Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani,atas nama allah lah dapat lagi aku hidup dan menghirup udara segar ciptaaNya,dapat lagi aku berbakti padaNya demi atas namaNya jua..
Ilmu yang bermanfaat lagi berguna, lalu dimanfaatkan pula kepada saluranya yang betul dapatlah aku umpamakan ianya sebagai jauhar yang bersinar cemerlang,atas sifatnya yang terlalu berharga serta menjadi pemukau pada setiap yang melihat zahiriahnya sahaja cukuplah sudah,apatah lagi barang sebegini gahnya sifatnya bertukar tangan pada orang yang tahu pula menghargainya,amatlah indah….
Tapi..sedih pulak hati aku ini bilamana kita melihat para pemegang jauhar nan indah ini mensia-siakanya pula atas sebab lalai,lupa lagi alpa dengan kahadiranya itu,atau mungkin belum matangnya lagi si pemilik dengan tahu untuk membelainya serta menjaganya….
Kebanyakkan orang yang berilmu,kita lihatkan seperti masih lagi tidak tahu untuk mendahulukan dulu mana yang di anggap sepatutnya di dahulukan,serta masih juga tidak tahu untuk mengkemudiankan dahulu perkara yang perlu dikemudiankan,sebagai memberi laluan kepada perkara yang perlu didahulukan itu mengambil tempatnya…
Contohnya,masih lagi sibuk ingin membicarakan bab adakah releven meletakkan perkataan sayyidina pada pangkal nama baginda muhammad sallallahu alaihi wassalam,adakah di anggap bid’aah membaca yasin di malam jumaat,masih lagi membicarakan melabuhkan hujung seluar sehingga meleret-leret ke tanah masuk ke neraka atau tidak,adakah perlu di akhiri ayat al-quran dengan “benarlah kata-kata allah yang maha mulia” atau tidak,dan satu lagi tentang perbahasan salafiah-wahabiah vs sufiah (yang semenjak dahulu lagi tak kunjung sudah perbahasanya!!) bagi aku,ini semua hanyalah mensia-siakan jauhar yang menjadi milik mu wahai para pemburu ilmu!!
Mengapakah kita tidak tersedar dari lamunan kita itu bahawa perlu mendahulukan membasmi perkara-perkara yang teramat meruncing sedang berlaku di sekeliling kita itu??cubalah sahaja lihat segala macam api kemungkaran yang masih lagi tak kunjung padam dek kerana ditiup oleh para pemuka mungkar itu??dan adakah suatu tindakkan yang bersifat ‘membasmi kuman mungkar’ diambil serta dibincangkan bersama??
Diambil contoh,kemungkaran yang tak pernah padam-padam serta amat biasa dilihat dimana sahaja bumi yang tertulis nama islam di atasnya; membuka aurat.cubalah lihat di mana sahaja bumi islam itu,tiadalah walau seinci pun setiap jalanan itu melainkan dipenuhi dengan laluan wanita yang ‘menonjolkan yang tertonjol’ pada tubuh mereka,kalau di bumi morocco ini,hanya Allah yang maha mengetahui sahaja betapa bergetarnya jiwa ini bila melihatkan keadaan ini di hadapan mata…apakata cuba membuat suatu risalah ‘kewajipan menutup aurat serta cara menutupnya dengan betul’ dibuat,serta dibincangkan bersama cara membuatnya sehingga terkesan ke hati pembaca sehingga berlinangan air matanya dek kerana terbaca amaran keras allah kepada pelakunya…
Cubalah kita, daripada membincangkan perkara-perkara yang teramat bersifat ranting itu kita cuba pula beralih pada membincangkan perkara yang bersifat dahan malah ke pokoknya sekali hatta ke akar yang mencengkam,serta membincangkan bersama penyelesaian yang perlu di ambil demi untuk mencantas terus kemungkaran yang meruncing..bukanya diriku ini mencela segala bentuk perbahasan seperti itu,dan bukanlah daku mengatakan tiadalah beroleh pahala serta manfaatnya,tetapi kemahiran menyedari perkara mendahulukan mana yang dahulu serta mengkemudiankanya itu yang cuba diriku ini bangkitkan!!
Akhir kataku,disarankan disini kepada para pendakwah,orang yang berilmu,serta orang yang berjalan di atas jalan mencari keredhaan Al-Ghaffur yang maha pengampun,mencari, bahkan memburu sebuah kitab hasil karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang bertajuk: FI FIQHIL AULAWIYAAT, DIRASATU JADIIDAH FI DHAUIEY AL-QURAN WASSUNNAH….pada membicarakan tentang ilmu Fiqh Keutamaan,suatu pelajaran baru di bawah suluhan cahaya Al-Quran dan As-Sunnah…suatu buku yang cukup lengkap pada membicarakan tentang kaedah mendahulukan mana yang perlu di dahulukan dan mengkemudiankan mana yang perlu dikemudiankan berdasarkan al-Quran dan sunnah nabi yang mulia..
YA ALLAH,KAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI PARA PENUNTUT ILMU INI KETIDAK ALPAAN SERTA KETIDAK LALAIAN KAMI DALAM MENDUKUNG JALAN AGAMA MU,AGAR TIDAKLAH KAMI TERSILAP DALAM MENYUSURINYA?SERTA KEIKHLASAN YANG HAKIKI MENGIRINGI JALAN KAMI..
Tinggalkan Jawapan