assalamualaikum….dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani setiap hambanya,alhamdulilah aku ucapkan kerana dengan belas ihsan allah jualah daku beroleh segala macam ilmu sebagai pembekal kepada diri ini merentasi denai dunia ini yang penuh dengan segala macam rintangan dan cabaran…..
Dalam blog yang ni,aku nak berkongsi sikit dengan pembaca semua sedikit kisah dan perihal ustaz-ustaz aku di kuliah….mungkin menarik untuk dikongsi bersama kot..sebab aku rasa enjoy dengan sikap mereka ni pulak..heheh
Yang pertama sekali ustaz yang paling menarik minat aku untuk masuk kuliah dengan dia,nama dia Al-Ustaz Abdul Haadi Husin,dia mengajar aku mata pelajaran Ilmu Tauhid setiap hari isnin dan hari sabtu,best sangat dengan sikap dia ni,dialah ustaz yang paling jaga bab pergaulan,kerana dalam kelas dia saja yang cukup ambil berat supaya diasingkan antara pelajar lelaki dengan pelajar permpuan,selagi boleh dia akan suruh jugak duduk berasingan bila masuk kelas dia,tak suka orang yang lambat,punctuality is very important!!pelajar yang masuk lambat,kena la dengar cemuhan dia yang dia bagi secara live dan depan-depan,mereka hanya boleh tersenyum,sangat mementingkan kaedah bahasa arab pada segenap segi,kerana mungkin kesukaan dia akan bertanya kaedah bahasa arab secara tiba-tiba dan mengejut,nak uji tahap bersedia pelajar dia kot..pernah sekali dia bertanya pasal ilmu usul hadith pada setiap orang,setiap soalan dia sewajibnya jangan angkat tangan dulu,sebelum jawapan yang bakal diberikan nanti tak mengikut citarasa dia,fokus soalan dulu,fikir jawapan yang betul,baru angkat tangan,tu kaedah berguru dengan dia,dia buka soalan: apakah beza syarat penerimaan hadith antara Imam Bukhari dan Imam Muslim?terus dia terpandang golongan kami,orang asing,dia kate,kamu orang asing ni tak penah pun menjawab,apa yang kamu tahu?apa yang kamu belajar?kamu datang dari jauh sepatutnya kamu mesti bersungguh!aduuhh,pedasnya sampai menusuk tajam dalam hati kami ni,sampai camtu sekali dia kata,memula member aku dah jawab,dia mintak tambah,aku beranikan diri jugak,konon nak cover maruah yang tercalar,aku pun cuba jawab:beza mereka,Imam Bukhari mensyaratkan sezaman dan kemestian berjumpa diantara seorang perawi dengan perawi yang lain walau pun sekali,manakala Imam muslim pula hanya mensyaratkan hanya sezaman diantara perawi,dia kata,betul,lagi??alamak,ape lagi haa??padahal nak jawab yang tadi pun punya la berdebar..nak tambah lagi, aku tak tahu pulak,dia kata,itu sahaja??hehe,tu je la ustaz yang saya tahunya,kantoi….
Dia suka buat lawak,semua pelajar terutamanya perempuan cukup suka gelak ketawa dengan dia ni,dan lawak dia hanya orang morocco saja yang paham,kami,orang asing tak paham laa,sebab dia bercakap dalam bahasa pasar mereka,nak’cover’ konon paham lawak dia,kitaorang pun buat-buat la gelak,siap tekan-tekan perut lagi,konon paham dan terasa lawak sangat,padahal tah apa dia cakap pun aku tak tahu,dan dia jugak kenkadang pemarah,bila orang buat kerja lain masa dia tengah mengajar,mungkin ni pantang nombor satu kot,cukup marah,tak beradab dengan guru katanya,dia jaga adab berguru ni,aku?selagi boleh aku tahan takkan bercakap dengan member sebelah,kalau ngantuk pulak,selagi bole aku genyeh mata aku tak nak bagi ngantuk,kalau tido lagi la parah!!
bila masuk periksa matapelajaran dia,pantang dia meniru dan dan bercakap-cakap nak tanya soalan,kalau dia nampak,dia akan cakap: Takutlah kamu kepada allah,bertakwalah kamu kepada allah,dan dia tambah2 sikit dari hadith nabi,aku? dengar jer terus buat keras,fokus pada soalan,dan macam biasa,sekali soalan dia pasal kaedah bahasa arab lagi,padahal dia ngajar tauhid,ermm,kreatif..soalan kaedah bahasa arab dalam periksa tauhid,boleh laa,asalkan ustazku sorang ni bahagia..
dia jugak aku tengok,dia sangat menghormati guru-guru dia,setiap kali tersebut nama-nama guru dia yang mulia,dia akan mendokan guru dia,satu sikap yang perlu diambil contoh,amalkan bersama,insyallah,dan akan dia selangi sikit pasal kisah guru dia,seronok,dia pun sudah dimakan usia,tua amat,tapi ingatan dia pasal segala macam cabang ilmu agama ‘still fresh’ macam ikan letak kiub ais kat supermarket,masih boleh ingat,menunjukkan dalamnya dan lamanya dia dalam bidang ilmu agama..
Daku mendoakan semoga ustaz ku ini beroleh kesihatan dan umur yang panjang supaya umur itu dapat memberikan manfaat pada para panuntut ilmu agama mengambil manfaat dari dia,dengan izin allah jua..kita sama-sama mencontohoi sikap dia ni,kalau kita suatu hari nanti jadi pengajar,insyallah,amiin..
Akan bersambung lagi dengan kisah ustaz yang lain,insyallah,tunggu…
Tinggalkan Jawapan