assalamualaikum,dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
pertamanya,aku nak semua tengok pada ayat ni:
“Mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya (ikhlas) dalam menjalankan urusan agama dengan lurus”(surah Al-Bayyinah ayat: 5)
lepas tu apa kata kita tengok pula hadith dari kata-kata nabi kita yang mulia:(ada banyak,tapi aku suka untuk memilih yang ini,sebab hadith ni ada ‘aura’ dia yang tersendiri)
“Barangsiapa yang menuntut ilmu itu sebagai maksud untuk menyaingi para ulama’ dan sebagai maksud untuk berbalah-balah dengan orang yang jahil dan juga sebagai maksud supaya manusia memalingkan wajah mereka padanya(nak glamour!!)maka dia adalah di neraka”!!
(hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bernombor 253,yang terdapat dalam muqaddimah kitab beliau pada bab:Mengambil manfaat pada ilmu serta beramal denganya,telah disahihkan oleh Syeikh Nasarudin Al-Banni rahimahullah pada kitab Sahihul Jaami’ bernombor 6158)
lepas itu,apa kata lepas ni tengok pulak pada kata-kata hikmah dari para ulama’ tentang ikhlas ni:
“As-Susiy berkata: Keikhlasan itu ialah ketiadaan melihat ikhlas,kerana barangsiapa yang melihat keikhlasan di dalam keikhlasan,maka keikhlasanya memerlukan keikhlasan”(pening sikit kan?takpe..terima kasih As-Susiy!)
“Al-fudhail berkata: Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riya’ dan beramal kerana manusia itu adalah syirik,sedang keikhlasan itu ialah bila allah membebaskan diri dari kedua sifat tersebut”
“Dalam kitab Ihya’Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,ikhlas itu ialah:
‘Sesuatu yang bersih dari campuran yang mencemarinya,dinamakan sesuatu yang murni,perbuatan membersihkan dan memurnikan itulah yang dinamakan ikhlas,seperti firman allah:
“Susu yang bersih di antara tahi dan darah yang mudah di telan bagi orang-orang yang meminumnya”(an-Nahl:66)
apabila suatu perbuatan itu bersih dari riya’ dan ditujukan bagi allah,maka perbuatan itu dianggap murni”
“Ikhlas ialah menutupi penglihatan mata hati daripada melihat selain allah”(dalam kitab Permulaan bagi orang yang menuntut ilmu,oleh Syeikh Husin Ya’qub)
kalau kita lihat pada hadith tadi kan,rasa jijik tak pada perangai orang yang menuntut ilmu(ditujukan khas pada penuntut ilmu agama)yang berperangai macam tu??aku mintak jauh la dari berperangai macam ni,bak kata orang kampung kan,”selisih malaikat empat puluh empat”
mana para penuntut yang berniat macam tu nak letak muka mereka??nak sembunyi di mana??nak cuba cari suatu tempat yang tak dapat dilihat oleh allah yang sememangnya maha melihat tu??cuba la kalau ‘terer’ sangat!bak kata Sayyidina Abu Bakar ketika dia ditanya tentang menafsir walau satu huruf pun di dalam Al-quran itu:
“Di langit manakah dapat aku berlindung??Di bumi manakah dapat aku berpijak?Ke manakah dapat aku bersembunyi??jikalau aku menafsir perkara itu bukan seperti yang dikehendaki oleh allah”??(Diriwayatkan dari Abi Malikah,yang dicarigali dari kitab Tafsir Al-Mufassirun karangan Syeikh Husin Az-Zahbiy)
orang yang menuntut ilmu agama ni kan ‘penanggung bebanan tanggung jawab yang amat berat’ daripada masyarakat,masyarakat hanya boleh ‘berpaut’ pada golongan yang semacam ini,kalau dah golongan agama ni perangai macam sifat tadi,siapa lagi mereka nak percayakan dan berpaut??cuba check yang ini pulak:
“Dua golongan manusia,jika baik mereka itu,baiklah keadaan manusia lainya,manakala jika buruk pula keadaan mereka itu,buruklah pula keadaan manusia lainya,iaitu para ULAMA’ dan PEMERINTAH!!”(didalam kitab Jaami’ As-Saghir oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi yang dikeluarkan oleh Abu Nuaim Al-Asfahaniy)
Dan Allah pulak siap naikkan lagi darjat mereka ni!!disebabkan ilmu yang dianugerahi oleh allah pada mereka,dalam bentuk amanah supaya dilunaskan amanah tersebut sebetul-betulnya!banyak pujian dari allah dan nabi kita tentang mereka ini:
“Barangsiapa yang menyusuri pada jalan untuk menuntut ilmu itu,allah akan susurkan pula baginya jalan ke syurga,dan sesunguhnya malaikat itu akan menghamparkan pula sayap-sayapnya kepada mereka kerana redha atas penuntut ilmu itu,dan segala yang ada di langit dan di bumi akan memohon ampun untuk orang yang berilmu itu,sehinggakan ikan yang berada di laut pun memohon ampun untuknya,dan keutamaan orang yang berilmu dengan seorang abid(ahli ibadah) itu bagaikan sinaran rembulan yang lebih menerangi daripada sekelian bebintang,dan para ulama’ itu pewaris para nabi,dan sesungguhnya para nabi itu tidaklah mereka mewariskan wang emas walau wang perak,sesungguhnya mereka mewariskan ilmu,barangsiapa yang mengambilnya,maka dia telah mengambil keuntungan yang banyak”(Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi bernombor 2682,dan telah disahihkan oleh Syeikh Al-Banni rahimahullah pada Sahih At-Tirmizi bernombor 2159)
Allah pulak katakan bahawa mereka ini:
“wahai orang-orang yang beriman!apabila dikatakan kepadamu:berlapang-lapang lah dalam majlis,maka lapangkanlah,nescaya allah akan memberikan kelapangan untuk mu,dan apabila dikatakan:berdirilah kamu,maka berdirilah,nescaya allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat,dan allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”(surah-Al-Mujadalah ayat:11)
Dan,yang lebih menjijikkan lagi,dah lah tak ikhlas dalam menuntut ilmu,bahkan ada yang sampai menjadikan agama itu sebagai bahan jualan yang amat murah,untuk memuaskan nafsunya,dan untuk mencapai sesuatu maksud yang diingininya,walau sanggup digadai maruah agama yang tinggi nilainya,yang tak dapat dibeli walau segunung kekayaan,bagi contoh la senang:Penuntut ilmu agama yang nak ‘tackle’ orang perempuan, dia guna ayat-ayat manis sampai dia keluarkan semua khazanah ilmu yang dia ada supaya perempuan tu terpikat pulak dengan dia,sampai perempuan tu akan kata:uii,alimnya dia ni…(ni ular tambah buaya dalam semak!bukan ulama’!!) yer,nak berdakwah melalui ilmu yang ada boleh..tapi niat yang ikhlas,semata-mata ingin berdakwah tu kena ada,kalau berdakwah terniat macam ni,makilah,marahlah walau dipukul lah dirimu sendiri,tukarlah cepat-cepat niatmu wahai penuntut ilmu supaya sedarkan kesilapan yang sedang dikau lakukan..ok,check yang ini pulak: Dari Anas bin Malek radiallahu anhu:
“Kehinaanlah dan juga kecelakaanlah pada umatku yang terdiri daripada ulama’ yang jahat!(ular dalam semak!)yang mana mereka ini menggunakan ilmu yang mereka ada sebagai bahan jajaan atau barang dagangan,dengan menjualnya kepada para pemerintah dizaman mereka supaya mereka akan mendapat keuntungan(untung duniawi!!)tidaklah diuntungkan allah pada perniagaan mereka itu”(di dalam kitab Kanzul Amaal fis sunanil aqwal wal afaal yang dikarang oleh Syeikh Muttaqi Al-HIndi)
tengok yang ni,lagi nampak jijik tak kalau kita tengok pada sifat ulama’ yang jenis ni?ni spesis pengipas punggung namanya,kalau semua nak tahu laa..
inilah kalau ilmu saja banyak di dada,tapi akhlaqnya zero,tak guna dan tak pakai langsung,patut semakin banyak kita dapat kurniaan ilmu dari allah,semakin bersyukur kita dan semakin merendah diri la kita pada allah,(mujur allah nak bagi kita ilmu!tu pun bagi pinjam,supaya disalurkan ke tempat yang betul!)tak hairanlah ilmu yang dimilikinya itu tak mengandungi keberkatan,bahkan dilaknat pula oleh ilmu tu atas muka ulama’ jenis ini,bak kata pepatah melayu:
“Ikutlah resmi padi,semakin berisi semakin menunduk”(diriwayatkan oleh cikgu bahasa melayu aku,cikgu jamilah,di dalam kitab:bahasa melayu tahun tiga,yang terjatuh sekalian ramai perawi di tengah-tengah perjalanan sanadnya,hehe)
ok,insyallah akan di sambung lagi dengan izin allah pada siri yang berkaitan semacam ini,
YA ALLAH,KURNIAKANLAH KAMI PARA PENUNTUT ILMU,NIAT IKHLAS YANG HAKIKI JUA PADAMU,JAUHKANLAH KAMI NIAT YANG MENYEMPANG DARI MENYAMPAIKAN ILMU MU PADA SEKALIAN MANUSIA……
Salam ukhwah..ternyata ilmu sdra bgitu tinggi brbanding sy yg tak pernah merasa belajar maahad or mana2 skolah agama..hsrat di hati pernah memasnag impian begitu..tetapi Allah lbih mngetahui sgala2nya knpa sy tak dpt merasai smua itu..ternyata anda bertuah..smoga ilmu yg di plajari dpat d manfaatkn sbaiknya..
salam ukuwwah kembali,ilmu milik allah,diberikan kepada hambanya yang dikehendaki pada sesiapa pun,saya ni jauh lagi nak sampai taraf banyak ilmu ni,hehe,semoga dapat manfaat bersama,insyallah