assalamualaikum…Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,Allah,Raja setiap alam dan juga,Allah,Raja bagi hari pembalasan kelak,hanya sanya pada ‘Raja’ ini lah tempat rakyat yang hina dina ini mengadah tangan…
Empunya gambar dalam blog aku ini namanya Raja Mohammad Ke-Enam,iaitu pemerintah bagi negara morocco ini,kalau dalam bahasa arab dia dipanggil ‘Sahibul Jalalah Maalik Muhammad Saadis Nasarahullah'(Duli Yang Amat Mulia Raja Muhammad yang Ke-Enam,yang mendapat pertolongan allah)Beliau merupakan anak lelaki kepada ayahanda beliau yang memerintah sebelum beliau,iaitu Raja Hasan yang Ke-Dua….
Sistem pemerintahan di morocco ini berupa sistem beraja dan raja merupakan kuasa yang mutlaq,rajalah yang seorang menguruskan dan mentadbirkan negaranya sendiri,dari A sampai lah ke Z,semuanya kerja dia,manakala Perdana Menteri beliau semacam hanyalah boneka lagaknya…
Rakyat morocco terlalu menyayangi beliau ni,setiap kedai yang wujud di atas tanah morocco ini semacam suatu kesalahan kalau tiada gambar beliau ini di’frame’kan dan digantung di dinding kedai,sampaikan kedai tahap pondok buruk yang setakat jual biskut ngn kacang wajib ada gambar beliau..siapa tak sayang raja oiii…
Dikatakan bahawa beliau ini mempunyai salasilah keturunan baginda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam,dari susur galur yang berasal dari Saidina Ali radiallahu anhu,dan salasilah serta susur galur keturunan beliau ini telah dipahat secara tulisan Khat di dinding masjid yang terbesar di morocco ini yang merupakan mercu tanda negara mereka serta dicat pula pahatan Khat itu dengan menggunakan tinta emas yang menguning kemegahan…
Tapi yang aku hairankanya,sebegini mulianya keturunan beliau ni,pemerintahan islam tidak juga dipakainya,bahkan,permaisuri beliau pulak tak pakai tudung,bangga jer berjalan dengan rambut kemerahan mengurai panjang,semacam hanya mengambil islam itu hanyalah pada bab yang berkaitan dengan ibadat sahaja,tapi,bila tiba pada bab selain ibadat,ditolak tepi sementara,bukanya menjadikan islam itu sebagai cara hidup yang merangkumi setiap segi kehidupan!!
Yer,bukan semua rakyat beliau menyayangi beliau ni,kita akan dapat lihat pengkritik beliau ni kebanyakkanya pada golongan yang kami gelarkan disini sebagai ‘golongan salafi’ kerana melihatkan zahiriah mereka yang berjambang,sentiasa berjubah yang sememangnya sengaja disingkatkan sehingga ke paras atas buku lali(bukan potong saja-saja tu,beralaskan mutiara hadith nabi yang mulia)berkopiah juga,cukuplah dengan kita melihatkan ketaatan mereka pada agama mereka dengan ‘diterjemahkan’ melalui pemakaian mereka ni,kita sudah dapat agak bagaimanakah pula kesinambungan taat mereka pada perkara dalam agama pula(selain pemakaian)sudah tentulah menginginkan islam sepenuhnya bertapak di atas tanah tumpah darah mereka sendiri,dan ‘brader’ di gambar ni pulak sememangnya meng’attack’ golongan semacam ni…tak patut…
Lagi satu yang aku hairanya,entah apalah yang disayangi sangat dengan raja yang seorang ni,kalau aku tengok dalam TV,di wilayah mana saja dalam morocco ni raja ni pergi,upacara salam-menyalam dengan rakyat akan ditayangkan,tak cukup dengan nak salam cium tangan,(tak kira dah masa tu lelaki ker perempuan,yang penting,dapat menunjukkan rasa cinta pada raja yang seorang ni!!)kalau boleh nak dipautnya raja tu diciumnya pulak pipi raja tu,sampai ada makcik-makcik tua yang terkinja sana terkinja sini dah tak ingat umur dah tua(kubur kata mari,rumah kata pergi dah)sibuk nak bersalam dengan raja…macam beruk tua dapat ais-krim walls(tm) daaa..
Padahal raja yang mereka duk sayangkan ni bukanya dapat memberi kebahagiaan yang hakiki pada mereka(dah lah tak pakai undang-undang islam,dan cuba untuk memandang ke telunjuk kuffar,mungkin dapat memberi kemajuan kononya,tak juga kemajuan yang hakiki dapat dicapai!!)yang aku tengoknya pulak,ramai pengemis jer negara mereka ni,bukan sikit,terlalu ramai,terbalik,zaman para Khalifah Empat yang agung dulu,mereka yang miskin,rakyat senang selesa…ermm..
“Dua golongan manusia,yang mana jika baik keadaan mereka,baiklah pula keadaan manusia lainya,manakala jika buruk pula keadaan mereka,buruklah pula keadaan manusia lainya,iaitu para ulama’ dan UMARA'(pemerintah)(Kanzul Amal Fi Sunanil Aqwal Wal Af ‘aal oleh Imam Muttaqi Al-Hindi)
YA ALLAH,KURNIAKANLAH KAMI ‘NANTI’ PEMERINTAH YANG MENGIKUT TELUNJUK MU SEBAGAI MENDAPATKAN KEREDHAAN MU,YANG TIDAK BERANI MEMANDANG SELAIN KATA-KATAMU YANG MAHA AGUNG LAGI BENAR ITU SEBAGAI PENTADBIR SELAIN TADBIRAN DARI MU,HANYA DIKAU LAH YA ALLAH TEMPAT KAMI BERLINDUNG MENCARI PELINDUNG KAMI YANG MEMBAWA KAMI KE JALAN MU YANG DIREDHAI-MU…AMIN…
Tinggalkan Jawapan