Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,selawat juga salam kepada nabi junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam,sahabat handai beliau,serta kaum keluarga baginda yang berketurunan mulia…
Alhamdulilah,segala puji bagi Allah..
Kerapkali daku mendengar lagu-lagu nasyid yang mendendangkan lagu tentang Cinta Allah ini..perhatikan sahajalah di dalam isi kandungan lirik-lirik kumpulan nasyid sekarang ini,pasti akan ada menceritakan tentang ‘Cinta Agung’ ini..
Bukanlah niat mereka menyanyikan lagu-lagu tentang Cinta Allah ini sekadar hanya bersuka-suka,supaya para peminat nasyid terkinja-kinja sehingga lupa diri bila mereka adakan konsert,juga bukanlah niat mereka untuk mendapatkan anugerah-anugerah seperti AIM lah,Juara Lagu lah dan macam-macam lagi majlis syaithan yang membuatkan manusia lalai…Cuba dalami makna lirik-lirik tersebut,lupakan sekejap muka-muka penyanyi yang kacak-kacak semuanya itu,sambutlah galakkan-galakkan mereka itu agar berusaha menggapai cinta yang tertinggi ini,kerana perkataan CINTA ALLAH adalah suatu perkataan yang teramat besar maknanya yang lebih dari sekadar menitikanya di bibir tanpa sebarang penghayatan!!
CINTA ALLAH? bagaimana mahu mendapatkanya yer??
Lihat kalam Allah yang maha agung ini :
“Katakanlah wahai Muhammad (kepada mereka),jika kamu semua mencintai Allah,ikutilah aku (sunnah kekasihNya) nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu,Allah maha pengampun lagi maha Penyayang” (surah Ali-Imraan : 31)
Berdasarkan dari kalam ilahi ini,barangsiapa yang mengatakan bahawa dia mencintai allah,maka tandanya ialah dia mengikuti sunnah kekasihNya yang agung iaitu nabi Muhammad sallallahu alahi wassalam,maka,syarat utama ingin menggapai cinta agung ini ialah dengan mengikuti sunnah beliau seluruhnya,maka ganjaranya bukan sahaja dicintai Allah,bahkan diampunkan pula dosanya oleh Allah yang maha pengampun..
Ayat suci ini telah diturunkan kepada Ahli Kitab seperti yang dikatakan oleh Muhammad Bin Jaafar Bin Az-Zubair dan juga berkatanya Al-Hasan dan juga Ibnu Juraij,Ahli Kitab mengatakan bahawa merekalah yang mencintai tuhan mereka,dan golongan muslimin pula berkata kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Wahai rasulullah! Demi Allah kamilah yang mencintai tuhan kami,maka Allah pun menurunkan ayat suci ini… (1)
Ayat suci ini juga menjadi Haakim yang adil pada sesiapa yang mendakwa konon dirinya mencintai Allah tetapi bukanlah jalan sunnah nabi yang agung disusurinya,maka terang-terang sahaja dirinya pembohong!! dakwaanya itu tidak akan benar sehinggalah dia menyusuri jalan sunnah nabi pada setiap perkataan baginda dan perbuatan baginda (2) ,bak kata baginda :
“Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang tiada padanya suruhan kami maka serta merta ianya tertolak!!” (hadith riwayat Imam Muslim bernombor 1718)
Golongan salaf pula menamakan ayat ini sebagai Ayat Ujian,kerana ayat ini menjadi kayu pengukur menguji kebenaran dakwaan orang yang mengatakan bahawa dia mencintai Allah,jika benar,maka sifat mereka ialah mengikuti sunnah nabi yang agung dan sudah semestinyalah cinta agung ini sifatnya cinta yang bersambut,bukanya seperti cinta biasa yang terkadang hanya bertepuk sebelah tangan,maka,ikutilah syarat mencari cintanya ini,maka sudah pasti kamu akan dicintai oleh Allah pula..(3)
Berkatanya Al-Azhariy : “Kecintaan seorang hamba kepada Allah dan rasulNya ialah dengan ketaatanya kepada keduanya dengan mengikuti setiap suruhan keduanya,dan kecintaan Allah pula kepada hambaNya ialah dengan mengurniakan mereka pengampunan…(4)
Berkata pula Sahl Bin Abdullah : “Tanda kecintaan kepada Allah ialah mencintai Al-Quran (isi kandunganya) dan tanda kecintaan kepada Al-Quran pula ialah mencintai nabi,dan tanda kecintaan kepada nabi pula ialah mencintai sunnahnya,manakala tanda kecintaan kepada Allah,Al-Quran,nabi serta sunnahnya ialah dengan mencintai kehidupan akhirat,dan tanda kecintaan kepada kehidupan akhirat ialah mencintai dirinya sendiri,dan tanda kecintaanya pada dirinya sendiri ialah dengan bersikap kurangnya mengambil kehidupan duniawi kecuali mengambilnya hanyalah untuk menanggung hidupnya di dunia…(5)
Daripada Abu Darda’ daripada Rasulullah sallallahu alahi wassalam tentang ayat ini,berkata : (mendapat kecintaan kepada allah itu ialah dengan) “Melakukan kebaikkan,bertaqwa,bersikap tawaddhuk dan bermuhasabah diri sendiri” (riwayat Imam Tirmizi)
Berkatanya rasulullah lagi : “Barangsiapa yang menginginkan agar dia dicintai oleh Allah,maka hendaklah dia berkata-kata benar,melunaskan amanah dan jangan menyakiti hati jiranya” …..

Bagaimanakah pula halnya jika Allah sudah menyambut kecintaan seorang hambanya??
Hayatilah hadith nabi ini dengan penuh kegembiraan!! :
“Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Sesungguhnya Allah Taala apabila sudah mencintai hambanya,maka Dia akan memanggil malaikat Jibril alaihissalam seraya berkata : Sesungguhnya Aku mencintai si Fulan,maka dia akan dicintai,dan si Fulan itu juga akan dicintai oleh Jibril alaihissalam,maka Jibril alaihissalam pun menyeru ke langit seraya berkata : Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan!! maka dia akan dicintai,dia juga akan dicintai oleh penghuni langit,dan dia juga akan dicintai oleh penghuni bumi,tapi…Jika Aku murka terhadap seorang hamba itu,maka akan dipanggil pula Jibril alaihissalam dan berkata : Sesungguhnya Aku memurkai kepada si Fulan,maka dia akan dimurkai,dimurkai juga oleh Jibril alaihissalam,lalu Jibril alaihissalam pun menyeru kepada penghuni langit seraya berkata : Sesungguhnya Allah memurkai si Fulan!! maka dia akan dimurkai,juga dimurkai oleh penghuni langit,dimurkai juga oleh penghuni bumi” (riwayat Imam Muslim)
“Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu berkata : Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Sesungguhnya allah Taala telah berkata : Barangsiapa yang memusuhi wali ku (6) maka Aku akan isytiharkan perang baginya,dan perkara yang dapat mendekatkan diri seorang hamba kepadaKu ialah pada apa yang Aku sukai terhadap kewajipan-kewajipan yang telah Aku wajibkan ke atas mereka,dan seorang hamba itu tidak akan dapat mendekatiKu dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya,jika Aku sudah mencintai dirinya,maka Akulah pendengaranya pada apa yang didengarinya,dan Akulah penglihatanya pada apa yang dilihatnya,dan Akulah tanganya pada apa yang dilakukanya,dan Akulah kakinya pada setiap yang dilaluinya,dan jika dia meminta kepadaKu maka pasti Aku akan memberinya,dan jika dia minta dilindungi,maka Aku pasti akan melindunginya” (riwayat Imam Bukhari bernombor 6502 dan Imam Baihaqi bernombor 219/10 pada sunan beliau)
Segala puji bagi Allah,betapa hebatnya sambutan Allah pada insan yang berusaha untuk menggarap cintaNya ini,sudah semestinya bersambut dan tidak akan bertepuk sebelah tangan,pada hadith yang pertama itu menceritakan tentang keadaan gembiranya Allah terhadap cinta seorang hamba kepadaNya,dan hadith yang kedua itu pula menyatakan satu lagi syarat mencapai cintaNya ini selain mengikut sunnah kekasihnya iaitu melakukan perkara-perkara wajib yang sudah diwajibkan Allah ke atas kita serta memperbanyakkan juga melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah dapat mencapai cinta tersebut…
Ia juga menyatakan bahawa jika sudah dapat mencapai cintaNya itu,maka apa yang didengarinya Allah lah bakal menjadi pendengarnya,iaitu Allah akan menghalang pendengaranya dari mendengar perkara-perkara yang keji dan hanya mendengar perkara yang diredhaiNya sahaja,dan tanganya pula hanya Allah yang menjadi penghayunya iaitu hanya melakukan perkara yang diredhaiNya sahaja dengan tanganya,begitulah juga dengan kakinya,dan jika hanya pada Allah yang dimintanya berlindung,maka sudah pasti Allah akan melindunginya kerana cintanya Allah pada dia…
APA KATA AS-SYEIKH IBNU ATHOILLAH PULA YA???
(176) “Dan siapa yang cinta pada Allah,tidak akan mengutamakan sesuatu yang lain daripadaNya” (7)
Seperti yang sudah daku maklumkan,selain mengikuti sunnah kekasihNya yang agung dan melakukan perkara-perkara wajib yang telah Allah wajibkan ke atas hambaNya,boleh juga dikatakan bahawa orang yang cintakan Allah ini tidak akan mendepani Allah dan rasulNya dari apa jua perkara pun!! dan membelakangkan pula Allah dan rasulNya dari sesuatu!!
Contoh : Kekasih : “Abaaaaang,tengahari nanti kita pergi shopping ya….jangan lupa tau…”
Sang Pencinta : “Ya..boleh,boleh…tengahari nanti kita pergi ya ayang,semalam tak puas pegang tangan ayang”
Allahu akbar Allahu akbar!! Allahu akbar Allahu akbar!! azan Zohor pun berkumandang…
Dalam hati Sang Pencinta : “Esh,mana satu aku nak pergi ni?? shopping atau solat eh?? alaaa..solat kejap lagi boleh,baik pergi dating dulu,lepas itu boleh la aku solat..hehehe”
Cet,tak guna punya Sang Pencinta! bukanlah masalahnya pada keadaan tadi samada dia akan menunaikan solat ataupun tidak,tetapi yang manakah yang akan di dahulukanya jika Allah dan RasulNya bertembung dengan perkara yang disayanginya,cuba bayangkan,insan yang saling hangat bercinta sakan,pasti dia akan sanggup korbankan segalanya untuk insan yang dikasihinya,begitu juga insan yang sudah mendapat kelazatan saling bercinta dengan Allah,apa pun jua dia sanggup korbankan,harta,pangkat,hatta jiwanya juga…dan juga pasti tidak akan dia dahulukan cintanya itu dengan sesuatu apa pun..
Bukanlah diriku menafikan rasa cinta yang tumbuh secara fitrah sesama insan itu perlu ada,tapi andai rasa cintamu terhadap insan yang kamu cintai itu disaluti dengan menjaga syariat-syariat yang telah digariskan serta tidak melanggar perintah dan larangaNya demi yang dikasihi,dan juga tidak cuba-cuba untuk mendepankan rasa cintamu itu melebihi Allah dan rasulNya serta hadhir dan perginya cintamu itu juga demi kerana Allah dan rasulnya maka layak sahajalah cintamu itu juga cintakan Allah..
KESILAPAN…
Berkata : AKU CINTAKAN ALLAH!! ….tanpa sebarang penghayatan..cuma suatu perkataan yang hebat sahaja di mulut tapi hambar sahaja sifatnya di hati,kerana dia belum mendapat kecintaan itu dengan sebenar-benar penghayatan, juga pengamalanya juga masih banyak cacat celanya,perjuangan mengharap cinta ini bukanlah seperti omongan kosong di kedai-kedai kopi juga bukanlah siulan nyanyian ketika bosan,tapi ianya suatu perkataan berupa keazaman yang sangat berterusan usahanya untuk mendapatkanya!!
“….Mereka mengucapkan sesuatu dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya” (surah Al-Fath:11)
“Wahai orang-orang yang beriman,mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? ” (surah As-Saff:2)
Andai insan yang kecewa apabila cintanya tak bersambut,bahkan bertepuk pula hanya sebelah tangan,maka janganlah dikau risau,apa kata cinta Allah pula cuba dirimu kejarkan??,sememangnya pasti bersambut,dan jangan hanya beromong-omong kosong sahaja mengatakanya tanpa berazam kearahnya demi kerana sudah kecewa…selamat bercinta!! HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
*****************************************************************************
RUJUKKAN DAN PENERANGAN :
(1) (4) (5) Al-Jaamik Li Ahkaamil Quraan oleh Abi Abdullah Muhammad Bin Ahmad Al-Al-Ansori Al-Qurthubi (wafat 671h) mukasurat : 430-432 jilid kedua terbitan Daarul Hadith Al-Qaherah cetakkan tahun 2002,yang ditakliq oleh Dr.Muhammad Bin Ibrahim Al-Hafnaawi (Ustaz usul fiqh di Kuliah As-Syariah Wal Qaanun di Qaherah) dan ditakhrij hadith-hadithnya oleh Dr.Mahmud Haamid Utsmaan (Pengajar usul fiqh di Kuliah As-Syariah Wal Qanun di Tanta,Mesir)
(2) Tafsir Al-Quraan Al-Azhim oleh Abi Fida’ Ismail Bin Katsir Al-Qursyiy Ad-Damsyiqiyy (774h) mukasurat 314 jilid yang pertama tebitan Al-maktabaah Al-Asriah Beirut,cetakkan tahun 2003.
(3) Syarh Riyaadhus Solehin Min Kalaami Sayyidil Mursaliin (Imam Nawawi,wafat 676h) oleh As-Syeikh Muhammad Bin Soleh Al-Utsaimeen,mukasurat 738-741 jilid yang pertama terbitan Daarus Salaam,cetakkan pertama tahun 2002.
(6) Wali : Insan yang tiada ketakutan padanya selain Allah dan tiada padanya kesedihan dan merupakan mukmin yang bertaqwa (surah Yunus : 62 dan 63) dan dikurniakan padanya Al-Karamah yang bukanlah bertujuan untuk membenarkan apa-apa risalah dan berbeza dengan mukjizat para nabi-nabi.
(7) Terjemahan Al-HIkam As-Syeikh Ibnu Athoillah oleh Haji Salim Bahreisy,mukasurat 200 terbitan Victoria Agencie,Kuala Lumpur.
salam …
what a superb article! bravo bro…
actually i still not done reading yet, i just want to dedicate this song that i sang it before(sigh).
+ rasa cinta, adalah satu anugerah tuhan pada hambanya…dan kerana manusia sanggup apa saja, asalkan dia memiliki apa yang di cita..
+ tanda kasih yang abadi, dalam senang jua dalam kesempitan, kasih ilahi tiada bersempadan, tak memilih siapa, tidak akhir kekal selamanya..
kekeke
[…] p/s : Diriku sudahpun membincangkan tentang cinta ini,bisa sahaja klik disini […]
ξέρετε οποιεσδήποτε πληροφορίες για αυτό το θέμα σε άλλες γλώσσες;
selamu alejkum
Hii,, Nice review there is som many review out there, but your site still in the front of my choice.