Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Sekadar ingin berkongsi..semalam telah diizinkan allah kesempatan untuk menyambung usrah bersama saudara sebilik ku yang dirahmati Allah,beliau membawa sirah nabi muhammad dengan membawakan kisah hijrah pertama baginda iaitu ke habsyah dan kesinambunganya dengan strategi dakwah untuk disesuaikan dengan keperluan dakwah masa kini..
Daku pula membawakan bab SABAR seperti yang dipetik dari kitab Imam Nawawi rahimahullahu taala iaitu:RIYAADHUS SOLIHIN(taman bagi orang2 yang soleh)yang telah disyarah oleh as Syeikh Soleh Ibnu Utsaimeen(yang mana syarah beliau ini dijadikan buku hasil dari ceramah2 beliau dalam mensyarahkan kitab tersebut)
Ulamak mentafsirkan sabar itu dari segi bahasa ialah:menahan atau mengekang,dan dari segi syarak pula ialah: menahan diri (bersabar) daripada tiga perkara,iaitu
(1)ketika melakukan ketaatan kepada Allah
(2) ketika menjauhi daripada perkara2
yang diharamkan oleh Allah taala ke atas
kita..
(3 ) ketika ditimpakan oleh Allah akan
ujian yang berasa sakit untuk disantap
oleh jiwa..
“Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan tanam-tanaman,dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-oran g yang sabar,iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata inna lillahi wa inna ilaihi
raajiuun(sesungguhnya kami milik allah,dan kepadaNya jugalah kami kembali),mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari tuhanya,dan mereka itulah yang mendapat petunjuk” (surah Al-Baqarah:155-157)
ingatlah,setiap apa yang Allah timpakan ke atas kita dari berbagai jenis ujian seperti kesakitan,sakit hati,kematian orang yang disayangi,ditinggalkan,dihina,di keji dan lain-lain,tidaklah kesemuanya itu hanyalah suatu kebaikkan untuk diri kita sendiri,bayangkanlah betapa telitinya Allah dalam mentadbir(subhanallah,maha suci Allah yang mentadbir dunia dan segala isinya ini),Allah menukar ganti setiap kenikmatan yang menyenangkan hati serta kesakitan yang ditimpakan juga untuk kebaikkan sendiri seolah-olah kita akan merasakan bahawa allah hanya menjaga diri kita sahaja layaknya,baru kita sedar,bahawa maha adil Allah,betapa ramainya manusia dan haiwan yang melata di atas bumi ini,tapi dijaga oleh Allah dengan pentadbiraNya sendiri yang maha bijaksana itu dengan amat teliti..bayangkanlah,baik yang dibalas
baik kembali,jahat yang dibalas dengan jahat pula,mendapat perkara yang selama ini diimpikan,setiap kebetulan yang berlaku seolah2 dirancang saja layaknya(allah lah perancangnya),pertukaran siang dan malam yang tak pernah pula terlewat dan tercepât sikit waktunya dan lain-lain..soalanya. .SIAPAKAH PERANCANG SEGALA KEBETULAN DAN PEMBALAS SEGALA PERKARA TERSEBUT??? hanya sanya dengan kuasa yang teramat besar iaitu: ALLAH TAALA yang amat tinggi besar dan tinggi kuasanya…
marilah ingati Allah dalam apa jua keadaan pun:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang beraqal,iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring ,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata:ya tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan
sia-sia,maha suci engkau,lindungilahkami dari azab neraka(surah Al-I mran:191) dan marilah jangan pula jadi seperti ini:
“dan apabila kami berikan nikmat kepadamanusia,dia berpaling dan menjauhkan diri(d engan sombong)tetapi apabila ditimpa malapetaka,maka dia banyak berdoa”(surah fussilat:51)
Diriku yang hina dina ini mengajak kepada diriku sendiri juga serta kawan-kawan lainya agar bersabar dengan apa pun jua yang ditimpa allah pada kita,haa,baru ingat,bak kata guru kepada tuan guru aku,as-syeikh dzulkifli bin
ismail rahimahullah taala: Kullu minal HABIB fahuwa khair(apa pun jua yang(jika) datang dari kekasih(Allah),maka baiklah saja keadaanya..
wassalam,HIDUP PERJUANGAN ISLAM!!!
Tinggalkan Jawapan