assalamualaikum,dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,daku nak sambung balik kisah ustaz-ustaz aku di kuliah siri kedua punya insyallah,semoga dapat diambil manfaat bersama….
Ustaz aku yang kedua,Al-Ustaz Abdullah Bin Siddiq namanya,lebih kurang dalam lingkungan 50-an umurnya,dia mengajar aku matapelajaran Kenabian,setiap hari khamis,matapelajaran yang aku tak ngantuk masa belajar,seronok belajar dengan dia,bercakap dalam bahasa arab yang faasih,bukan dalam bahasa pasar mereka,dia ni aku dapat klasifikasikan sebagai seorang yang kuat ingatanya..kenapa?? ingatan dia pada siapa pengeluar sesuatu hadith cukup hebat,pernah sekali tu,ade member tu kena bentang assignment dia kat depan,memberi sepotong hadith yang tidak disertakan siapa pengeluarnya,dan dia sendiri pon tak tahu siapa,dengan pantas ustazku beritahu siapa pengeluar hadith ni,dan siap boleh sambung lagi sikit apa yang tertinggal,fuuhh,hebat..(allah lagi hebat)dan rasa aku,tak penah lagi dia kalau beritahu suatu hadith tanpa pengeluar,mesti disertakan sekali nama pengeluarnya,ingatan yang kuat…
Dia penah tegur aku dua kali!!ada sekali tu,aku tak tahan nak buang air,aku berdiri,baik jer aku berdiri,die tengah bercakap pasal kami,orang asing,aku berdiri sebab nak beritahu yang aku nak ke tandas,terus die jerit,SIT DOWN!!terkedu aku,kenapa dia cakap omputih,dia ingat aku tak tahu bahasa arab kot..bebudak arab semua gelakkan aku…adoiii…dah la tu,dh habis kelas,dia kata dia perasan aku tidur,(memang pun,tapi sengguk-sengguk jer,bukan tidur kan??)dia suruh aku lepas ni duduk depan dia,lepas tu dia kata,aku kena minum air teh sebelum datang kelas..sempat lagi buat lawak pulak tu..
kali kedua,masa tu aku dah duduk depan dia,aku ikut cakap dia,dan sebab lain aku dah mula minat dengan pelajaran dia,best,tengah dia syarah-syarah tu,dia pandang aku,sebab aku tengah fokus kat dia,dia tanya aku,faham tak??aku cakap aku faham,lepas tu dia kata kat aku,ker kamu tengah ingatkan jakarta?? atau tsunami??cehh,belum sempat nak senyum…aku dah dengar orang arab gelak-gelak dah,lagi-lagi perempuan,malu aku,dia ingat aku ni indon pulak..haii..nasib badan..
Minat bercerita…seronok dengar cerita dia,dan yang paling aku ingat pasal dia ni,dia tidak setuju dengan Syeikh Nasaruddin Al-Banni(seorang muhaddith ulung zaman ini)sebab dia kata: “Beliau merupakan seorang yang mudah mendhaifkan suatu hadith dengan senang serta susah untuk mensahihkan suatu hadith,dan aku tidak bersetuju dengan beliau,tetapi,aku tidak nafikan betapa dalamnya ilmu beliau dalam bidang hadith”…tengok tu,suatu sifat sangka baik dan bertolak ansur dalam memperkatakan tentang ulama’,kita boleh contohi sikap dia ni..insyallah,sikap ni lah yang buat aku suka dengan dia ni,bukan macam pelajar agama yang lain,bila tak setuju dengan pendapat seorang ulama’ tu,dikutuknya betul-betul,umpama menafikan yang manusia ni tak lari dari melakukan kesilapan,ulama’ pun manusia gak,memang kenkadang dia buat silap,jadi,kritik pun mesti lah dengan cara yang berhikmah,dan berasas!!serta bertolak ansur,kita pun bukanya hebat nak kutuk orang,ilmu yang kita guna nak kritik orang pun allah yang bagi,mana hebat kita??!!
Akan aku cuba contohi sikap dia,sentiasa berwaspada pada mengatakan sesuatu hadith,dengan sertakan sekali siapa pengeluarnya,supaya melatih diri kita bersikap amanah dalam mengambil ilmu,dengan cara inilah ilmu agama kita terpelihara,dan dari mana jua sumber yang kita dakwakan,mesti disertakan sekali dari mana kita ambil,kedua,bersikap matang,tolak ansur,berhikmah,lemah-lembut,sangka baik dalam memperkatakan pendapat seseorang ulama’,ini penting,aku belajar dari sikap ustaz aku ni,alhamdulilah..
Akhir kata,semoga allah kurniakan pada ustaz ku ini kesejahteraan sepanjang hidup beliau,keampunan dan kerahmatan dari allah jua ku pohon untuk beliau,sikap mu akan ku kenang sampai bila-bila…
Akan bersambung lagi insyallah pada kisah ustaz yang lain..siri ketiga…
Tinggalkan Jawapan