Assalamualaikum,dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,yang menurunkan agama islam dengan perantaraan lidah para rasulNya yang mulia,yang tidaklah mengenal erti penat serta lelah,tidak mengendahkan tohmahan,kejian,fitnah, cacian serta makian dari manusia demi menyampaikan risalah Allah yang benar dan suci ini,dan telah pula disambung warisan sunnah perjuangan suci ini oleh para kekasihNya yang dikasihi iaitu para Ulama’ yang menyusuri isi kandungan Al-Quran serta Hadith nabiNya yang mulia,mereka bukan sahaja dianggap penyambung kepada meneruskan Risalah Suci ini,bahkan mereka mewarisi juga sunnah perjuangan ini yang menjanjikan kejian,cacian,makian serta tohmahan yang mungkin pedih untuk disantap oleh jiwa,tetapi kembali tersenyum bila memikirkan telah melalui denai derita yang sama dilalui oleh para rasul yang mulia…
Daku ingin mengenalkan pula kepada para pembaca akan kisah hidup atau biografi insan yang telah melalui sunnah perjuangan para rasul ini,iaitu Ibnu Taimiyyah(661H-728H)
IMAM IBNU TAIMIYYAH
- Lahir di Bahran pada 22Januari tahun 1263M bersamaan dengan10 Rabiul Awal hari Isnin tahun 661 hijrah
- Nama sebenar beliau ialah Syeikhul Islam Abu Al- Abbas Ahmad Bin Abdul Halim Ibnu Abdus-Salam Bin Abdullah Bin Abi Al-Qasim Al-Khadri An-Namiri Al-Harani Ad-Damsyiqiyy Al-Hambali atau lebih dikenali dengan Ibnu Taimiyyah
- Datuk beliau ialah Imam Majduddin,beliau merupakan seorang pengikut Mazhab Hambali,beliau telah mempunyai sejumlah karya,beliau merupakan seorang ulama’ yang Faaqih dalam bidang Feqh,Hadith,Ilmu Usul serta Ilmu Nahwu
- Beliau telah berpindah ke Damaskus,Syria ketika beliau berumur 7tahun yang mana ketika itu merupakan kedatangan Tentera Monggol,manakala ayah beliau pula iaitu Syeikh Syihabuddin Abdul Halim merupakan seorang ulama’ yang dikira sebagai ulama’ yang terkenal dizamanya,pernah menjadi guru besar serta pemimpin sebuah madrasah di Sukariyyah dan beliau juga dibesarkan juga disana
- Diantara guru beliau ialah: Imam Syamsudin Al-Maqdisi(Mufti pertama Mazhab Hambali di Syria yang mana beliau mempunyai 200 orang guru),Imam Abi Al-Yasr,Imam Kamal bin Abdu,Imam Majd bin Asakir,Imam Ahmad bin Abi Al- Khair,Imam Qasim bin Arbaliy,Syeikh Imam Fakhruddin bin Bukhari,Imam Kamal bin Abdur-Rahim,Imam Qasim bin ‘Alaan,Imam Ahmad bin Syaibaan serta ramai lagi
- Manakala murid-murid beliau pula antaranya:Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy dan Imam Abu Fida’ bin Ismail Al-Katsir(Imam Ibnu Katsir)
- Beliau telah mengikuti pengajian Kitab Musnad Imam Ahmad beberapa kali,dan juga telah mengikuti pengajian Kitab hadith sunan As-Sittah serta mengikuti pengajian Kitab Mu’jam At-Thabrani Al-Kabir,beliau telah menghafaz Al-Quran serta menguasai Ilmu Feqah dan mempelajari bahasa arab daripada Imam Ibnu Abdul Qawiy
- Ketika beliau berumur 17tahun,beliau telah diberi peluang oleh gurunya iaitu Imam Syamsudin Al-Maqdisi untuk memberikan fatwa kerana beliau merupakan seorang murid yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Bijaksana yang sangat kuat hafalanya,senang memahami sesuatu pelajaran dengan senang serta banyak pengetahuanya
- Beliau telah terlibat dalam perang antara Monggol-Syria,beliau telah bergabung dengan tentera Syria-Mesir dan telah beroleh kemenangan
- Beliau telah dipenjarakan sebanyak 4kali!!setelah dibebaskan daripada tahanan yang pertama,beliau telah tinggal di Cairo,lalu dipenjarakan oleh Sultan Baibar Al-Jaishankir dan diasingkan di Alexendria kerana mengkritik terhadap pandangan Sufisme(mesti ada sesuatu yang telah dilakukan oleh golongan ini sehingga menjadi kritikkan Imam Ibnu Taimiyyah kan?)di Mesir
- Selepas dibebaskan,beliau kembali berdakwah di Cairo dan menjadi penasihat Sultan Nasir Muhammad Bin Qaawun
- Pada tahun 1318,sultan telah mengirim sepucuk surat dengan menyuruh beliau jangan lagi berfatwa dengan fatwa yang bertentangan dengan Mazhab Hambali,beliau telah menolak anjuran sultan tersebut lalu telah dipenjarakan di benteng Damaskus selama 5bulan 18hari,beliau telah dibebaskan oleh Sultan Nasir pada 9Februari tahun 1321
- Beliau telah ditahan kali terakhir semasa fatwa beliau tentang soal ziarah kubur,beliau telah ditahan bersama dengan murid beliau yang setia iaitu Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy(tahun1326)
- Karya beliau telah mencapai lebih kurang 4ribu naskhah dengan 300 jilid yang mana kitab beliau yang popular iaitu AR-RADD ALA AL-MANTHIQIYYIN(menolak pendapat ahli Mantiq)
- Kandungan kitab ini telah menolak pemikiran ahli falsafah Yunani yang mempengaruhi pemikiran manusia melalui teori Logika Matematik,kitab ini sebanding dengan karya Imam Ghazali iaitu Kitab TUHFATUL FALASIFAH
- Jika kandungan kitab Imam Ghazali menghentam pemikiran-pemikiran ahli falsafah Yunani dan mengolahnya dengan menyesuaikanya dalam pemikiran islam,tetapi Imam Ibnu Taimiyyah telah membangkitkan kembali semangat berfikir islam secara murni
- Kitabnya tidak dicetak,hanya sekali iaitu di negara India
- Diantara karyanya yang terkenal juga iaitu IKHTIYARATUL FIQHIYATI,KITABUL IMAN,AT-TAWASUL WAL WASILAH,AS-SIYASAH ASY-SYAR’IEYYAH FI ISLAHI RA’IE WAL RA’YAH,BAYAN AD-DALIL ‘ALA BATHLANI AT-TAHLIL,AS-SARIM AL-MASLUL ALA SHATAIM AR-RASUL,MAJMUAH AL-FATAWA,ALFURQAAN BAINA AULIYA’ ALLAH WA AULIYA’ ASY-SYAITAN,AL-JAWAB AS-SAHIH LIMAN BADAL DIN AL-MASIH dan lain-lain lagi
- Syahidnya Imam Ibnu Taimiyyah di Damaskus pda tahun 728hijrah,semoga Allah merahmati beliau atas jasa-jasa beliau dalam memperjuangkan islam meskipun hidup beliau penuh dengan rintangan,cabaran,hidup dalam tahanan,cacian serta makian bahkan diteruskan juga cacian dan makian kepada beliau sehinggalah ke hari ini(percaya atau tidak?)
Oleh itu,berdasarkan daripada biografi beliau ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawasanya bukanlah senang hidup orang yang ingin memperjuangkan agama Allah ini,kalau hidup berjuang hendak hidup senang,goyang kaki,bukanlah dinamakan perjuangan bahkan tidaklah dapat perjuangan tersebut mewarisi sunnah berjuang para rasul yang mulia,oleh itu,wahai pejuang islam sekalian!sabarlah apa yang menimpa kamu,senyumlah kembali,tunggulah ganjaran yang Allah tawarkan pada kamu,kemaskan serta istiqamahlah dalam mengamalkan amalan yang memungkinkan mendapat pertolongan Allah dalam perjuangan,hiraukanlah segala macam tohmahan serta cacian manusia,ayuh,kembali bersemangat!Allah bersama kamu!!
(sudah siap sediakah kita ingin menjadi seorang pejuang islam yang menyampaikan risalah Allah yang suci ini tanpa gentar serta takut?siap sedialah,ayuh!)
*Biografi Imam Ibnu Taimiyah ini telah dinaqalkan dari Kitab An-Nubuwwat karangan Imam Ibnu Taimiyyah yang juga dinaqalkan dari:
(1)KItab Fuwatul Wafiat mukasurat 1,35 dan 45
(2)Kitab Ad-Dorar Al-Kamnah mukasurat 1 dan 144
(3)Kitab An-Nujum Az-Zaharah mukasurat 9 dan 271
(4)Kitab Zil Thobaqat Al-Hanabilah mukasurat 4 dan 249
(5)Kitab Bidayah Wan Nihayah mukasurat 14 dan 135
(6)Kitab Al-A’lam mukasurat 1 dan 144
WALLAHU A’LAM
syukran lak,,,semoga Allah mengurnikan taufiqnya kepada anda,,,
semoga Allah mengurniakan taufiq-Nya kepada KITA SEMUA…Allahumma ameen..
Salam maaf…boleh senaraikan orang yang memaki ibnu Taimiyah dari kalangan ulama sezaman dengan beliau? kenapa fatwa beliau mengenai ziarah kubur bercanggah dengan Ijmak Ulama?Nabi kata ziarah kubur bidaah ke seperti fatwa Ibnu Taimiyyah?kalau Nabi ada anjurkan ziarah kenapa Ibnu Taimiyyah memandai-mandai membidaahkan ziarah kubur?hebat dari Nabi ker dia? setahu saya beliau menggunakan kaedah usul fiqh ( menutup kemudharatan, seperti kisah beliah berdebat dengan Sheikh Ibnu Athaillah Al-Iskandari di Mesir) takut orang jadi syirik kalau gi ziarah kubur…sedangkan ada hadis anjuran Nabi untuk ziarah kubur…betul ker pandangan Ibnu Taimiyah ini…dalam usul fiqh ada yang namanya hukum asal dan hukum furu’ , yang Ibnu Taimiyyah g guna hukum furu’ (sidd az-zaraik) dan tinggal hukum asal (hadis anjuran ziarah kubur) ni apa hal?lain lah dah tak de dalam quran Hadis…Ijmak,dan Qias..maka waktu tu bolehlah guna hukum furu’, permurnian akidah kejadah begini? ni lawan Nabi niii!!!kenapa tak sebutkan akidah mujassimah beliau?….HARAP PENJELASAN T KASIH-putralegeh78@gmail.com, berandamadina.wordpress.com.
ASSALAMUALAIKUM,,,,
maaf,,saya mohon copy untuk menyiapkan folio PQS saya,,,,terima kasih,,,,,
WASSALAM……
~hazleen~
saya copy tok folio pqs saya .. terima kasih…