Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hambanya,tuhan sekelian alam,pada mu ku pohon segala hajat hidupku,terima kasih ya allah,atas tarbiyahmu…
Pada siri ini,akan ku perkenalkan pula ustazku yang ketiga,Al-Ustaz Ahmad Khitabi namanya,mengajarku matapelajaran Ilmu Tafsir,setiap hari selasa,sudah agak berumur orangnya,lebih kurang dalam 60-an umurnya,seorang yang ‘low profile’,tidak banyak cerewet,dalam ilmunya,tapi agak suka meleteri pelajar sikit,dan aku suka dengan caranya,cuma,kenkadang dia datang kelas lambat,terbalik!dia pulak yang lambat,tapi takpe,sangka baik saja pada dia sebab lambat dia tu,insyallah beroleh pahala dari allah..
Kisahku dengan dia bermula hari ini,akan ku ingat kisah ini sampai bila-bila,hari ini aku ambil periksa tafsir dengan dia,lepas solat jumaat pukul 3 petang waktu morocco,alhamdulilah,boleh ku jawab,senang soalanya,cuma diminta berikan takrif penting bagi al-quran dan berikan keistimewaan al-quran dan mukjizat yang ada dalamnya,terima kasih ya allah,atas soalan ini yang boleh ku jawab….selepas itu…
Aku pergi solat asar,dengan kawan-kawan aku lepas periksa,masuk saja dalam, aku lihat ustaz aku tu tengah solat,bersendirian dia…aku sebenarnya dah niat nak berimamkan dia,masa tu jugak kawan-kawan aku ajak buat jemaah baru,aku was-was sebenarnya nak berimamkan dia,atas sebab dalam mazhab maliki yang aku pelajari di masjid,seorang makmum(selepas habis solatnya dengan imam yang diikutinya) tidak sah solatnya jika dijadikan imam pula oleh orang lain,yang mana berlainan pula dengan kita,bermazhab syafie,dan aku sangkakan yang dia telah menjadi makmum….
Terus aku buat jemaah baru,selesai saja solat,terus dia katakan pada aku dan jemaah aku,(yang mana kesemuanya adalah orang asing!!):Adakah kamu semua syiah??atau muktazilah?atau murjiah??(disebabkan kami membuat jemaah baru)dan lain-lain,terus dia katakan,dengan agak lantang bunyinya,:Tidak seharusnya kamu berbilang jemaah dalam solat,mengapa tidak kamu ikut saya saja menjadi makmum??aku terdiam,melainkan kamu beriktiqad dengan iktiqad selain ahlus sunnah wal jamaah,tetapi,jikalau kamu bermazhab syafie,hanbali,hanafi,maliki, hatta zahiri pun,sememangnya tidak seharusnya kamu berbilang jamaah!!aku masih terdiam lagi,ku membiarkanya sahaja,tanpa ku bela diriku sendiri,aduuh,apa pulak kali ni??
Abis solat,aku terus rasa tak sedap hati,sangat-sangat tak sedap,tapi,kalau goreng pon sodap!!hehe,member aku ajak jumpa semula ustaz,bertanyakan keadaan sebenar,dan aksi membela diri sendiri jugak kot…terus aku berjumpa,masa jumpa,ku bicarakan jugak pasal yang aku ada pelajari dalam mazhab maliki,tentang hal tadi,ustaz pun terangkan,agak panjang lebar,dan dia tanya jugak kat aku beberapa soalan yang berstatus ‘ingat-ingat lupa’ kat aku,dan penerangan dia tu,lebih kepada pelajaran yang semestinya diketahui masa sekolah PASTI dulu!!ya allah,betapa jahil pulak aku rasa diri ni,aku kaji pada bab yang kompleks dalam feqah,tapi, bab solat,ya allah,tak cukup lagi rupanya!!
Sebenarnya aku lupa nak cakap kat ustaz yang aku ni was-was nak berimamkan dia,atas sebab dan sangkaan tadi,mengapalaaah aku macam cuba nak pertahankan diri aku pulak depan dia,sepatutnya,aku perlu juga mengaku kealiman guruku sendiri,aku menyesal dan rasa bebal,akhir kalam ustaz,dia suruh kaji balik pada bab-bab yang fardhu,wajib,sunat dan semuanya sekali dalam solat,baiklah ustaz,insyallah,betapa jahil amat lagi diri ku ni lepas dikatakan begitu,aku ucap syukran pada ustaz dan berlalu pergi dengan rasa masih tak sedap hati lagi,belum digoreng garing lagi kot…
Aku berpesan pada diriku sendiri dan pada semua orang,jangan sekali-kali anggap diri kita sudah mengetahui semua perkara bila kita ada beranggapan yang kita sudah tahu semua perkara,bahaya yang amat perasaan sebegitu,bila datang perasaan macam tu,terus datangkan pulak:Allah lah yang memberikan ku ilmu segenap perkara,kerana allah bersifat mengetahui akan segenap jenis perkara yang diluar batasan fikiran kita mampu menjangkauinya!!terima kasih ya allah atas didikanmu supaya kita tidak terus terlupa…
Terima kasih juga pada ustazku,menegur aku,dan membuatkan ku ‘malu’ pada diri sendiri,kaji balik bab solat!!jangan ingat dah masuk universiti semua benda dah tahu,alhamdulilah,kalau semua nak tahu,inilah kisah ustaz-ustaz aku….serba sedikit dapat kita contohi sikap orang berilmu ini insyallah…
Pelajaran kali ini: Jangan sekali-kali menganggap tahu semua perkara,akan ada kesamaran pada semua perkara juga,insyallah,pahatkan dalam diri..wassalam
antum semua dipelawa utk ke blog ana
healme007.wordpress.com