanya)
Oleh itu,wahai pejuang islam!ambillah serta pelajarilah setiap kaedah yang memungkinkan mencapai kemenangan parti islam lalu bertawakal lah kepada allah serta gandingkan pula usaha dan tawakal itu dengan rasa percaya yang amat jitu kepada kekuasaan allah taala yang mengatasi segala usaha dan jangkauan aqal manusia,hiasilah pula dengan doa yang khusyuk,istiqamah dan rendah diri mengharap pertolongan allah…
HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
******************************************************************
RUJUKKAN DAN PENERANGAN GAMBAR:
(1) Haqiqat Tawakal Kepada Allah oleh As-Syeikh Doktor Soleh Bin Fauzan Bin Abdullah Al-Fauzan,beliau merupakan anggota Jemaah Ulamak-Ulamak Besar Saudi dan merupakan anggota Majlis Fatwa Saudi,disediakan oleh Abu Abdur Rahman Aadil Bin Ali Al-Furaidaan,mukasurat (17) terbitan Darul Imam Ahmad,cetakkan yang pertama tahun 2005.
Gambar di belah kiri: Ustaz Kamaruddin Bin Sidek,N26 Serkam,Melaka
Gambar di belah kanan : Mejar (B) Jasme Bin Tompang,N27 Merlimau,Melaka
salam,ana ambil artikel ini ye,bagus untuk sebaran buat penenang api kemarahan para pendokong Islam..nak taip sendiri, tak terkejar masa.terima kasih. satu pandangan yg cukup baik
salam kembali,insyallah ambillah,semoga para pejuang yang lain mendapat manfaatnya kembali,hiduplah perjuangan islam selamanya!!
ustaz ada puok2 syiah ajar saya guna cara diorang kalau kite benci kat sape2.caranya bila kita ‘lepas’ kutuk mereka tiga kali.boleh ke ustaz??????
salam ustaz, ana sebenarnya terkejut tgk ustaz muncul kat blog akhi dzulkhairi. ana malu sgt dengan ustaz.mesti ustaz kata ntah apa2 kan pada ana…=( kejap ok, kejap ‘gila-gila’. ana sebenarnya tak nak nampak serius waktu taip, takut org fikir ana marah presiden.lagipun persoalan yang diutarakan berkenaan gerak kerja agak berat. mmg akan menambah beban akhi dzul. …
tapi apapun, ana malu sgt. ustaz, nasihatilah dan tegurlah ana supaya menjadi muslimah yg baik dan solehah. sebagai budak muda yang masih merangkak dalam perjuangan, ana masih byk kelompangan..ajarilah ana dan doakan ana istiqomah…
adik seperjuangan yang masih mentah dan dhaif
salam kembali pada ukhti,saya tak kisah sebenarnya,sebenarnya saya bangga dengan ahli-ahli GAMIS,kamu semua sungguh bersemangat memperjuangkan islam,tahniah pada kalian,semoga allah berkati hidup kalian sepanjangnya..
buat pengetahun,kamu adalah pangkat kakak kepada saya ni,saya ni yang sepatutnya menerima teguran juga nasihat daripada kamu,usia kamu yang lebih tua menunjukkan lebih lama kembara juang kamu dalam dunia perjuangan berbanding saya yang masih mentah,saya juga minta nasihat dari kakak-kakak ahli GAMIS sekelianya…
si kecil yang masih merangkak…..
Zaman yang mengatakan bersih adalah sebahagian iman tetapi bertawakkal untuk melihat kebersihan.. Rancanglah sebaik mana pun, perubahan tidak akan berlaku tanpa ada penggerak.
Salam to alHammasiyy.. Ahaaa….Sekali lagi , kucing-kucing itu menjadi ikutan kamu ya..hehehe… Xeloklah kamu cakap orang utan tuh…huhuhu…
saya katakan pada mereka sebagai orang utan adalah berdasarkan dari panggilan tuan guru kepada mereka atas sifat mereka yang menolak islam,pun begitu Allah ada menyamakan orang yang mengikut hawa nafsunya dengan binatang,contoh,surah Al’A’raaf : 176,benci saya kepada mereka bukanlah benci peribadi,tapi benci kerana allah,kerana mereka menghalang jalan agama Allah dari berkembang,tetapi saya juga berharap agar Allah memberikan mereka petunjukNya kepada mereka…