
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,selawat dan salam kepada nabi junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam,kaum keluarga baginda serta sahabat handai baginda yang berketurunan mulia…
Alhamdulilah,segala puji bagi Allah..
Sang raja yang berdua..
Arakian,maka tersebutlah suatu kisah,tentang dua orang raja di Negara Lasia Kirana namanya..raja yang pertama bernama Raja Nik,memerintah di negeri Kilatan namanya,iaitu hanya cebisan negeri dari Negara Lasia Kirana,suatu negeri yang aman dan damai,rakyatnya betapa hidup di dalam keharmonian dan kesejahteraan,demi kerana ajaran ilahi yang maha tinggi dijunjung tegak sebagai usul tadbiranya,banyak hasil buminya,anugerah dari Sang Pencipta yang melimpahkan rahmatNya pada pendududknya…tapi hanya negeri ini sebuah,gegak gempita alam ini manusia perkatakan,ada yang puji ada yang maki..
Adapun raja yang seorang lagi Raja Lah namanya,iaitu si pemerintah Negara Lasia Kirana seluruhnya,suatu negara yang subur buminya,bersih alamnya,dan harmoni hidup rakyatnya,tapi lain pula halnya dengan Raja Lah ini,bukan kalam ilahi yang dijunjung sepenuhnya,tapi dicampurkan pula dengan telunjuk Si Jahat Penjajah,bahkan telunjuk Si Jahat Penjajah terkadang mendepani kalam ilahi yang maha tinggi yang semestinyalah juga pencipta Si Jahat Penjajah…bukan tak guna sepenuhnya kalam ilahi,tapi diambil bila diangguk sang nafsu,dibuang lempar bila digeleng sang nafsu..bahaya benar perlakuan Raja Lah,Allah yang maha tinggi kan sudah berkata :
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar pula kepada sebahagian yang lain?Maka tiada balasan yang layak bagi orang yang berbuat demikian diantara kamu selain kenistaan di dalam kehidupan dunia,dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat,Dan Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan” (surah Al-Baqarah : 85)
tapi atas sifat Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani yang tak bisa terkalahkan itu tetap dilimpah rahmatnya pada penduduk Negara Lasia Kirana..

Kisahnya Raja Nik..
Raja Nik warak orangnya,dalam ilmu akhiratnya,betapa lama usia ranjau kembara ilmunya,baik-baik sahaja nasab keturunanya,bergalur susur dari nasab para ulamak yang beramal dengan ilmunya,mahukan agar kalam ilahi berdiri tegak di atas bumi ciptaaNya ini,agar dapat dirasai pula kemanisan hikmah suruhan dan larangaNya pada hamba-hamba sekelianya,maka hanya sanya negeri Kilatan sahajalah Raja Nik tegakkan ajaran agama suci ini,tapi yang teramat peliknya,mengapa dicemuh kata pula perlakuanya itu,bukankah benar perilakunya itu??? ohh..tidak mengapa,penghulu anbiyak sudah berkata :
“Bermulanya Islam itu dengan kepelikkan,dan akan menjadi pelik pula seperti mana ia bermula,maka berbahagialah pada orang-orang yang pelik” (riwayat Muslim)
Betapa kepinginya Raja Nik mahukan agar ajaran islam itu dijadikan tiang asas pada Negara Lasia Kirana seluruhnya,tapi apalah sangat qudratnya,puas sudah dinasihatkan pada Raja Lah yang seorang itu,tapi dikilas tepis dengan dalih-dalih yang bermacam,disambut pula tepisan si raja oleh para memandanya yang tak ubah seperti lagaknya anjing-anjing yang terjelir lidahnya minta makanan,membuta tuli sahaja,tak langsung difikir benarnya kata Raja Nik itu..
Raja Nik penasihat kepada Parti Bulan Bintang,sesuai amat orangnya dengan sandangan jawatanya,para memanda Raja Nik pula bukan calang-calang sekelianya,mereka bekerja untuk Allah,kerja dan terus kerja agar matlamat negara islam impian tercapai,tegal sudah mereka dengan sumpah seranah,caci maki,fitnah nista dari jentera Raja Lah,jangan risau..kalam ilahi inlahi azimatnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya,maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum,Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya,dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman,tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir,yang berjihad di jalan Allah,dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela,itulah kurnia Allah yang diberikaNya kepada siapa yang Dia kehendakki,dan Allah maha luas pemberiaNya lagi maha mengetahui” (surah Al-Maidah : 54)

Kisahnya Raja Lah…alahaii..
Raja Lah juga bergalur susur dari para ulamak,bukan calang-calang juga keturunanya,bahkan dia juga mahukan islam agar tertegak di Negara Lasia Kirana,tapi…hairan juga,kenapa disolek-solek,dihias-hias rupa islam itu sehingga tidak lagi kelihatan rupa sebenar kesucian mukanya??sudahlah rupa disolek-solek,ditopengkan pula dengan dakwaan kononya islam yang bersifat maju,cubalah singkap topengan itu,penuh dengan kepura-puraan,namanya sahaja gah,di seminar-seminar,di persidangan-persidangan dan di kertas-kertas,tapi manakah ghaibnya perlaksanaanya??dilempar ke laut??
Bagaimanalah mahu menegakkan islam,sedangkan permaisuri dan puterinya tidak bertudung kepala,berdedah-dedahan selagi boleh didedahkan,rakyat dijamu dengan berbagai pesta,lihatlah sahaja di siaran televisyen,berbagai rancangan mencari bakat baru,seumpama sudah kurang sangatkah artis minta ditambah??bukankah ulamak yang berkurang?? bagaimana??tak nampakkah saling bercanggahnya kedua keadaan itu??bisakah kamu berjaga sambil tidur??bak kata As-Syeikh Arabi Al-lowh di dalam kitab beliau: Ar-Raied fi Ilmil Aqaied : “percampuran diantara dua perkara yang saling bercanggah sifatnya,maka mustahillah hukumnya”
“Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebathilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran ,sedang kamu mengetahuinya” (surah Al-baqarah : 42)
SIFIR YANG MUDAH …
Mudah sahaja,seorang raja yang mahukan islam tertegak,dan seorang raja lagi tidak berapa mahu menegakkanya secara bersungguh,terbukti sudah dengan merasai hasil tadbiranya,jadi ternampaklah disini dua haluan yang sangat jelas:
(1) Haluan yang menyokong agar Raja Nik yang mahukan agar tertegaknya hukum islam itu memerintah lantas menjadi penyokongnya bahkan berdiri di belakangnya
(2) Haluan yang menyokong agar Raja Lah yang tidaklah begitu bersungguh dan betul-betul mahu menegakkanya lantas menyokongnya sekaligus bersekongkol bersama kemungkaran yang dianjurkanya yang bercanggahan dengan kalam ilahi yang maha agung!!
“Dari Ibni Umar radiallahu anhuma berkata: Sesungguhnya rasulullahi sallallahu alaihi wassalam bersabda:
Ke atas setiap individu muslim itu mestilah dengar serta taat kepada setiap perkara yang disukai dan dibenci (oleh Allah) melainkan jika dia disuruh melakukan kemaksiatan (perkara yang melanggari perintah dan larangaNya) jika disuruh melakukan kemaksiatan,maka tiadalah lagi dengar dan taat” (riwayat Imam Muslim)
“Tiadanya ketaatan kepada si makhluq pada perkara yang mengundang kemaksiatan kepada Sang Pencipta” (riwayat Imam Ahmad pada Musnadnya dan Imam Al-Haakim pada Mustadraaknya dan disahihkan pula oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi pada kitab Al-jaamik As-Saghirnya)
maka,pilihlah sendiri haluan kamu,mahu haluan yang nombor (1) atau haluan yang bernombor (2), dan ingatlah,pilihan anda menentukan segalanya tetapi berpaksi sepenuhnya dengan kehendak Al-Mudabbir yang maha agung!! bayangkanlah,andai tersilap pilihanmu,maka tanggunglah sendiri andai mungkar lagi yang masih ditaja,kemaksiatan lagi yang diundang!!
Diriku amat menyeru kepada pembaca yang membaca agar bersama-sama berdoa dan meminta kepada Allah tuhan yang maha agung lagi maha besar kuasaNya memberikan pertolongaNya kepada perjuangan islam bakal menjulang kemenanganya sekaligus menegakkan agama suci ini di atas tanah air yang tercinta,dan agar tidaklah pula tersadung langkahnya terlari dari landasan syariat yang suci..HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA!!
p/s : Kisah dua orang raja ini sememangnya ada kena mengena dengan insan yang masih hidup (alhamdulilah),agar dapatlah dijadikan pengajaran serta iktibar kepada insan lain yang hidup ini di dalam hidup mereka….
Cantik gambar budak senyum tu. Boleh tau dapat dari mana?.
Daud.. ko punya profile tak de la, camane orang nk kenal. taruk la. Ni bila nak usrah, dah lam beno kite tak buat. Daud .. nak pinjam se dua dirham boleh tak? ko memang hensem daud. percayalah
salam.. boleh tak nak ambil cerita ni paste kat blog ana. minta izin.
salam kembali,silakan je ambil,boleh bagi link blognya? nak lawat2 gak insyallah…
syukran. ana sbnarnya masih baru dalam dunia blogger. jadi skarang pmerhati blog2 orang sahaja. dunia perjuangan kampus ana sudah berlalu, jadi sekarang tgh mncari pngalaman dan idea untuk perjuangan dunia realiti. blog ana masih tidak mnarik untyuk dilawati. InsyaAllah,.. apepun ana budak baru belajar.