Kawanku…Moustafa…
Disember 4, 2007 oleh alhammasiyy
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani sekelian hambanya,dapat lagi jari bergerak untuk melempiaskan segala coretan rasa,kenangan,tarbiyah sang pencipta dan segala macam peristiwa yang telah allah taqdirkan berlaku ke atas ku,pada allah jualah yang ku serahkan semua perkara,dia yang maha mengetahui….
Pada post kali ni pulak aku nak berkongsi cerita sikit pasal seorang kawan aku yang paling best sekali pernah aku kenal di morocco ni,banyak manfaat yang allah bagi pada aku bila aku berkawan dengan dia ni,baik dengan kami,pelajar malaysia di wilayah tetouan ini,sikapnya yang menyenangkan kami,sifatnya yang menginginkan agar agama islam itu dipraktikkan oleh kami,yang menyukai segala macam kebaikkan,sedikit lurus orangnya,tapi tegas sungguh pada perkara yang berkaitan dengan agama,menyukai ilmu,inilah dia yang dapat aku gambarkan….
Nama dia Moustafa Bomjiria,anak muda morocco yang berumur dalam lingkungan 20-an,orang kampung,dia tinggal di pinggir kampung wilayah kenitra,kampung Bouslaham namanya,dan sememangnya sarat dengan suasana kampung,berjambang,sentiasa berjubah,sentiasa ke masjid,sehinggakan imam-imam masjid pun kenal dengan dia,penghafaz 30 juzuk al-quran semenjak kecil lagi,dan tutur bicaranya yang manis dan sentiasa sarat dengan nasihat yang berguna dan tidak langsung mengandungi perkara-perkara yang mengarut lagi carut…
Aku panggil dia Moustafa An-Nahwi,sebab dia ajar kami ilmu Nahu(kaedah dalam bahasa arab),dia sanggup berjalan kaki dulu dari rumah dia ke rumah kami semata-mata nak ajar kami!dan dia juga dengan senang hati menawarkan diri ingin mengajar kami Syarah Hadith 40 Imam Nawawi,dan juga tawarkan diri ingin ‘mengerah’ kami menghafal al-quran sepanjang cuti musim panas,yang mana kami menyambut baik semuanya dan berikan komitmen yang baik sepanjang program pengajaran dia tu,setiap hari bila berjumpa atau terserempak dengan dia,perkara pertama yang selalunya terluncur dimulutnya:Bagaimana solat Subuh kamu??(hehe)bagaimana pula dengan keadaan iman mu?bertambah atau berkurang?bagaimana dengan hafalan-hafalanmu??selalunya aku akan jawab jujur dengan dia,kalau lambat tu cakap lambat,kalau tak hafal tu,cakap jer tak hafal..
Aku baru tahu yang dia tu seorang imam di kampung dia,berdasarkan dari video kawanku rakam masa melawat kampung dia pada hari raya haji lepas,garang dan tegas,sebab dia begitu marah masa berkhutbah sampai mengamuk, menghentak-hentak mimbar masjid tu,kerana melihatkan penduduk kampungnya yang hanyalah ‘ciput’ sangat yang datangnya solat jumaat,kalau lihat kemarahan dia tu,seperti itu bukanlah sifatnya yang sebenar,seperti orang lain aku rasakan pulak…
Banyak kali dia cakap dengan kami dia nak pergi ke Malaysia,tujuan dia,dia nak mengajar sambil belajar di sana,dia kata,dia buat keputusan macam tu sebab melihatkan akhlaq kami yang bagus dan baik,alhamdulilah,dia nak tengok sendiri macam mana keadaan islam di malaysia,dan dia juga bercita-cita nak mendirikan sebuah maahad tahfiz di sana supaya dapat mengajar anak-anak malaysia menghafaz al-quran,dan dia bukan main-main agaknya,sebab dia banyak kali kata yang dia sedang mengumpul duit dan bersiap sedia nak menguruskan segala urusan cop dan pengesahan serta passport,dan yang penting sekali,dia kata yang dia nak kahwin dengan orang malaysia!!(hehe)disebabkan melihat keadaan muslimah pelajar malaysia morocco yang lengkap bertudung labuh semuanya,insyallah,beroleh jodoh nanti insyallah…
Aku doakan semoga dia akan tercapai segala cita-citanya yang dingini tu,insyallah allah akan tolong dia sebab usaha dia yang menolong ke jalan allah itu sendiri,semoga dia sentiasa diberkati allah selalu hendaknya dan dipanjangkan umur…amin…
Dikirim dalam teladan hidup | Tinggalkan Komen
Tinggalkan Jawapan